SURAH MUHAMMAD : AYAT 12-15

\"\"

NIKMAT BAGI ORANG MUKMIN DAN AZAB BAGI PUAK KAFIR, KEBINASAAN UMAT YANG KUAT & SYAITAN CANTIKKAN AMALAN BURUK.

Full video : https://youtu.be/_s1XTX6Q7lM

MUQADDIMAH :

  1. Dalam ayat-ayat al-Quran dalam siri ini menjadi satu pengajaran besar bagi kita iaitu Allah s.w.t menceritakan tentang nikmat bagi orang yang beriman dan azab bagi orang yang kafir.
  2. Juga tentang orang-orang terdahulu yang dibinasakan bagi menenangkan hati Rasulullah s.a.w yang sentiasa diancam oleh kaum kafir Quraisy.
    Maka Allah s.w.t beritahu bahawa, wahai Muhammad s.a.w jika kamu berasa sedih dan dukacita, rasul-rasul yang terdahulu juga telah mengalami semua ujian ini.
  3. Allah juga peringatkan tentang kemewahan yang diberikan kepada puak kafir hanya sebagai satu perhiasan, yang mana syaitan telah menghiasinya bagi mereka; iaitu yang buruk nampak baik manakala yang baik seolah buruk.
    Inilah permainan/belitan iblis atau tablis iblis.
  4. Maka dengan tadabbur ayat-ayat ini insya\’ Allah kita mencari hikmah qwdan akan memberi kita kefahaman yang jelas dan baik tentang bagaimana cara untuk beragama, mengenal Allah s.w.t dan mengikut cara Rasulullah s.a.w.
  5. Munasabah ayat-ayat ini dengan ayat sebelumnya;
    i- Allah s.w.t telah menyatakan dalam ayat yang lepas tentang keadaan orang mukmin & orang kafir di dunia. Di dunia sudah berbeza, orang mukmin sembah Allah manakala orang kafir sembah segala sembahannya.

ii- Maka Allah s.w.t terangkan pula tentang keadaan dua golongan ini di Akhirat kelak. Allah s.w.t mulakan ayat 12 ini dengan sifat-sifat orang yang beriman, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

Ya Allah jadikan kami daripada golongan ini, mereka yang beriman dan mendapat balasan syurga-Mu.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 12- {SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MEMASUKKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN SERTA MENGERJAKAN AMAL-AMAL YANG SOLEH – KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI; DAN (SEBALIKNYA) ORANG-ORANG YANG KAFIR MENIKMATI KESENANGAN DI DUNIA SERTA MEREKA MAKAN MINUM SEBAGAIMANA BINATANG-BINATANG TERNAK MAKAN MINUM, SEDANG NERAKALAH MENJADI TEMPAT TINGGAL MEREKA.} (MUHAMMAD 47:12)

  1. Dua syarat untuk menjadi ahli syurga: beriman & beramal. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawhany asungai-sungai.
  2. Manakala orang kafir mereka berseronok-seronok menikmati kesenangan dunia, mereka makan-minum sepertimana binatanng ternak yang makan minum. Ini kerana mereka tiada sekatan halal atau haram, mereka bebas memilihnya.
  3. Ulama\’ tafsir huraikan kenapa Allah s.w.t membuat perbandingan ini; iaitu orang kafir makan-minum mereka seperti haiwan.
    Ini kerana:
    i- tiada bagi mereka tujuan lain kecuali nak makan.

ii- tidak ada bagi mereka hemah kecuali untuk memenuhkan perut, menyelesaikan masalah nafsu faraj dan tidak memikirkan tentang masalah masa depan. Seperti haiwan yang mana memikirkan tentang masa depan mereka. Begitu juga orang kafir yang tidak percaya kepada Akhirat dan bangkit semula maka mereka tidak fikir dan bimbang akannnya.

iii- kerana mereka tidak takut, lupa & lalai akan Akhirat, lalu samalah mereka seperti haiwan yang tidak tahu tentang Akhirat.

  1. Maka jika manusia bersifat begitu akan samalah seperti haiwan, lalu menjadi kewajipan kepada kita untuk berfikir bagaimanakah perjalanan kita ke Akhirat nanti.
    Muhasabahlah diri kita, perjalanan kita ke Akhirat kelak hanya seorang diri, tiada siapa yang akan menemani kita kecuali amalan kita.
  2. Hadis Rasulullah s.a.w: Orang mukmin makan dengan satu perut, manakala orang kafir makan dengan tujuh perut! [HR Bukhari & Muslim].
    *Kisah disebalik hadis ini panjang, boleh baca dalam buku: Madinah; Kelebihan & Sejarah, susunan Dr Abu Anas Madani.
  3. Yakni orang mukmin yang benar-benar beriman kena fikir dan periksa sebelum makan, bukan hanya menyumbat ke dalam mulut dan perut.
    i- pertama kita kena fikir akan hukumnya, apakah HALAL atau HARAM.

ii- tentang kebersihan makanan itu dan penyediaannya.

iii- berkhasiat atau tidak, memberi manfaat atau tidak. Bukan hanya makan kerjanya.

iv- nak makan dan minum juga ada adabnya, baca Bismillah, guna tangan kanan dan sebagainya.

  1. Kemudian Allah nyatakan bahawa bagi orang kafir yang bahagia atas dunia ini, kelak nerakalah akan menjadi tempat mereka kembali, kekal duduk di dalamnya. Mereka akan lupa segala nikmat yang dikecapi atas dunia selama ini, semuannya hilang dek azab pedih yang dihadapi sekarang.
  2. Firman Allah s.w.t juga: {Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).
    (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.} (A-li\’Imraan 3: 196-197].

AYAT 13- {DAN BUKAN SEDIKIT (PENDUDUK) NEGERI-NEGERI YANG LEBIH KUAT DARI (PENDUDUK) NEGERIMU (WAHAI MUHAMMAD) YANG TELAH MEMAKSAMU KELUAR (BERHIJRAH) – KAMI BINASAKAN MEREKA, MAKA TIADALAH SESIAPA PUN YANG DAPAT MEMBELA MEREKA.} (MUHAMMAD 47:13)

  1. Kemudian Allah nyatakan tentang penduduk negeri lain yang yang telah dibinasakan, sedangkan mereka ini lebih kuat dan maju berbanding dengan kaum Quraisy yang menentang dan menghalau Rasulullah s.a.w dari Makkah.
    Seperti kaum Firaun, kaum Ad, Thamud dan lain-lain, yang semuanya telah hancur binasa.
  2. Munasabah ayat: Apabila Allah s.w.t buat bandingan kepada puak kafir dalam ayat 10 sebelum ini; {Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu.}- maka Allah buat bandingan tentang kaum Quraisy pula yang menentang dan menghalau Rasulullah s.a.w dari Makkah serta mahu membunuhnya.
  3. Hadis Rasulullah s.a.w: Apabila mahu keluar berhijrah, Rasulullah telah pergi ke kawasan bukit Safa dan melalui satu kawasan yang disebut \’Hazwarah\’ berhampiran rumah sepupunya Ummu Hani.
    \’..langkah baginda terhenti, sebak tatkala mata memandang Makkah dari kejauhan. Sebak hati baginda melihat bumi tanah tumpahnya yang terpaksa ditinggalkan. Dihalau oleh keluarga dan saudaranya sendiri. Lalu baginda bersabda:
    \”Demi Allah, (Wahai Makkah), engkaulah bumi Allah yang terbaik dan engkaulah bumi Allah yang paling dicintai-Nya. Jikalaulah bukan kerana aku diusir keluar darimu, aku tidak akan keluar.\” (Sunan at-Tirmizi, Musnad Ahmad)

Lokasi bagi Hazwarah sekarang ini terletak berhampiran Bab Ajyad (pintu no 6).
Boleh baca kisah penuh dalam buku: Makkah Mukarramah; Kelebihan & Sejarah.

  1. Inilah peringatan dari Allah s.w.t kepada puak kafir Quraisy yang menghalau Nabi s.a.w itu bahawa ingatlah kamu ini lebih lemah dan tidak kuat daripada puak kafir terdahulu yang telah dibinasakan.

AYAT 14- {DENGAN YANG DEMIKIAN, ADAKAH ORANG ORANG (YANG BERIMAN DAN TAAT) YANG KEADAANNYA SENTIASA BERDASARKAN BUKTI YANG NYATA DARI TUHANNYA: SAMA SEPERTI ORANG-ORANG (YANG INGKAR – DERHAKA) YANG TELAH DIPERHIASKAN KEPADANYA (OLEH SYAITAN) AKAN KEJAHATAN AMALNYA (SEHINGGA DIPANDANGNYA BAIK), DAN YANG TELAH MENURUT HAWA NAFSUNYA? (SUDAH TENTU TIDAK SAMA)!} (MUHAMMAD 47:14)

  1. Allah s.w.t bertanya apakah sama antara orang yang beriman dengan orang yang ingkar derhaka dan yang telah menurut hawa nafsunya?
  2. Mereka yang ingkar derhaka ini telah diperhiaskan oleh Syaitan akan kejahatan amalnya sehingga mereka memandangnya baik.
  3. Sudah tentulah tidak sama. Walaupun ayat tanya ia bertbentuk sindiran dan pukulan!
  4. Orang yang ada ilmu dia akan berjalan mengikut panduan agamanya berdasarkan ajaran Rasulullah s.a.w tentang apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.
  5. Sedangkan mereka yang mengikut hawa nafsunya, syaitan telah perhiaskan keburukan kepada mereka sehingga disangka baik dan elok!
    Orang yang benar dianggap pembohong dan jahat, orang yang berdusta pula dianggap baik dan benar.
  6. Inilah realiti hari ini, orang Islam sendiri pun telah diseleweng oleh syaitan; Orang yang mengajar al-Quran, baca tafsir dan hadis yang sahih, berdasarkan huraian dan pandangan ulama\’ Salafus-Soleh dianggap sebagai pemecah-belah masyarakat!
    Manakala mereka yang bawa hadis palsu, cerita dongeng, khurafat dan tanpa sanad dan sandaran yang sahih, dibela, dianggap tokoh dan didokong pula!
    Mereka yang menentangnya akan dianggap sebagai musuh dan pengacau!

Inilah kosmetik yang dibuat oleh syaitan untuk merosakkan anak Adam! Wal-iyazu billah!

AYAT 15- {SIFAT SYURGA YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA (IALAH SEPERTI BERIKUT): ADA PADANYA BEBERAPA SUNGAI DARI AIR YANG TIDAK BERUBAH (RASA DAN BAUNYA), DAN BEBERAPA SUNGAI DARI SUSU YANG TIDAK BERUBAH RASANYA, SERTA BEBERAPA SUNGAI DARI ARAK YANG LAZAT BAGI ORANG-ORANG YANG MEMINUMNYA, DAN JUGA BEBERAPA SUNGAI DARI MADU YANG SUCI BERSIH. DAN ADA PULA UNTUK MEREKA DI SANA SEGALA JENIS BUAH-BUAHAN, SERTA KEREDAAN DARI TUHAN MEREKA. (ADAKAH ORANG-ORANG YANG TINGGAL KEKAL DI DALAM SYURGA YANG SEDEMIKIAN ITU KEADAANNYA) SAMA SEPERTI ORANG-ORANG YANG TINGGAL KEKAL DI DALAM NERAKA DAN DIBERI MINUM DARI AIR YANG MENGGELEGAK SEHINGGA MENJADIKAN ISI PERUT MEREKA HANCUR? (SUDAH TENTU TIDAK SAMA)!} (MUHAMMAD 47:15)

  1. Ayat ini memberi galakan yang besar kepada orang yang beriman, jika tidak mahu terima juga, bukan salah ibu mengandung, tetapi salah kepala senget yang tidak mahu berfikir!
  2. Allah ceritakan beberapa sifat syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertqwa:
    i- di dalamnya sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya. Jernih dan wangi.

ii- beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah juga rasanya.

iii- beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminumnya. Tidak memberi mudharat seperti memabukkan. Namanya sahaja sama.

iv- beberapa sungai daripada madu yang suci bersih.

v- segala jenis buah-buahan yang diingini.

  1. Ini untuk melawan kesenangan yang dinikmati oleh orang kafir atas dunia dulu!
  2. Serta nikmat yang terbesar ialah mereka mendapat keredhaan Allah s.w.t.
  3. Hadis Rasulullah s.a.w tentang sungai-sungai di Syurga:
    Rasulullah S.A.W bersabda: \”Di dalam syurga ada lautan air, lautan madu, lautan susu dan lautan arak. Kemudian, dari lautan-lautan itu, sungai-sungai terpancar mengiringinya.\” (HR at-Tirmizi)
  4. Disebutkan dalam sebuah hadis bahwa sungai-sungai di dalam syurga mengalir tanpa parit. Disebutkan pula tentang sifat kolam Kauthar bahawa tepiannya adalah mutiara yang berongga. Tidak ada pertentangan antara keduanya.
  5. Sungainya memancar mata airnya dari bawah bukit. Diriwayatkan dari Ibnu Abi Hatim dari Abu Hurairah r.a. ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda: \”Sungai-sungai syurga memancar dari bawah anak bukit atau gunung yang terbuat dari kasturi.\”
  6. Diriwayatkan pula dari Masruq rahimahullahu Taala: \’Sungai-sungai syurga terbit dari gunung kasturi.\’ (Hadis ibn Abi Hatim).
  7. Kemudian Allah s.w.t nyatakan orang yang mendapat nikmat yang besar ini, kekal selamanya di dalam syurga, apakah sama seperti mereka yang kekal di dalam neraka, dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? Pasti sekali jawapannya sudah tentu tidak sama!
  8. \”Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga, dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan semua yang boleh membawa kepadanya.\”

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Ayat 12- {Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;}- dari ayat ini kita dapat beberapa pengajaran:
    i- amal soleh mesti dibina berdasarkan iman.
    Amal tanpa iman tiada faedah. Ramai yang buat kebaikan dan charity tetapi kerana mereka tidak beriman maka dia tidak mengambil pahalanya.
    Orang munafiq hadir di masjid tetapi mereka tidak mendapat pahala dan faedahnya kerana mereka tidak beriman juga.

ii- amalan tidak menjadi soleh kecuali kena ada dua perkara:
1-Ikhlas kerana Allah s.w.t
2-Ikut apa yang Nabi s.a.w buat dan ajar.

  1. Ayat 12- {dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.}- ini bukan penghinaan tetapi konteks pengajarannya mengikut kata ulama\’ tafsir, pertamanya banyak makan adalah sifat orang kafir.
    Kita orang Islam makan kerana hidup bukan hidup untuk makan.
  2. Ayat 12- {Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;}- persoalannya kenapa apabila disebut syurga banyak disebut sungai-sungai yang pelbagai jenis?
    Ini kerana bila ada air ada pokok, apabila ada pokok adanya buah-buahan.
    Air adalah sumber kepada makanan dan kehidupan alam, maka sungai memainkan peranannya.
    Api pula sebab kebinasaan, lawannya air sebagai sumber kehidupan, kerana itulah Allah s.w.t banyak menyebut sungai di dalam syurga dengan berulang-ulang kali.
  3. Ayat 12- {dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum}- kenapa Allah sebut hanya orang kafir yang berseronok di atas dunia ini?
    Sedangkan orang mukmin juga ada yang bergembira dan senang hidupnya di atas dunia ini?
    Mereka juga makan-minum dan menikmati segalanya.

Kata ulama\’ ada beberapa jawapan:
i- jika seseorang memilik sesuatu yang besar dan juga sesuatu yang kecil, maka orang akan nampak dan menyebut yang besar sahaja, tidak akan disebut lagi yang kecil.
Contoh seorang ada sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta Kancil, pasti orang akan menyebutnya sebagai pemilik Merc bukan Kancil.

Begitu juga orang mukmin mereka makan-minum juga tetapi masih terkawal seperti ada sekatan dari segi hukum halal-haram, kebersihan, adabnya dan lain-lain.

ii- Nabi s.a.w sudah katakan bahawa dunia ini seumpama penjara bagi orang mukmin manakala syurga bagi orang kafir.
Pastilah berbeza makanan dan cara makannya bagi penghuni penjara dan pengunjung restoran.

  1. Ayat 14- {Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar – derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!}- maka hari ini kita kena ingat syaitan itu guna kosmetik, yang buruk jadi baiik, yang baik jadi buruk. Syaitan mahu lagakan sesama muslim, dia lagakan mereka dengan cipta label-label dan tuduhan-tuduhan buruk diletakkan.

Orang yang bercakap dengan al-Quran, bawa Sunnah Nabi s.a.w, nukilkan pandangan ulama\’ yang muktabar, dituduh macam-macam ditolak tidak boleh pakai.

Tetapi orang yang bawa ajaran berdasarkan mimpi-mimpi, kata-kata guru & syeikh mereka yang entah siapa, mengaku jumpa Rasulullah s.a.w secara live, diangkat sebagai tokoh wali besar walaupun tidak solat, dianggap pejuang ahli sunnah, bangga dengan benda-benda khurafat begini. Inilah permainan syaitan!

Mudah-mudahan kita selamat dari tablis iblis, perangkap permainan syaitan yang mahu menyesatkan manusia.

Powered by BetterDocs