SURAH AL-IKHLAS : AYAT 1-4

\"\"

13 FADHILAT DAN KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS.

Full video : https://youtu.be/3isKnS6K778?si=e5xww7T4UDhvteR9

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Siri ini adalah sambungan kepada surah al-Ikhlas yang sebelumnya.

Kita akan lihat secara terperinci kepada hadis-hadis yang sahih tentang 13 kelebihan surah yang mulia ini yang telah disebut dalam siri yang sebelumnya.

  1. Kata orang tak kenal maka tak cinta; lalu kita perkenalkan lagi kelebihan surah yang mulia ini agar lebih bertambah kecintaan kita kepada al-Quran umumnya & kecintaan untuk memahami surah ini khususnya, agar makin semangat nak baca & makin tinggi darjat kita nak beramal dengannya lalu bertambah mantap keimanan kita.
  2. Al-Quran ini dibaca dengan tiga dimensi iaitu:
    i- baca dengan mulut & lidah- apa yang kita dah buat.
    ii- baca dengan hati bertadabbur, perhati & memahami maknanya!
    iii- beramal dengan isi kandungannya.
  3. Jika kita dapat buat 3/3 bermakna tinggilah darjat kita, 2/3 baik lagi, dapat 1/3 alhamdulillah tetapi jika 0/3- inna lillah!

Surahnya pendek jika tak baca- sangatlah rugi!

Kita sangat kerugian jika peluang besar yang Allah beri ini kita buat tak tau, lalai, lagha dan tidak berlorat memanfaatkannya.
Bacanya tidak, maknanya tak faham, beramal dengannya juga tidak- amat malang sekali!

5. Mudah-mudah dengan kita perkenalkan ini semakin semangat kita semua untuk membaca & memahaminya!

6. Surah ini dikembarkan dengan dua surah lagi iaitu al-Falaq & An-Nas (3 QUL) dikenali sebagai surah pelindung (السور المعوذات).

Surah ini juga mempunyai lebih daripada 20 nama. Kata Imam an-Nawawi rhm.: Sesuatu perkara itu yang mempunyai banyak nama menunjukkan akan kelebihannya yang tinggi.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
{قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ. ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ. 7 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ. ٣ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ} ٤

AYAT 1- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): \”(TUHANKU) IALAH ALLAH YANG MAHA ESA;} (AL-IKHLAS 112:1)
AYAT 2- {\”ALLAH YANG MENJADI TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK UNTUK MEMOHON SEBARANG HAJAT;} (AL-IKHLAS 112:2)
AYAT 3- {\”IA TIADA BERANAK, DAN IA PULA TIDAK DIPERANAKKAN;} (AL-IKHLAS 112:3)
AYAT 4- {\”DAN TIDAK ADA SESIAPAPUN YANG SERUPA DENGANNYA\”.} (AL-IKHLAS 112:4)

KELEBIHAN SURAH- ADA 13 KESEMUANYA :

  1. Pahala bacaannya menyamai satu pertiga (1/3) al-Quran.

A- Hadis sabda Rasulullah s.a.w:
Abu Sa\’id r.a, ia berkata, \”Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya:
\”Apakah salah seorang di antara kalian tidak mampu membaca sepertiga al-Quran dalam satu malam?\”
Maka, sahabat merasakan itu adalah sesuatu yang begitu berat untuk dilakukan sehinggalah mereka berkata, \”Siapa di antara kami yang mampu melakukannya wahai Rasulullah?
Maka beliau bersabda: \”Allaahul Waahidus-Somad (surah al-Ikhlas) itu sepertiga al-Quran.\” [HR Bukhari].

Yakni maksudnya pahala membacanya menyamai pahala membaca seluruh al-Quran tetapi tidak memadai mengganti surah lain yang wajib seperti al-Fatihah dalam solat dengan baca 3x surah ini sahaja!

Al-Quran ini isi kandungannya terbahagi kepada tiga iaitu:
i- 1/3 Tauhid yang menceritakan tentang Allah s.w.t!
ii- 1/3 Kisah umat-umat terdahulu
iii- 1/3 mengandungi Arahan Allah suruh kita buat & larangan.

Kerana al-Quran itu Kalamullah maka ia terdiri daripada:
i- cerita (إخبار): tentang Allah atau tentang makhluk.
ii- insya\’ (إنشاء)- iaitu suruhan yang terdiri dari larangan atau perintah- atau harus.

HADIS KEDUA :

Daripada Abu Sa`id al-Khudri RA:
أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ»

Maksudnya: \”Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca:
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ
dengan berulang kali, lalu dia datang bertemu Rasulullah S.A.W dan menceritakan hal itu kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah S.A.W: \”Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surah itu sebanding dengan sepertiga al Qur`an.\” [HR Imam al-Bukhari (5013)

  1. Allah s.w.t perintahkan kita baca 3 Qul (المعوذات) ini setiap kali selepas solat.

i- Hadis Uqbah bin \’Amir berkata, dari Rasulullah s.a.w, sabdanya:
اقْرَأُوا الْمُعَوِّذَاتِ فِيْ دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ
\”Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.\” (HR. Abu Daud].

ii- Daripada Uqbah bin Amir, katanya;
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
\”Rasulullah s.a.w memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat di akhir solat (sesudah salam).\” [HR. An-Nasai]

  1. Tidak ada diturunkan kelebihan seperti 3 surah ini samada dalam Taurat, Injil & al-Quran sendiri Mengatasi segala surah lain.

Yakni tiada bandingan dengan surah lain dari sudut tauhid & bab perlindungan.

  1. Sesiapa yang baca 3 Qul ini pada waktu pagi & petang, akan selamat daripada banyak perkara!

i- Dari Mu\’az bin Abdullah bin Khubaib dari bapanya ia berkata;
خَرَجْنَا فِى لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لِيُصَلِّىَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ « أَصَلَّيْتُمْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ « قُلْ ». فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ « (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِى وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَىْءٍ »
\”Pada malam hujan lagi gelap-gelita kami keluar mencari Rasulullah s.a.w untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya.
Baginda bersabda, \”Apakah kamu telah solat?\” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata.
Baginda bersabda, \”Katakanlah\”.
Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata.
Baginda bersabda, \”Katakanlah\”.
Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda, \”Katakanlah\”.
Hingga aku berkata, \”Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?\”
Rasulullah s.a.w bersabda, \”Katakanlah (bacalah surah)\’Qul Huwallahu Ahad\’, \’Qul A\’uzu Birabbil Falaq\’ dan \’Qul A\’uzu Birabbinnaas\’ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.\” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An-Nasai no. 5428- Sahih).

ii- hadis kedua:
Abdullah bin Habib berkata, \”Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami.
Lalu kami temui Baginda & dia bersabda, \”Katakanlah\”.
Maka aku tidak mengatakan sesuatu.
Kemudian Nabi bersabda lagi, \”Katakanlah\”, Aku tidak mengatakan apa-apa.
Kemudian Nabi bersabda lagi, \”Katakanlah\”.
Maka, aku berkata, \”Ya Rasulullah!
Apa yang harus aku katakan?\”
Nabi menjawab: \”Bacalah \’Surah Muawwizat\’ ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali, maka hal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu.\” [HR Imam Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini berdarjat hadis hasan sahih.]

  1. Apabila sakit & tidak sihat Rasulullah s.a.w membaca sendiri 3 Qul ini sebagai ruqyah.

Sayyidah Aisyah r.a meriwayatkan:
\”Bahawasanya Rasulullah s.a.w apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya.
Dan apabila sakit Baginda bertambah teruk, aku yang membacanya kemudian aku tiupkan ke tangannya & usapkan ke badannya mengharap keberkatan dari surah-surah tersebut.\” [HR Al-Bukhari].

  1. Rasulullah s.a.w membenteng dirinya apabila mahu tidur dengan 3 Qul ini.
    Baca dan sapu pada bahagian tubuhnya.

Hadis- Daripada Aisyah R.anha:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ.

Maksudnya: Bahawa Nabi S.A.W apabila menuju ke pembaringannya (untuk tidur) setiap malam, Baginda akan menghimpunkan kedua tangannya (yakni menadah tangan) dan meniupnya setelah Baginda membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya pada tempat yang mampu dicapai olehnya dari setiap tubuhnya, dimulakan dari kepala, muka, dan apa yang boleh ditemui daripada badannya, sebanyak tiga kali. [HR Imam al-Bukhari (5017)].

  1. Sesiapa yang berdoa dengan isi kandungan surah ini; dia telah berdoa dengan nama Allah yang Maha Agung.

Diriwayatkan daripada Anas, terdapat seorang lelaki membacakan doa:
\”Ya Allah, saya memohon kepada-Mu bahawasanya segala pujian hanya milik-Mu, tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau Tuhan yang banyak memberi kurniaan, pencipta langit dan bumi, yang memiliki keagungan dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Maha Berdiri dengan sendiri.\”

Nabi S.A.W bertanya kepada sahabat: \”Apakah kamu tahu dengan apa dia berdoa?
Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda bersabda: Demi zat jiwaku yang berada di tangan-Nya, sesungguhnya dia telah memohon kepada Allah S.W.T dengan menyebut nama-Nya yang Maha Agung yang apabila seseorang berdoa dengan menyebutnya pasti dimakbulkan dan apabila dipohon, pasti akan ditunai oleh-Nya.\” [HR Abu Daud & An-Nasa\’ei].

  1. Sesiapa yang sayang, suka kepada surah ini- (baca, hayati & tadabbur- bukan suka saja) akan masuk syurga!

Daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata:
\”Seorang lelaki daripada kaum Ansar mengimamkan kaumnya di masjid Quba\’. Setiap kali dia ingin membaca surah (selepas al-Fatihah) untuk mereka di dalam solat, dia akan mula dengan membaca surah al-Ikhlas sehinggalah tamat. Kemudian dia akan membaca surah lain bersamanya dan dia melakukan sedemikian pada setiap rakaat.

Para sahabatnya bertanya kepadanya: Kamu membaca surah ini, kemudian kamu merasa ia tidak memadai sehinggalah kamu membaca surah yang lain. Sepatutnya kamu membaca surah ini sahaja atau kamu meninggalkannya dan membaca surah yang lain sahaja.
Beliau menjawab: Aku tidak akan meninggalkannya.
Kalau kalian mahu maka aku akan mengimamkan kalian dengan membacanya. Kalau kalian enggan maka aku tidak akan mengimamkan kalian.

Mereka menganggap dia adalah orang yang paling afdhal di kalangan mereka dan mereka tidak mahu orang lain yang mengimamkan mereka.

Apabila Nabi s.a.w datang kepada mererka lalu mereka mengkhabarkan perkara tersebut kepada baginda.

Baginda bertanya: Wahai si fulan, apa yang menghalang kamu daripada melakukan sebagimana yang diminta oleh sahabatmu itu? Apa yang menyebabkan kamu ingin membaca surah ini pada setiap rakaat?

Dia menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat mencintainya.
Baginda lalu bersabda: Sesungguhnya kecintaanmu kepadanya akan memasukkan kamu ke dalam syurga.\” [HR at-Tirmizi (no. 2901).]

  1. Sesiapa yang sayang, suka membaca surah ini- Allah s.w.t akan sayang kepadanya kerana ia sifat Allah yang penuh Rahman.

Daripada Aisyah R.anha:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلًا عَلَى سَرِيَّةٍ، وَكَانَ يَقْرَأُ لِأَصْحَابِهِ فِي صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَلُوهُ لِأَيِّ شَيْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ؟، فَسَأَلُوهُ، فَقَالَ: لِأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ
Maksudnya: \”Sesungguhnya Nabi S.A.W mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahabat-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ.

Maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah S.A.W, lalu Baginda pun bersabda: \”Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?\”
Lalu mereka bertanya kepadanya.
Beliau pun menjawab: \”Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,\”
lalu Nabi S.A.W bersabda: \”Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya.\” [HR Imam al-Bukhari (7375)].

  1. Rasulullah s.a.w mendengar seorang sahabat membaca surah ini & bersabda:
    Dia akan masuk syurga!

Daripada Abu Hurairah RA:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ
Maksudnya: \”Aku datang bersama Rasulullah S.A.W lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: \”Telah wajib.\” Aku bertanya: \”Apa yang telah menjadi wajib?\”. Kata Baginda: \”Syurga (baginya).\” [Imam al-Tirmizi dalam Sunan (2897).].

  1. Rasulullah s.a.w mendengar seorang sahabat membaca surah ini pada rakaat kedua dalam solat sunat fajar lalu bersabda: Hamba ini beriman & benar-benar mengenal Tuhannya!

Dari Jabir bin Abdullah r.a:
Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki yang membaca dalam solatnya pada rakaat pertama surah al-Kafirun, lalu Baginda bersabda, \”Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya.\”

Seterusnya membaca Qul-Huwallahu (surah Al-Ikhlas) pada rakaat keduanya, lalu Rasulullah bersabda, \”Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya.\” [HR at-Tabarani].

  1. Rasulullah s.a.w membaca surah ini dalam akhir witirnya.

i- Daripada Abdurrahman bin Abza R.A, bahawa Nabi S.A.W.
أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ: سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ، وَرَفَعَ بِهَا صَوْتَهُ
Maksudnya: \”Nabi S.A.W membaca di dalam witir \”سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى\”, \”قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ\” dan \”قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ\”.
Apabila Baginda S.A.W memberi salam, Baginda SAW membaca: \”سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ\”, \”سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ\”, \”سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ\”
dalam keadaan Baginda S.A.W mengangkat suaranya ketika membacanya\”. [Riwayat Ahmad (15354)]

ii- Aisyah RA ditanya berkenaan bacaan Nabi S.A.W di dalam solat sunat witir.
Lalu Beliau menyatakan:
كَانَ يَقْرَأُ فِي الأُولَى: بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى، وَفِي الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُونَ، وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَالمُعَوِّذَتَيْن.

Maksudnya: \”Adapun Nabi S.A.W membaca pada rakaat pertama \”سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى\”. Manakala pada rakaat kedua \”قُلْ يَا أَيُّهَا الكَافِرُونَ\” dan pada rakaat ketiga \”قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ\” berserta \”المُعَوِّذَتَيْنِ\” (iaitu surah al-\’Alaq dan al-Nas)\”. [Riwayat al-Tirmizi (463)]

Terdapat khilaf ulama\’ tentang kesahihan hadis ini- ada kata sahih ada kata tidak- jadi boleh dibaca tidak ada masalah alhamdulillah.

  1. Rasulullah s.a.w membaca surah ini dalam solat sunat fajarnya.

Bahawasanya Rasulullah S.A.W membaca pada solat Fajar (rakaat pertama) dengan (Qulya ayuhal Kafirun) dan pada rakaat kedua) dengan (Qul huwallahu ahad) dibaca dengan suara perlahan. (HR. Ahmad)

Banyak lagi kelebihannya- ini kita hanya pilih sedikit daripada hadis-hadis yang sahih!

Jika kita mampu memahami beramal dengan semua ini pun Alhamdulillah!

Powered by BetterDocs