SURAH AL-FALAQ : AYAT 1-5

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, ALLAH PERINTAHKAN AGAR MINTA PERLINDUNGAN DENGAN ALLAH & BERLINDUNG DARI KEJAHATAN AHLI SIHIR.

Full video : https://youtu.be/fLjlZmUan-Y?si=zFWZ1Y6NwfUFHx8A

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada pagi ini, Khamis 07 Safar 1445H bersamaan 24hb Ogos 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Falaq – سورة الفلق.
  2. Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.
  3. Surah Al-Falaq – سورة الفلق adalah surah ke-113 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang ketigapuluh-enam dalam juz ke 30, iaitu selepas Surah Al-Ikhlas – الإخلاص سورة.
    Mengandungi 5 ayat yang pendek.
  4. Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
  5. Dalam surah ini Allah perintahkan Rasulullah s.a.w agar minta perlindungan dengan Allah & berlindung dari kejahatan segala makhluk yang merbahaya & ahli sihir.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- Surah Al-Falaq – سورة الفلق yang bermakna {Sekelian Makhluk} kerana pada awal surah Allah s.w.t perintahkan Nabi S.A.W minta perlindungan dari Allah, jangan minta dengan benda lain yang tiada kuasa, mohon pergantungan hidup hanya dari Allah.
  2. Surah ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti:
    i- sempena ayat pertamanya: {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ}
    Sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: [HR

ii- surah ini & surah an-Nas dikenali sebagai (Al-Mu\’awwizataini- الْمُعَوِّذَتَيْنِ).
Kerana ia merupakan dua surah yang mengandungi permohonan & perlindungan (at-Ta\’awuz) kepada Allah s.w.t.
Termasuk juga surah al-Ikhlas.

ii- Surah An-Naas dan Surah Al-Falaq juga dikenali sebagai surah Muqasyqisyatani (السورتان المقشقشتان) iaitu penyelamat dari sifat munafiq.

Oleh kerana itu, kedua-dua surah ini mempunyai kedudukan yang tinggi di antara surah-surah yang lain.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Mengajar kita untuk memohon perlindungan dengan Allah dari segala jenis bahaya:

i- yang zahir, yang datangnya dari makhluk Tuhan

ii- samada yang datang pada malam hari yang gelap gelita

iii- atau dari makhluk yang berjiwa kotor seperti ahli sihir yang melakukan perbuatan yang boleh merosakkan orang lain.

iv- juga dari kejahatan yang datang dari manusia yang khianat & hasad dengki.

  1. Dari semua itu kita memohon perlindungan dari Allah yang Maha Kuasa, Tuhan yang mencipat segala makhluk!

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah kita diperintahkan memohon perlindungan kepada Allah yang menjadikan sekelian makhluk, dari segala jenis kejahatan & bahaya secara umum & khusus.

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Kita memohon perlindungan kepada Allah yang menjadikan sekelian makhluk;
    dari segala makhluk yang jahat, dari waktu yang banyak berlaku bahaya & kejahatan seperti waktu malam, kejahatan ahli sihir & orang yang banyak melakukan kejahatan untuk merosakkan orang lain!
  2. Yakni surah ini lengkap apabila dicampur dengan surah an-Nas nanti- kita baca keduanya untuk memohon perlindungan kepada Allah s.w.t dari segala makhluk yang tidak baik.

MUNASABAH SURAH AL-FALAQ – سورة الفلق DENGAN SURAH AL-IKHLAS – سورة الإخلاص SEBELUMNYA :

Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Ikhlas – سورة:

  1. Dalam surah al-Ikhlas Allah sebut tentang ketuhanan & perintahkan agar kita bersih & sucikan Allah s.w.t dari segala sifat yang tidak layak bagi Zat & sifat-Nya.

ii- manakala dalam dua surah (Al-Mu\’awwizataini- الْمُعَوِّذَتَيْنِ) ini (surah al-Falaq & surah an-Nas); Allah s.w.t perintah kita minta pertolongan dengan Allah s.w.t dari segala kejahatan yang berlaku atas dunia ini, dari segala jenis makhluk yang cuba menyekat kita dari jalan Allah seperti perbuatan jahat para musyrikin, semua jenis syaitan jin & manusia yang menyekat dari jalan Allah.

  1. Allah mulakan surah al-Falaq dengan kegelapan malam, perbuatan ahli sihir & dengki para pendengki termasuk juga penyakit ain (pandangan mata yang buruk)

ii- Manakala dalam surah an-Nas yang akan datang Allah s.w.t suruh pula agar kita minta perlindungan dari kejahatan syaitan jin & syaitan manusia.

  1. Kerana itulah 3 surah ini dinamakan dengan nama surah pelindung (الْمُعَوِّذَات).
  2. Kenapa dimulakan surah al-Falaq sebelum surah an-Nas?
    Ini kerana surah-surah sebelumnya seperti surah al-Ikhlas & al-Masad berakhir dengan huruf dal (د) & (ق) maka didatangkan surah ini sebagai pemisah sebelum surah an-Nas yang belkangnya huruf sin- (س) pula.
    Inilah yang disebut oleh para ulama\’ secara ringkasnya.

KELEBIHAN SURAH :

  1. Sunat untuk membaca 3 surah (3 Qul) ini bersama setiap kali selepas solat!
    Dalil hadis riwayat Uqbah bin Amir: Rasulullah s.a.w memerintahkanku agar membaca 3 surah pelindung (الْمُعَوِّذَات) ini setiap kali selepas solat.\” [HR Muslim].

Bukan baca al-Fatihah- kerana dalam solat kita sudah membacanya dalam setiap rakaat.
Begitu juga tidak perlu dibaca sebelum angkat takbiratul-ihram.

  1. Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak pernah diturunkan dalam kitab lain samada dalam Taurat atau Injil, surah yang berharga seperti 3 surah dalam al-Quran ini!

KATA UQBAH : Apabila mendengar sabda Rasulullah s.a.w ini, sejak hari itu- aku tidak lupa membacanya pada setiap malam.

  1. Hadis Rasulullah s.a.w: Sesiapa baca 3 Qul pada waktu pagi & petang 3 kali- Allah s.w.t akan selamatkannya dari setiap sesuatu yang tidak baik. [HR Abu Daud & at-Tirmizi- Sahih].
  2. Kata Aisyah r.a: Apabila Rasulullah s.a.w sakit, Baginda akan membaca 3 surah ini dan meniup ke atas dirinya sendiri sebagai ruqyah. [HR Bukhari & Muslim].
  3. Daripada Aisyah RA katanya:
    \”Nabi S.A.W apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.\” (HR Bukhari)
  4. Rasulullah s.a.w bersabda:
    أُنْزِلَ أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ الْمُعَوِّذَتَيْنِ
    \”Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak standing sepertinya iaitu Al-Mu\’awwizatain (surah An-Falaq dan surah Al-Naas).\” [HR Muslim].
  5. Apabila Rasulullah s.a.w disihir oleh yahudi, Allah s.w.t memerintahkan Baginda untuk membaca dua surah ini (الْمُعَوِّذَات), apabila Baginda membacanya seolah terungkai sihir itu satu demi satu. [HR at-Tohawi- sahih].

Ini menunjukkan bahawa al-Quran itu dari Allah Azza wa Jalla, ayat-ayatnya berkesan & power.

Juga bergantung atas pembaca itu sendiri, kuatkan pegangan & keyakinan kita baru kesannya juga akan kuat & mantap.

Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi dari golongan {المتقين}, orang yang layak menerima nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

AYAT 1- { KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD); \”AKU BERLINDUNG KEPADA (ALLAH) TUHAN YANG MENCIPTAKAN SEKALIAN MAKHLUK,} (AL-FALAQ 113:1)

  1. Surah ini mengajar kepada kita untuk memohon perlindungan dari kejahatan & bahaya segala jenis makhluk terutama yang datang dari kegelapan malam.

Makna al-Falaq juga: pagi yang mengeluarkan malam dari kegelapan malam!
Maka Aku berlindung dengan Tuhan yang mencipta waktu pagi dari segala kejahatan.

  1. Iaitu minta pertolongan Allah dari kejahatan & bahaya beberapa perkara ini:

i- dari kejahatan yang berlaku pada waktu malam yang gelap kerana sebahagi besar dari makhluk jahat keluar & bergerak pada waktu malam!

Jalan untuk mendapat keselamatan & pertolongan pada masa itu tidak banyak & tidak mudah.

Gelap dari mata kepala, gelap mata hati, gelap jalan penghidupan dan sebagainya.

ii- dari kejahatan yang datang dari makhluk berjiwa kotor yang berusaha membuat fitnah mahu melonggarkan keimanan kepada Allah, melemahkan kasih sayang sesama makhluk, meruntuhkan rumahtangga, memecah-belahkan kaum kerabat & perpaduan masyarakat!

Mereka ini adalah golongan ahli sihir & orang seumpamanya yang melakukan perbuatan yang merosakkan & membahayakan orang lain, merekalah makhluk yang bejiwa kotor ini!

Mereka akan menjadi bahan bakaran api neraka jika mereka tidak bertaubat nasuha.

iii- dari kejahatan manusia yang menjalankan tipu-daya & angkaranya untuk menghilang nikmat Allah dari seseorang yang mendapat nikmat itu!

Ini adalah orang yang ada dalam jiwanya penyakit hasad dengki yang tidak senang hati melihat orang mendapat nikmat dari Allah s.w.t selagi nikmat itu tidak hilang dari orang yang mendapatnya.

Penyakit inilah yang membawa kepada pelbagai penderhakaan.
Penyakit inilah yang menyebabkan iblis menjadi kafir kerana tidak senang hati melihat Nabi Adam mendapat pangkat- serta anak Nabi Adam.
Qabil membunuh saudaranya Habil kerana tidak senang hati melihat Habil ditetapkan untuk mendapat isteri yang lebih cantik darinya.

  1. Oleh itu diwajibkan seseorang itu membasmi penyakit ini dari jiwanya, jika tidak ia akan menghapuskan segala kebajikan yang ia kerjakan!

Oleh itu kita memohon perlindungan dari Tuhan yang mempunyai kuasa atas sekelian makhluk!

  1. Sabab nuzul:
    Dalam buku \”Asbabun Nuzul: Sebab Sebab Turunnya Al-Qur\’an\” karya Imam As-Suyuti diceritakan, Rasulullah s.a.w pernah mengalami sakit parah.
    Kemudian datanglah dua Malaikat kepada Baginda. Salah satu di antaranya duduk di sisi kepala beliau dan yang satunya lagi duduk di dekat kedua kaki beliau.
    Malaikat yang ada di kaki berkata pada Malaikat yang berada di kepala, \”Bagaimana menurutmu?\” Malaikat di kepala menjawab \”Guna-guna\”.
    Malaikat di kaki bertanya kembali \”Apa itu guna-guna?\” Malaikat di kepala menjawab: \”Sihir\”.
    Malaikat di kaki berkata: \”Siapa yang menyihir beliau?\”
    Malaikat di kepala menjawab: \”Labid bin Al-A\’som, orang Yahudi yang sihirnya berupa simpulan.\” Malaikat di kaki bertanya \”Dimana ia sekarang ?\” Malaikat di kepala menjawab: \”Di telaga milik keluarga Fulan yang ada di bawah batu besar di dalam simpulan. Carilah simpulan tersebut. Tinbalah air telaganya dan angkatlah batu besar itu kemudian ambil simpulan tersebut lalu bakarlah.\”
    Esok paginya Rasulullah S.A.W mengutus Ammar bin Yasir bersama sekelompok orang. Mereka lalu mencari simpulan itu. Ternyata airnya seperti air inai (berwarna merah). Mereka lalu menimba air telaga itu kemudian mengangkat batu besar dan mengeluarkan simpulan itu. Simpulan (seperti ijuk) tersebut pun dibakar. Ternyata di sana terdapat sembilan belas simpul. Maka turunlah dua surah perlindungan, iaitu Surah Al-Falaq dan An-Naas.
    [Kisah ini diriwayatkan Imam Al-Baihaqi dalam \”Dala\’il An-Nubuwwah\” dari jalur Al-Kalbi dari Abu Soleh dari Ibnu Abbas r.a].

ii- hadis riwayat daripada Syaidatina Aisyah r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w mengalami sakit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya.
Perkara yang telah dilakukan, Nabi S.A.W berasa ragu-ragu sama ada sudah dilakukan atau tidak dan Nabi S.A.W merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya.
Pernah satu masa Nabi S.A.W melakukan solat dua rakaat dalam solat yang empat rakaat. Apabila ditanya oleh sahabat adakah ada syariat baru? Nabi S.A.W menjawab tidak ada syariat baru dan baginda bertanya adakah aku solat dua rakaat? Sahabat menjawab ya, ya Rasulullah.
Lalu Nabi S.A.W tambah dua rakaat lagi dan Nabi sujud sahwi sebanyak dua kali kerana kesilapan itu akibat disihir.

Datang dua malaikat:
Pada satu malam Nabi S.A.W berdoa kepada Allah. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang lelaki menemui Nabi S.A.W ketika Baginda sedang tidur.
Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Nabi S.A.W.
Malaikat yang ada di kaki berkata pada Malaikat yang berada di kepala, \”Bagaimana menurutmu?\” Malaikat di kepala menjawab \”Guna-guna\”.
Malaikat di kaki bertanya kembali \”Apa itu guna-guna?\” Malaikat di kepala menjawab: \”Sihir\”. Malaikat di kaki berkata: \”Siapa yang menyihir beliau?\” Malaikat di kepala menjawab: \”Labid bin Al-A\’som, orang Yahudi yang sihirnya berupa simpulan.\” Malaikat di kaki bertanya \”Dimana ia sekarang ?\” Malaikat di kepala menjawab: \”Di telaga milik keluarga Fulan yang ada di bawah batu besar di dalam simpulan. Carilah simpulan tersebut. Tinbalah air telaganya dan angkatlah batu besar itu kemudian ambil simpulan tersebut lalu bakarlah.\”
Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah \’Mu\’awwizataini\’ (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas). Inilah sebab turunnya dua surah tersebut sekali gus.
Nabi S.A.W kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir r.anhum pergi ke telaga tersebut.
Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.
Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui bungkusan berikat tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Nabi S.A.W.
Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.
Kemudian Nabi S.A.W membaca \’Surah Mu\’awwizataini\’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Nabi S.A.W dalam mimpi semalam.
Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut, terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir Allah, Nabi S.A.W dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan.
Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Nabi S.A.W yang kemudiannya beransur hilang.

AYAT 2- {\”DARI BENCANA MAKHLUK-MAKHLUK YANG IA CIPTAKAN;} (AL-FALAQ 113:2)

  1. Kita minta perlindungan dari segala kejahatan makhluk yang Allah cipta!
    Samada dari kalangan manusia, haiwan dan juga angin!
    Ingatlah surah yang kita baca ini bukan sekadar rutin tetapi sebagai perlindungan.
  2. Kata Abu Said al-Khudri r.a, adalah Rasulullah s.a.w minta perlindungan dari jin & penyakit ain sehingga turunlah dua surah ini.
    Selepas dari itu Baginda s.a.w tidak lagi membaca doa-doa yang lain itu, cukuplah dengan 2 surah itu. [HR at-Tirmizi].

iii- Daripada Saad bin Abi Waqqas, beliau berkata, \”Aku mendengar Khaulah binti Hakim al-Sulamiyah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
\”Sesiapa yang singgah di satu-satu tempat, lalu dia membaca:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya),
maka tiada satu pun yang membahayakannya sehingga ia berganjak dari tempatnya.\” [HR Muslim].

  1. Sebuah hadis lagi: dari Abu Hurairah.
    Suatu hari ada seorang laki-laki yang disengat kalajengking datang kepada Rasulullah dan berkata, \”Wahai Rasulullah, alangkah sakitnya aku rasakan disebabkan oleh kalajengking yang menyengatku tadi malam.\”
    Rasulullah S.A.W bersabda:
    \”Adapun sekiranya engkau mengucapkan ketika petang hari tadi doa ini:
    أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ تَضُرَّكَ
    (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari keburukan apa yang Dia ciptakan); nescaya ia tidak dapat menjadi mudharat bagimu.\” [HR Muslim].
  2. Kita kena banyak baca, jangan leka, zikir pagi petang ini adalah perisai atau seolah insuran kita, kita minta perlindungan dengan Allah s.w.t dari segala kejahatan pada setiap waktu pagi & petang.
    Kerana itu kita tekankan & ajar kepada para pelajar kita untuk istiqomah beramal dengannya!

AYAT 3- {\”DAN DARI BAHAYA GELAP APABILA IA MASUK;} (AL-FALAQ 113:3)

  1. Allah juga ajar kita minta perlindungan dari Allah s.w.t dari kejahatan yang muncul apabila menjelang kegelapan malam!
    Apabila gelap para penjahat akan keluar- tandanya malam ialah keluarnya bulan.
  2. Hadis- Rasulullah s.a.w ajar U.M Aisyah agar minta perlindungan dengan Allah s.w.t apabila keluarnya bulan- iaitu pada waktu malam. [HR Muslim].

Bukan bulan itu sendiri yang membahaya tetapi kesan keluarnya bulan pada waktu malam itu. Ini menunjukkan bahawa pada waktu malam yang gelap akan keluar manusia & haiwan yang bahaya & memudharatkan.

AYAT 4- {\”DAN DARI KEJAHATAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGHEMBUS-HEMBUS PADA SIMPULAN-SIMPULAN (DAN IKATAN-IKATAN);} (AL-FALAQ 113:4)

  1. Allah s.w.t juga ajar kita minta perlindungan dengan Allah s.w.t dari kejahatan ahli sihir pula, iaitu para bomoh, dukun, pawang dan seumpamanya!
    Mereka ini pula biasanya buat kerja jahat ini pada waktu malam.
  2. Yang kerja mereka menghembus-hembus pada simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan- pada benda yang mereka jadikan objek kerja sihir mereka itu; iaitu antara ritual dan amalan jahat mereka!
  3. Kenapa Allah s.w.t guna perkataan { ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ} seolah menunjukkan tukang sihir itu wanita?
    Jawapan:
    i- kata ar-Razi- ini kerana kebanyakan ahli sihir ialah wanita walaupun ada juga lelaki!

ii- bukan ditujukan kepada wanita tetapi dengan maksud pemilik jiwa yang keji, yang meniup-niup itu objek sihir itu!

AYAT 5- {\”DAN DARI KEJAHATAN ORANG YANG DENGKI APABILA IA MELAKUKAN DENGKINYA\”.} (AL-FALAQ 113:5)

  1. Kemudian Allah s.w.t suruh kita minta perlindungan dari kejahatan pendengki!
  2. Nampak tersusun tertib ayat Allah s.w.t susun ini: malam, sihir & pendengki. Iaitu langkah kejahatan itu berjalan langkah demi selangkah:

i- orang yang dengki apabila dia sakit hati & dengki;
ii- dia akan pergi berjumpa tukang sihir;
iii- tukang sihir pula biasanya akan melakukan kerja jahatnya pada waktu malam yang gelap, tanpa penglihatan orang ramai.

3. Iaitu apabila dia dengki & dia akan menjalankan rancangan jahatnya samada pergi berjumpa tukang sihir dan lain-lain kejahatan yang akan dibuatnya!

4. Maksud { حَاسِدٍ} orang yang dengki ini ialah orang itu bercita-cita, berharap hilangnya nikmat Allah s.w.t dari orang yang dia dengki itu!

Contoh: seseorang itu dapat pangkat maka si hasad harap orang itu hilang pangkat itu atau mati. Itu yang salahnya- kita nak hilangkan nikmat dari orang lain!

Manakala jika kita lihat orang berjaya & kaya- maka kita ingin berjaya kaya seperti dia juga, jadikan sumber inspirasi tetapi tidak mengharapkan dia hilang nikmat & kesenangan itu; itu bukan hasad tetapi ghibtah yang dibolehkan!

5. Hadis riwayat U.M Aisyah r.a:
Apabila Rasulullah s.a.w sakit, Jibril datang dan menjampinya dengan doa ini:
بِسْمِ اللّٰهِ اَرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَىءٍيُؤْذِيْكَ, مِنْ شَرِّكُلِّ نَفْسٍ اَوْعَيْنِ حَاسِدٍ, اَللّٰهُ يَشْفِيْكَ بِسْمِ اللّٰهِ اَرْقِيْكَ
\”Dengan menyebut nama Allah, aku menjampi engkau dari segala sesuatu yang menyakitimu, dari kejahatan semua jiwa atau (ain) mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan engkau. Dengan asma Allah aku me-ruqyahmu.\” [HR Muslim].

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- Ayat 5- Dalam surah ini Allah s.w.t ajar kita untuk minta perlindungan dengan Allah s.w.t dari semua perkara yang tidak baik ini, dari segala kejahatan benda yang kita tidak nampak!
    Iaitu antara yang disebut dalam surah ini ialah: kejahatan segala makhluk ciptaan Allah, kejahatan yang terkandung dalam malam apabila ia gelap, kejahatan para tukang sihir & dari penyakit ain & kejahatan orang yang hasad apabila dia dengki!
  2. Ayat 3- {\”Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;}
    Ayat 4- {\”Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);}
    Ayat 5- {\”Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya\”.} –
    Surah ini Allah suruh kita minta pertolongan dari 3 perkara ini.
    Ulama\’ tadabbur kata bala atas dunia ini datang dari tiga perkara ini:
    i- bala yang tersembunyi iaitu gelap malam.
    ii- bala yang datang dari ahli sihir,
    iii- bala dari orang hasad yang mempunyai mata yang jahat (ain).
  3. {Ayat 1- Ayat 5}- Dalam surah ini juga Allah s.w.t susun tertib untuk kita minta pelindungan; iaitu dari umum kepada khusus, kepada lebih detail:

i- semua makhluk
ii- kejahatan yang datang dari atas (kegelapan malam)
iii- perbuatan ahli sihir itu sendiri yang meniup pada simpulan tali
iv- perbuatan orang yang dengki itu sendiri.
Jadi kita minta perlindungan dengan Allah s.w.t dari semua perkara ini!

  1. Ayat 1- {Katakanlah (wahai Muhammad); \”Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk (pagi),}-
    Allah perintahkan untuk kita minta perlindungan dengan Tuhan waktu pagi yang cerah- ini kerana apabila pagi yang cerah datang, ia menghalau malam yang gelap, yang penuh dengan kejahatan & penyakit.

Ini terbukti kebanyakan pesakit-pesakit jiwa atau depression, penyakit mereka itu lebih kuat timbul & megacau pada waktu malam daripada siang- wallahu a\’lam.

  1. Ayat 4- {\”Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);}- ini menunjukkan perbuatan sihir itu & wujud sungguh.

Ulama\’ ahli Sunnah kata ia adalah hakikat & berlaku sejak dulu lagi iaitu pada zaman Nabi Musa a,s & Firaun lagi, Dimana Firaun telah mengumpul ramai sekali ahli sihir dalam negerinya!
Sihir ini datang dari hasad-dengki.

KATA ULAMA\’ TADABBUR :

– orang yang hasad dia lawan Allah s.w.t dalam 5 perkara:
i- dia benci kepada nikmat yang Allah beri kepada orang lain,
ii- dia benci kepada pembahagian rezeki yang telah Allah buat.
iii- dia telah lawan perbuatan Allah s.w.t.
iv- dia telah menghina wali-wali Allah (orang yang beriman kepada Allah) & membenci mereka, supaya hilang nikmat dari mereka.
v- dia telah bantu musuh-musuhnya iaitu iblis.
Iaitu dia tidak terima taqdir- Qada\’ & Qadar yang telah ditentukan Allah s.w.t!

Ulama\’ kata tidak ada perkara yang lebih buruk daripada sifat hasad.

Bagi orang hasad Allah letakkan 5 hukuman atas kepalanya:
i- sentiasa stress & tidak tenang hidupnya kerana asyik dengki kepada orang!
ii- dia tidak akan dapat apa-apa faedah
iii- perbuatan yang dicela
iv- dimurkai Allah s.w.t
v- Allah akan tutup pintu hatinya daripada menerima taufiq Allah s.w.t!

Inilah bahayanya orang yang hasad- Allah berikan 5 hukuman atas dunia lagi- kemudian di akhirat kelak jika dia tidak bertaubat akan mendapat azab neraka pula!

Kita minta perlindungan dengan Allah s.w.t dari segala kejahatan yang disebut dalam surah ini serta minta dijauhkan dari segala sifat yang tidak baik ini!

Powered by BetterDocs