PERANAN RASULULLAH SAW MENDIDIK UMMAH, SENTIASALAH BERZIKIR DAN BERSYUKUR & SENTIASA SABAR DAN SOLAT.
Full video : https://youtu.be/3DLJHfYmQ2s?si=3EGqii2wprn1fdtl
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 151 sehingga ayat 153 bagi surah Al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzu’ yang kedua.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa peranan Rasulullah SAW adalah untuk mendidik umatnya.
- Allah juga arahkan kita agar sentiasa berzikir dan bersyukur, dua sifat ini adalah kembar yang sinonim bersama sebagaimana dalam ayat sebelum ini Allah perintahkan kita supaya solat & sabar, juga dua sifat yang berkembar.
- Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam kalangan orang yang menerima tarbiyah Rasulullah SAW melalui Al-Quran & As-Sunnah. Juga termasuk dalam kalangan orang yang syukur & berzikir serta orang yang sabar dalam mendirikan solat.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 151- {(NIKMAT BERKIBLATKAN KAABAH YANG KAMI BERIKAN KEPADA KAMU ITU), SAMALAH SEPERTI (NIKMAT) KAMI MENGUTUSKAN KEPADA KAMU SEORANG RASUL DARI KALANGAN KAMU (IAITU MUHAMMAD), YANG MEMBACAKAN AYAT-AYAT KAMI KEPADA KAMU, DAN MEMBERSIHKAN KAMU (DARI AMALAN SYIRIK DAN MAKSIAT), DAN YANG MENGAJARKAN KAMU KANDUNGAN KITAB (AL-QURAN) SERTA HIKMAT KEBIJAKSANAAN, DAN MENGAJARKAN KAMU APA YANG BELUM KAMU KETAHUI.} (AL-BAQARAH 2:151)
- Allah nyatakan kepada kita perundangan tauhid nabi Ibrahim yang suci & arahan untuk kita menghadap ke arah Ka’bah adalah nikmat yang Allah anugerahkan kepada kamu.
- Antara nikmat yang paling besar ke atas orang Arab juga ialah Allah utuskan seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, dalam bahasa Arab yang mereka fahami!
Tetapi apa boleh buat, nasib malang tidak beruntung, duduk sekali Nabi SAW yang mereka kenal sifat & integritinya, dengar wahyu setiap hari, tetapi tetap menolak kebenaran yang datang didepan mata! - Ayat ini ditafsirkan dengan surah Al-Baqarah ayat 129 iaitu doa Nabi Ibrahim AS untuk penduduk Makkah:
{“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.} (Al-Baqarah 2:129)
Ayat ini sama dengan ayat kita ini- yakni Allah SWT utuskan seorang rasul dari kalangan kamu sendiri. - Tugas Rasulullah SAW sebagai nikmat kepada kamu ialah antaranya:
i- Yang membacakan ayat-ayat al-Quran yang turun kepada kamu.
ii- Dan membersihkan kamu dari kotoran kufur, amalan syirik dan maksiat serta menghilangkan segala perlakuan buruk yang melanggar tata-susila manusia.
iii- Dan yang mengajarkan kepada kamu kandungan Kitab Al-Quran.
iv- Serta Hikmat kebijaksanaan, iaitu Sunnah Rasulullah yang menjelaskan apa yang disebut dalam Al-Quran.
v- Dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui, tentang peristiwa yang telah berlaku dahulu, tentang umat dahulu, yang berlaku sekarang & peristiwa yang akan berlaku sehingga ke hari Kiamat.
Semua ini adalah perkara ghaib yang kita tidak akan dapat tahu kecuali dengan wahyu dari Allah SWT yang menceritakan kepada Rasulullah SAW.
Kecuali apa yang tidak sahih bukanlah dari Nabi begitu juga cerita-cerita Israiliyyat.
Allah sebut dua kali {dan mengajarkan kamu- وَيُعَلِّمُكُمُ} untuk dua perkara yang berbeza- ajar al-Quran & ajar apa yang kamu belum tahu! - Setelah mendapat nikmat yang begitu besar ini, hendaklah kamu sentiasa ingat berzikir kepada Allah SWT sebagai balasan atas nikmat itu.
- Zikir itu ada 3 kategori:
i- Zikir umum- kita berzikir dengan lisan seperti zikir 4 kalimah, yang ringan tetapi besar pahalanya, disayangi oleh Allah & Rasulullah SAW.
ii- Zikir dengan hati- kata dengan lidah kemudian berfikir dengan hati (tafakkur & tadabbur).
iii- Zikir dengan anggota iaitu Allah suruh solat dan lain-lain ibadat kita buat, kebaikan dan lain-lain. - Allah bagi balasan yang besar untuk orang berzikir iaitu Allah sayang kamu, Allah cintakan kamu kerana kamu ingat kepada-Nya.
Inilah cinta yang berbalas! Ini nak suruh Tuhan ingat & sayangkan dia tetapi dia sendiri tidak ingat & sayang kepada Allah! - 10 sebab yang membawa kita untuk disayangi Allah SWT. Ada dalam buku Musafir Menuju Allah.
Tetapi sayang sekarang habis cetakan. - Hadis:
i- Riwayat Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT berfirman dalam hadis qudsi: Aku mengikut sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati-Ku di suatu tempat ramai, Aku akan mengingatnya di tempat yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).” [Hadis Qudsi: Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675].
ii- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ.
Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka; melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. [HR Muslim (2699)]
Dari hadis ini: Siapa yang buat tiga perkara kebaikan ini akan mendapat empat kebaikan pula yang Allah berikan!
AYAT 152- {OLEH ITU INGATLAH KAMU KEPADAKU (DENGAN MEMATUHI HUKUM DAN UNDANG-UNDANGKU), SUPAYA AKU MEMBALAS KAMU DENGAN KEBAIKAN; DAN BERSYUKURLAH KAMU KEPADAKU DAN JANGANLAH KAMU KUFUR (AKAN NIKMATKU).} (AL-BAQARAH 2:152)
- Ayat in imembawa perintah yang kedua iaitu supaya kita bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dianugerahkannya!
- Syukur juga ada 3 kategori:
i- Syukur dengan lidah- seperti sudah makan ucap alhamdulillah, apabila orang beri sesuatu kita ucap terima kasih & semoga Allah membalas kebaikan kamu. Serta lain-lain doa yang baik-baik kepada pemberi.
ii- Syukur dengan hati iaitu apabila kita terima nikmat tiada lansung sifat sombong & takabbur dalam hati kikta. Orang sombong rugilah hidupnya.
iii- Syukur dengan anggota- ini lihat kategori apa yang kita ada.
Kita ada harta : syukur dengan sedekah,
ada ilmu : dengan mengajarnya kepada orang lain,
ada tenaga : kita bantu orang yang memerlukan bantuan,
kita ada kuasa : kita laksanakan undang-undang Allah Azza wa Jalla atas dunia ini.
Kita berkuasa : kita berlaku adil kepada semua, tidak zalim & sombong, semua perkara baik disuruh yang buruk dilarang, akta penjajah dihapuskan, digantikan dengan Syari’ah Allah, maka itu tanda syukur apabila berkuasa! - Allah pesan lagi agar kita jangan ingkar akan nikmat yang Allah berikan.
Antara nikmat yang paling besar Allah berikan samada bagi yang tua atau muda, kaya atau miskin, yang berada di bandar atau kampung ialah nikmat ISLAM & IMAN!
Nikmat yang Allah utuskan Rasulullah SAW daripada kalangan kita, membawa hidayah kepada Allah SWT juga nikmat menghadap ke arah kiblat. - Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini:
{Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.} (Ibrahim 14:7) - Kata ulama’ Syukur itu:
i- Menjaga nikmat yang sedia ada
ii- Dan meraih nikmat yang baru.
Maka sesiapa yang bersyukur nikmat yang ada terpelihara, nikmat yang belum ada akan datang!
Hadis- Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Bahawa Allah telah berfirman: “Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu, dan Aku selalu menyertai dia di mana ia ingat kepadaKu. Demi Allah, sungguh Allah lebih senang menerima taubat hambaNya dari seorang yang mendapat kembali barangnya yang hilang. Dan barangsiapa yang mendekat kepadaku sejengkal, aku mendekat kepadanya sehasta. Dan siapa yang mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya dengan berjalan cepat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
AYAT 153- {WAHAI SEKALIAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN! MINTALAH PERTOLONGAN (UNTUK MENGHADAPI SUSAH PAYAH DALAM MENYEMPURNAKAN SESUATU PERINTAH TUHAN) DENGAN BERSABAR DAN DENGAN (MENGERJAKAN) SEMBAHYANG; KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENYERTAI (MENOLONG) ORANG-ORANG YANG SABAR.} (AL-BAQARAH 2:153)
- Menurut undang-undang peraturan Allah SWT, segala pekerjaan yang besar seperti menyebarkan agama Islam tidak akan berjaya tanpa kesabaran & kesungguhan.
- Bersungguh dalam melakukan usaha pekerjaan tersebut, serta tabah & sabar dalam menghadapi sebarang tentangan dan rintangan.
Sebab itulah sesiapa yang tabah & sabar maka dia telah menurut undang-undang Allah dan aklhirnya dia akan berjaya dengan izin Allah. - Solat itu pula adalah tiang agama & ruhnya adalah khusyuk hati orang yang mengerjakannya kepada Tuhan.
Ini akan memberi sebesar-sebar pertolongan & semangat yang utuh untuk menghadapi cabaran. - Rasulullah SAW sebagaimana yang disebut dalam hadis- “Apabila mengalami sesuatu kesusahan atau ada masalah; Baginda SAW segera menunaikan solat!” [HR Abu Daud-Hasan].
Kita apabila susah- ke mana kita pergi, di mana & kepada siapa kita mengadu???? - Munasabah ayat:
i- Apabila Allah selesai memberi arahan untuk bersyukur;
ii- Allah nyatakan pula supaya kita bersikap sabar & meminta bimbingan pertolongan dari Allah.
Sabar dalam mendirikan solat, menjalankan amar ma’ruf & nahi mungkar. - Manusia ini hidupnya dalam dua keadaan Sahaja, samada:
i- Mendapat nikmat (نعمة) dia syukur;
ii- Mendapat bala (نقمة) dia sabar! - Sabar itu ada 3 kategori juga:
i- Sabar dalam menunaikan segala perintah Allah.
ii- Sabar dalam meninggalkan maksiat & segala larangan Allah.
iii- Sabar dalam atas taqdir Allah SWT samada menghadapi ujian & musibah.
Biasa apabila sebut sabar orang nampak ketika musibah saja. - Allah ajar kepada kita nak berperang kena sabar, kena kuat solat & berzikir, sabar menunaikan perintah dan larangan Allah & sabar dalam menghadapi musibah!
- Bagi mereka yang sabar ini Allah akan bersama mereka iaitu bersama dalam kasih-sayang, dalam memberi pertolongan, bantuan & hidayah petunjuk-Nya.
- Doa yang merangkumi untuk pohon tiga sifat ini:
اللَّهُمَّ أَعِنى عَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu.”
Rasulullah SAW apabila nak ajar doa ini kepada sahabat Muaz bin Jabal RA, Baginda memegang tangannya dan berwasiat untuk sentiasa mengamalkannya selepas solat.
Untuk detail boleh lihat dalam buku ini:
https://dartaibah.com/?page_id=179… (versi rumi) &
https://dartaibah.com/?page_id=179… (versi jawi)
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 151- {(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad),}-
Dalam ayat ini Allah mengungkit nikmat-Nya ke atas manusia.
Allah ungkit nikmat supaya kita sedar, insaf, tidak mudah, lagha & lalai; iaitu nikmat diutuskan Nabi Muhammad SAW, nikmat Islam, nikmat iman, dan dalam isu ini nikmat pertukaran arah kiblat kepada Ka’bah.
Maka ini semua yang kita kena syukur, kita kena belajar bahawa Allah mahu kita bersihkan diri & jiwa kita daripada kekotoran syirik & maksiat. Iaitu dengan belajar & baca al-Quran, tadabbur & beramal dengannya serta belajar hikmah iaitu Sunnah Rasulullah SAW atau hikmah dengan maksud kebijaksanan iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar.
Contoh hikmah- selipar orang pakai di kaki, bukan letak atas kepala.
Jika pakai selipar di kepala itu orang bodoh namanya! - Ayat 151- {(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad),}-
Allah kata Dia utuskan seorang Rasul dari kalangan kamu iaitu nabi Muhammad SAW.
Sepatutnya Quraisy adalah orang pertama yang beriman dengan Rasulullah SAW kerana dia datang dari kalangan mereka, mereka kenal Baginda, kenal sifatnya yang mulia, tahu integritinya yang tinggi, tetapi sebaliknya yang berlaku.
Kerana itu Allah SWT mencela Quraisy yang kufur & mendustakan Rasulullah SAW:
i- {Sahabat kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).} (An-Najm 53:2)
ii- {Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);} (At-Takwiir 81:22)
Ini sunnatullah, realitinya begitulah. Lihatlah kepada pondok atau pusat pengajian besar di mana saja, pelajarnya tidak ramai dari kalangan penduduk sekitar atau setempatnya, tetapi orang luar yang jauh-jauh ramai!
Duduk tepi pondok tetapi tidak mahu talaqqi- menadah kitab walaupun datang ke masjid, yang tidak datang terus ke masjid pastilah lebih dahsyat!
Dalam ayat ini Allah SWT ajar kepada kita untuk cepat menerima sesuatu yang baik, bukan beri kepada orang lain peluang itu! - Ayat 151- {yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.}-
ini adalah sifat Rasulullah SAW yang Allah khabarkan kepada kita.
Allah suruh Rasulullah SAW ajar kepada para sahabat al-Quran.
Lalu Nabi SAW ajarnya satu-persatu dengan detail dan lengkap.
Sahabat menerimanya, apa yang mereka tidak faham mereka akan terus tanya & Rasulullah SAW beri jawapannya!
Tidak ada benda yang mereka tidak faham tetapi mereka tidak tanya!
Contohnya dalam isu sifat Tuhan- mereka faham & boleh menerima apa yang Rasulullah SAW sampaikan.
Tidak ada yang pelik tentangnya sehingga kita terpaksa mencari huraian & tafsirannya dari pihak-pihak yang tidak berkenaan.
Dua kali Allah SWT sebut perkataan { وَيُعَلِّمُكُمُ}. Kenapa?
Jawapan: Allah ulang kerana ia adalah dua perkara yang berbeza:
i- Mengajar al-Quran { وَيُعَلِّمُكُمُ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ}.
ii- Memberitahu apa yang kamu tidak tahu; iaitu tentang khabar orang yang terdahulu & berita yang akan datang kemudian
{ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا۟ تَعْلَمُونَ}.
Kemudian Allah sebut: {dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan}
Kenapa disebut bersihkan { وَيُزَكِّيكُم} dahulu sebelum ajar {وَيُعَلِّمُكُمُ} Al-Quran & hikmah?
Jawapan:
Sebagaimana kata ahli tasauf: Satu bekas itu mesti dikosongkan dulu sebelum diisi dengan sesuatu.
Yakni bersihkan dulu bekas iaitu hati & diri kita daripada kekotoran syirik kufur, maksiat, sifat mazmunah dan sebagainya.
Kemudian baru isikannya dengan adab, ilmu dan segala kebaikan.
Ajar adab dulu kemudian ajar ilmu.
Rasulullah SAW bersihkan dulu hati & jiwa umatnya, kemudian ajar adab, akhlak dan ilmu.
Kita ini belajar ilmu dulu tetapi tidak belajar adab! Ilmu tinggi, sijilnya banyak tetapi akhlak & adabnya ke laut! - Ayat 152- {Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu………….. dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).}-
Berzikir & bersyukur kepada Allah dua perkara yang sinonim.
Zikir & syukur- keduanya boleh jadi dengan tiga perkara iaitu:
i- Dengan hati,
ii- Dengan lidah,
iii- Dengan anggota.
Kerana itu apabila dapat nikmat kita hendaklah bersyukur & janganlah sesekali kufur akan nikmat Allah ini kerana Allah apabila Dia beri sesuatu nikmat kepada seseorang; Dia nak tengok kesan nikmat itu!
Sabda Rasulullah SAW: إن الله يحب أن يرى أثر نعمته على عبده في مأكله ومشربه.
Sesunggguhnya Allah suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya pada makanan dan minumannya. [HR at-Tirmizi, Hasan].
Apabila Allah beri kita ilmu, tunjukkan kesan dengan beramal & menyampaikannya, apabila Allah beri kita harta tunjukkan kesan kebaikan yang kita dapat buat dengannya, badan kuat & bertenaga tolong orang.
Tapi jangan pula bila dapat nikmat seperti kuasa dan harta; sombong & takabbur pula! Sekat situ sekat sini, zalim & menyusahkan orang!
Kita tidak tahu orang itu syukur atau tidak kecuali selepas dia dapat nikmat! - Ayat 153- {Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.}-
Allah SWT kembarkan sabar & solat!
Sukar rupanya untuk menjaga solat ini- betapa ramai orang yang tidak solat atau tidak sempurna solatnya pada zaman kita ini.
Dengan kita sabar & solat; inilah yang akan membantu kita hidup aman di dunia & bahagia di akhirat Insya’Allah!
Ini kerana apabila kita solat kita akan menjadi orang yang sabar; apabila kita sabar kita akan menjadi orang yang solat!
Di akhir ayat Allah janjikan anugerah pahala yang besar bagi orang yang sabar; Allah akan bersamanya, membantunya dalam melaksanakan tuntutan amalan yang diperintahkan Allah SWT!
Ada ulama’ kata sabar di sini bermaksud puasa- kerana puasa juga memerlukan kesabaran yang amat tinggi.
Alhamdulillah kita tamatkan dulu siri kita kali ini.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.