SETIAP UMAT ISLAM TERDAHULU MELAKUKAN AMALAN KORBAN, SIFAT MUKHBITIN YANG TUNDUK KEPADA ALLAH & CARA SEMBELIH DAN MEMAKAN DAGING KORBAN.
Full video: https://youtu.be/fw14A89Z-m4
AYAT 34- {DAN BAGI TIAP-TIAP UMAT, KAMI SYARIATKAN IBADAT MENYEMBELIH KORBAN (ATAU LAIN-LAINNYA) SUPAYA MEREKA MENYEBUT NAMA ALLAH SEBAGAI BERSYUKUR AKAN PENGURNIAANNYA KEPADA MEREKA; BINATANG-BINATANG TERNAK YANG DISEMBELIH ITU. KERANA TUHAN KAMU SEMUA IALAH TUHAN YANG MAHA ESA, MAKA HENDAKLAH KAMU TUNDUK TAAT KEPADANYA; DAN SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA (WAHAI MUHAMMAD) KEPADA ORANG-ORANG YANG TUNDUK TAAT -} (AL-HAJJ 22:34)
1. Dalam ayat ini Allah s.w.t memberitahu kepada kita bahawa tiap umat dahulu sebelum kita lagi Allah s.w.t telah jadikan bagi mereka satu Syariat serta diwajibkan ibadat korban supaya mereka menyebut nama Allah dan bersyukur.
2. Yakni ibadat korban menumpahkan darah binatang ini diwajibkan sejak umat terdahulu lagi.
3. Apakah bahimatul-an’am بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ (haiwan ternakan) ini; unta, lembu, kambing dan biri-biri.
4. Kaum musyrikin juga ada korban yang disembelih untuk sembahan mereka. Mereka juga ada masa dan waktu tertentu. Sama seperti masyarakat kita yang mengamalkan khurafat suatu masa dulu, sembelih binatang untuk disembahkan kepada keramat-keramat dan kubur-kubur. Alhamdulillah hasil usaha para ulama\’ kita sejak awal, pada hari ini perbuatan ini sudah disedari walaupun masih ada lagi sedikit.
5. Jadi Allah s.w.t ingatkan kita jangan terikut dengan perbuatan puak kafir, kita ada acara dan ibadat yang telah disyariatkan.
6. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya;
7. dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat (mukhbitin). Siapakah mereka, kita akan lihat dalam ayat seterusnya.
8. Sejarah korban bermula sejak dari zaman Ibrahim a.s yang diperintah oleh Allah s.w.t untuk menyembelih puteranya Ismail a.s sebagai satu ujian.
9. Inilah satu ujian keimanan dan pengorbanan dalam sudut kepatuhan. Tiada dalam sejarah ujian pengorbanan yang seagung ini.
10. Inilah ibadat korban, kerana itu jika mampu pilihlah yang terbaik, sertai dan laluilah sendiri segala prosesnya, amat kecil pengorbanan kita sekarang ini berbanding dengan yang asal dahulu.
AYAT 35- {IAITU ORANG-ORANG YANG APABILA DISEBUT NAMA ALLAH, GERUN GEMENTARLAH HATI MEREKA, DAN ORANG-ORANG YANG SABAR (CEKAL HATI) TERHADAP KESUSAHAN YANG MENIMPA MEREKA, DAN ORANG-ORANG YANG MENDIRIKAN SEMBAHYANG, SERTA ORANG-ORANG YANG MENDERMAKAN SEBAHAGIAN DARI REZEKI YANG KAMI BERIKAN KEPADANYA.} (AL-HAJJ 22:35)
1. Antara sifat orang-orang mukhbitin: الْمُخْبِتِينَ
i- Yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, yakni hatinya lembut dan mudah terkesan dengan ayat al-Quran, nasihat dan kebaikan.
Firman Allah s.w.t: { Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.} (Al-Anfaal 8:2)
ii- Dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka.
Ujian jug aboleh jadi dalam bentuk kesenangan, maka hati-hati agar jangan kecundang.
iii- Orang yang mendirikan solat dengan sempurna zahir dan batin. Zahir yakni lakukan segala rukun dan sunatnya dengan sempurna, batin adalah soal hati khusyuk dan ikhlas lillahi Ta’ala. Ulama\’ kata sekali kita solat dengan sempurna, kita sudah berjaa melakukan 500 lebih perbuatan sunat yang berpahala!! Jangan pandang remeh amalan sunat.
iv- Orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya. Dapat rezeki, dinafkahkan kepada jalan Allah s.w.t.
2. Semua sifat ini menunjukkan ciri-ciri tawadhuknya seorang hamba kepada Allah s.w.t.
AYAT 36- {DAN KAMI JADIKAN UNTA (YANG DIHADIAHKAN KEPADA FAKIR MISKIN MAKKAH ITU) SEBAHAGIAN DARI SYIAR AGAMA ALLAH UNTUK KAMU; PADA MENYEMBELIH UNTA YANG TERSEBUT ADA KEBAIKAN BAGI KAMU; OLEH ITU SEBUTLAH NAMA ALLAH (SEMASA MENYEMBELIHNYA) KETIKA IA BERDIRI DI ATAS TIGA KAKINYA MAKA APABILA IA TUMBANG (SERTA PUTUS NYAWANYA), MAKANLAH SEBAHAGIAN DARIPADANYA, DAN BERILAH (BAHAGIAN YANG LAIN) KEPADA ORANG-ORANG YANG TIDAK MEMINTA DAN YANG MEMINTA. DEMIKIANLAH KAMI MUDAHKAN DIA UNTUK KAMU (MENGUASAINYA DAN MENYEMBELIHNYA) SUPAYA KAMU BERSYUKUR.} (AL-HAJJ 22:36)
1. Allah s.w.t menyatakan bahawa dijadikan unta الْبُدْنَ (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah.
2. Dengan menyembelih unta tersebut adalah membawa kebaikan bagi kita. Krnkita akan bersedekah dan membahagikan dagingnya.
3. Maksudnya korban yang paling utama ialah menyembelih seekor unta yang besar dan sihat tubuhnya, inilah maksud الْبُدْنَ ini. Kemudian seeekor lembu kemudian kambing atau biri-biri, atau sebahagian unta atau lembu.
4. Maksud: { ada kebaikan bagi kamu} yakni unta itu membawa faedah duniawi (kenderaan, tunggangan dan makanan) juga akhirat dengan sembelihnya dan sedekah, maka dapat pahala, insya\’ Allah.
5. Diajar juga cara menyembelih unta, masya\’ Allah:
i- Ketika ia berdiri di atas tiga kakinya, maka tusukkan pisau dilehernya sambil berdiri itu.
ii- Maka apabila ia tumbang (dalil ia berdiri) tunggu sehingga putus nyawanya.
iii- Kemudian bahagi-lah dagingnya.
6. Cara pembahagian daging korban; bahagi kepada tiga bahagian:
i- Kepada fakir miskin yakni sebagai (sedekah)
ii- kepada yang tidak meminta yakni bukan miskin sebagai satu (hadiah).
iii- satu bahagian lagi untuk kita makan sendiri. Tapi bahagian boleh aje dikurangkan untuk dilebihkan baagian sedekah.
* Persoalan bolehkah diberi kepada non-muslim daging korban? Ada khilaf jika dapat elak tak payah, beri hadiah/daging lain. Jika dia datang pada ke rumah kita dan ada hidangan daging korban, biarlah dia makan jangan larang pula.
7. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.} edit
AYAT 37- {DAGING DAN DARAH BINATANG KORBAN ATAU HADIAH ITU TIDAK SEKALI-KALI AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH, TETAPI YANG SAMPAI KEPADANYA IALAH AMAL YANG IKHLAS YANG BERDASARKAN TAQWA DARI KAMU. DEMIKIANLAH IA MEMUDAHKAN BINATANG-BINATANG ITU BAGI KAMU SUPAYA KAMU MEMBESARKAN ALLAH KERANA MENDAPAT NIKMAT PETUNJUKNYA. DAN SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA (DENGAN BALASAN YANG SEBAIK-BAIKNYA) KEPADA ORANG-ORANG YANG BERUSAHA SUPAYA BAIK AMALNYA.} (AL-HAJJ 22:37)
1. Hanya korban yang ikhlas sampai kepada Allah s.w.t dan mendapat pahala.
2. Semuanya berdasarkan kepada taqwa setiap orang itu.
3. Allah s.w.t ulang sekali lagi- { Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya.} yakni dengan berzikir, bertakbir kepada Allah s.w.t.
4. Ingat untuk Idil Adha boleh bertakbir bermula selepas subuh hari Arafah, iaitu hari ke-9 Zulhijjah, kemudian pada hari Raya, kemudian tambah lagi 3 hari Tasyrik (11,12 & 13).
5. Berilah khabar gembira bagi orang yang baik amalannya.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Unta yang besar boleh dikawal oleh manusia yang lebih kecil. Inilah nikmat dari Allah s.w.t kepada kita.
2. Allah s.w.t ajar konsep ikhlas dalam setiap amalan kita.
3. Korban ini salah-satu Syi’ar dalam agama Allah. Maka lagi besar dan mahal, lagi banyak bahagian atau ekor, lagi tinggi pengorbanannya dan pahalanya insya\’ Allah, setiap suapan yang masuk ke dalam mulut faqir miskin akan dapat pahala.
4. Satu kisah Imam Malik menceritakan tentang ulama\’ besar tabi’in, Madinah, Said bin Musayyib rhm. yang pergi haji bersama Ibnu Harmalah. Untuk korban, Said membeli dan menyembelih seekor kibasy (biri-biri) manakala Ibnu Harmalah membeli dan menyembelih seekor unta yang besar الْبُدْنَ. Lalu Said bertanya kepadanya kenapa tidak ikut contoh dia, seorang ulama\’ besar yang sembelih kibasy?
Jawab Ibnu Harmalah rhm: Aku mendengar firman Allah s.w.t:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ} [الحج: 36]
Maksudnya: {Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu;}.
Kerana aku suka untuk mengambil kebaikan itu sebagaimana yang Allah sebut. Bila Allah sebut unta الْبُدْن, maka aku pun sembelihlah unta.”
Ibnu Musayyib (Said) sangat kagum dengan jawapan Ibnu Harmalah ini maka dia meriwayatkan cerita. Seorang ketua ulama\’ Madinah pada zaman tabi’in kagum dengan istinbat yang dibuat oleh Ibnu Harmalah ini. Maka jika mampu pilih dan buatlah korban yang terbaik dengan sempurnanya.
5. Maksudnya ayat: {…maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya..} yakni tujuan korban juga bukan hanya sedekah semata-mata. Allah juga mahu kita makan dan menikmati daging korban itu, yang kita sembelih semata-mata untuk mengagungkan Syi’ar agama Allah s.w.t.
6. Maka berkorbanlah dengan apa saja, berkorbanlah dengan jiwa dan raga lalu bersyukur kepada Allah s.w.t. Maka janganlah kupit, bakhil dan kedekut jika mampu!!!
Wallahu a’lam.