ASAS KEIMANAN, ORANG MUKMIN SENTIASA DENGAR DAN TAAT & SYARIAT ISLAM MAMPU DIAMALKAN.
Full video : https://youtu.be/4tu4UzMRiAc?si=lkWAn6clKwOMIup6
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 285 sehingga ayat 286 iaitu dua ayat terakhir bagi surah Al-Baqarah. Surah yang kedua dalam juzu’ yang ketiga.
- Sebagaimana kita telah dengar dalam siri sebelum ini 5 kelebihan & fadhilat surah Al-Baqarah.
- Dalam siri ini Allah SWT bawa asas 4 keimanan, iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab & rasul. Rasulullah SAW telah beriman dengan semua ini dan kita sebagai orang mukmin sentiasa dengar dan taat dengan mengikut ajarannya.
- Allah SWT juga nyatakan bahawa Syariat Islam tidak memberati & menyusahkan umatnya, ia adalah satu perundangan mampu diamalkan oleh semua manusia yang normal, sihat dan uzur.
- Munasabah antara permulaan surah Al-Baqarah dengan akhirnya, yang menunjukkan bahawa Al-Quran ini dari lubuk yang satu
(من مشكاة واحدة) & sumber yang sama iaitu wahyu dari Allah Azza wa Jalla:
a- Munasabah satu:
i- Pada permulaan surah Allah menyatakan bahawa orang-orang yang (hendak) bertaqwa ialah orang yang beriman kepada perkara ghaib:
{Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.}
ii- Datang pula di akhir surah ini bahawa orang yang beriman ialah mereka beriman dengan Allah, malaikat, Kitab & rasul – empat rukun imam disebut dalam ayat ini.
Yakni penjelasan akan beriman dengan perkara gahiab ialah begini- tidak lari ayat pada wal surah & akhir surah, seiring penjelasannya.
b- Munasabah dua:
i- Awal surah Allah kata orang beriman adalah yang beriman dengan perkara ghaib;
ii- Di akhir surah orang beriman berkata: Kami dengar & kami taat; Kita beriman kepada Allah, apabila terima arahan lalu kita akur & patuh kepada perintah & Allah lalu kita beriman dengan segala yang diturunkan oleh Allah SWT.
c- Munasabah ketiga:
i- Awal surah Allah nyatakan bahawa mereka yang beriman mendirikan solat & menginfaqkan harta mereka.
ii- Pada akhir surah, di sini mereka minta keampuan & kemaafan dari Allah SWT, kepada Allah mereka akan kembali, segala amalan ibadat baik mereka buat semuanya semata-mata kerana Allah SWT!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 285- {RASULULLAH TELAH BERIMAN KEPADA APA YANG DITURUNKAN KEPADANYA DARI TUHANNYA, DAN JUGA ORANG-ORANG YANG BERIMAN; SEMUANYA BERIMAN KEPADA ALLAH, DAN MALAIKAT-MALAIKATNYA, DAN KITAB-KITABNYA, DAN RASUL-RASULNYA. (MEREKA BERKATA): “KAMI TIDAK MEMBEZAKAN ANTARA SEORANG DENGAN YANG LAIN RASUL-RASULNYA”. MEREKA BERKATA LAGI: KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT (KAMI POHONKAN) KEAMPUNANMU WAHAI TUHAN KAMI, DAN KEPADAMU JUALAH TEMPAT KEMBALI”.} (AL-BAQARAH 2:285)
- Rasulullah SAW telah beriman dengan apa yang diturunkan kepada Baginda dari Allah SWT!
- Maka orang beriman juga mesti beriman sebagaimana berimannya Rasulullah SAW; mereka semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. Semua ini tidak boleh dipisahkan wajib beriman dengan kesemuanya.
- Semua orang yang beriman akan berkata : “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Bukan seperti yahudi & nasrani yang memilih-milih rasul, ada yang diterima ada yang ditolak mereka.
- Orang yang beriman juga berkata lagi : Kami dengar dan kami taat. Jika dengar & tahu serta faham tetapi tidak ikut (taat) maka itu bukanlah orang yang benar-benar beriman & taat kepada Allah. Tahu tapi tak ikut lebih dahsyat daripada tak ikut kerana jahil (tak tahu).
- Allah beri Al-Quran kepada kita nak suruh kita tahu, nak suruh kita faham, beriman lalu beramal dengannya!
Kita tak tahu & tak mengaji pula, maka ini berat kes juga jika tiada keuzuran seperti OKU, sakit dan seumpamanya barulah dimaafkan!
Keuzuran dengan jahil bukan mutlaq tetapi bersebab! - Mengaku beriman kepada Nabi SAW tetapi amalan & perbuatan tidak ikut seperti yang Nabi ajar! Jika beriman kepada Nabi SAW kena ikut semua yang Baginda ajar & jauhi semua yang dilarangnya!
- Mereka juga berdoa kepada Allah: Kami memohon keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.
- Ayat ini adalah ayat yang menarik, ayat ubudiyyah kepada Allah Azza wa Jalla, kita dengar lalu kita patuh. Taat kepada segala perintah-Nya.
AYAT 286- {ALLAH TIDAK MEMBERATI SESEORANG MELAINKAN APA YANG TERDAYA OLEHNYA. IA MENDAPAT PAHALA KEBAIKAN YANG DIUSAHAKANNYA, DAN IA JUGA MENANGGUNG DOSA KEJAHATAN YANG DIUSAHAKANNYA. (MEREKA BERDOA DENGAN BERKATA): “WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU MENGIRAKAN KAMI SALAH JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. WAHAI TUHAN KAMI ! JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMI. WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK TERDAYA MEMIKULNYA. DAN MAAFKANLAH KESALAHAN KAMI, SERTA AMPUNKANLAH DOSA KAMI, DAN BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI; OLEH ITU, TOLONGLAH KAMI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN TERHADAP KAUM-KAUM YANG KAFIR”.} (AL-BAQARAH 2:286)
- Ayat ini memberi satu rahmat & keringanan yang besar kepada kita hamba Allah, alhamdulillah!
- Semalam kita sudah baca tentang sebab kelebihan & nuzul ayat ini; iaitu apabila turun ayat 283 sebelumnya para sahabat Rasulullah SAW amat susah hati & gerun gementar kerana ayat itu seolah memberi makna bahawa Allah akan hisab semua hatta yang tersembunyi dalam hati kita- lalu mereka mengadu kepada Rasulullah SAW.
Boleh baca kisah hadis penuh dalam siri sebelum ini. - Lalu Allah SWT turunkan ayat ini, Allah beri jaminan, Allah tidak akan akan letakkan keberatan taklif Syara’ lebih daripada kemampuan kita, Allah tak suruh kita beribadat kecuali setakat yang kita mampu.
- Allah tak sempitkan hidup kita & paksa lebih daripada kemampuan kita. Tak ada umat Islam yang sehingga pengsan jatuh sakit atau mati kerana berbuat ibadat! Yang banyak sekarang ini bukan tak mampu tetapi memang tak mahu buat!
- Jika kita terlupa atau tersalah pula, yakni buat kesalahan dengan tak sengaja; Allah SWT akan beri keampunan & kemaafan. Allah tahu apa niat kita yang sebenarnya, maka setiap orang akan dipertangungjawab dengan perbuatan masing-masing.
- Mereka orang beriman berdoa kepada Allah dengan beberapa doa dalam ayat ini:
i- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
ii- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. - Allah telah menerima doa ini- tiada lagi Syari’ah yang berat seperti orang yang terdahulu sebagaimana bebanan taklif yang diberikan kepada kaum yahudi & Nasrani.
Allah telah permudahkan urusan kita alhamdulillah.
Contoh- Syari’ah orang dahulu:
– Nak bertaubat bukan setakat mengalir air mata tetapi kena tumpahkan darah iaitu dengan dibunuh atau bunuh diri sendiri.
– Iddah wanita kematian suami dulu setahun- kita sekarang 4 bulan 10 hari pun sudah tidak sanggup.
– Dulu 1 orang tentera muslim kena lawan 10 orang tentera musuh. Sekarang ini hanya seorang tentera muslim lawan dua orang sahaja!
iii- Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Yang ini kita minta Allah jangan bebankan ke atas kita Syari’ah & amal ibadat yang kita tidak mampu lakukannya.
Contoh : Tidak wajib puasa jika sakit, Malangnya apabila Allah telah beri kemudahan & kebaikan yang begitu banyak kepada kita tetapi kita pula yang tercabut skru (unplugged) terlalu ambil mudah!
iv- Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Di sini kita minta tiga perkara dari Allah iaitu:
i- Maafkanlah kesalahan kami yakni maafkan kelemahan kami, kecuaian & kealpaan kami dalam menunaikan tanggung-jawab terhadap Allah. Seperti kita solat tetapi tidak khusyuk, kita sedekah tetapi ada riya’ sedikit, dan lain-lain kecuaian & kelemahan kita dalam ibadat terhadap Allah.
ii- Serta ampunkanlah dosa kami- yakni kita minta Allah ampunkan dosa yang kita telah buat pada waktu lepas, agar Allah beri keampunan & hapuskan balasan untuk dosa itu, lalu kita tidak lagi dihisab ke atasnya di Akhirat kelak.
Ya Allah sebagaimana Engkau sembunyikan dosa kami atas dunia ini, Engkau sembunyikanlah dosa kami di Akhirat dengan keampunan-Mu. Jangan Engkau Malukan & aibkan kami di hadapan khayalak ramai.
Hadis kisah orang banyak dosa tetapi Allah ampunkanya pada hari Kiamat.
Ayat ini adalah tangisan orang soleh, apabila membacanya kita sebak menangis takut kepada Allah!
iii- Dan berilah rahmat kepada kami. Ini kerana dengan rahmat & kasih sayang Allah-lah kita hidup aman dan tenang atas dunia ini.
Dengan rahmat Allah-lah kita akan dapat syafaat Rasulullah SAW, dengan rahmat Allah-lah kita akan duduk di bawah bayangan pada hari Kiamat & dengan rahmat Allah-lah kita masuk syurga!
v- Pengakuan kita yang terakhir dalam ayat ini: Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
Yakni Allah-lah Penolong kita untuk membantu kita menghadapi musuh dalam diri iaitu nafsu, manakala musuh di luar yang tidak nampak seperti syaitan & yang nampak seperti segala godaan duniawi sama ada manusia yang jahat atau perbuatan tidak baik, maksiat yang nampak indah & seronok.
Ya Allah bantulah kami dalam menghadapi semua musuh ini agar kami tidak terjebak dalam dosa & maksiat lalu mendapat kemurkaan-Mu!!
Alhamdulillah tamatlah kita tafsir surah Al-Baqarah secara ringkas dalam 96 siri.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 285- {Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman;}-
Rasulullah SAW telah beriman dengan wahyu yang diturunkan kepadanya dan orang beriman ikut beriman seperti Baginda SAW. Oleh kerana kita orang mukmin ini adalah pengikut Nabi SAW- Allah tidak kembarkan perbuatan rasul & umatnya sekali, kerana kita tidak layak.
Allah siapkan dulu ayat bahawa Rasulullah SAW telah beriman, kemudian baru datang ayat bahawa orang mukmin juga telah beriman sebagaimana Rasulnya beriman.
Yakni kita ikut, kita dengar & patuh taat kepada ajaran Rasulullah SAW. Yang Nabi buat kita buat, yang Nabi tak buat janganlah kita buat.
Kecuali dalam perkara teknikal & kehidupan biasa dibenarkan tetapi dalam perkara asas ibadat jangan sekali-kali kita mencari yang lain daripada Nabi SAW ajar apatah lagi mereka-reka ibadat.
Ini yang kita bimbang hari ini, dakwa cinta & ikut Nabi tetapi amalan tidak ikut Nabi. Dakwa ahli Sunnah tetapi amalan bukan berpaksikan Sunnah Nabi SAW! - Ayat 285- {Dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya}-
Iman tidak boleh diasing-asingkan.
Tidak boleh kata : Saya beriman kepada Allah & Rasul tetapi tidak kepada malaikat kerana tidak pernah lihat & jumpa malaikat!
Matematik agama & iman; 6 tolak -1 = terus kosong. Dia beriman dengan 5 rukun iman tetapi tidak dengan satu sahaja, maka tetap kafir.
Sebagaimana puak yahudi & nasrani dulu yang beriman dan percaya kepada sebahagian kitab tetapi kafir kepada sebahagiannya maka mereka kafir semuanya. - Ayat 285- {Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman;}-
Seseorang itu lagi tinggi dia beriman kepada Rasulullah SAW, lagi kuat dia ikut Nabi & beramal dengan ajaran & Sunnah Nabi SAW.
Tetapi manusia hari ini pelik- kata cintakan Nabi & mengaku ahli Sunnah; tetapi apabila kita tunjukkan & beritahu bahawa ini doa atau zikir yang Nabi SAW ajar untuk diamalkan; mereka menolaknya dan lebih senang dengan zikir-zikir yang diijazah oleh guru-guru mereka yang entah dari mana sumbernya.
Jika kita betul-betul beriman dengan Rasulullah SAW kita ikut amalan ibadat Nabi bukan sekadar ikut cara Nabi makan dengan tiga jari atau sekadar nak poligami!
Siapa yang mantap dan benar-benar sayang kepada Rasulullah SAW adalah orang yang paling kuat & bersungguh ikut Sunnah & amalan Rasulullah SAW!
Yang sahih kita pegang & ikut dengan sesungguhnya, yang ragu-ragu kita tinggalkan, yang dhaif kita letakkan ditepi dulu, yang palsu & maudhuk kita tolak terus! - Ayat 285- {Semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.}-
Ayat ini menunjukkan tertib rukun iman dan martabat cara beriman merupakan kemuncak kepada bahasa Al-Quran yang fasih.
Martabat pertama beriman kepada Allah.
Kemudian kepada malaikat ini; kerana malaikat yang menjadi utusan membawa wahyu dari Allah kepada para rasul.
Martabat ketiga beriman kepada Kitab- sebagai medium, wahyu, sebagai bahan yang membawa ajaran dalam isi kandungannya!
Kemudian yang keempat beriman kepada rasul sebagai orang yang dilantik Allah serta diberi wahyu untuk mengajar kepada kita!
Sama seperti tertib {سَمِعْنَا } kami dengar & kami taat {وَأَطَعْنَا}. Kena dengar, tahu & ilmu baru boleh ikut, taat, akur & patuh!
Jangan pula dengar & tahu tetapi tak ikut! - Ayat 286- {Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.}-
Setiap orang akan mendapat kebaikan yang dia usahakan { لَهَا مَا كَسَبَتْ} dan akan menanggung dosa kejahatan yang dia usahakan juga{ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ}!
Amalan kita ini dikira usaha- solat zakat puasa zikir haji semua itu usaha kita. Termasuk niat- kita niat buat baik akan dapat pahala!
Perhatikan perbezaan antara perkataan:
i- Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, { لَهَا مَا كَسَبَتْ}- baginya kebaikan akan digunakan perkataan { لَهَا}.
ii- Dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. {وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ}- baginya balasan azab atau keburukan digunakan perkataan {عَلَيْهَا}.
Allah ajar kepada kita uslub Al-Quran dalam meminta kebaikan & menjauhkan keburukan. Sama juga caranya dalam berdoa mana-mana doa, para imam sila ambil perhatian dan belajarlah Fiqh doa ini.
Jangan tertukar kita kena ada SOP penggunaan bahasa Arab biar nampak cerdik & ada ilmu.
Contoh lagi: اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
Maksudnya, “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk).”
i- Minta akhir yang baik- husnul khatimah: {اللهم اختم لنا}
ii- Jangan akhir yang buruk- su’ul khatimah: {ولا تختم علينا }.
Yakni perbezaan penggunaan perkataan:
i- Bagi kami {لنا} atau baginya {لَهَا} untuk dapat benda baik.
ii- Ke atas kami {علينا} atau ke atasnya {عَلَيْهَا} untuk ditimpa benda buruk. - Ayat 286- {Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.}-
Ini adalah tiga doa yang amat penting dalam hidup kita.
Tiga doa ini mesti bersama jangan diceraikan; kita minta ampun, minta maaf & minta rahmat Allah.
Maaf : Mungkin maaf saja tetapi masih terasa & tidak lupa.
Ampun : Maafkan secara total- maaf & lupa atau sapu.
Kata ulama’ : Ayat ini juga menunjukkan betapa lemahnya kita di hadapan Allah SWT.
Sebagaimana doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Sayyidah Aisyah RA.
Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Sayyidatina Aisyah RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar.
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: “اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني”.
Kata Aisyah RA : “Wahai Rasulullah! Jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan (doa)?” Baginda menjawab: “Ucapkanlah; اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.” (HR at-Tirmizi).
Marilah kita sentiasa berdoa dengan doa ini dan semua doa-doa yang lain yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Alhamdulillah tamatlah kita siri kuliah tafsir bagi surah Al-Baqarah: Semoga kita semua mendapat manfaatnya, keampunan & kemaafan Allah SWT selalu.
Semoga Al-Quran menjadi pendamping & pembimbing kita di atas dunia & di dalam kubur.
DOA. اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة ربنا اغْفِرلنا وَارْحَمْنا وَارْفَعْنا وَارْزُقْنا وَاهْدِنِا وَعَافِنِا وَاعْفُ عَنِّ
Wallahu a’lam. Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.