RASULULLAH S.A.W MENGADU UMATNYA MENINGGALKAN QURAN, GOLONGAN KAFIR MENIMBULKANKAN SYUBHAT QURAN TURUN BERPERINGAKAT & HUKUMAN KE ATAS MEREKA DI AKHIRAT.
Full video : https://youtu.be/Y3NgZabNOQg
MUQADDIMAH :
- Dalam siri sebelum ini diceritakan tentang pelbagai kritikan kaum kafir musyrikin terhadap al-Quran dan terhadap Rasulullah s.a.w yang menyebabkan sempit dada Baginda s.a.w.
- Dalam ayat siri ini Rasulullah s.a.w mengadu kepada Allah s.w.t tentang umatnya yang meninggal dan meminggirkan al-Quran. Samada yang kafir dengan menolak dan tidak beriman terus atau; yang beriman tetapi meminggir dan tidak beramal dengannya.
- Mereka juga menghina al-Quran dengan menimbulkan keraguan kenapa ia diturunkan secara berperingkat? Hujjah ini diajar oleh ahli kitab terdahulu.
- Mereka juga mengatakan Rasulullah s.a.w sebagai seorang penyair, yakni untuk mengatakan al-Quran itu bukan wahyu dari Allah s.w.t tetapi syair rekaan Baginda s.a.w. sebagai penyair yang petah dan ahli bahasa.
- Akhirnya Allah s.w.t menjawab segala hujjah mereka ini dan menenangkan hati Rasulullah s.a.w serta disebutkan hukuman ke atas mereka di akhirat nanti.
AYAT 30- {DAN BERKATALAH RASUL: \”WAHAI TUHANKU SESUNGGUHNYA KAUMKU TELAH MENJADIKAN AL-QURAN INI SATU PERLEMBAGAAN YANG DITINGGALKAN, TIDAK DIPAKAI\”.} (AL-FURQAAN 25:30)
- Rasulullah s.a.w mengadu kepada Tuhannya di dunia ini bahawa kaumnya telah menolak untuk beramal dengan al-Quran.
- Ulama\’ kata maksud meninggalkan/tidak memakai al-Quran ialah:
i- tidak mahu mendengarnya lansung.
ii- jika dengar tidak fikir/tadabbur dengannya.
iii- mereka tidak beriman dengannya.
iv- tidak mahu beramal dengannya. - Ibnu Kathir pula menjelaskan maksud meninggalkan al-Quran ialah:
i- Apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka membuat hingar-bingar kerana tidak mahu mendengarnya.
ii- tidak cuba belajar dan hafaznya.
iii- tidak beriman dengannya.
iv- meninggalkan tadabbur, tidak cuba fikir dan memahaminya.
v- tidak beramal dengannya, tidak ikut suruhan dan tinggal perintahnya.
vi- tinggalkannya terus, dengar dan sibuk dengan yang lain seperti lagu dan nasyid-nasyid. - Kita yang beriman ini jangan sampai termasuk walaupun dalam salah satu ciri-ciri ini terutamanya dari segi tadabbur dan tinggal beramal dengan al-Quran.
AYAT 31- {DAN DEMIKIANLAH KAMI JADIKAN BAGI TIAP-TIAP NABI, MUSUH DARI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERSALAH; DAN CUKUPLAH TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD) MENJADI PEMIMPIN (KE JALAN MENGALAHKAN MEREKA) SERTA MENJADI PENOLONG (BAGIMU TERHADAP MEREKA).} (AL-FURQAAN 25:31
- Selepas mendengar aduan ini Allah s.w.t tenangkan hati Rasulullah s.a.w agar sabar, tenang dan tidak goyah.
- Ini kerana Baginda bukan orang pertama yang menghadapi masalah ini, para rasul dan nabi-nabi sebelum ini pun menghadapi masalah ini. Bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah dan menentang.
- Allah s.w.t juga memberi semangat dengan mengatakan; {Cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka).}
- Musuh-musuh dakwah para nabi ini samada akan cuba menyekat dakwah itu dari sampai kepada orang ramai dengan pelbagai cara, rancangan jahat dan tuduhan yang mereka buat.
- Atau mereka akan memukul atau membunuh terus para nabi dan rasul itu!
- Maka cukuplah dengan janji pertolongan dari Allah s.w.t, untuk menolong mengalahkan para penentang dan musuh Islam itu, teruskan menjalankan dakwah yang benar dan haq, dengan uslub yang yang dapat diterima.
AYAT 32- {DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR BERKATA: \”MENGAPA TIDAK DITURUNKAN AL-QURAN ITU KEPADA MUHAMMAD SEMUANYA SEKALI (DENGAN SEKALIGUS)?\” AL-QURAN DITURUNKAN DENGAN CARA (BERANSUR-ANSUR) ITU KERANA KAMI HENDAK MENETAPKAN HATIMU (WAHAI MUHAMMAD) DENGANNYA, DAN KAMI NYATAKAN BACAANNYA KEPADAMU DENGAN TERATUR SATU PERSATU.} (AL-FURQAAN 25:32)
- Dalam ayat ini ada pula syubhat keraguan yang ditimbulkan oleh puak kafir untuk menolak dakwah Rasulullah s.a.w.
- Mereka membuat keraguan pula dengan: {Berkata: \”Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?}
- Bagi menolak dalih dan syubhat mereka itu, Allah s.w.t menerangkan bahawa sebabnya Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur ialah supaya mudah di hafaz dan difahami oleh Rasulullah s.a.w.
- Juga untuk menetapkan hati Baginda lalu akan dapat menyampaikannya dengan sebaik-baiknya.
- Allah s.w.t juga menyatakan semua ayat al-Quran yang diturunkan itu difahami dengan jelas oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda.
- Cara bacaan al-Quran ada dua,
i- tartil, baca untuk khatam dan dilalui saja al-Quran.
ii- baca kemudian tadabbur untuk memahami maknanya walaupun tidak banyak ayat dalam setiap hari mesti ada.
AYAT 33- {DAN MEREKA TIDAK MEMBAWA KEPADAMU SESUATU KATA-KATA YANG GANJIL (UNTUK MENENTANGMU) MELAINKAN KAMI BAWAKAN KEPADAMU KEBENARAN DAN PENJELASAN YANG SEBAIK-BAIKNYA (UNTUK MENANGKIS SEGALA YANG MEREKA KATAKAN ITU).} (AL-FURQAAN 25:33)
- Allah s.w.t menjawab dengan hujjah yang tepat satu persatu tohmahan dan keraguan yang mereka kaum kafir timbulkan terhadap Rasulullah s.a.w dan al-Quran. Yakni Allah s.w.t batalkan semua hujjah dan keraguan yang mereka timbulkan.
- Bila orang ada ilmu dan tahu tentang kebenaran itu diam, maka orang yang jahil akan menyangkakan sesuatu itu benar dan akan menerima atau beramal dengannya.
- Kata Imam Malik rhm.: \”Bila kamu melihat seseorang itu mahu bela kebenaran tetapi dengan cara yang tidak elok dan tidak beradab, maka jelaslah dia tidak mempunyai niat yang baik; kerana untuk menegakkan kebenaran itu bukan begitu, tetapi terus menyatakan fakta yang haq dan yang batil, bukan dengan cara caci maki dan menghentam peribadi orang lain. Itu ikut hawa nafsu namannya.
AYAT 34- {ORANG-ORANG YANG AKAN DISERET BERAMAI-RAMAI KE NERAKA JAHANNAM (DENGAN TERTIARAP) ATAS MUKANYA, MEREKALAH ORANG-ORANG YANG AMAT BURUK KEADAANNYA DAN AMAT SESAT JALANNYA.} (AL-FURQAAN 25:34)
- Maka orang kafir yang menolak kebenaran ini di akhirat esok akan mendapat balasan azab yang amat pedih.
- Mereka akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahannam dengan tertiarap atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya. Na\’uzubillah.
- Hadis sahabat bertanya tentang berjalan dengan muka ini.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Allah s.w.t gambarkan kisah orang yang meninggalkan al-Quran sebagai satu ingatan kepada orang mukmin untuk sentiasa duduk dengan al-Quran. Baca, fahami dan beramal dengannya! Bahkan orang kafir terbuka hati untuk memeluk Islam kerana dia mengkaji al-Quran!
- Rasulullah s.a.w mengadu kepada Allah s.w.t bahawa orang kafir itu meninggalkan al-Quran, yakni menolak dan tidak beriman dengannya. Manakala bagi orang beriman pula meninggalkan al-Quran itu maksudnya tidak beramal dengannya.
- Betapa banyakkah negara yang mengaku negara Islam tetapi masih mengamalkan undang-undang yang ditinggalakn oleh para penjajah kafir yang sudah pergi berpuluh tahun. Tidak berani dan enggan mendirikan undang-undang Syariah Islam.
- Pantun yang sering dibaca oleh Allahyarham TG Hj Abdul Rhman rhm.:
Melukut di tepi gantang;
Buka sanggul cari kutu,
Orang takut hilang perasaan;
Tunggul kayu disangka hantu! - Allah s.w.t menurunkan perundangan dan Syariah ini secara berperingkat dan mengikut munasabah keadaan. Tetapi bukanlah sehingga menjadi dayus dan terpinggir.
Wallahu a\’lam.