SURAH AL-KAUTHAR : AYAT 1-3

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, ALLAH ANUGERAHKAN KOLAM KAUTHAR, BERSYUKURLAH & ANCAMAN KEPADA PEMBENCI NABI S.A.W

Full video : https://youtu.be/c_GusuZc7fY?si=yLS43qSqHzqeFnNB

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada pagi ini, Sabtu 02 Safar 1445H bersamaan 19hb Ogos 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Kauthar – سورة الكوثر.
  2. Semoga Allah s.w.t kabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.
  3. Surah Al-Kauthar – سورة الكوثر adalah surah ke-108 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang ketigapuluh-satu dalam juz ke 30, iaitu selepas Surah Al-Ma\’un – سورة الماعون.
    Mengandungi 3 ayat yang pendek tetapi mengandungi banyak makna & kelebihannya.
  4. Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
    Tetapi ada juga ulama\’ yang mengatakan ia Madaniyyah.
  5. Ibnu Asyur rhm. berkata: Ada pertembungan yang kuat antara dua pandangan ini & perbincangan yang panjang; tetapi majoriti ulama\’ tafsir setuju bahawa ia adalah Makkiyyah! Wallahu a\’lam.
  6. Dalam surah ini diceritakan bahawa:
    i- Allah anugerahkan kolam Kauthar kepada Rasulullah s.a.w.
    Ada 6 makna al-Kauthar ini, kita akan lihat nanti).

ii- serta perintah supaya bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan dengan melakukan solat & sembelih korban.

iii- Kemudian dibawa ancaman kepada pembenci Nabi s.a.w dengan menyatakan bahawa mereka adalah orang yang terputus dari rahmat Allah s.w.t!

NAMA SURAH :

  1. Dinamakan surah ini sebagai Surah Al-Kauthar – سورة الكوثر yang bermakna {Nikmat Yang Banyak} kerana pada awal surah ini Allah s.w.t menegaskan bahawa Allah telah mengurniakan kepada Rasulullah s.a.w kebaikan yang banyak di dunia dan juga di akhirat.

Antaranya ialah sungai al-Kauthar di syurga!
ii- hadis tentang Kolam Kauthar.

  1. Ada juga ulama\’ menamakannya dengan nama: sempena ayat pertamannya penuh:
    {إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ}.

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Menerangkan tentang nikmat Allah yang banyak, yang dilimpahkan ke atas Rasulullah s.a.w. Maka diperintahkannya Baginda supaya solat beribadat kepada Allah semata & menyembelih korban sebagai tanda bersyukur.
  2. Korban di sini sebagaimana telah dinyatakan tidak terhad kepada menyembelih haiwan korban sahaja; bahkan meliputi segala jenis pengorbanan untuk kebaikan masyarakat. Seperti memberi tunjuk-ajar kepada orang ramai dalam perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka, serta bermurah hati menderma harta-benda untuk kebaikan umum!
  3. Surah ini diakhiri dengan menegasakan bahawa orang yang membenci Rasulullah s.a.w adalah orang yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingininya kerana dia akan diazab oleh Allah Azza wa Jalla!

MAQASID/OBJEKTIF SURAH :

  1. Antara objektifnya yang terpenting ialah untuk memberi khabar gembira kepada Rasulullah s.a.w dengan kebaikan-kebaikan yang banyak dari Allah Azza wa Jalla.

ISU PENTING DALAM SURAH :

  1. Allah s.w.t nyatakan nikmat-Nya bahawa Dia telah anugerahkan kepada Rasulullah s.a.w anugerah pemberian yang cukup banyak! Antaranya kolam Kauthar & Haudh.
  2. Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w supaya banyak bersyukur kepada Allah atas anugerah itu dengan mempertingkatkan amal ibadat kepada Allah s.w.t.
  3. Allah nyatakan bahawa orang yang benci kepada Nabi s.a.w adalah mereka yang terputus dari mendapat nikmat dari Allah s.w.t.

KELEBIHAN SURAH :

  1. Hadis- Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa dia bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Baginda menundukkan kepalanya sejenak, kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya tersenyum.
    Baginda bersabda kepada mereka, atau mereka bertanya kepada Baginda s.a.w: \”Mengapa Tuan tersenyum?\”
    Maka Rasulullah s.a.w menjawab:
    \”Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku suatu surah.\”

Lalu Baginda membaca firman Allah ini:
إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ ١ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ 7 إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ ٣

\”Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kauthar….
sehingga akhir surah.\” [HR Muslim].

MUNASABAH SURAH AL-KAUTHAR – سورة الكوثر DENGAN SURAH AL-MA\’UN – سورة الماعون SEBELUMNYA :Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Ma\’un – سورة الماعون:

  1. Dalam Surah Al-Ma\’un- Allah nyatakan sifat orang kafir & munafiq yang mendustakan agama dengan 4 sifat:

i- herdik anak yatim & bakhil tidak bagi makan orang miskin!

ii- mereka tidak solat.

iii- riya\’- iaitu jika solat & buat ibadat pun kerana riya\’ mahu menunjuk kepada manusia!

iv- tidak keluarkan zakat & tidak ada infaq fi-sabilillah.

b- Dalam surah ini pula 4 sifat atau perintah yang berlawan dengan 4 sifat yang buruk itu:

i- Allah berikan kepada Baginda s.a.w kebaikan yang banyak!

ii- Allah perintahkan Rasulullah s.a.w agar memperbanyakkan solat.

iii- Allah perintahkan Rasulullah s.a.w ikhlas kerana Allah s.w.t.

iv- Allah perintahkan Rasulullah s.a.w agar menyedekahkan daging korbannya!

Ini menunjukkan betapa indahnya al-Quran ini sebagai wahyu dari Allah Azza wa Jalla.

Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi dari golongan {المتقين}, orang yang layak menerima nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

AYAT 1- {SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGURNIAKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) KEBAIKAN YANG BANYAK (DI DUNIA DAN DI AKHIRAT).} (AL-KAUTHAR 108:1)

  1. Allah s.w.t nyatakan bahawa Dia telah anugerahkan kepada Rasulullah s.a.w kebaikan yang banyak iaitu al-Kauthar.
  2. Kata Ibnu al-Jauzi rhm. ada 6 pandangan ulama\’ dalam menafsirkan makna al-Kauthar ini { ٱلْكَوْثَرَ}:
    i- yang paling masyhur ialah sebuah sungai di dalam syurga!
    ii- kebaikan yang banyak.
    iii- ilmu & al-Quran.
    iv- pangkat Kenabian.
    v- Kolam Rasulullah s.a.w di padang Mahsyar.
    vi- ramainya pengikut Rasulullah s.a.w!
  3. Beberapa hadis tentang al-Kauthar ini:
    i- Hadis riwayat Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
    \”Al-Kauthar adalah sebuah sungai menjelang ke syurga. Allah telah menurunkannya kepadaku. Allah menjanjikan di syurga nanti ada sungai itu untuk aku. Kemudian Anas bertanya: Adakah sungai itu Nabi Muhamad SAW sahaja? Lalu Baginda menjawab: Sebenarnya al-Kauthar itu untuk umatnya juga.\” [HR Bukhari].

ii- hadis riwayat Anas di atas tadi tentang turun wahyu surah ini.
Anas bin Malik r.a menceritakan,:
\”Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada di tengah-tengah kami, tiba-tiba baginda mengantuk sekejap.
Kemudian baginda mengangkat kepala sambil tersenyum.
Maka kami pun bertanya, \”Apa yang membuat Tuan tersenyum, wahai Rasulullah?\”
Baginda menjawab, \”Baru saja diturunkan kepadaku sebuah surah.\”
Lalu Baginda membacanya:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang: \”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kauthar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus (dari rahmat Allah).\” (Al-Kauthar: 1-3).

Kemudian Rasulullah s.a.w berkata:
\”Apakah kamu tahu apakah Al-Kauthar itu?\”

Kami menjawab, \”Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.\”

Rasulullah s.a.w bersabda: \”Sesungguhnya Al-Kauthar adalah sungai yang dijanjikan oleh Tuhan-ku \’Azza wa Jalla untukku.
Di sana, terdapat kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang akan didatangi umatku pada hari Kiamat. Jumlah gayungnya sebanyak bintang-bintang di langit.\” [HR Muslim].

iii- hadis di halau dari kolam Nabi s.a.w:
Dari Abu Wail, dari \’Abdullah, Nabi s.a.w bersabda:

أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، لَيُرْفَعَنَّ إِلَىَّ رِجَالٌ مِنْكُمْ حَتَّى إِذَا أَهْوَيْتُ لأُنَاوِلَهُمُ اخْتُلِجُوا دُونِى فَأَقُولُ أَىْ رَبِّ أَصْحَابِى . يَقُولُ لاَ تَدْرِى مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ

\”Aku akan mendahului kamu di al-Haudh (telaga). Diperlihatkan di hadapanku beberapa orang di antara kamu. Ketika aku akan mengambilkan (minuman) untuk mereka dari al-Haudh, (namun) mereka dijauhkan dariku. Aku lantas berkata, \’Wahai Tuhanku, ini adalah umatku.\’

Lalu dikatakan, \’Engkau sebenarnya tidak mengetahui yang mereka ada-adakan sesudahmu.\’ \” (HR al-Bukhari)

Dalam riwayat lain dinyatakan:

إِنَّهُمْ مِنِّى . فَيُقَالُ إِنَّكَ لاَ تَدْرِى مَا بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِى

\”(Kata Nabi s.a.w), mereka itu adalah pengikutku.
Lalu Allah berfirman, \’Sebenarnya engkau tidak mengetahui bahawa mereka telah mengganti ajaranmu setelahmu.\”
Kemudian aku (Rasulullah s.a.w) mengatakan, \”Celaka, celaka bagi orang yang telah mengganti ajaranku sesudahku.\” (HR al-Bukhari)

  1. Hadis ini memberi gambaran kepada kita tentang sekumpulan orang yang solat, ibadatnya ada; tetapi mereka mereka-reka ibadat yang tidak diajar oleh Nabi s.a.w maka pada hari Kiamat mereka terhalang dari kolam Nabi s.a.w!

Maka kita pada hari ini jika rasa takut; ikut (اتباع) apa yang Nabi buat, jangan reka ibadat (ابتداع). Ramai sekali mereka yang pereka ini, apabila ditegur mereka menjawab:
Apa salahnya nak buat benda baik!

  1. Kata Ibnu Katahir rhm.: Makna hadis ini asalnya air kolam itu datang dari saluran air dari sungai al-Kautahr di dalam syurga yang turun ke kolam (al-Haudh) itu.

Apabila kita keluar dari kubur & bangkit di padang Mahsyar kita berjalan mencari Rasulullah s.a.w, Baginda menunggu kita di tepi kolam al-Haudh itu.

Orang yang beriman boleh masuk & boleh minum, siapa yang minum tidak akan dahaga lagi di Mahsyar sehingga dia masuk ke dalam syurga!

Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang tidak terhalang dari sampai ke kolam Nabi s.a.w!

  1. Kata Ibnu Hajar al-Asqalani rhm.: Hasil dari kesimpulan yang dibuat oleh seorang ulama\’; Said bin Jubir yang dikeluakan oleh Imam Bukahri, yang meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan:
    Al-Kauthar itu ialah kebaikan yang banyak yang Allah s.w.t kurniakan kepada Rasulullah s.a.w.

Seorang perawi hadis, Abu Bisyrin bertanya Said: Adalah orang ramai mengatakan bahawa al-Kautahr adalah sebuah sungai di dalam syurga?

Jawab Said: Sungai di dalam syurga itu termasuk juga dalam perkara kebaikan yang Allah s.w.t kurniakan kepada Rasulullah s.a.w.

Maka tiada percanggahan dalam makna bahawa al-Kauthar adalah antara kebaikan yang banyak & sungai di dalam syurga!

7. Kesimpulan:
i- al-Kauthar- sebuah sungai dalam syurga-
ii- al-Haudh- kolam di Mahsyar- tetapi sumbernya dari air sungai Kauthar dari syurga!

AYAT 2- {OLEH ITU, KERJAKANLAH SEMBAHYANG KERANA TUHANMU SEMATA-MATA, DAN SEMBELIHLAH KORBAN (SEBAGAI BERSYUKUR).} (AL-KAUTHAR 108:2)

  1. Allah s.w.t memerintahkan Rasulullah s.a.w agar bersyukur dengan nikmat yang banyak Allah, yang anugerahkan dengan:
    i- solat dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t bukan nak tunjuk kepada orang.

ii- sembelih korban juga ikhlas kerana Allah s.w.t bukan kerana benda-benda lain!

  1. Kata ulama\’: Korban di sini tidak terhad kepada menyembelih haiwan korban semata.
    Ia lebih umum meliputi segala jenis pengorbanan untuk kebaikan masyarakat.

Seperti memberi tunjuk-ajar kepada orang ramai tentang perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka serta bermurah hati mendermakan harta-benda untuk kebajikan umum!

  1. Apakah pula maksud solatlah { فَصَلِّ} di sini? Ibnu al-Jauzi rhm. menbahaskan tajuk ini dengan membawa 3 pandangan ulama\’:
    i- ada kata solat eid (solat raya)
    ii- ada kata solat dhuha
    iii- solat subuh di Muzdalifah- kemudian sembelih korban di Mina.
    iv- semua solat fardhu yang lima- yang wajib dijaga!
  2. Manakala makna sembelihlah { وَٱنْحَرْ} pula:
    i- sembelih haiwan korban pada hari raya.
    ii- letak tangan kanan atas tangan kiri kemudian letak atas dada bawah tengkok.

iii- angkat tangan ke tengkok semasa bertakbir.

iv- solatlah kerana Allah & sembelihlah juga kerana Allah!

v- menghadap kiblat dengan sembelihan kita itu!

  1. Maka ulama\’ Ibnu Kathir membuat kesimpulan: Yang sahihnya ialah pandangan yang pertama iaitu sembelih haiwan korban. Arahan agar solat hari raya dahulu kemudian sembelih korban- tidak boleh sembelih dulu sebelum solat. Wallahu a\’lam.
  2. Firman Allah s.w.t:
    {Katakanlah: \”Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)\”.} (Al-An\’aam 6: 162-163)
  3. Sebagai tanda bersyukur Rasulullah s.a.w telah ikut perintah Allah s.w.t ini:
    i- Baginda s.a.w telah bersolat sehinggakan bengkak kakinya!

ii- Baginda s.a.w juga telah melakukan banyak korban- dengan berkorban 100 ekor unta pada hari Haji Wada\’ dan menyembelih sendiri dengan tangannya yang mulia sebanyak 63 unta.

Kita usahkan nak sembelih sendiri- hari ini semuanya diswastakan- hanya tunggu & relax di rumah!

AYAT 3- {SESUNGGUHNYA ORANG YANG BENCIKAN ENGKAU, DIA LAH YANG TERPUTUS (DARI MENDAPAT SEBARANG PERKARA YANG DIINGININYA).} (AL-KAUTHAR 108:3)

  1. Allah menyatakan bahawa orang yang membenci Rasulullah s.a.w, membenci perjuangan dakwah Baginda, adalah orang yang terputus dari nikmat Allah s.w.t!
  2. Orang mukmin mesti ada dua sifat ini:
    i- ikhlas dalam ibadat & ikut ajaran Nabi s.a.w.
    ii- ihsan yakni buat baik sesama makhluk. Banyak beri sedekah bantuan, beri makan kepada orang atau kepada haiwan.
  3. Makna terputus { ٱلْأَبْتَرُ} ini ialah- orang yang terputus dari rahmat Allah s.w.t serta segala kebaikan; juga nama mereka tidak akan disebut dengan kebaikan, bahkan akan disebut dengan celaan!
  4. Kata al-Raghib al-Asfahani rhm.: Puak kafir menyangka bahawa Rasulullah s.a.w akan terputus sebutan & ingatan ke atas Baginda apabila wafat.
    Ini kerana Baginda tidak ada anak lelaki untuk menyambung keturunannya, semua anak lelaki Baginda mati ketika kecil.
  5. Ini kerana kata pepatah Arab:
    Anak-anak kita datang daripada anak kepada anak lelaki kita;
    Manakala anak perempuan kita pula- anak-anak mereka adalah anak kepada orang lain!

Kecuali ahlul-Bait- walaupun anak-anak kepada Sayyidah Fatimah binti Rasulullah s.a.w, anak keturunannya tetap dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w tidak akan putu-putus!

Betapa hari ini ramai orang yang mengaku keturunan Nabi tetapi ajaran tidak ikut Nabi s.a.w.
Begitu juga yang mengaku cintakan Rasulullah s.a.w tetapi ajarannya tidak ikut SUNNAH NABI S.A.W.

  1. Tetapi Allah s.w.t angkat darjat & sebutan Rasulullah s.a.w- Baginda digelar sebagai bapa kepada orang mukmin & para isterinya pula dipanggil Ummuhatul-Mukminin (Ibu kepada orang mukmin).
  2. Buku yang disyorkan untuk dibaca untuk lebih mengenal Rasulullah s.a.w- Sehari Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w:
    https://dartaibah.com/?page_id=179…

Kuliahnya pula:
https://www.youtube.com/@halaqahabuanasmadani.2046/search…

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 1- {Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).} – Allah s.w.t sebut secara lansung bahawa Kami telah mengurniakan { إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ} khusus kepadamu wahai Muhammad s.a.w. pemberian anugerah yang banyak!
    Khusus untuk MU- bukan kata ganti nama lain!

Allah juga sebut perkataan telah anugerahkan {أَعْطَيْنَـٰكَ} bukan beri biasa {أوتيت}- ini menunjukkan kelebihan & kemuliaan Rasulullah s.a.w.

Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam ayat ini:
{ وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ مِنَّا فَضْلًۭ}
{Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami.} (Saba\’ 34:10)

  1. Ayat 2- {Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,}-
    Allah perintahkan Rasulullah s.a.w agar bersolat kepada Tuhan-Mu {فَصَلِّ لِرَبِّكَ}.

Allah sebut untuk Tuhanmu menunjukkan betapa dekatnya Rasulullah s.a.w dengan Allah. Allah didik Rasulullah s.a.w untuk bersyukur kepada-Nya setelah menerima nikmat anugerah yang banyak!

Persoalan:
Kenapa dalam ayat ini diperintah solat kemudian korban? Ini kerana biasanya solat digabungkan dengan zakat.

JAWAPAN :

i- kerana itu ada yang kata solat itu adalah solat raya. Selepas solat baru sembelih korban!

Jangan sembelih sebelum solat!
Ini untuk melawan perbuatan kafir yang sembelih korbannya untuk berhala, kita untuk Allah, kerana itu solat dulu!

ii- Rasulullah s.a.w hartanya tak sempat cukup haul (tempoh setahun)- apabila terima harta & barang terus dibahagi-bahagikan.
Tidak sempat disimpan kerana itu Allah s.w.t tidak sebut zakat untuk Nabi s.a.w kerana Bagintah s.a.w tidak sempat keluar zakat, hartanya tidak cukup tempoh untuk zakat.

Begitu juga para UM isteri Rasulullah s.a.w- apabila menerima harta bantuan dari pemerintah (khalifah pada masa itu) akan terus membahagi-bahagikannya!

iii- harta orang Arab yang paling masyhur ialah unta maka Allah s.w.t gabungkan solat dengan sedekah iaitu sembelih korban unta ini sebagai sedekah untuk dibahagikan!

  1. Ayat 2- {Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).}

Kata ulama\’- kita sembelih pada tempat/waktu yang dianjurkan sembelih- lebih afdhal daripada kita sedekahkan walaupun lebih banyak!

Contoh hari raya haji- sembelih korban pada hari itu lebih afdhal daripada menderma harta walaupun lebih banyak!

Satu lagi contoh ialah jika kita buat Haji Tamattuk kita kena sembelih dam, jika kita tak buat haji kita ada korban biasa.

Sama juga jika kita dapat anak, kena sembelih Aqiqah pada waktunya yang disunatkan (hari ketujuh) lebih afdhal daripada menderma menggantikannya walaupun lebih banyak!

Tetapi malangnya ramai sekali mereka yang cuai & tidak cakna dalam melaksanakan Sunnah ini!
Ini haq anak untuk melakukannya pada hari yang disunatkan itu!

  1. Ayat 2- {Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).}
    Apakah hikmah Allah s.w.t gabungkan antara dua ibadat ini; solat & sembelih korban?

JAWAPAN :

ini adalah dua ibadat yang wajib dibuat kerana Allah Azza wa Jalla semata-mata.
Lalu Allah s.w.t kumpulkan dua ibadat ini untuk:
i- menunjukkan kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan yakin kepada Allah dengan solat- hubungan dengan Allah.

ii- Kemudian jaga hubungan dengan makhluk dengan menyembelih korban dan membahagikannya kepada orang ramai & mereka yang memerlukan.

Ini adalah dua ibadat tanda syukur kita kepada Allah:
i- solat ibadat amali dengan tubuh (badaniyah).
ii- manakala korban pula adalah ibadat dengan harta (Maliyah).

Dalam rukun Islam ini ada dua jenis ibadat iaitu:
i- ibadat amali dengan tubuh (badaniyah) iaitu seperti solat & puasa
ii- ibadat dengan harta (maaliyah) iaitu seperti zakat & korban.

Manakala Haji terkumpul kedua jenis ibadat ini iaitu amali & harta!
Tidak ada duit tidak boleh pegi haji, ada duit tetapi tidak sihat juga tidak perlu naik haji.

  1. Ayat 3- {Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).}

Kata Syeikh Abu Bakar bin Ayyash rhm.: Orang yang mencintai Sunnah mereka akan kekal dalam sebutan & ingatan yang baik, manakala pereka bid\’ah pula akan diingat dengan sebutan yang buruk!

Maka kita ingatlah kepada Rasulullah s.a.w dengan cinta yang hakiki (iaitu ikut ajarannya) bukan dengan perbuatan rekaan seperti bergendang dan seumpamanya.

Siapa nak bahagia, cintalah kepada Rasulullah s.a.w dengan cinta yang hakiki, siapa yang celaka bencilah kepada Sunnah Rasulullah s.a.w!

Semoga kita termasuk dalam mereka yang cintakan Rasulullah s.a.w dengan cinta hakiki, mengikut Sunnah Nabi s.a.w serta benci kepada bid\’ah & mungkar.
Termasuk dalam orang yang layak mendapat syafaat Rasulullah s.a.w serta meminum air dari kolamnya yang mulia!

Powered by BetterDocs