SURAH QAF : AYAT 1-5

\"\"

ALLAH BERSUMPAH DENGAN QURAN, PUAK KAFIR PELIK DENGAN AJARAN RASUL S.A.W & MAYAT DIMAKAN TANAH.

Full video : https://youtu.be/kt4iXQGUjKM

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri ini Allah s.w.t bersumpah demi al-Quran.
  2. Juga bahawa Allah s.w.t berkuasa untuk menghidupkan semula manusia selepas mereka mati.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 1- {QAAF.}

  1. Allah mulakan huruf ini dgn {ق} satu hurufnya begitu saja dan hanya Allah jualah yang mengetahui maksud huruf ini.
  2. Ia dikenali dengan huruf yang terputus (al-Muqatta\’ah – المقطعة), iaitu tulisan yang hurufnya bersambung tetapi dibaca satu persatu, ada yang hanya satu huruf saja seperti Qaf & Sod, ada yang dua huruf seperti Yaa Sin dan tiga huruf seperti- ا,ل, م (Alif, Lam. Mim ) dan lain-lain.
  3. Allah s.w.t mulakan beberapa surah dengan huruf terputus begini. Ini untuk menyatakan i\’jaz (mukjizat) al-Quran yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana makhluk, orang fasih atau pakar dalam bahasa Arab pun tidak mampu lawan untuk menandingi al-Quran.
  4. Ia juga mengambarkan bahawa kita sebagai manusia tidak dapat memahami dan tidak tahu apa-apa kecuali yang ingin diberitahu oleh Allah s.a.w dan Rasul-Nya s.a.w.

AYAT 1- {DEMI AL-QURAN YANG MELIMPAH-LIMPAH KEMULIAAN DAN KEBAIKANNYA (BAHAWA SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ADALAH RASUL YANG DIUTUS MEMBERI PERINGATAN DAN AMARAN).} (QAAF 50:1)

  1. Allah s.w.t bersumpah dengan al-Quran al-Karim. Allah s.w.t boleh bersumpah dengan apa saja dari makhluk-Nya tetapi kita manusia hanya boleh bersumpah dengan nama atau sifat Allah!
  2. Yang mulia (ٱلۡمَجِيدِ) ini adalah al-Quran yang melimpah kemuliaan dan kebaikannya, ia mempunyai sifat-sifat mulia yang sempurna.
  3. Sebenarnya Muhammad s.a.w adalah seorang rasul yang diutus untuk membawa peringatan dan pengajaran.

AYAT 2- {KAUM MUSYRIK MAKKAH BUKAN SAHAJA MENGINGKARI KERASULANNYA) BAHKAN MEREKA MERASA HAIRAN KERANA DATANG KEPADA MEREKA, DARI KALANGAN MEREKA SENDIRI, SEORANG RASUL PEMBERI PERINGATAN DAN AMARAN (MENGENAI PERKARA HIDUP SEMULA SESUDAH MATI); LALU ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU BERKATA: \”INI ADALAH SATU PERKARA YANG MENAKJUBKAN!} (QAAF 50:2)

  1. Pihak musyrikin Makkah ini bukan saja mengingkari tidak percaya akan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tetapi mereka juga berasa pelik dan ajaib dengan Rasulullah s.a.w ini.
  2. Kepelikan mereka ini kerana mereka tidak percaya:
    i- rasul itu datang dari kalangan mereka sendiri.
    ii- dia membawa ajaran yang entah dari mana, yang mereka tidak tahu.
    iii- mereka akan hidup semula selepas mati.

AYAT 3- {\”ADAKAH (KITA AKAN KEMBALI HIDUP) SESUDAH KITA MATI DAN MENJADI TANAH? ITU ADALAH CARA KEMBALI YANG JAUH (DARI KEMUNGKINAN, KERANA JASAD YANG TELAH HANCUR TIDAK DAPAT DIKETAHUI LAGI)\”. (QAAF 50:3)

  1. Mereka berasa amat pelik sambil bertanya:
    i- Apakah selepas manusia mati, sesudah mayat/jasad kita hancur dan menjadi tanah; kita akan hidup semula?

ii- Itu adalah ssesuatu yang jauh dari kebenaran, sesuatu yang mustahil untuk diterima oleh akal, bagaimana jasad yang hancur nak hidup balik???

AYAT 4- {(APA YANG MEREKA KATAKAN ITU TIDAKLAH BENAR, KERANA) KAMI SEDIA MENGETAHUI APA YANG DIMAKAN OLEH BUMI SEDIKIT DEMI SEDIKIT DARI (TUBUH ORANG MATI) MEREKA, SERTA ADA DI SISI KAMI SEBUAH KITAB YANG MENYIMPAN (CATITAN SEGALA PERKARA YANG BERLAKU). (QAAF 50:4)

  1. Teori dan sangkaan mereka itu tidak betul.
  2. Munasabah ayat: Untuk menyatakan bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui segalanya. Apa yang mereka katakan itu tidak benar kerana Allah s.w.t mengetahui apa yang akan terjadi kepada mayat di dalam kubur yang akan mereput dimakan bumi atau tidak hancur. Tidak tersembunyi dari Allah s.w.t sesuatupun yang tersembunyi dari tubuh badan manusia itu.
  3. Hadis Rasulullah s.a.w:
    i- Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
    لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ

Maksudnya: \”Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan \’Ajb al-Zanab (عجب الذنب) dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat\”. [HR al-Bukhari (4935)]
Ia seolah chip yang akan menghidupkan semula manusia itu, bukan kejadian baru atau orang lain.

ii- Rasulullah s.a.w bersabda:
إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فيه خُلِق آدم عَلَيْهِ السَّلَامُ، وفيه قُبِض، وفيه النفخة، وفيه الصعقة، فأكثروا عليَّ من الصلاة فإن صلاتكم معروضة عليَّ، قال: قالوا يا رسول الله وَكَيفَ تُعرَضُ صلاتُنا عليك وقد أرِمتَ – يقولون بليتَ ـ فقالَ: إنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ حرَّم علَى الأرض أجساد الأنبياء
\”Sesungguhnya di antara hari yang paling baik adalah hari Jumat. Pada hari itu Adam a.s diciptakan, pada hari itu dia diwafatkan, pada hari itu ditiup sangkakala, dan pada hari itu pula semua makhluk hidup akan mati.

Kerana itu, perbanyaklah membaca selawat kepadaku kerana bacaan selawat kalian akan disampaikan kepadaku.\”
Para sahabat bertanya: \”Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami akan disampaikan kepadamu sedangkan jasad engkau telah hancur?\”

Rasulullah s.a.w menjawab: \”Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.\” (HR Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban).

  1. Allah nyatakan lagi bahawa semua yang berlaku atas dunia ini sudah dicatat oleh Allah s.w.t, sebelum dicipta langit dan bumi, surat catatan yang terjaga di Lauh Mahfuz, ia terpelihara dari syaitan dan dari berubah.
  2. Semua sudah ada catatan dan maklumatnya, tidak ada masalah untuk dipasang balik.
  3. Kerana itu surah ini juga dipanggil sebagai surah Kiamat, kerana banyak mengingatkan kematian dan Kiamat.

AYAT 5- {(MEREKA TIDAK MAHU BERFIKIR BETUL) BAHKAN MEREKA (TERBURU-BURU) MENDUSTAKAN KEBENARAN APABILA SAHAJA SAMPAINYA KEPADA MEREKA; OLEH SEBAB ITU, MEREKA BERADA DALAM KEADAAN YANG SERBA KACAU.} (QAAF 50:5)

  1. Mereka tidak mahu berfikir mengkaji kebenaran al-Quran, bahkan terus mendusta dan menolaknya!
  2. Kerana mereka terus menutup pintu pemikiran dan hati mereka kepada Islam lalu mereka akan terus berada dalam keadaan kacau-bilau, terumbang-ambing, yakni dalam keadaan nanar!
  3. Yakni mereka dalam keadaan celaru, keliru tidak stabil dan tidak mahu ke mana hendak dituju, Allah kata dalam keadaan serba kacau {فِيٓ أَمۡرٖ مَّرِيجٍ}.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 1- {Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya}- disifatkan al-Quran sebagai sangat mulia (ٱلۡمَجِيدِ) kerana:
    i- dalam al-Quran itu terdapat segala ilmu awal dan akhir, iaitu yang terdahulu dan masa depan yang belum berlaku.

ii- mempunyai kedudukan yang tinggi dan mantap, sifat keagungan dan kekuasaan yang tidak boleh dilawan.

iii- bahasanya amat tinggi satu mukjizat yang tidak boleh dilawan dan dipertikai atau dicabar oleh sasterawan dan pakar bahasa Arab.

  1. Ayat 2- {Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri}- mereka juga merasa pelik dan tidak boleh diterima kerana Rasulullah s.a.w itu datang dari kalangan dan kaum mereka sendiri (مِّنۡهُمۡ).
    Dalam kepala mereka penuh dengan kepelikan serta ajaran yang dibawa oleh Rasulullah juga pelik bagi mereka, mati hidup balik dan lain-lain. Tetapi kita orang Islam yakin dan beriman dengannya.

Kaedah: Semua perkara yang sabit daripada al-Quran & hadis Nabi yang sahih, kalau pelik dengan otak kita, kita jangan pelik dengan otak kita.

Kerana itu Sayyidina Abu Bakar r.a dikenali sebagai As-Siddiq (الصديق) kerana semua yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w baginya adalah benar dan betul semuanya!

Tetapi manusia ini ada yang taksub kepada syeikh dan guru mereka tanpa berfikir guna akal akan kebenarannya dan kelogikan ajaran yang dibawa.

Kerana itu kaedah mengatakan: Tengoklah kepada apa yang dicakapkan; bukan taksub kepada siapa yang bercakap itu!
Itulah yang pelik diterima manakala yang benar dan sahih dari al-Quran dan hadis ini dipertikai bahkan dilabel-labelkan!

  1. Ayat 4- {(Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati)}- ayat in menunjukkan kebangkitan semula itu adalah di bawah kuasa ilmu Allah s.w.t, tidak ada yang mengelirukan.
    Allah tahu tentang semua jasad yang ada di dalam bumi, dalam laut dalam perut binatang atau ikan.
    Semuanya boleh dibangkitkan semula oleh Allah dengan menggunakan tulang sulbi tadi dan Allah akan kembalikan manusia dengan jasad itu yang asal juga! Bukan ditukar lain atau dibuat yang baru, tinggi rendah kecil besar begitulah.
  2. Ayat 5- {(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.}- kata para ulama\’, siapa yang bina maklumat dan kefahamannya atas yang salah (tidak terima ajaran Nabi s.a.w terima yang lain) maka hidupnya akan celaru dan kacau. Siapa yang tolak kebenaran akan kebingungan hidupnya!

Dalam al-Quran banyak ayat yang kita kena fikir dan ada juga ayat yang kita kena yakin, tidak perlu keliru dan mencari yang lain.

Contoh: Seperti ayat-ayat yang menyebut sifat Allah, kita kena yakin itulah yang dikehendaki Allah s.w.t kerana itu Allah turunkan ayat itu begitu. Rasulullah s.a.w juga tidak menghuraikan lebih daripada itu, para sahabat juga faham begitu, kenapa selepas datang ilmu falsafah ini kita menjadi keliru!

Siapa yang tolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi, yang ditafsir oleh para ulama\’ salaf dia akan keliru!
Orang yang terus tolak kebenaran yang sampai didepannya maka dia akan keliru dan celaru hidupnya.

  1. Ayat 5- {(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.}- kita ambil faedah dari ayat ini, sesiapa yang Allah mahu buka kepada hamba-Nya untuk mengetahui hukum-hukum Syara\’, dia kena yakin benarnya apa yang diajar oleh Allah dan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w serta dia yakin bahawa Allah akan buka pintu-pintu kebenaran dan keyakinan kepadanya.

Maka jika awal-awal lagi tidak percaya dan tolak; keliru maka dia akan jauh dari jalan dan Sunnah Nabi s.a.w. Allah s.w.t pernah cela puak Thamud yang menolak ajaran nabi mereka iaitu Nabi Soleh.
Al-Quran ini sumber hidayah, Sunnah Nabi yang sahih dan sabit itu juga sumber hidayah, siapa yang menolaknya akan hidup dalam kekeliruan dan terumbang-ambing (فِيٓ أَمۡرٖ مَّرِيجٍ).

Powered by BetterDocs