SURAH AT-TAKATHUR : AYAT 1-8

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, CELAAN BUAT GOLONGAN YANG SIBUK MENGUMPUL HARTA DAN ANAK & SETELAH MATI SEMUA AKAN DIPERSOALKAN.

Full video : https://youtu.be/NUMyhTydAvc?si=bc34e-bK495pVvoO

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada pagi ini Jumaat 24 Muharram 1445H bersamaan 11hb Ogos 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah At-Takaathur – سورة التكاثر.
  2. Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.
  3. At-Takaathur – سورة التكاثر. adalah surah ke-102 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang kedua-puluh lima dalam juz ke 30, iaitu selepas Surah Al-Qari\’ah – سورة القارعة.
    Mengandungi 8 ayat yang pendek.
  4. Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
  5. Dalam surah ini Allah s.w.t mencela golongan yang sibuk mengumpul harta dan meramaikan anak cucu tetapi lupa kepada Allah Azza wa Jalla.
    Setelah mati kamu akan tahu apakah kesan daripada perbuatan tersebut & semua nikmat akan dipersoalkan.

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai:
    i- At-Takathur – سورة التكاثر yang bermakna {Berlumba-lumba Mengumpul Harta, Anak pinak, pangkat pengaruh} kerana pada awal surah ini Allah s.w.t menegur orang yang berbuat demikian, kamu telah dilalaikan daripada membuat amal bakti oleh perbuatan tersebut sehingga kamu masuk kubur!
  2. Kata ibnu Asyur rhm.: Begitulah nama ini disebut dalam kebanyakan mushaf & kitab-kitab tafsir, Imam at-Tirmizi juga menyebut dalam kitab Sunannya.

Surah ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti:
i- ia juga dikenali dengan nama {أَلْهَىٰكُمُ} iaitu dari perkataan pertamanya.
Demikian ditulis oleh Imam al-Bukhari dalam Kitabnya Sahih al-Bukhari.

ii- dinamakan juga sebagai surah perkuburan (المقبرة)- al-Maqbarah. Kerana Allah sebut sehingga kamu masuk ke dalam kubur.

iii- juga dengan nama { أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ} sebagaimana hadis Abdullah bin as-Syikhir r.a bahawa:
Aku mendatangi Rasulullah s.a.w sedang Baginda membaca Alhakumut-Takathur { أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ}.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Setelah membentangkan teguran Allah Ta\’ala terhadap orang-orang yang melakukan perbuatan itu, lalu diberi amaran:
    \”Jangan sekali-kali bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk semasa hendak mati!\”
  2. Kemudian diberi amaran sekali lagi, bahawa mereka akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat).
  3. Diingatkan lagi: Demi sesungguhnya kalaulah mereka mengetahui – apa yang mereka hadapi – dengan pengetahuan yang yakin, tentulah mereka akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan mereka untuk hari akhirat.
  4. Setelah diingatkan setakat mana buruknya azab yang disediakan bagi orang-orang yang ingkar, lalu ditegaskan kepada umat manusia umumnya, bahawa mereka akan ditanya kelak pada hari akhirat tentang segala nikmat yang mereka nikmatinya.
  5. Yakni pada hari itu masing-masing – yang mukmin dan yang kafir – akan ditanya yang diredhai Tuhan:

i- Orang-orang mukmin akan ditanya tentang nikmat-nikmat itu kerana hendak menyatakan kemuliaan mereka dengan sebab mereka bersyukur dengan menggunakan segala nikmat yang dikurniakan itu pada perkara-perkara kebaikan.

ii- Sebaliknya orang-orang kafir pula akan ditanya tentang nikmat-nikmat itu kerana hendak menyatakan kejahatan dan kehinaan dengan sebab mereka menyalahgunakan nikmat-nikmat itu.

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah larangan tentang perkara yang boleh membawa kamu kepada azab.
    Jangan berani buat benda yang Tuhan larang!
  2. Allah s.w.t juga memperingatkan kepada kita akan soalan yang akan ditanya pada hari Kiamat nanti!
    Tiada benda yang akan lepas, kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita buat atas dunia ini.

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Larangan daripada berbangga-bangga dengan harta & keturunan, larangan daripada memperbanyakan harta & anak-pinak sehingga lupa kepada Allah s.w.t.
  2. Galakan supaya kita banyak melakukan amalan soleh & amalan-amalan yang boleh melepaskkan kita daripada azab neraka.
  3. Untuk menta\’kidkan bahawa hari Kiamat itu benar, Hisab itu benar & Pembalasan itu juga benar!

MUNASABAH SURAH AT-TAKAATHUR – سورة التكاثر DENGAN SURAH AL-QAARI\’AH – سورة القارعة SEBELUMNYA :

Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Qaari\’ah – سورة القارعة:

  1. dalam surah al-Qari\’ah Allah s.w.t telah menceritakan sebahagian daripada huru-hara pada hari Kiamat serta balasan kepada orang yang baik & orang yang celaka,

ii- disebut dalam surah ini sebab kenapa ahli neraka berhak dicampakkan ke dalam neraka: iaitu kerana mereka sibuk mengumpulkan harta dunia, meramaikan anak-cucu, sehingga lupa akan agama ini!

Sibuk dengan dunia sehingga lupa untuk beramal bagi akhirat juga dengan sebab mereka melakukan dosa-dosa yang dilarang oleh Allah s.w.t!

iii- Allah s.w.t juga nyatakan tanggung-jawab kita di akhirat, iaitu semua amanlan yang kita lakukan atas dunia ini akan dipersolakan di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak!

Dengan aqidah kita, kata-kata kita, perbuatan kita bahkan segala niat dalam dada kita juga akan dipersoalkan!
Iaitu pada hari dibongkarkan kubur & didedahkan apa yang ada dalam dada maka kita akan dipersoalkan oleh Allah, semua anugerah yang Dia beri akan dittanya apa yang telah kita lakukan dengannya!

Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi sebagai orang yang beriman, yang menjaga segala hak Allah dengan sempurna, yang bersyukur kepada Allah s.w.t dengan melakukan ketaatan & menjauhkan diri daripada segala perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t!
Lalu menjadi orang yang layak menerima redha & nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


AYAT 1- {KAMU TELAH DILALAIKAN (DARIPADA MENGERJAKAN AMAL BAKTI) OLEH PERBUATAN BERLUMBA-LUMBA UNTUK MENDAPAT DENGAN SEBANYAK-BANYAKNYA (HARTA BENDA, ANAK-PINAK PANGKAT DAN PENGARUH),} (AT-TAKAATHUR 102:1)

  1. Kata Syeikh Ibnul Qayyim rhm.:
    Semua perkara yang kita perbanyakkan kerana dunia (selain ketaatan kepada Allah) adalah ditegur! Iaitu yang melekakan, melagha & membazir adalah dicela.

Tetapi memperbanyakkan perkara yang memberi manfaat kepada akhirat, seperti melakukan ketaatan, amal soleh & ibadat kepada Allah s.w.t & ikut Sunnah Nabi s.a.w itu dipuji

  1. Firman Allah s.w.t:
    {Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;} (Al-Hadiid 57:20)
    Tetapi jika kita gunakannya untuk akhirat itu baik.

AYAT 2- {SEHINGGA KAMU MASUK KUBUR.} (AT-TAKAATHUR 102:2)

  1. Kamu akan lagha dengan perkara dunia ini sehinggalah kamu masuk kubur iaitu mati & ditanam!
  2. Siapakah yang di maksudkan kamu dalam ayat ini?
    i- ada ulama\’ kata ini teguran kepada sebahagian golongan kafir yang berbangga dengan harta, pangkat & anak keturunan yang ramai.

Mereka juga tamak mengumpulkannya lalu menunjuk-nunjuk kepada Rasulullah s.a.w dan pengikutnya. Mereka kaya kononnya tanda Tuhan sayang kepada mereka!

ii- namun Ibnul Qayyim rhm. berkata: Tiada lafaz dalam al-Quran atau hadis yang sahih yang menunjukkan bahawa ayat ini khas untuk orang kafir sahaja, bahkan ia adalah umum untuk semua manusia. Yang kafir cara kafir, yang bukan kafir dengan caranya!
Umum untuk semua yang sibuk berlumba mengumpul harta kekayaan, anak cucu & pangkat kedudukan.

  1. Hadis- riwayat Abdullah bin as-Syikhir r.a berkata:
    Aku menemui Rasulullah s.a.w pada ketika itu Baginda sedang membaca: {أَلْهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ} – Alhakumuttakasur\”.
    Kemudian Baginda bersabda:
    \”Anak Adam berkata: Hartaku! Hartaku!
    Wahai anak Adam adakah engkau mempunyai harta selain daripada:
    i- apa yang telah engkau makan maka ia akan habis
    ii- atau yang telah engkau pakai lalu menjadi lusuh
    iii- atau yang telah engkau sedekahkan maka ia akan hilang.
    Selain daripada itu harta tersebut akan musnah dan akan engkau tinggalkan dia untuk orang lain.\” [HR Muslim].
  2. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    \”Seseorang berkata: Hartaku! Hartaku!
    Sedangkan dia tidak mempunyai harta selain daripada 3 jenis ini:
    i- apa yang telah dia makan maka ia akan habis
    ii- atau yang telah dia pakai lalu menjadi lusuh
    iii- atau yang telah dia sedekahkan maka ia akan hilang.
    Selain daripada itu; harta tersebut akan musnah dan akan dia tinggalkannya untuk orang lain.\” [HR Muslim].

AYAT 3- {JANGAN SEKALI-KALI (BERSIKAP DEMIKIAN)! KAMU AKAN MENGETAHUI KELAK (AKIBATNYA YANG BURUK SEMASA HENDAK MATI)!} (AT-TAKAATHUR 102:3)

  1. Janganlah kamu lalai, lagha & mabuk dengan harta itu! Bukan itu caranya untuk kamu buat!
  2. Berhentilah tamakkan harta & bakhil dari bersedekah!
    Kelak kamu akan mengetahui akibatnya yang buruk semasa hendak mati!

AYAT 4- {SEKALI LAGI (DIINGATKAN): JANGAN SEKALI-KALI (KAMU BERSIKAP DEMIKIAN)! KAMU AKAN MENGETAHUI KELAK (AKIBATNYA YANG BURUK PADA HARI KIAMAT)!} (AT-TAKAATHUR 102:4)

  1. Sekali lagi diingatkan jangalah kamu bersikap demikian wahai para pengumpul harta & pengejar pangkat kedudukan!
  2. Allah s.w.t ulang sekali peringatan ini untuk memberi amaran kepada mereka ini!
    Kelak kamu akan mengetahui akibatnya yang buruk semasa hendak mati!

AYAT 5- {DEMI SESUNGGUHNYA! KALAULAH KAMU MENGETAHUI – (APA YANG KAMU AKAN HADAPI) – DENGAN PENGETAHUAN YANG YAKIN, (TENTULAH KAMU AKAN MENGERJAKAN PERKARA-PERKARA YANG MENJADI BEKALAN KAMU UNTUK HARI AKHIRAT).} (AT-TAKAATHUR 102:5)

  1. Allah s.w.t ulang sekali lagi: Demi sesungguhnya
  2. Kata ulama\’ tadabbur:
    i- Allah s.w.t ulang tiga kali perkataan {كَلَّا} ini untuk membatalkan apa yang ada dalam kepala otak mereka yang lagha & leka dengan kesibukan dunia untuk tadabbur dengan apa yang Allah s.w.t sebut dalam al-Quran.

ii- mudah-mudahan dengan tiga kali teguran & sentakan ini manusia akan sedar dan insaf. Jika kamu sudah sedar & tahu dengan yakin apa yang akan kamu hadapi kelak, berhentilah!

  1. Jika kamu tahu dengan ilmu yang yang yakin sebelum mati ini bahawa Allah s.w.t akan membangkitkan kamu kelak, mengadili & menghukum kamu; nescaya kamu tidak akan lagha & leka daripada mengingtai Allah s.w.t kerana sibuk cari harta & pangkat kedudukan atas dunia ini! Tetapi amalan untuk bekal akhirat tajk banyak!
  2. Hadis riwayat Anas bin Malik r.a:
    \”Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.\” [HR Bukhari & Muslim].
  3. Orang yang cerdik cukup hanya dengan isyarat saja sudah faham, tetapi orang yang bodoh & keras hati jika dipukul atas kepala pun masih tidak faham!
  4. Musibah juga apabila lidah kelu daripada menyebut nama Allah, hati jauh daripada mengingati Allah, mata tidak menangis kerana takutkan Allah!
  5. Boleh dapatkan buku Dunia Bukan Syurga- lihatlah ruginya jika kita tidak menangis apabila kita lupa kepada Allah s.w.t:
    https://dartaibah.com/?page_id=179…

AYAT 6- {(INGATLAH) DEMI SESUNGGUHNYA! – KAMU AKAN MELIHAT NERAKA YANG MARAK MENJULANG.} (AT-TAKAATHUR 102:6)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t bersumpah bahawa kamu semua akan melihat neraka yang apinya marak menjulang!
  2. Kata al-Qurtubi rhm. ayat ini ditujukan kepada orang kafir yang keras kepala, yang tidak percaya dulu!
  3. Ada juga ulama\’ kata semua akan lihat neraka kelak hatta orang mukmin yang selamat! Ini berdasarkan firman Allah s.w.t ini:
    ii- {Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
    Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.} (Maryam 19: 71- 72)

ii- {Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya,} (An-Naazi\’aat 79:36)

  1. Ulama\’ kata diperlihatkan neraka kepada orang mukmin yang selamat darinya supaya mereka bersyukur manakala untuk orang kafir sebagai tempat kembali & azab kepada mereka! Wal-\’yazubillah!
  2. Allah sudah nyatakan sesiapa yang selamat dari neraka & masuk ke syurga itulah golongan yang bahagia- ya Allah jadikanlah kami daripada golongan ini! Serta selamatkan kami daripada neraka & azabnya!

AYAT 7- {SELEPAS ITU – DEMI SESUNGGUHNYA! – KAMU (WAHAI ORANG-ORANG YANG DERHAKA) AKAN MELIHATNYA DENGAN PENGLIHATAN YANG YAKIN (SEMASA KAMU DILEMPARKAN KE DALAMNYA)!} (AT-TAKAATHUR 102:7)

  1. Allah s.w.t bersumpah lagi- sesungguhnya kamu akan melihat neraka itu dengan pandangan yang yakin {عَيْنَ ٱلْيَقِينِ} tengok dengan mata kepala kamu yang kamu tidak akan syak selamanya!
  2. Kerana itu dikatakan ilmu ini peringkatnya:
    i- ilmu yakin {علم اليقين} iaitu kita yakin & tahu semasa atas dunia ini.

ii- kemudian lihat dengan mata kepala sendiri {عين اليقين}

iii- lalu jadilah ia sesuatu yang benar {حق اليقين}.

  1. Pada hari Kiamat neraka itu akan dibawa & ditarik oleh 70 ribu tali penarik, setiap tali itu ada 70 ribu malaikat yang ganas & bengis-bengis. Itulah neraka yang cukup besar & mengerikan- kita mohon kepada Allah agar selamatkan kita daripada neraka ini!

AYAT 8- {SELAIN DARI ITU, SESUNGGUHNYA KAMU AKAN DITANYA PADA HARI ITU, TENTANG SEGALA NIKMAT (YANG KAMU TELAH MENIKMATINYA)!} (AT-TAKAATHUR 102:8)

  1. Kemudian Allah s.w.t tutup surah ini dengan mengingati manusia bahawa: Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat yang kamu telah menikmatinya.
  2. Pada hari akhirat masing-masing akan ditanya tentang nikmat yang dianugerahkan kepada mereka di dunia dulu samada yang mukmin atau yang kafir:

i- Orang-orang mukmin akan ditanya tentang nikmat-nikmat itu kerana hendak menyatakan kemuliaan mereka dengan sebab mereka bersyukur dengan menggunakan segala nikmat yang dikurniakan itu pada perkara-perkara yang diredhai Allah.

ii- Sebaliknya orang-orang kafir pula akan ditanya tentang nikmat-nikmat itu kerana hendak menyatakan kejahatan dan kehinaan dengan sebab mereka menyalahgunakan nikmat-nikmat yang besar itu.

PENUTUP :

  1. Kita tangguhkan perbincangan tentang faedah dalam siri yang seterusnya.
  2. Semoga Allah memberi semangat kepada kita untuk beribadat, menjauhkan diri daripada segala maksiat, tumpukan diri kita untuk memperbanyakkan bekalan akhirat, jangan terus lagha leka dengan harta sehingga mencintai dunia lebih daripada akhirat.
  3. Hari ini hari Jumaat jangan lupa:
    i- baca surah al-Kahfi

ii- memperbanyakkan bacaan selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

iii- pergi awal ke masjid bagi muslimin.

Powered by BetterDocs