View Categories

Surah Al-Baqarah : Ayat 217-218

HUKUM BERPERANG PADA BULAN HARAM, FITNAH SYIRIK & FADHILAT HIJRAH.

Full video : https://youtu.be/PvAl7t4vNZc?si=IcMKoocZD-iZLsAI

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 217 sehingga ayat 218 bagi surah Al-Baqarah. Ia surah yang kedua dalam juzu’ yang kedua.
  2. Dalam siri ini Allah SWT menyatakan tentang hukum berperang pada bulan haram.
  3. Allah juga menyebut bahawa fitnah yang terbesar atas dunia ini ialah syirik kepada Allah.
  4. Dinyatakan juga fadhilat hijrah dan Allah menggalakan untuk berhijrah kepada-Nya.
  5. Munasabah ayat:
    i- Allah SWT sebut hukum berperang selepas hukum melakukan sedeqah sunat.
    Ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW tentangnya.

    ii- Perang & Sedeqah seiring- kerana keduanya memerlukan peperangan.
    Harta adalah teman rapat nyawa, infaq mengorbakan harta manakala jihad berperang nyawa.

    iii- Untuk berperang & berjihad memerlukan harta juga bukan hanya pejuang, jika ada harta tidak ada nyawa tidak berperang, ada jiwa tidak ada harta tidak boleh berperang juga! Maka keduanya perang & infaq adalah seiring!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 217- {MEREKA BERTANYA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD), MENGENAI (HUKUM) BERPERANG DALAM BULAN YANG DIHORMATI; KATAKANLAH: “PEPERANGAN DALAM BULAN ITU ADALAH BERDOSA BESAR, TETAPI PERBUATAN MENGHALANGI (ORANG-ORANG ISLAM) DARI JALAN ALLAH DAN PERBUATAN KUFUR KEPADANYA, DAN JUGA PERBUATAN MENYEKAT (ORANG-ORANG ISLAM) KE MASJID AL-HARAM (DI MAKKAH), SERTA MENGUSIR PENDUDUKNYA DARI SITU, (SEMUANYA ITU) ADALAH LEBIH BESAR LAGI DOSANYA DI SISI ALLAH. DAN (INGATLAH), ANGKARA FITNAH ITU LEBIH BESAR (DOSANYA) DARIPADA PEMBUNUHAN (SEMASA PERANG DALAM BULAN YANG DIHORMATI). DAN MEREKA (ORANG-ORANG KAFIR ITU) SENTIASA MEMERANGI KAMU HINGGA MEREKA (MAHU) MEMALINGKAN KAMU DARI AGAMA KAMU KALAU MEREKA SANGGUP (MELAKUKAN YANG DEMIKIAN); DAN SESIAPA DI ANTARA KAMU YANG MURTAD (BERPALING TADAH) DARI AGAMANYA (AGAMA ISLAM), LALU IA MATI SEDANG IA TETAP KAFIR, MAKA ORANG-ORANG YANG DEMIKIAN, ROSAK BINASALAH AMAL USAHANYA (YANG BAIK) DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, DAN MEREKA ITULAH AHLI NERAKA, KEKAL MEREKA DI DALAMNYA (SELAMA-LAMANYA).} (AL-BAQARAH 2:217)

  1. Ada orang bertanya kepada Rasulullah SAW { يَسْـَٔلُونَك} tentang hukum berperang dalam bulan yang dihormati iaitu bulan haram.
    Bulan haram yang dimuliakan ialah: Zul-Qaedah, Zul-Hijjah, Muharram & Rajab.
    Ia adalah bulan yang diharamkan berperang padanya.
  2. Sabab nuzul ayat:
    Diriwayatkan dari Jundub bin Abdillah RA bahawa Rasulullah mengutus beberapa orang sahabat dalam satu pasukan kecil yang dipimpin oleh Abdullah bin Jahsy RA. Ketika dalam perjalanan mereka bertemu dengan ibnu al-Hadhrami (seorang yang jahat). Lalu mereka membunuhnya dan mereka tidak tahu bahawa ketika itu adalah bulan Rajab atau bulan Jumadi Thani. Maka orang musyrik & munafiq pun mengambil isu & berkata kepada orang Muslim: Kamu telah membunuh pada bulan haram’. Maka Allah menurunkan ayat 217 ini.
  3. Tetapi mereka masih tidak puas hati & sebagian mereka berkata: “Jika mereka tidak mendapatkan dosa kerana yang mereka lakukan itu, maka mereka tidak juga dapat pahala”. Maka Allah menurunkan ayat 218 berikutnya. [HR An-Nase’I dan lain-lain].
    Yakni Allah jawab & turunkan wahyu bahawa perbuatan berperang pada bulan haram itu satu kesalahahan dan berdosa tetapi;
    i- Tetapi menghalangi manusia dari jalan Allah, adalah perbuatan kafir kepada Allah.
    Itulah perbuatan kaum Quraisy yang menghalang kaum Muslimin memasuki Masjidil-Haram, menzalimi & mengusir orang-orang Islam dari Makkah, lebih besar lagi dosanya di sisi Allah.

    ii- Semuanya adalah fitnah tetapi fitnah khianat yang kamu lakukan itu lebih besar bahaya & dosanya daripada melakukan pembunuhan (peperangan) pada bulan haram!
    Semua itu adalah fitnah yang lebih besar dari pembunuhan di bulan Haram.
    Fitnah dalam ayat ini mencakup semua pelanggaran yang berat seperti hal-hal tersebut di atas dan menganiaya serta menyiksa orang-orang Islam. Perbuatan seperti itu lebih besar dosanya daripada berperang.
  4. Allah juga menyatakan orang kafir itu akan sentiasa berterusan memerangi kamu, bukan kerana harta dunia semata- ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Islam.
    Tetapi kerana mereka mahu mengembalikan kamu kepada agama asal mereka, yakni supaya kaum muslimin murtad!
  5. Tetapi mereka tidak mampu melakukannya kerana tidak ada sahabat Nabi SAW yang benar-benar beriman kembali murtad kepada agama jahiliyah!
  6. Sesiapa yang murtad dan dia tetap dalam kafir sehingga mati, maka akan terbatallah segala amalan solehnya sebelum ini dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya. Wal-‘iyazu billah.
  7. Kita minta berlindung dengan Allah SWT dari berpaling tadah selepas beriman, dari kembali menjadi orang tidak baik selepas menerima hidayah petunjuk dari Allah!

AYAT 218- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DAN ORANG-ORANG YANG BERHIJRAH SERTA BERJUANG PADA JALAN ALLAH (UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM), MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG MENGHARAPKAN RAHMAT ALLAH. DAN (INGATLAH), ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AL-BAQARAH 2:218)

  1. Manakala orang yang beriman adalah orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam.
  2. Mereka itu adalah kaum Muhajirin yang ikhlas beriman dan mengharapkan rahmat Allah SWT!
  3. Sifat Allah SWT itu adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
  4. Munasabah ayat 217 & 218:
    i- Setelah dibawa ayat tentang perang & hukumnya dalam ayat sebelumnya;

    ii- Allah SWT bawa khabar gembira kepada orang mukmin- bahawa orang Muhajirin yang keluar dari Makkah ke Madinah, tidak ada yang murtad walaupun seorang.
    Jika kata ada yang murtad, itu Syiah yang mulut busuk yang membuat fitnah & berita palsu.
    Jika para sahabat murtad itu menunjukkan tidak berhasil didikan Rasulullah SAW, sedangkan ini tidak benar sama sekali!
    Ini adalah tuduhan buruk terhadap Rasulullah SAW!
  5. Tuduhan syiah yang mengatakan sahabat semuanya murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW, hanya beberapa orang yang tetap Islam dakwa mereka antara ialah Salman Al-Parisi.
  6. Syiah ini adalah golongan yang berlindung di sebalik nama orang Islam tetapi sebenarnya mereka meruntuhkan Islam dari dalam. Kerana itu mereka anti sangat kepada gerakan yang mengajak masyarakat untuk berpegang dengan Sunnah nabi SAW!
  7. Mereka yang murtad di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW adalah orang baru memeluk Islam, imannya masih goyah dan masuk Islam kerana sebab tertentu atau munafiq semasa Nabi SAW ada. Tetapi bukan dari kalangan kaum Muhajirin Makkah yang berhijrah!
  8. Antara golongan yang murtad awal selepas kewafatan nabi SAW adalah kerana tidak mahu bayar zakat. Mereka menyangka Khalifah Abu Bakar RA tidak akan ambil tindakan ke atas mereka!
  9. Tetapi Sayyidina Abu Bakar walaupun seorang yang lembut tetapi dalam, beliau adalah seorang yang tegas dalam urusan agama dan mendapat hidayah petunjuk dari Allah, setelah berbincang dengan Sayyidina Umar RA, mereka ambil keputusan memerangi & membunuh golongan yang murtad ini!
  10. Walaupun mereka masih solat Abu Bakar RA kata mereka tidak ada hak untuk memisahkan rukun Islam & pilih apa yang mereka mahu saja!
    Ini kerana matematik dalam baba aqidah, 5-1 terus kosong!
  11. Jadi dalam ayat ini alhamdulillah Allah ikrarkan bahawa orang yang beriman, yang benarkan dakwah Nabi SAW, tunduk & akur kepada perintah Allah, sanggup berhijrah keluar meninggalkan kampung halaman, kaum keluarga & harta semata-mata untuk menjaga agama; maka mereka adalah orang yang besar & kekal pahalanya di sisi Allah.
  12. Jika mereka bunuh orang kafir dalam bulan haram pun tidak memberi kesan kepada keimanan mereka kepada Allah Azza wa Jalla. Bahkan orang kafir yang menyekat orang Islam itu lebih besar dosanya.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 217- {Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati;}-

    Persoalan tentang berperang dalam bulan haram.
    Ini kerana pada zaman jahiliyah lagi asalnya orang tidak berperang dalam bulan haram.
    Ini kerana:
    i- Pada bulan Zulqaedah & Zulhijjah mereka pergi haji,

    ii- Bulan Muharram pula blik dari haji,

    iii- Bulan Rajab Bersiap untuk pergi umrah pula! Jadi jika berlaku peperangan pada bulan ini orang tak pergi ke Makkah, maka tersekatlah ekonomi puak ahli Makkah. Mereka juga marah sangat jika orang datang buat umrah pada bulan haji- kerana takut orang tak datang lagi buat haji, terkesan lagi bisnes mereka! Di awal Islam begitu juga keadaannya, Jadi bila datang ayat ini- datang persoalan apakah hukum ini telah dibatalkan?
    Jawapan:
    a) Jumhur ulama’ kata ayat ini telah dibatalkan dengan ayat-ayatberikut:
    i- {Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri.} (At-Taubah 9:29)

    ii- {Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.} (At-Taubah 9:36)

    iii- Ada juga ulama’ kata dengan ayat ini:
    {Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} (At-Taubah 9:5)

    Dalil mereka juga, selepas Pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW terus pergi serang kaum Hawazin & Taif pada bulan Syawwal dan termasuk bulan Zulqaedah iaitu bulan haram.
    b)- Ada juga ulama’ yang berpendapat ia tidak dimansukhkan. Ini adalah pendapat Ata’ dan beberapa ulama’ lain. Ini kerana ayat peperangan itu umum manakala ayat ini pula adalah khas untuk bulan haram.
  2. Ayat 217- {Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati;}-

    Yakni dalam setahun ada 12 bulan manakala bulan yang haram ada empat iaitu: Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajab.
    Hasil dari pembahagian dua kategori bulan ini, menunjukkan bulan juga ada yang besar & ada yang biasa.
    Begitu juga tempat- ada Tanah Haram Makkah & Madinah.
    Waktu juga ada yang istimewa seperti 10 akhir Ramadhan & 10 awal Zulhijjah.
    Allah lebihkan orang, masa, bulan & tempat mengikut darjat & kedudukan masing-masing.
    Seperti para rasul adalah manusia yang terpilih & manusia dari manusia biasa, antara sesama rasul itu pula ada yang Allah lebihkan dari yang lain, juga tidak sama darjat & kedudukan mereka.
    Dalam kalangan orang beriman pula- ahli ibadat yang kuat jaga solat dan amalan sunatnya pula- tak sama yang solat jemaah di masjid dengan solat di rumah, yang datang awal ke masjid & duduk di saf depan tak sama juga dengan mereka yang pergi lewat & duduk di belakang-belakang saja!
    Semoga Allah pilih kita menjadi di kalangan hamba-Nya yang baik, hamba yang mendapat keredhaan di sisi Allah SWT!
  3. Ayat 217- {Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati;}-

    Mereka bertanya tentang bulan haram- bukan apakah bulan itu kerana itu mereka sudah tahu- tetapi apa yang mereka nak tahunya adalah hukum berperang di dalamnya.
    Kenapa dimulakan dengan tanya tentang bulan?
    Jawapan:
    Kerana punca berlaku hukum (علة) itu adalah di dalam bulan haram. Maka Allah nyatakan sebab dibenarkan berperang kerana fitnah syirik dan fitnah untuk memurtadkan orang Islam itu lebih besar!
    Orang kafir telah fitnah orang Islam dengan isu yang boleh menggoyahkan pegangan agama mereka.
    Atau menzaliminya dengan azab fizikal.
    Beberapa sahabat telah disiksa dengan siksaan yang dahsyat seperti Ammar bin Yasir serta ibu bapanya Yasir & Sumayyah (kedua ini mati akibat seksaan yang begitu dahsyat).
    Bilal bin Rabah & Khabbab dan lain-lain sahabat RAnhum ajma’in.
    Rasulullah SAW pada ketika itu hanya mampu melihat saja, nak tolong tak boleh kerana tidak ada kuasa & kekuatan lagi.
    Maka Allah tempelak mereka ini- dengan buat bandingan kamu nak main isu orang Islam berperang di bulan haram- tetapi kejahatan yang kamu buat ke atas orang Islam lebih dahsyat & zalim!
    Kita umat Islam hari ini ini dalam keadaan gawat!
    Orang Islam sendiri hina Islam & Rasulullah SAW dengan main-main!
    Tidak ada siapa yang ambil peduli walaupun pihak berkuasa agama! Lesu & lemah kita hari ini- tetapi jika diajak bergendang dalam masjid bukan main pula semangatnya!
    Orang tak mahu bergendang dituduh macam-macam- orang hina nabi kenapa diam!
  4. Ayat 217- {Katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah.}-

    Allah kata berperang di bulan haram memang besar kesalahannya; tetapi ingat perbuatan kamu yang mengkhianati & menzalimi orang Islam lebih besar jenayahnya!
    Yakni dosa itu berbeza-beza & ada tingkatannya.
    Kita jangan dok rasa sama saja semuanya!
    Iman itu juga begitu, ada tingkat & naik-turunnya.
    Setiap kali seseorang itu buat dosa & maksiat- semakin besar dosa semakin kurang imannya.
    Tiada dosa & kuat ibadat, makin kuat & mantap imannya!
    Kita berdoa agar Allah mantapkan iman kita & sentiasa kuat beribadat!
    Allah juga mengingatakan bahawa orang kafir itu akan berterusan memerangi kamu {وَلَا يَزَالُونَ يُقَـٰتِلُونَكُم} mereka tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu ikut mereka.
    Tak payah kata baik & toleransi apa, jika agenda kafirnya ada, mereka akan tetap memerangi orang Islam sama ada secara terang-terangan atau senyap-senyap.
    Bak kata netizen sekarang: Mereka dah lama rancang; kita saja yang tak sedar!
  5. Ayat 218- {Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah}-

    Dalam ayat ini menunjukkan tentang kewajipan hijrah pada awalnya, hijrah dari Makkah ke Madinah adalah wajib bagi yang ada kemampuan. Kecuali orang yang lemah itu dimaafkan!
    Tetapi selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah & berlaku Pembukaan Kota Makkah pada tahun ke-8 hijrah Rasulullah SAW mengatakan tiada lagi hijrah!
    Ini kerana Makkah sendiri sudah menjadi negara Islam, tidak ada lagi fitnah kejahatan dari geng kafir! Berhala semua sudah dibersihkan, Ka’bah sudah disucikan!

    Tetapi yang ada sekarang adalah jihad & niat untuk berhijrah!
    Kita nak pergi berperang tak mampu, maka kita jihad dengan harta-benda kita, dengan perasaan & doa kita.
    Illah (sebab), Orang Islam disuruh berhijrah keluar dari Makkah ke Madinah dulu kerana mereka tidak boleh melaksanakan ajaran Islam dengan aman, tak boleh nak solat dan lain-lain ibadat.

    Maka sesiapa yang duduk di negara kafir & terfitnah agamanya- nak solat tak boleh, nak baca Quran tak boleh, nak tutup aurat tidak dibenarkan, maka kamu harus keluar berhijarah ke tempat lain yang lebih baik untuk agama kamu!
    Ke arah mana kita nak hijrah sekarang ini- ulama’ negeri itulah yang boleh memberi kata putus kerana lebih alim tentang keadaan rakyatnya!
    Dalam jihad ada marhalahnya yang kita kena tahu & kita jihad setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang ada!
    Kita sekarang ini berjihadlah setakat mampu, berjihadlah setakat yang dibenarkan undang-undang yang kita terikat dengannya sekarang ini!
    Jangan sampai sehingga kita memudharatkan diri pula kerana terlalu semangat & ke depan.
    Hari ini ada segelintir ulama’ yang menekan penduduk Palestin agar keluar berhijrah meninggalkan negara mereka kepada yahudi!
    Palestin adalah negara umat Islam kenapa kita yang nak keluar!
    Kiblat pertama dalam Islam- Masjidil-Aqsa yang ada di situ- nak suruh mereka tinggalkan mudah-mudah?
    Kerana itu jangan cuba nak tunjuk pandai sangat bercakap dalam isu yang kita tidak ada ilmu yang cukup tentangnya!
    Jangan mudah goyah dengan dakyah yahudi!

    Kata seorang Syeikh : Ulama’ yang ada di Palestinlah yang lebih alim tentang keadaan & sikap mereka tentang penduduknya!

Alhamdulillah tamatlah perbincangan ringkas kita tentang tafsir ayat untuk siri hari ini.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.

Powered by BetterDocs