KEJAHILAN MUSYRIKIN PENYEMBAH BERHALA, ALLAH S.W.T ARAHKAN BERTAWAKKAL KEPADA-NYA & TANDA KEKUASAAN ALLAH DI ANGKASA.
Full video : https://youtu.be/SidH-54u-3w
MUQADDIMAH :
- Dalam siri yang lepas Allah s.w.t setelah mengemukakan kepada kita dalil-dalil tentang kewujudan dan keEsaan Allah s.w.t, menyatakan bahawa golongan yang sesat terus dengan kesesatannya menyembah berhala dan syirik kepada Allah s.w.t dengan degil dan keras kepalanya. Mereka ini menentang keras ajaran dakwah Rasulullah s.a.w. lalu Allah s.w.t .
- Dalam siri ini Allah s.w.t memerintahkan agar Rasulullah s.a.w bertawakkal kepada Allah dan meneruskan kerja-kerja dakwahnya kepada ummat manusia walaupun mendapat tentangan dari golongan kaum kafir musyrikin. Setelah berusaha menjalankan tugasnya, maka serahkan selebihnya kepada Allah s.w.t.
- Kerja dakwah ini amat mencabar, bukan mudah untuk mengubah satu manusia ini, alangkah beruntungnya jika orang yang berjaya menyampaikan hidayat mensyahadahkan seorang manusia, keluar dari syirik kepada cahaya tauhid, maka mereka adalah manusia yang terpilih.
- Pengalaman AAM mengislamkan beberapa orang daripada golongan orang Asli, jika mampu yang lebih tinggi dan ramai lagi alhamdulillah.
- Pada ayat yang ke-60 ada sujud tilawah, sila bersedia untuk sujud.
AYAT 55- {DAN MEREKA (YANG MUSYRIK) MENYEMBAH BENDA-BENDA YANG LAIN DARI ALLAH, YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT KEPADA MEREKA (YANG MENYEMBAHNYA) DAN TIDAK PULA MENDATANGKAN MUDARAT KEPADA MEREKA (YANG TIDAK MENYEMBAHNYA); DAN ORANG YANG KAFIR SELALU MENJADI PEMBANTU (BAGI GOLONGANNYA YANG KAFIR) UNTUK MENDERHAKA KEPADA TUHANNYA.} (AL-FURQAAN 25:55)
- Selepas Allah s.w.t menceritakan tentang dalil-dalil bukti kewujudan dan kekuasaan-Nya, Allah s.w.t menegaskan sekali lagi bahawa masih ada manusia yang syirik (menyekutukan Allah s.w.t) menyembah selain dari-Nya.
- Mereka ini tahu dan sedar akan kekuasaan Allah s.w.t tetapi mereka tetap menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak memberi manfaat kepada yang menyembahnya dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada yang tidak menyembahnya.
- Tetapi apabila seseorang itu terlalu taksub dan percaya kepada sesuatu, dengan sendiri dia akan menjadi takut dan iblis pula akan menghiasi mindanya, maka benda-benda itu akan menjadi seolah mempunyai kuasa sungguh.
- Sesama kafir atau syaitan itu akan menjadi pembantu antara satu sama lain untuk menjadi pendorong dalam derhaka dan sesat kepada Allah s.w.t. Sesama kafir ini walaupun pada dasarnya mereka berbeza, tetapi jika ada kepentingan mereka akan bersatu. Yang peliknya kita sesama Islam ini yang sanggup berpecah sesama sendiri kerana kuasa dan harta.
AYAT 56- {DAN TIDAKLAH KAMI MENGUTUSMU (WAHAI MUHAMMAD) MELAINKAN SEBAGAI PEMBAWA BERITA GEMBIRA (KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN) DAN PEMBERI AMARAN (KEPADA ORANG-ORANG YANG INGKAR).} (AL-FURQAAN 25:56)
- Maka untuk selamatkan manusia daripada tipu-daya itu maka Allah s.w.t telah hantar dan utus Rasulullah s.a.w dengan dua sifat ini iaitu sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
- Kena ada dua-dua sifat ini baru seimbang dan lengkap sebagai seorang pendakwah, bukan hanya suruh buat baik dan ajar amal ibadat, tetapi kena ada juga nahi munkar iaitu melarang dan mengingatkan untuk meninggalkan kebiasaan yang tidak baik dan kemungkaran maksiat yang dibuat.
- Tidak dinafikan untuk ajar manusia buat kebaikan itu senang dan mudah serta disukai orang, tetapi amat payah dan tidak disukai untuk nahi munkar manusia.
AYAT 57- {KATAKANLAH: \”AKU TIDAK MEMINTA KEPADA KAMU SEBARANG BALASAN BAGI APA YANG AKU SAMPAIKAN KEPADA KAMU, SELAIN DARIPADA BERIMANNYA SESEORANG YANG MAHU MENDAPATKAN JALAN SAMPAINYA KEPADA KEREDAAN ALLAH\”.} (AL-FURQAAN 25:57)
- Sebelum ini bermacam-macam syubhat yang ditimbulkan oleh kaum musyrikin ini terhadap Rasulullah s.a.w, minta malaikat sebagai rasul, nak rasul itu seorang kaya dan pemilik kebun dan lain-lain.
- Maka Allah s.w.t ajar Rasulullah s.a.w untuk memberitahu kaum musyrikin itu bahawa Baginda tidak meminta dari mereka sebarang balasan atau bayaran bagi apa yang disampaikan kepada mereka,
- Apa yang Rasulullah s.a.w mahu adalah menyampaikan kebenaran agar mereka beriman lalu mengikut jalan yang benar, yang akan membawa kepada keredhaan Allah s.w.t.
- Begitu juga keadaan para pendakwah kita hari ini, bukan tak boleh ambil elaun atau saguhati, tetapi berpadalah bukan serah kepada PA letak hargaberibu-ribu per/jam. Manakala pihak penganjur yang menjemput pula kena ambil-kira kos perjalanan dan waktu pengkuliah, jangan sampai tidak sepatutnya.
AYAT 58- {DAN BERSERAHLAH ENGKAU KEPADA ALLAH TUHAN YANG HIDUP, YANG TIDAK MATI; SERTA BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJINYA; DAN CUKUPLAH IA MENGETAHUI SECARA MENDALAM AKAN DOSA-DOSA HAMBANYA;} (AL-FURQAAN 25:58)
- Kerana tentangan kafir yang tidak putus-putus itu, lalu Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w agar bertawakkal kepada-Nya, dan menyerahkan urusan kafir itu kepada-Nya.
- Allah s.w.t juga menyebut antara sifat-Nya iaitu:
i- Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati.
Lalu Allah s.w.t ajar Rasulullah agar bertasbih dengan memuji-Nya, sentiasa membasahkan lidah kita berzikir mengingati Allah s.w.t.
ii- Allah s.w.t juga Tuhan Yang Maha mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa dan segala perbuatan hamba-Nya.
AYAT 59- {TUHAN YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA, DALAM ENAM MASA, KEMUDIAN IA BERSEMAYAM DI ATAS ARASY, IALAH AR-RAHMAN (TUHAN YANG MAHA PEMURAH); MAKA BERTANYALAH AKAN HAL ITU KEPADA YANG MENGETAHUINYA.} (AL-FURQAAN 25:59)
- Dalam ayat ini ialah sifat ketiga yang disebut ialah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Semua ini dicipta dalam enam masa.
- Allah s.w.t juga sebut; {..kemudian Ia bersemayam di atas Arasy}.
Kita wajib beriman dengan sebagaimana yang Allah sebut, Dia bersemayam sebagaimana caranya yang layak bagi Allah s.w.t. Kita tidak perlu fikir dan bayangkan bagaimana kerana kita disekat dengan ayat ini:
{ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ}
{Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.} (Asy-Syuura 42:11) - Maksud firman Allah s.w.t: {..dalam enam masa,} adalah satu gambaran untuk kita nampak ia adalah satu tempoh, bukan dalam sekelip mata, sedangkan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa boleh aje buat semua itu dengan { كُنْ فَيَكُونُ} – {Jadilah engkau, maka jadilah ia.} Tetapi kerana Allah nak didik kita supaya jangan gopoh, jangan tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkerjaan, kena sabar dan berhati-hati, maka dibawa contoh ini.
- {Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.} Yakni jika kamu tidak tahu dan hendakkan jawapan dalam sesuatu hal, maka rujuk dan bertanyalah kepada yang ada ilmu, ulama\’ atau pakar tentangnya. Jangan rempuh semua tajuk berlagak seolah professor serba tau.
AYAT 60- {DAN APABILA DIKATAKAN KEPADA MEREKA (YANG MUSYRIK ITU): \”SUJUDLAH KAMU KEPADA AR-RAHMAN (TUHAN YANG MAHA PEMURAH)!\” MEREKA BERTANYA: \”DAN SIAPAKAH AR-RAHMAN ITU? PATUTKAH KAMI SUJUD KEPADA APA SAHAJA YANG ENGKAU PERINTAHKAN KAMI?\” DAN PERINTAH YANG DEMIKIAN, MENJADIKAN MEREKA BERTAMBAH LIAR INGKAR.} (AL-FURQAAN 25:60)
- Kaum kafir musyrikin itu apabila disuruh sujud { kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!\” } mereka menolak dan ingkar, bahkan bertanya siapa pula ar-Rahman itu, bukan Allah tuhan kamu wahai Muhammad? Berapa ramai pula tuhan kamu? Mereka mengolok-olokkannya.
- Arahan supaya sujud dan patuh itu menjadikan mereka bertambah jauh dan ingkar daripada kebenaran. Maka kita sebagai orang yang berimanlah yang wajib sujud dan patuh kepada arahan Allah s.w.t untuk menunjukkan sifat yang berlawanan dengan mereka.
- Syaitan dan Iblis akan menangis penuh penyesalan apabila melihat anak Adam sujud dan patuh apabila disuruh sujud ini.
AYAT 61- {MAHA BERKAT TUHAN YANG TELAH MENJADIKAN DI LANGIT, TEMPAT-TEMPAT PEREDARAN BINTANG, DAN MENJADIKAN PADANYA MATAHARI SERTA BULAN YANG MENERANGI.} (AL-FURQAAN 25:61)
- Ayat ini adalah tanda kekuasan Allah s.w.t di angkasa dan langit.
- Allah s.w.t menjadikan langit sebagai satu tempat pusat peredaran (base) untuk segala bintang-bintang (buruj), dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
AYAT 62- {DAN DIA LAH YANG MENJADIKAN MALAM DAN SIANG SILIH BERGANTI UNTUK SESIAPA YANG MAHU BERINGAT (MEMIKIRKAN KEBESARANNYA), ATAU MAHU BERSYUKUR (AKAN NIKMAT-NIKMATNYA ITU).} (AL-FURQAAN 25:62)
- Tanda kekuasaan Allah s.w.t juga ialah pertukaran malam dan siang bagi orang yang mahu ingatkan kebesarannya dan mahu bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat-nikmat-Nya.
- Antara hadis-hadis yang menunjukkan akan pertukaran siang dan malam:
i-Allah buka pintu taubat siang & malam:
Sabda Baginda lagi: \”Sesungguhnya Allah membuka tangan-Nya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu siang, dan membuka tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang melakukan pelanggaran di waktu malam hingga kelak terbit matahari dari arah baratnya (maksudnya hari kiamat).\” (HR Muslim dan an-Nasa\’i)
ii- Zikir harian waktu pagi dan petang sekiranya tak sempat pada waktunya boleh ganti selepasnya. Begitu juga amalan wirid atau zikir waktu malam sekiranya tak sempat habiskan zikirinya sebelum tidur kerana keuzuran atau tertidur, boleh dilakukan gantinya pada siang hari esoknya.
iii- Jika tak sempat solat witir kerana keuzuran boleh ganti pada keesokannya.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa\’id al-Khudri r.a:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ نَامَ عَنْ وِتْرِهِ أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُصَلِّهِ إذَا ذَكَرَهُ
Terjemahan: \”Sesiapa yang tertidur sehingga terlepas witir, atau terlupa, maka kerjakan apabila dia teringat.\” (Sunan Abi Dawud)
Diriwayatkan dari Zaid bin Aslam r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:
من نامَ عن وترِه فليصلِّ إذا أصبحَ
\”Barangsiapa yang tertidur dari solat witirnya maka kerjakanlah solat tersebut apabila dipagi hari.\” (Hadis Tirmizi)
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Wajib kita bertawakkal kepada Allah s.w.t yang sifat-Nya Yang Maha Hidup dan Maha Mengetahui semua apa yang dilakukan oleh hamba-Nya.
- Harus teruskan dakwah walaupun seolah tidak mendapat sambutan, sedikit pengikutnya. Jika mengharapkan semua itu, tujuan dakwah akan rosak.
- Dalam hidup manusia ini kena ada 3 perkara:
i- ada kehendak – untuk mengingati dan bersyukur kepada Allah.
ii- kena berfikir – untuk mengingati Allah s.w.t.
iii- kena beramal – tanda syukur kepada Allah s.w.t. - Kenapa Allah s.w.t tidak cipta alam ini dengan { كُنْ فَيَكُونُ} – {Jadilah engkau, maka jadilah ia.} Kenapa kata dalam (Enam Masa)? Ulama\’ kata kerana:
i- manusia ini kena putuskan sifat tamak dalam dirinya, kerana isu bilangan ini adalah ilmu yang seolah lautan tidak bertebing. Tidak mungkin tercapai oleh akal kita untuk mengkajinya. Kita wajib beriman dan percaya tinggalkan perbahasan yang pelik-pelik.
Contoh; kenapa solat lima waktu? Kenapa bulan ada 12? Kenapa melontar dengan tujuh biji batu? Bilangan malaikat yang menarik arasy dan lain-lain bilangan yang Allah sebut.
ii- kata Imam Said bin Jubir kerana Allah s.w.t nak ajar dan didik kita makhluk-Nya ini agar bersifat tenang, tidak gopoh. Sabar dalam belajar, menuntut ilmu dan buat apa saja pekerjaan dengan beperingkat. - Tapi hendaklah sentiasa ada peningkatan dalam ilmu dan amal ibadat kita, upgrade perbaiki dan tambah lagi bukan setakat itu sahaja.
Wallahu a\’lam.