SURAH AL-FATH : MUQADDIMAH

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, KELEBIHAN DAN MUNASABAH & KAITAN DENGAN SULH AL-HUDAIBIYAH.

Full video : https://youtu.be/4VS6kXnHd30

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Alhamdulillah pada pagi ini, Rabu 12 Muharram 1444H bersamaan 10hb ogos 2022 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah al-Fath – سورة الفتح
  2. Surah Al-Fath, adalah surah ke-48 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas surah Muhammad dalam juz ke 26, mengandungi 29 ayat.
  3. Para ulama\’ tafsir sepakat (ijma\’ ulama\’) mengatakan surah ini Madaniyyah, iaitu diturunkan di Madinah iaitu selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah.
  4. Dinamakan surah ini sebagai Surah al-Fath – سورة الفتح yang bermakna (Kemenangan/Pembukaan negara) kerana pada awal surah ini, Allah s.w.t telah menujukan firman-Nya kepada Rasulullah s.a.w bahawa Dia akan membuka kepada perjuangan Baginda satu jalan kemenangan yang jelas nyata walaupun telah ditindas dan dikhianti sebelum ini. Iaitu pada ayat pertama disebut perkataan (فَتَحْنَا -الفتح):
    {إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا}

Yakni kemenangan yang disebabkan dengan Perjanjian Damai Hudaibiyah (صلح الحديبية), iaitu di sebuat tempat bernama Hudaibiyah lebih kurang 25km dari Makkah. Perjanjian antara Rasulullah s.a.w dan kaum musyrikin Quraisy di Makkah.

Perjanjian ini telah membawa kemenangan yang besar sehingga Rasulullah s.a.w berjaya menawan Makkah al-Mukarramah dan menegakkan Islam di Tanah Suci serta membebaskannya dari najis kotoron yang dibuat oleh para penyembah berhala.

  1. Ada dua hadis yang menunjukkan sebab nama سورة الفتح ini:

i- Dari Abdullah bin Mughaffal Al-Muzani r.a katanya: Nabi s.a.w telah membaca surah al-Fath, pada hari pembukaan kota Makkah dalam perjalanannya semasa atas kenderaan (unta). Baginda mengulang-ulang bacaannya dengan perlahan dan kuat sehingga para sahabat dapat mendengarnya.\” [HR Bukhari & Muslim].

ii- Dari Sahl bin Hunaif, beliau berkata:
أيها الناس اتهموا أنفسكم فإنا كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الحديبية ولو نرى قتالا لقاتلنا فجاء عمر بن الخطاب فقال يا رسول الله ألسنا على الحق وهم على الباطل فقال بلى فقال أليس قتلانا في الجنة وقتلاهم في النار قال بلى قال فعلام نعطي الدنية في ديننا أنرجع ولما يحكم الله بيننا وبينهم فقال يا بن الخطاب إني رسول الله ولن يضيعني الله أبدا فانطلق عمر إلى أبي بكر فقال له مثل ما قال للنبي صلى الله عليه وسلم فقال إنه رسول الله ولن يضيعه الله أبدا فنزلت سورة الفتح فقرأها رسول الله صلى الله عليه وسلم على عمر إلى آخرها فقال عمر يا رسول الله أو فتح هو قال نعم

\”Wahai manusia sekalian, curigailah diri kamu sendiri, sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w pada waktu terjadi perjanjian Hudaibiyah dan jika Baginda menyuruh berperang maka kami akan berperang.
Lalu datanglah Umar bin Al-Khattab dan berkata, \”Wahai Rasulullah, bukankah kita berada di atas kebenaran dan mereka berada di atas kebatilan?\”

Rasulullah s.a.w menjawab, \”Tentu saja\”. Umar berkata, \”Bukankah orang-orang yang terbunuh diantara kita (jika kita memerangi mereka) masuk syurga dan orang-orang yang terbunuh dari mereka masuk neraka?\”

Rasulullah s.a.w menjawab, \”Tentu saja\”.

Umar berkata, \”Jika demikian, maka mengapa kita bersikap merendah pada agama kita? Apakah kita kembali ke Madinah padahal Allah belum memutuskan perkara antara kita dengan mereka?\”

Nabi s.a.w berkata, \”Wahai Ibnul-Khattab, sesungguhnya aku adalah utusan Allah, dan Allah tidak akan menyia-nyiakan aku selamanya\”.

Lalu Umar pergi ke Abu Bakar dan ia berkata kepadanya apa yang telah dikatakannya kepada Nabi s.a.w,
Abu Bakarpun berkata kepadanya, \”Sesungguhnya dia adalah utusan Allah dan Allah tidak akan menyia-nyiakannya selamanya\”.

Lalu turunlah surat Al-Fath dan Rasulullah s.a.w membacakannya kepada Umar hingga akhir surah, lalu berkata Umar, \”Wahai Rasulullah, apa itu adalah Al-Fath (kemenangan kita di Makkah kelak)?\”

Nabi s.a.w menjawab, \”Iya.\” [H.R Bukhari & Muslim]

Ini kerana Sayyidina Umar kurang setuju pada awalnya dengan perjanjian yang nampak seolah berat sebelah kepada pihak Quraisy, sedangkan untuk jangka-masa panjang ia membawa kemenangan untuk Islam.
Rasulullah s.a.w yang mendapat wahyu mengetahuinya kerana itu Baginda bersetuju.

KELEBIHAN SURAH :

  1. Dari Aslam al-Adawi seorang ulama\’ (maula- hamba yang dimerdekakan Umar al-Khattab r.a): Dalam suatu musafir Rasulullah s.a.w bersama Umar bin al-Khattab, lalu Umar bertanya satu soalan kepada Baginda s.a.w, tetapi Baginda tidak menjawabnya. Sehinggalah tiga kali Umar bertanya tidak dijawabnya.

Para sahabat berkata alangkah susahnya hati jika begini.
Maka Umar pun memecut untanya, memintas orang ramai sehingga sampai ke sisi Rasulullah s.a.w untuk mendengar jawapan Baginda s.a.w sendiri.
Kemudian Umar memberi salam kepada Nabi s.a.w Baginda menjawabnya.

Kemudian Baginda bersabda: \”Tadi malam telah diturunkan satu surah kepadaku, sunguh ia lebih aku suka melebihi apa yang disinari matahari.\”

Setelah itu Baginda membaca: \”Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. (Surah Al-Fath 48:1)\”

Para sahabat berkata: \”Selamat (bagimu), kemudian apa bahagian kami?\”
Kemudian Allah menurunkan ayat: \”Supaya Dia memasukkan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai (Surah Al-Fath 48:5).\” [HR Bukhari].

  1. Ini kerana ayat ini telah memberi jaminan akan kemenangan dan pertolongan dari Allah s.w.t kepada kaum muslimin. Alhmadulillah.
  2. Bilakah pula turunnya surah ini?
    Kata Imam Ibnu Kathir rhm.:
    Turunnya surah yang mulia ini setelah Rasulullah s.a.w & kaum Muslimin dalam perjalanan pulang dari Hudaibiyah menuju Madinah, pada bulan Zul-Qa\’dah Tahun Ke-6H. Ketika orang musyrikin menyekat Rasulullah s.a.w dari memasuki Makkah dan mengerjakan umrah di Masjidil Haram. Rasulullah amat gembira setelah surah itu turun.

Boleh baca kisah penuh dalam buku Makkah; Kelebihan & Sejarah.
http://www.dartaibah.com/…

INTISARI KANDUNGANNYA :

  1. Setelah diterangkan tentang pertolongan yang besar yang telah diberikan kepada Nabi s.a.w untuk menegakkan Islam, maka Allah s.w.t memuji orang yang beriman yang telah memberi pengakuan taat setia kepada Nabi s.a.w untuk berjuang menentang musuh pada saat yang genting itu.

Kemudian dicela akan golongan munafiqin yang menyelit dalam masyarakat Islam yang bersifat tidak jujur, hanya mementingkan diri sendiri, yang menjadi gunting dalam lipatan atau duri dalam daging, kejahatan merosak dari dalam.

  1. Mengenai perkembangan dan kejayaan Islam, Allah s.w.t menegaskan bahawa Dia-lah yang mengutuskan rasul-Nya, Muhammad s.a.w untuk membawa hidayah petunjuk atas agama yang benar. Supaya Allah memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain dan cukuplah Allah sebagai saksi atas kebenaran rasul-Nya.

Surah ini diakhiri (ayat 29) dengan menegaskan tentang tugas nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul serta sifat sahabat serta pengikutnya yang terpuji.

OBJEKTIF/ MAQASID SURAH TAFSIR MUHARRAR :

  1. Antara objektif utamanya ialah Allah s.w.t mahu memberi beberapa bentuk khabar gembira kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a.
  2. Allah mahu memperkenalkan dan menyerlahkan hakikat sebenar siapakah puak kafir dan puak munafiqin.
  3. Ayat ini juga menjelaskan banyak jenis rahmat dan limpah kurnia Allah yang amat banyak terhadap hamba-Nya.

TAJUK-TAJUK ATAU ISU DALAM SURAH :

  1. Allah beri khabar gembira kepada Rasulullah s.a.w dengan kemenangan yang besar iaitu Pembukaan dapat mengambil balik Makkah, Allah janjkan pahala yang besar, memberi hidayah dan membantu Nabi s.a.w.
  2. Memberi janji (وعد) kepada orang yang beriman dengan janji yang sangat menggembirakan dan amaran keras (وعيد) kepada puak kafir dan munafiq.
  3. Menjelaskan tugasan Nabi s.a.w dan memberi tunjuk-ajar, pandu arah kepada orang mukmin agar melaksanakan kewajipan mereka menyampaikan risalah Allah s.w.t menyambung tugas Nabi s.a.w.
  4. Pujian kepada para sahabat yang telah membuat perjanjian ikat setia kepada Rasulullah s.a.w di bawah pokok Hudaibiyah dengan menjanjikan kemenangan di dunia dan pahala yang besar di Akhirat.
  5. Ayat ini menyebut Bai\’ah Hudaibiyah (بيعة) dan menyatakan kedudukan orang munafiq yang tidak mahu ikut serta dan sifat buruk serta perancangan jahat mereka yang tidak mahu ikut serta dalam peperangan Khaibar pda tahun ke-7H selepas Perjanjian Hudaibiyah ini serta keingkaran mereka dalam jihad peperangan lain.
  6. Allah menyatakan/menyenaraikan mereka yang diberikan keuzuran daripada menyertai peperangan iaitu mereka yang dari kalangan uzur seperti buta, tuli, tempang dan lain-lain.
  7. Cerita tentang perjanjian ikat setia (بيعة الرضوان) yang
    mendapat keredhaan Allah s.w.t dengan menyatakan kelebihan orang yang hadir serta khabar gembira untuk mereka dengan menjanjikan kemenangan pembukaan dan harta yang banyak untuk mereka selepas ini.
  8. Menyatakan sebab-sebab kenapa puak kafir menyekat Rasulullah s.a.w daripada memasuki Makkah.
  9. Untuk membenarkan mimpi Nabi s.a.w. Baginda bermimipi masuk Makkah & Masjidil Haram dalam keadaan aman. Walaupun disekat pada tahun itu tetapi ianya akan menjadi kenyataan selepas itu!
  10. Allah s.w.t menyatakan kedudukan Nabi s.a.w dan para sahabat, sifat mereka yang baik dalam Taurat & Injil, serta apa yang Allah sediakan bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, keampunan yang diberi & ganjaran pahala yang besar .

MUNASABAH SURAH DENGAN SURAH-SURAH SEBELUMNYA :

  1. Sesungguhnya Pembukaan (الفتح) dengan makna pertolongan (النصر).
    Untuk mendapat kemenangan mesti ada peperangan, ia tidak akan berlaku secara sendiri.
    Ayat ini menyatakan apa yang Allah s.w.t mahu beri kepada Rasulullah s.a.w dan orang yang beriman, setelah Allah s.w.t tidak sebut secara direct dalam surah al-Ahqaf sebelumnya.

i- Firman Allah s.w.t: {Katakanlah lagi: \”Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu.} (Al-Ahqaaf 46:9)

ii- Dalam surah Muhammad dinyatakan cara-cara perjuangan dan peperangan.
Firman Allah s.w.t: {Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya……} (Muhammad 47:4)

iii- Apabila datang surah la-Fath ini dinyatakan hasil yang baik akan didapati setelah kita berjuang iaitu pertolongan Allah & Pembukaan Kota Makkah.
Allahu Akbar!

  1. Antara dua surah iaitu al-Fath & Muhammad, Allah nyatakan dengan jelas sifat tiga golongan ini: mukmin, kafir tulen & kafir munafiq.
  2. Dalam surah Muhammad Allah s.w.t ajar & suruh Nabi s.a.w beristighfar kepada seluruh orang mukmin & mukmininat (ayat 19).
    Tetapi dalam surah al-Fath, Allah terus sebut dan beri keampunan pada awal surah lagi! Yakni surah Muhammad sebagai persiapan & perjuangan, lalu surah al-Fath sebagai hasil & kemenangan.
  3. Untuk bacaan lebih lanjut tentang Perjanjian Hudaibiyah boleh baca dalam buku Makkah & Madinah: Kelebihan & Sejarah.
    http://www.dartaibah.com/#!/~/search/keyword=makkah

Powered by BetterDocs