DAMAIKAN ANTARA DUA GOLONGAN YANG BERTELAGAH & SEMUA ORANG MUKMIN BERSAUDARA.
Full video : https://youtu.be/MtFfoXVyJjc
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini walaupun hanya dua ayat tapi tajuknya besar dan amat penting iaitu perdamaian antara dua golongan mukmin yang bertelagah.
- Iaitu Allah s.w.t perintahkan untuk kita mendamaikan apabila ada dua golongan orang Islam yang bertelagah.
Jika ada pihak yang keras kepala tidak mahu berdamai, maka kita boleh lawan mereka kerana tidak boleh dibiarkan bibit perpecahan bercambah antara muslimin. - Kemudian Allah s.w.t nyatakan bahawa semua Orang Mukmin Bersaudara, kita saudara seagama yang mesti berbaik dan berkasih-sayang, kenapa kita hendak berbalah dan bertelagah sesama kita. Ini suatu jenayah yang mesti dihapuskan, kena damaikan.
- Munasabah ayat ini dengan yang sebelumnya: Apabila Allah s.w.t telah memberi amaran kepada orang-orang yang beriman agar jangan terus percaya jika datang orang fasik/tidak baik bawa berita.
Maka dalam ayat ini Allah bagi isyarat kesan kepada berita buruk dan palsu, atau batu api yang mahu melaga-lagakan.
Yakni jika terhasil dari berita palsu dan maklumat yang salah itu, dua golongan pun berkelahi akibat fitnah itu, kita kena segera damaikan mereka!
Jangan biarkan bibit perpecahan akibat berita palsu itu merosakkan ukhuwwah Islamiyyah dan membawa kepada permusuhan dan peperangan!
Banyak sudah contoh yang telah berlaku akibat berita yang tidak benar ini secara realitinya! Bahkan kita sendiri pun pasti pernah melaluinya.
- Rumusan kepada kisah dalam siri yang sebelum ini tentang sebab nuzul ayat: Ayat 6- {Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,}- kepada seorang sahabat al-Walid bin Uqbah r.a;
Kita lihat kepada pandangan dua orang ulama\’, pentahqiq tentangnya:
i. Syeikh Abdur Rahman ad-Dimasqiyyah: Seorang pengkaji tentang perkara khilaf, tentang puak-puak yang membawa aliran yang rosak dan seumpamanya.
Setelah dilihat kepada riwayat-riwayat yang menyebut tuduhan bahawa ayat ini turun kepada seorang sahabat al-Walid bin Uqbah r.a; sedangkan semasa pemerintahan dua orang khalifah Abu Bakar & Umar r.a dia mendapat tempat dan kedudukan. Jika dia seorang yang fasik tidak mungkin dua orang khalifah ini masih percaya dan tetap melantiknya.
Maka didapati sanad-sanad yang membawa cerita ini adalah melalui jalur yang tidak kuat dan lemah!
Kemudian dibawalah hujjah-hujjahnya dari ulama\’-ulama\’ hadis yang menyebut tentang perkara tersebut.
ii- Analisa yang dibuat oleh Syeikh Muhibbuddin al-Khatib rhm. bahawa ayat (6) turun kerana akibat perbuatan seorang sahabat al-Walid bin Uqbah r.a yang dikatakan membawa berita palsu tentang zakat Bani Mustaliq kepada Rasulullah s.a.w adalah tidak benar. Yakni untuk mengatakan dia sebagai seorang sahabat; seorang fasik adalah amat berat.
Kajiannya mendapati ketika berlaku peristiwa Bani Mustaliq itu, al-Walid Uqbah masih kecil dan tidak cukup umur, tidak mungkin dia menjadi ketua rombongan untuk mengutip zakat itu.
Inilah kesimpulan bahawa tuduhan terhadap sahabat al-Walid bin Uqbah r.a perlu dikaji, kerana untuk menyandarnya kepada seorang sahabat dengan tuduhan yang amat berat ini (seorang fasik yang bawa berita) bukan satu perkara yang ringan. Jadi kita ambillah sikap berhati-hati dan berhemah.
AYAT 9- {DAN JIKA DUA PUAK DARI ORANG-ORANG YANG BERIMAN BERPERANG, MAKA DAMAIKANLAH DI ANTARA KEDUANYA; JIKA SALAH SATUNYA BERLAKU ZALIM TERHADAP YANG LAIN, MAKA LAWANLAH PUAK YANG ZALIM ITU SEHINGGA IA KEMBALI MEMATUHI PERINTAH ALLAH; JIKA IA KEMBALI PATUH MAKA DAMAIKANLAH DI ANTARA KEDUANYA DENGAN ADIL (MENURUT HUKUM ALLAH), SERTA BERLAKU ADILLAH KAMU (DALAM SEGALA PERKARA); SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERLAKU ADIL.} (AL-HUJURAAT 49:9)
- Dalam ayat ini Allah s.w.t perintahkan supaya kita mendamaikan orang-orang Islam yang berbantah dan berkelahi!
- Kata Syeikh al-Biqa\’i rhm.: Apabila si batu api bawa berita batil, yang palsu & yang jahat membawa fitnah, pasti akan berlaku berbalahan yang boleh membawa kepada pembunuhan & peperangan.
- Maka Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak akan bawa sesuatu hukum kecuali akan dinyatakan sebabnya, serta dibawa sekali solusi jalan penyelesaiannya bagi sesuatu masalah.
Bila Allah s.w.t larang akan sesuatu perkara, akan dilarang juga sebab-sebab yang boleh membawa atau terjadinya perkara buruk tersebut!
Allah s.w.t juga nyatakan kepada kita jalan keluar dari kemelut yang berlaku akibat dari kesan berita palsu itu; iaitu kita kena cepat-cepat cari jalan perdamaian untuk menghilangkan persengketaan itu. - Firman Allah s.w.t: {Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman- lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: \”Ini ialah tuduhan dusta yang nyata\”.} (An-Nuur 24:12)
- Ayat ini juga mengeluarkan cerita tentang fitnah terhadap UM Aisyah r.a yang menghadapi fitnah yang besar sekembalinya Rasulullah s.a.w dari tempat Bani Mustaliq.
Juga fitnah tuduhan terhadap Abu Bakar as-Siddiq dan para sahabat yang lain. - Antara peranan orang mukmim ialah sebagai al-Muslihun iaitu orang yang mendamaikan orang.
Ini peranan yang sangat penting dan Allah s.w.t mengajarnya kepada kita! Jika kita lihat ada ruang untuk perdamaian maka segeralah kita cepat-cepat melakukannya, bukan menjadi batu api pula!!! - Beberapa firman Allah s.w.t yang lain tentang ini:
{Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada \”Ulil-Amri\” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.} (An-Nisaa\’ 4:59)
Zaman Rasulullah s.a.w boleh terus jumpa Baginda, zaman kita hari ini kita panggil berbincang semeja kemudian rujuklah kepada Kitab Allah & Hadis Rasulullah s.a.w.
- Satu lagi kisah tentang sebab turunnya ayat ini.
Tetapi ia juga mendapat kritikan tentang kesahihannya oleh para pengkaji:
Anas bin Malik meriwayatkan, terdapat seorang sahabat berkata kepada Nabi SAW: \”Bagaimana kalau kiranya engkau (Rasulullah) pergi menemui Abdullah bin Ubay bin Salul?\”
Tanpa memberi sebarang jawapan, lantas Baginda S.A.W terus pergi menemui Abdullah bin Ubay dengan menaiki seekor keldai dan diikuti kaum Muslimin yang lain. Kemudian mereka tiba di suatu kawasan tanah gersang.
Rasulullah S.A.W terus menemui Abdullah, lalu Abdullah berkata kepada Baginda S.A.W: \”Jauhkan dirimu daripada aku, demi Allah bau busuk keldaimu menyakitkan aku.\”
Setelah mendengar kata Abdullah itu, seorang sahabat daripada kaum Ansar berkata: \”Demi Allah bau keldai Rasulullah S.A.W lebih harum jika dibandingkan dengan dirimu.\”
Lalu salah seorang daripada sahabat turut memarahi Abdullah.
Selepas itu, salah seorang pengikut Abdullah pula memarahi Rasulullah S.A.W sehingga terjadinya pergaduhan (perang mulut) di antara kedua-dua belah pihak. Bahkan masing-masing daripada kedua-dua belah pihak bertindak memukul antara satu sama lain.\” [HR al-Bukhari).
Kata Ibnu Asyur rhm.: Kisah ini menimbulkan sedikit perasaan tidak tepat untuk mengatakan ayat munafiq turun kerananya. Ini kerana peristiwa ini berlaku pada awal kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, sedangkan surah ini turun pada tahun ke-9H.
Anas yang meriwayatkan hadis ini juga tidak menyebut bahawa ayat ini turun akibat peristiwa dalam hadis ini. Dia hanya menceritakan sahaja kisah perbalahan ini!
Yakni dari segi fakta sejarah ada sedikit keraguan.
- Hadis lagi- Abu Bakrah r.a (Nufai\’ bin al-Haris, orang Taif) mengatakan bahawa, \”Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, pada masa itu baginda bersama dengan Al-Hasan bin \’Ali r.a di atas mimbar. Sesekali baginda memandang ke arah cucunya itu, dan sesekali memandang ke arah hadirin, kemudian baginda bersabda:
\’Sesungguhnya cucuku ini adalah seorang sayyid (pemimpin), Kelak dia akan mendamaikan dua golongan besar kaum muslimin.\’\”(HR Al-Bukhari)
Ternyata apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas benar-benar terjadi selepas pemerintahan Sayyidina Ali r.a, Al-Hasan bin Ali telah dilantik menjadi khalifah. Tetapi untuk mengelakkan perbalahan dia meletak jawatan dan menyerahkannya kepada Muawiyah bin Abu Sufyan r.a. Tindakannya ini telah mendamaikan dua pihak yang bertelagah dari terlibat dalam peperangan yang cukup panjang dan merugikan.
- Apakah maksudnya { طَائِفَة} kumpulan/pihak ini?
Kata Imam bukhari rhm.: Kadang-kadang walaupun hanya dua orang lelaki yang berkelahi tetapi termasuk juga dalam makna ayat ini. Walaupun hanya seorang dari sebelah pihak tetapi jangan lupa di belakannya ada kaum yang ramai! - Allah juga ajar jika salah satu dari pihak itu tidak mahu berdamai, keras kepala mahu berbalah juga, maka pemimpin atau penguasa negara, atau jika tiada pemerintah Islam, ulama\’ dan para umat Islam yang ramai, boleh melawannya sehingga dia kembali kepada arahan Allah s.w.t, dengar, taat dan tidak melakukan perkara yang tidak baik! Tindakan ini mesti dilakukan dengan cepat sebelum ia membarah dan merebak apinya!
- Hadis- Dari Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
\”Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim atau yang dizalimi.\”
Aku (Anas) bertanya, \”Wahai Rasulullah! Yang dizalimi, aku pasti menolongnya, lantas bagaimana aku menolong orang yang berbuat zalim?\”
Rasulullah s.a.w menjawab, \”Engkau mencegahnya supaya tidak berbuat zalim, itulah cara engkau menolongnya.\” (HR Imam Bukhari)
Kita juga kena membantu orang zalim dengan menahannya jika mampu & menasihatnya agar tidak terus melakukan kezaliman.
- Allah Ta\’ala juga memerintahkan supaya berlaku adil dalam menyelesaikan persengketaan antara kedua-dua belah pihak, agar terhindar daripada mendapat kerugian oleh salah satu pihak akibat tindakan pihak yang lain. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.
- Cara melakukan perdamaian adalah dua kali islah:
i- berdamai secara hakiki yakni berhenti dari begaduh/bertelingkah.
ii- kemudian beri ganti-rugi atau pampasan atas kerugian yang berlaku kepada mana-mana pihak.
- Hadis dari Zuhair r.a dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ
يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا
\”Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi Allah di atas mimbar (panggung) yang terbuat dari cahaya, di sebelah kanan Tuhan yang bersifat ar-Rahman \’Azza wajalla, mereka ialah orang-orang yang berlaku adil dalam hukuman mereka, adil dalam keluarga dan adil ke atas orang yang dibawah tanggungjawab mereka.\” (HR Muslim No: 3406)
AYAT 10- {SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN ITU ADALAH BERSAUDARA, MAKA DAMAIKANLAH DI ANTARA DUA SAUDARA KAMU (YANG BERTELINGKAH) ITU; DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU BEROLEH RAHMAT.} (AL-HUJURAAT 49:10)
- Semua orang mukmin itu bersaudara dalam agama maka wajib berkasih-sayang, bantu-membantu dan tolong menolong yang susah antara mereka.
- Hadis-hadis tentang isu ini:
i- Dari Abu Ayyub al-Ansari R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:
لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
\”Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.\” [HR Muslim (2560)]
ii- Hadis- Rasulullah s.a.w bersabda: \”Orang muslim itu adalah saudara muslim (yang lain), tidak menzalimi dan tidak pula membiarkannya dizalimi.\” (HR. Al-Bukhari)
iii- Sabda Rasulullah s.a.w juga:
\” مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ \”
\”Barangsiapa yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan berkata: \’Amiin dan bagimu kebaikan yang sama.\” [HR Muslim no. 4913]
iii- Rasulullah bersabda yang bermaksud: \”Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.\” [HR Muslim]
iv- Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersab
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: \”Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.\” [HR Muslim (2590)].
iv- Kisah di Quba\’: Baginda SAW amat prihatin terhadap hubungan antara sahabat di mana apabila penduduk Quba\’ berselisih, Baginda S.A.W berkunjung ke sana setiap hari Sabtu bagi menyelesaikan masalah mereka.
Selepas perbalahan sampai kepada kemuncaknya, Baginda sendiri yang meleraikan mereka serta menyeru kepada Bilal: \”Wahai Bilal, aku akan pergi menyelesaikan masalah penduduk Quba\’. Jika masuk waktu solat, pergilah azan untuk jemaah masjid ini dan mintalah kepada Abu Bakar untuk menjadi imam di sini.\”
Menunjukkan kesanggupan Baginda S.A.W meninggalkan masjidnya sendiri demi menyatukan hubungan antara penduduk Quba\’.
Usaha Baginda terhadap penyatuan ini adalah sesuatu yang bernilai di sisi Allah S.W.T.
- Di akhir ayat Allah memerintahkan kita agar bertqwa supaya beroleh rahmat. Taqwa adalah sebagai tembok atau dinding untuk kita menjauhkan diri dari laranan Allah s.w.t!
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 9- {Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya;}- dalam ayat ini Allah s.w.t mahu kita tadabbur tentang berbezanya dua kumpulan:
i- Allah jadikan ikhwah persaudaraan sesama mukmin walaupun mereka berkelahi sesama sendiri, mereka masih ada lagi benih iman dalam hati mereka.
Maka kita mesti damaikan antara keduanya, kita mesti sayang kepada mereka walaupun mereka berkelahi. Walaupun mereka buruk perbuatan tetapi mereka tetap saudara seagama kita. Mesti cuba baiki dan damaikan mereka.
ii- Manakala jika orang kafir:
i- walaupun mereka baik, kita wajib memusuhi mereka dalam akidah, walaupun bukan secara fizikal.
ii- tetapi jika mereka memusuhi & menentang Islam dengan jelas maka kita wajib putuskan hubungan dan melawan mereka juga! Tiada toleransi dalam agama.
- Ayat 9- {Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya;}- Pegangan ulama\’ ahli Sunnah – walaupun seorang yang beriman telah melakakan dosa besar (selain syirik atau murtad) mereka masih dikira beriman walaupun berzina & membunuh.
Kecuali apabila dia menghalalkan benda yang haram maka dia telah terkeluar dari Islam.
Yang tadi tidak kata halal benda itu tetapi dia buat & melakukan walaupun dia tahu ia satu dosa besar.
- Ayat 9- {Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya;}- ayat ini { فَأَصْلِحُوا} membawa dalil menjadi kewajipan kepada kita untuk mendamaikan mana-mana pihak yang bertelagah dalam Islam. Tidak boleh dibiarkan bibit perpecahan itu kerana ia akan makin besar dan merebak, amat bahaya!
Dalam masa yang sama pendamai kena adil dan jangan berat sebelah, bukan kerana ada kepentingan, jangan cenderung atau memihak kepada mana-mana kumpulan.
- Ayat 9- {jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah;}- ini adalah tentang kumpulan yang memberontak (فَإِنْ بَغَتْ)! Tetapi tidak boleh perangi selalu, mulakan dengan perbincangan dan rundingan dulu.
Mengambil langkah keselamatan dan berlembut dulu bukan terus guna kekerasan.
(بَغَاة) – ini adalah mereka yang keluar memberontak menentang kerajaan Islam.
- Ayat 10- {Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,}- apabila bersaudara kita kena berdamai & berkasih sayang.
Maka wajib keluarkan dari hati segala penyakit hati seperti hasad dengki, cemburu & dendam.
Apabila kata bersaudara kita kena berdamai dan berkasih sayang, bukan kita dengan orang Islam kasar tetapi dengan kafir bertoleransi pula!