NIKMAT ALLAH KEPADA ISLAM DI HUDAIBIYAH, HIKMAH LARANGAN MEMERANGI AHLI MAKKAH.
Full video : https://youtu.be/C9U3Tpz9iBo
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini diceritakan tentang Nikmat Allah yang diberikan kepada para sahabat Di Hudaibiyah.
Allah s.w.t tahan tangan mereka daripada memerangi satu sama lain. - Hikmah Larangan Memerangi Ahli Makkah ini kerana Allah s.w.t mahu beri tempoh kepada mereka untuk diberi hidayah.
Ini terbukti selepas Pembukaan Kota Makkah, berduyun-duyun para Quraisy yang masuk Islam alhamdulillah.
Seperti Abu Sufyan yang 20 tahun dalam hidupnya memerangi Rasulullah s.a.w akhirnya kita mendoakannya sehingga ke hari ini dengan panggilan Abu Sufyan رضي الله عنه, redha Allah ke atasnya. - Kerana itulah kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi hidayah & istiqomah untuk berada di atas landasan yang benar dan jalan yang lurus!
- Munasabah ayat- setelah disebut dalam ayat ini bahawa Allah s.w.t telah tetapkan bahawa kafir tidak akan serang kamu, jika kamu serang mereka akan lari.
Lalu Allah bawa pula ayat ini bahawa Allah s.w.t tahan tangan kamu pula ialah kamu tidak akan berperang dengan mereka bahkan balik ke Madinah dengan aman.
AYAT 24- {DAN DIA LAH YANG TELAH MENAHAN TANGAN MEREKA (YANG MUSYRIK) DARIPADA MELAKUKAN PERKARA YANG BURUK TERHADAP KAMU, DAN TANGAN KAMU DARIPADA BERBUAT DEMIKIAN KEPADA MEREKA DI KAWASAN MAKKAH, SESUDAH IA MENJADIKAN KAMU DAPAT MENEWASKAN MEREKA. DAN (INGATLAH), ALLAH ADALAH MAHA MELIHAT AKAN SEGALA YANG KAMU KERJAKAN.} (AL-FATH 48:24)
- Ayat ini menjelaskan tentang ayat yang lepas, iaitu jika musyrikin Quraisy membuat keputusan untuk memerangi kaum muslimin di Hudaibiyah itu, pastilah mereka akan berpaling melarikan diri kekalahan. Yakni jika mereka lawan mereka akan kalah kerana itulah yang Allah s.w.t tetapkan.
- Allah s.w.t juga tahan dan jaga tangan tentera muslimin dari berlawan, sedangkan mereka memang akan dapat mengalahkan kaum Quraisy itu!
Tetapi Allah menjadikan mereka sabar & redha lalu kembali ke Madinah selepas Perjanjian damai. - Kemudian turunlah ayat ini ada beberapa kisah tentang sabab nuzul ayat ini.
Kata Imam Ibnu Hajar rhm. dalam kitabnya \”Fathul-Bari\”, riwayat yang masyhurnya ialah:
i- hadis dari Salamah bin al-Akwa\’.
ii- hadis Anas bin Malik r.a.
iii- hadis Abdullah bin al-Mughaffal.
Boleh baca kisah penuh dalam buku- Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah:
http://www.dartaibah.com/…
- Dalam ketiga-tiga kes yang berlaku dalam hadis ini, jelaslah bahawa mereka mahu buat khianat ke atas orang Islam. Kemudian Allah s.w.t turunkan ayat ini bahawa Dia tidak izinkan puak kafir ini bunuh Rasulullah & para sahabat, juga Dia tidak mengizinkan kaum muslim untuk membunuh mereka!
- Yakni sabarlah kena ada toleransi & tolak ansur kerana kita mahu agenda yang lebih besar lagi!
Tidak sampai 2 tahun selepas itu. mereka semua masuk Islam, masya\’ Allah, itulah Rahmatan lil-\’Alamin! - Allah s.w.t mengingatkan di akhir ayat ini bahawa Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.
AYAT 25- {MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG KAFIR DAN MENGHALANG KAMU DARIPADA MASUK KE MASJID AL-HARAAM (MAKKAH AL-MUKARRAMAH) SERTA (MENYEBABKAN) BINATANG-BINATANG KORBAN (YANG KAMU BAWA): TERTAHAN DARI SAMPAI KE TEMPAT SEMBELIHANNYA. DAN KALAULAH TIDAK KERANA KEMUNGKINAN KAMU AKAN MELAKUKAN PEMBUNUHAN YANG TIDAK SENGAJA TERHADAP BEBERAPA ORANG YANG BERIMAN, LELAKI DAN PEREMPUAN, YANG ADA DI ANTARA ORANG-ORANG KAFIR ITU, PADA HAL KAMU TIDAK MENGETAHUI MEREKA BERIMAN, YANG AKIBATNYA KAMU AKAN MENANGGUNG KESUSAHAN DAN DUKACITA DISEBABKAN PEMBUNUHAN MEREKA, – (TENTULAH DIIZINKAN KAMU MENYERANG KAUM MUSYRIK YANG MENGANCAM KAMU ITU). (TETAPI TIDAK DIIZINKAN) KERANA ALLAH HENDAK MEMASUKKAN SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA KE DALAM RAHMATNYA. KALAULAH MEREKA (PENDUDUK MAKKAH – YANG BERIMAN DAN YANG MUSYRIK) ITU BERPISAHAN (DI ANTARA SATU PUAK DENGAN YANG LAIN), TENTULAH KAMI MENYEKSA ORANG-ORANG YANG KAFIR DARI MEREKA DENGAN SEKSA (DI DUNIA) YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (AL-FATH 48:25)
- Akibat dari Rasulullah s.a.w & kaum muslimin disekat di Hudaibiyah yang masih dalam tanah Halal, mereka tidak dapat masuk menunaikan umrah di Tanah Haram Makkah dan binatang hadyu yang mereka bawa juga tertahan.
- Munasabah ayat: Allah s.w.t sebut beberapa sebab yang membolehkan orang Islam menghukum & bunuh orang kafir itu sebenarnya: mereka kafir & khianat, mereka sekat dari masuk Makkah, mereka halang dari menunaikan umrah & sembelih hadyu.
Tetapi Allah s.w.t menahannya, tidak benarkan Rasulullah s.a.w masuk Makkah dan serang mereka pada tahun itu.
Apakah hikmahnya?
- Sebagaimana ada diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a tentang kisah Hudaibiyah ini juga. [HR Bukhari & Muslim].
- Hikmah disebalik larangan Allah s.w.t ini adalah kerana:
i- terdapat mereka yang beriman dari kalangan Quraisy di Makkah itu. Mereka adalah golongan yang lemah yang terpaksa menyembunyikan keimanannya dan tidak diketahui siapakah mereka. Jadi dikhuatari orang muslimin akan membunuh mereka tanpa sengaja.
ii- supaya orang yang musyrikin pula mendapat tempoh sementara mereka beriman dan memeluk Islam dalam watu yang terdekat insya\’ Allah.
- Allah nyatakan juga jika mereka ini terpisah dan dikenali mana yang muslim, pasti Allah s.w.t akan izinkan Rasulullah s.a.w memerangi mereka yang kafir itu.
AYAT 26- {(INGATLAH DAN KENANGKANLAH IHSAN TUHAN KEPADA KAMU) KETIKA ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU MENIMBULKAN PERASAAN SOMBONG ANGKUH YANG ADA DALAM HATI MEREKA (TERHADAP KEBENARAN ISLAM) – PERASAAN SOMBONG ANGKUH SECARA JAHILIYAH (YANG MENYEBABKAN KAMU PANAS HATI DAN TERHARU), LALU ALLAH MENURUNKAN SEMANGAT TENANG TENTERAM KEPADA RASULNYA DAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN (SEHINGGA TERCAPAILAH PERDAMAIAN), SERTA MEMINTA MEREKA TETAP BERPEGANG KEPADA \”KALIMAH TAQWA\”, SEDANG MEREKA (DI SISI ALLAH) ADALAH ORANG-ORANG YANG SANGAT BERHAK DENGAN \”KALIMAH TAQWA\” ITU SERTA MENJADI AHLINYA. DAN (INGATLAH), ALLAH ADALAH MAHA MENGETAHUI AKAN TIAP-TIAP SESUATU.} (AL-FATH 48:26)
- Allah nyatakan bahawa puak kafir itu sombong dan agah!
Yakni semasa perjanjian damai Hudaibiyah, wakil mereka iaitu Suhail bin Amru menunjukkan sikap sombong & angkuh dengan membantah & enggan untuk:
i- memulakan surat perjanjian itu dengan: {بسم الله}
ii- kemudian menolak juga untuk di tulis {محمد رسول الله}.
iii- syarat mereka untuk dihantar balik pelarian dari Makkah ke Madinah; tetapi tidak bagi pelarian dari Madinah ke Makkah. [HR Muslim].
- Tetapi walaupun dengan kesombongan kaum musyrikin itu, Allah s.w.t turunkan perasaan tenteram dan semangat ketenangan dalam diri Rasul-Nya s.a.w & mereka yang beriman sehingga perjanjian itu dapat dimeterikan dengan aman.
- Selepas perjanjian mereka diarah untuk balik ke Madinah dan meminta mereka agar tetap berpegang dengan kalimah taqwa.
- Apakah kalimah taqwa? Iaitu setiap perkataan yang memelihara dan menyelamatkan seseorang dari perkara yang memudharatkannya di dunia & Akhirat, yakni perbuatan & percakapan yang baik.
Semulia-mulianya ialah kalimah syahadah {لا إله إلا الله محمد رسول الله } kerana orang yang berpegang dengannya akan tetap mematuhi perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. - Mereka itu sangat berhak dengan \”kalimah Taqwa\” itu serta menjadi ahlinya. Selesailah perjanjian dengan Quraisy, Rasulullah s.a.w dan para sahabat kembali ke Madinah dengan tenang. Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.
- Kemudian Allah s.w.t ingatkan bahawa Dia- Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 24- {Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka.}- yakni Allah s.w.t yang berkuasa menyekat daripada berlakunya peperangan & pertumpahan darah.
Yang menyebabkan orang mukmin boleh sabar dengan perbuatan khianat dan jahat kafir Quraisy.
Jelas dalam tiga hadis di ats mereka buat khianat terhadap orang Islam.
Bila kita buat perjanjian dan perdamaian, janganlah pengkhianatan itu datang dari sebelah pihak kita, orang Islam. Jika khianat itu bukan sifat pejuang Islam. - Ayat 25- {Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya.}- ayat ini menunjukkan bahawa hadyu (haiwan dam/denda) seperti unta & kambing, yang dibawa mesti disembelih di dalam Tanah Haram Makkah.
Kerana itu Allah s.w.t sebut: {binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya.}
Maka hati-hatilah dalam memberi badal haji, dam & korban di Makkah sekarang kerana semuanya terikat dengan kuota & permit yang amat ketat selepas pandemic Corona sekarang ini.
Ada ejen-ejen yang senang-senang menggutipnya dengan murah dan banyak, entah kepada siapa diberikannya.
Banyaklah permainan syaitan pada musim haji ini dalam masalah badal haji & sembelihan korban. Allahu al-Musta\’an.
- Ayat 25- {Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, pada hal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, – (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu).}- jika tidak kerana ada orang mukmin lelaki atau perempuan yang menyembunyikan keimanannya di Makkah itu, sudah pasti Allah benarkan kamu serang dan lanyak penduduk musyrikin Makkah! Tetapi kerana ada mereka ini Allah suruh kamu bersabar dan menahannya.
Dari ayat ini terdapat beberapa perkara yang kita boleh fahami:
i- adakalanya kita dapat manfaat dari kebaikan orang lain. Seperti puak kafir Makkah yang dapat keamanan kerana adanya orang Islam yang beriman di Makkah.
ii- adakalanya Allah s.w.t melepaskan orang kafir kerana orang mukmin.
iii- dalam ayat ini menunjukkan kemuliaan sahabat yang bukan ganas dan pembunuh. Mereka masuk Makkah bukan dengan niat membunuh, jika terjadi juga mungkin kerana tersalah atau tersilap perhitungan.
Sebagaimana kisah semut yang bersangka baik kepada Nabi Sulaiman dan tenteranya:
Firman Allah s.w.t: {(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke \”Waadin-Naml\”, berkatalah seekor semut: \”Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari\”.} (Surah al-Naml: 18-19)
Yakni kita kena bersangka baik bahawa orang Islam tidak akan bunuh orang Islam kecuali dengan tersalah.
iv- tidak boleh kita lanyak dan bunuh orang Islam untuk menangkap atau membunuh kafir yang berlindung disebaliknya.
Contoh: Kita tidak boleh tenggelamkan kapal atau bakar kubu yang ada tebusan Islam di atasnya, yakni tidak boleh buat sewenang-wenangnya. Kena sabar dan guna strategi lain seperti kepung dan lain-lain.
Tetapi ada pandangan yang membolehkannya dalam beberapa situasi dan dengan syarat tertentu. Lihat kepada maslahah disebaliknya.
- Ayat 26- {(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian),}- ayat ini menyatakan bahawa dalam hati orang kafir ada perasaan jahiliah iaitu perasaan sombong dan angkuh yang menjadikan mereka khianat, tidak sabar dan tidak tenang.
Manakala kepada orang mukmin pula; Allah bagi ketenangan dan perasaan redha dengan apa yang berlaku. Maka kita beringatlah jika ada sesuatu yang tak kena, jangan mudah-mudahan mengamuk, terus maki sumpah seranah, menunjukkan akhlak yang buruk, yang tidak selayaknya bagi seorang mukmin.
Itu bukan cara Islam makian celaan, kutukan & fitnah!
- Ayat 26- {(serta meminta mereka tetap berpegang kepada \”Kalimah Taqwa\”,}- orang Islam mesti sentiasa menggunakan Kalimah Taqwa. Iaitu sentiasa tenang, menggunakan bahasa, perbuatan dan perkataan yang baik. Kalimah taqwa yang paling tinggi ialah kalimah \”لا إله إلا الله\”.
Walaupun orang hina kita, kita jangan lawan dengan bahasa yang buruk kerana itu bukan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w!
Ini adalah salah satu tanda mukjizat Nabi s.a.w bahawa semua 1400 orang sahabat yang bersama Baginda s.a.w di Hudaibiyah itu, semua mati atas agama Islam, tidak ada seorangpun yang lari dan berpaling tadah.