SIFAT MUNAFIKIN 2, MENGAKU MEMBAWA ISLAH, MEMBODOHKAH UMAT ISLAM & MEMPERLI MEREKA.
Full video : https://youtu.be/Z3dO9ewAPUo?si=3zFsc1YFrpkqjAVQ
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir surah Al-Baqarah ini dengan ayat 11 sehingga 16 iaitu siri kedua tentang sifat golongan Munafikin.
- Dalam siri ini Allah SWT menyatakan bahawa antara sifat mereka ialah: Mengaku Membawa Islah (Pembahuruan), Membodohkah Umat Islam & Memperli Mereka.
- Puak munafiq ini muncul di Madinah pada saat itu & berterusan menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan sepanjang zaman sehingga ke hari Kiamat.
- Allah dedahkan tentang siapakah mereka ini, dari mana asal mereka, sifat buruk & perangai jahat mereka dalam 13 ayat dalam surah Al-Baqarah ini bermula dari ayat 8 sehingga ayat 20.
- Kita minta Allah jauhkan kita, keluarga kita & semua yang kita sayangi dari sifat buruk munafiq ini, sucikan hati kita dari sifat riya’ dan semua penyakit hati.
- Munasabah ayat:
i- Allah telah nyatakan dalam siri yang lepas perangai & karenah mereka yang mengaku beriman dengan lidah tetapi kufur dalam hatinya.
Mereka cuba nak tipu Allah, Rasulullah SAW & orang mukmin tetapi sebenarnya mereka yang tertipu.
ii- Punca terjadi sedemikian adalah kerana di dalam hati mereka ada penyakit.
Inilah penyakit paling bahaya atas dunia ini iaitu penyakit syak keraguan & khurafat yang ada dalam hati manusia!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 11- {DAN APABILA DIKATAKAN KEPADA MEREKA: “JANGANLAH KAMU MEMBUAT BENCANA DAN KEROSAKAN DI MUKA BUMI”, MEREKA MENJAWAB: ” SESUNGGUHNYA KAMI ORANG-ORANG YANG HANYA MEMBUAT KEBAIKAN”.} (AL-BAQARAH 2:11)
- Apabila dikatakan kepada kaum munafiq yang ada penyakit dalam hati ini agar tidak membuat kerosakan atas muka bumi ini; iaitu dengan melakukan maksiat kepada Allah, sifat munafiq berpura-pura, dengan kekufuran & menjadikan kafir tulen sebagai teman rapat & juga menyekat manusia dari jalan Allah, halang manusia dari mentaati Allah & Rasulullah SAW.
Serta berjalan ke sana-sini menjadi batu api, memecah-belahkan perpaduan ummah, sebar fitnah, memporak-peranda masyarakat dan seumpamanya!
- Lalu puak munafiq ini menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang membuat pembaharuan yang penuh kebaikan, puak muslih (reformasi).
Dakwa bahawa kerosakan yang mereka bawa itu sebagai satu islah (pembaharuan).
- Sebagaimana kata ahli Sejarah:
Sejarah akan terus berulang cuma dengan watak yang berbeza.
Sepanjang zaman mereka ini akan muncul kembali dengan watak yang berbeza tetapi gerakan yang sama!
- Maka kita minta Allah jauhkan daripada sifat yang buruk ini, buat kerosakan (ٱلْمُفْسِدُونَ) tetapi mengaku buat kebaikan (مُصْلِحُونَ).
AYAT 12- {KETAHUILAH! BAHAWA SESUNGGUHNYA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA MEMBUAT BENCANA DAN KEROSAKAN, TETAPI MEREKA TIDAK MENYEDARINYA.} (AL-BAQARAH 2:12)
- Mereka menyalahi segala arahan Allah SWT dengan melakukan kekufuran & maksiat, tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka buat adalah satu kerosakan!
- Apabila mereka mengaku mereka beriman & muslih (pembuat kebaikan); Allah SWT akan dedahkan satu persatu tembelang perangai & sifat mereka yang sebenar melalui ayat-ayat Al-Quran.
- Kerana inilah orang munafiq amat takut jika turun ayat-ayat baru yang mendedahkan tembelang mereka ini, kerana ayat Al-Quran tidak dapat dinafi & diingkari lagi!
- Mereka tidak dapat menipu orang mukmin yang bersama Rasulullah SAW yang ada wahyu dari Allah SWT!
AYAT 13- {DAN APABILA DIKATAKAN KEPADA MEREKA: “BERIMANLAH KAMU SEBAGAIMANA ORANG-ORANG ITU TELAH BERIMAN”. MEREKA MENJAWAB: “PATUTKAH KAMI INI BERIMAN SEBAGAIMANA BERIMANNYA ORANG-ORANG BODOH ITU?” KETAHUILAH! SESUNGGUHNYA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BODOH, TETAPI MEREKA TIDAK MENGETAHUI (HAKIKAT YANG SEBENARNYA).} (AL-BAQARAH 2:13)
- Apabila mereka kaum munafiq diseru untuk beriman & percaya kepada Rasulullah SAW & Al-Quran yang diturunkannya dari Allah sebagaimana berimannya orang-orang lain!
Ijma’ ulama’ kata orang lain {ٱلنَّاسُ} yang telah beriman itu adalah ditujukan kepada para sahabat Nabi yang telah beriman dan berada bersama Baginda SAW pada waktu ayat itu diturunkan!
- Apakah jawapan mereka?
Mereka kata patutkah kami beriman seperti orang yang bodoh itu {ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ ۗ}??? Yakni mereka mengatakan para sahabat yang beriman dengan Rasulullah SAW adalah orang yang bodoh tidak cerdik!
- Inilah puak yang tidak tahu menilai manusia lain, memperbodohkan orang lain yang tidak bersama mereka!
Ini adalah perbuatan munafiq yang tidak ada hujjah untuk menentang kebenaran!
Jadi kita jangan tiru perangai munafiq ini yang suka memperbodohkan orang lain!
- Allah balas balik dengan menjatuhkan hukuman bahawa merekalah sebenarnya orang-orang yang bodoh {ٱلسُّفَهَآءُ } tetapi mereka tidak menyedarinya!
AYAT 14- {DAN APABILA MEREKA BERTEMU DENGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEREKA BERKATA: “KAMI TELAH BERIMAN”, DAN MANAKALA MEREKA KEMBALI KEPADA SYAITAN-SYAITAN MEREKA, MEREKA BERKATA PULA: “SESUNGGUHNYA KAMI TETAP BERSAMA KAMU, SEBENARNYA KAMI HANYA MEMPEROLOK-OLOK (AKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN)”.} (AL-BAQARAH 2:14)
- Apabila berjumpa dengan orang beriman mereka menzahirkan keimanan mereka yang palsu & luaran sahaja itu sehingga tidak dapat dikesan!
- Tetapi apabila mereka kembali kepada kumpulan syaitan mereka {شَيَـٰطِينِهِمْ}; iaitu ketua & kumpulan mereka lain pula perkataan mereka!
Mereka mengatakan bahawa mereka hanya bersama kaum muslimin untuk memperolok-olokkan mereka, untuk menipu & mengaburi mereka!
- Allah panggil syaitan kepada ketua munafiq itu kerana perkataan syaitan ini adalah sifat digunakan kepada manusia atau jin yang derhaka, melampaui batas & kufur ingkar kepada Allah!
AYAT 15- {ALLAH (MEMBALAS) MEMPEROLOK-OLOK, DAN MEMBIARKAN MEREKA MERABA-RABA DALAM KESESATAN MEREKA (YANG MELAMPAUI BATAS ITU).} (AL-BAQARAH 2:15)
- Allah membalas pula dengan memperolokkan mereka dengan terus membiarkan mereka dalam kesesatan, seolah penipuan mereka berjaya.
- Ini kerana apabila mereka mengaku beriman, Allah membenarkan kaum muslimin untuk memperlakukan & berinteraksi dengan mereka hukum secara zahir, yakni menerima pengakuan palsu mereka- berhukum sama seperti orang Islam.
Tetapi di akhirat tidak sekali-kali, mereka ini akan berada di lapisan neraka yang paling bawah sekali!
- Bahkan Abdullah Bin Ubai Bin Salul, ketua munafiq itu amat berdendam dengan Rasulullah SAW kerana sebelum kedatangan Baginda SAW dia hampir ditabalkan menjadi Raja Madinah, tetapi bertukar kekuasaan polotik dengan kedatangan Rasulullah SAW & Kerajaan Islam.
- Yakni kerana dulu kamu mengaku Islam sedangkan hati kamu tidak; maka rasalah balasan ini yakni kerana mereka mempermainkan orang Islam maka Allah hina & permainkan kembali mereka!
- Para ulama’ bersetuju dengan pendapat bahawa: Inilah balasan yang Allah sediakan kerana mereka mempermainkan, hina dan perli orang mukmin semasa di dunia ini; maka di akhirat kelak Allah SWT akan permain & hina mereka pula!
- Firman Allah SWT:
{Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.} (At-Taubah 9:79)
- Maka di akhirat kelak mereka akan meraba-raba dalam kegelapan, Allah SWT akan padamkan lampu petunjuk; mereka meraba-raba di atas sirat sehinggalah mereka jatuh ke dalam neraka. Wal-‘iyazu billah.
AYAT 16- {MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MEMBELI KESESATAN DENGAN MENINGGALKAN PETUNJUK; MAKA TIADALAH BERUNTUNG PERNIAGAAN MEREKA DAN TIDAK PULA MEREKA BEROLEH PETUNJUK HIDAYAH.} (AL-BAQARAH 2:16)
- Inilah orang yang membeli kesesatan berbanding dengan petunjuk. Petunjuk Nabi ada di depan mata, hidup bersama Rasulullah SAW tetapi memilih untuk bersama yahudi & musyrikin! Maka apa jadi?
- Kita sekarang ini walaupun Nabi sudah tidak ada lagi di kalangan kita; tetapi ajaran Baginda yang sahih & jelas ada dan masih hidup.Maka marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar menjadi pendokong Sunnah Rasulullah SAW yang akan berpegamg dengannya, beramal dengannya dan mengajak orang lain juga untuk beramal dengannya!
Bukan hanya orang yang mendakwa ahli Sunnah tetapi tidak beramal dengan Sunnah!
- Inilah orang yang celaka & malang sekali! Maka tidak ada untung perniagaan begini & tidak boleh petunjuk hidayah!
Satu perbuatan yang cukup rosak & tidak baik!
- Allah SWT bandingkan keadaan mereka seperti keadaan orang yang berniaga tetapi tidak tahu cara berniaga yang betul!
Maka orang seperti ini bukan saja tidak mendapat laba (untung) bahkan modalnya hilang iaitu kerugiaan!
- Modal yang dimaksudkan itu ialah sifat semula jadi yang suci sejahtera, satu fitrah yang dicipta Allah untuk menerima agama & petunjuk-Nya tetapi telah ditukar dengan mencari & menerima perkara lain yang menjauhkan mereka dari Allah Azza wa Jalla.
- Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk kepada kita, yang dengan hidayah petunjuk inilah kita berjalan di atas muka bumi hari ini, dan dengannya kita minta Allah SWT selamatkan kita & sampaikan ke syurga-Nya!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 11- {Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.}
Apabila diberitahu agar jangan jadi perosak; mereka tidak mengaku mereka perosak bahkan mengaku bahawa mereka adalah muslihun {مُصْلِحُونَ} iaitu orang yang membawa kebaikan pembaharuan atau reformist!
Sedangkan Allah nyatakan bahawa mereka adalah makhluk perosak, pembawa kerosakan {هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ} atas muka bumi ini!
Kata ulama’ : Antara bala besar yang menimpa ke atas seseorang ialah apabila benda buruk atau rosak tetapi dia merasakan benda itu baik & elok sehingga mereka merasakan merekalah pembawa kebaikan & pembaharuan sedangkan mereka pembawa kerosakan.
Seperti orang yang nak bawa & ajak orang kepada Islam & Sunnah Nabi SAW, tetapi ada orang marah yang mengatakan Sunnah itu bukan begitu.. inilah yang kita takut, benda buruk telah dihiasi dengan kosmetik sehingga nampak indah & baik!
Jika nak buat/amal sesuatu pastikan ada dalil dari Al-Quran atau hadis.
Jika dari hadis pastikan ianya:
i- Pastikan ianya sahih
ii- Berpandukan kepada huraian ulama\’ yang muktabar bukan hurai sendiri dengan kepala otaknya!
- Ayat 11- {Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.}
Bukan semua yang didakwa oleh seseorang itu kita kena benarkan! Kita kena lihat kepada apa yang dibuat!
Jangan rasa betul sebab orang itu buat orang ini buat! Kita kena pastikan kebenaran apa yang kita ikut atau amal itu!
Jangan rasa kita betul seperti golongan munafiq ini yang mengaku muslih tetapi Allah balas & bidas mereka dengan menyatakan bahawa mereka sebenarnya adalahl orang yang membuat kerosakan {ٱلْمُفْسِدُونَ}!
Firman Allah SWT:
{Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.} (Faatir 35:8)
Amalan yang buruk itu kadang-kala membutakan mata sehingga orang yang buat kerosakan itu tidak terasa & menyedarinya kerana mereka menyangka merekalah yang benar!
- Kita kena peringatkan semua orang yang kita dakwah agar beriman sebagaimana berimannya para sahabat Nabi RAnhum!
Kita cek & periksa dulu sebelum buat sesuatu amal apakah amalan atau ibadat ini dibuat oleh para sahabat dulu?
Seperti para sahabat Abu Bakar, Umar, Usman Ali dan lain-lain apakah mereka buat apa yang kita nak buat itu?
Sedangkan merekalah yang paling sayangkan & taat kepada Rasulullah SAW!
Hikmah atau kebijaksanaan itu ialah:
i- Beriman kepada Allah & ikut segala hukum-Nya.
ii- Beriman kepada Rasulullah SAW dengan ikut ajaran & Sunnahnya yang benar!
Ini tidak; terus kata apakah nak beriman seperti orang yang bodoh itu???
Sesungguhnya mereka telah melampaui batas!
- Ayat 15- {Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).}
Allah memperolok-olok & permainkan mereka orang kafir sebagai alasan atas perbuatan mereka memperolok-olokkan Rasulullah & orang mukmin!
Yakni Allah memperolok-oloklan mereka dengan membiarkan mereka terus dalam kesesatan & kesombongan mereka, terus terpedaya dalam sangkaan mereka yang karut & tidak benar.
Maka sekarang di akhirat, lihat dimanakah orang yang kamu kata bodoh dulu berada (di syurga) & di mana pula kamu berada sekarang (neraka)?
Maka maksudnya {Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka} Allah SWT balas mereka dengan perbuatan yang setimpal dengan perbuatan & amalan mereka atas dan ini!
Di akhirat kelak Allah akan balas balik semua kata-kata mereka, beri balasan azab dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Mereka adalah ahli neraka yang kekal di dalamnya.
- Semua orang yang melakukan kerosakan dengan menukar perjalanan agama akan dikenakan azab yang pedih!
Rasulullah kata A dia kata B, maka semuanya akan dihukum akibat perbuatan mereka itu!
Allah SWT sebut 4 keburukan sifat munafiq dalam ayat ini:
i- Cuba nak tipu Allah! Tipu manusia pun tidak baik apatah lagi nak tipu Tuhan!
ii- Sifat mereka suka menimbulkan fitnah, meyebarkan berita palsu & membawa benda yang tidak baik!
Supaya orang benci juga kepada orang yang mereka tidak suka.
iii- Mereka meninggalkan iman yang murni & meililih pegangan buruk yang mereka pegang itu.
iv- Melampaui batas dengan mengatakan orang beriman itu bodoh.
Mereka berasa mereka bijak & pandai manakala orang lain semuanya bodoh & tidak betul!
Mereka menuduh orang Islam sebagai orang yang bodoh, menuduh Rasulullah SAW sebagai penipu dan seumpamanya!
Jauhilah sifat munafiq ini sama ada secara iktikad dan perbuatan (amali).
Ya Allah bersihkan hati kami dari sifat munafiq & membenci sesama Islam, jauhkan amalan kami dari riya’, lisan kami dari berbohong dan bercakap tak tentu pasal, jauhkan kami dari perkara yang tidak membawa kebaikan!