View Categories

SURAH AL-MU\’MINUN : AYAT 112-118

\"\"

PENDEK SAHAJA MASA DI DUNIA, ALLAH S.W.T CIPTAKAN MANUSIA DENGAN MATLAMAT BERIBADAT & LARANGAN MENYERU SELAIN DARI ALLAH.

Full video : https://youtu.be/eqpSd6GYDns

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah hari ini merupakan siri terakhir dan penutup bagi surah al-Mukminun ini dengan berakhirnya ayat 118.
  2. Ini adalah sambungan dari siri yang lepas soal-jawab ahli neraka dan mereka berhujjah serta minta nak keluar dari meraka. Lalu mereka disuruh diam!
  3. Allah s.w.t bertanyakan lagi kepada manusia berapa lama tempoh hidupnya di atas dunia ini atau di dalam kubur sebelum dibangkitakan semula.
  4. Semuanya merasakan begitu pendek tempohnya seolah sehari sahaja, yakni kerana mereka tidak sempat beriman dan berbuat amal kebaikan.
  5. Maka kita yang beriman ini jangan samapai merasakan tempoh singkat begini juga, kita hendaklah beusahala memenuhkannya dengan melakukan bekalan yang melayakkan kita ke syurga Allah s.w.t nanti insya\’ Allah.

AYAT 112- {ALLAH BERTANYA LAGI (KEPADA MEREKA YANG KAFIR ITU): \”BERAPA TAHUN LAMANYA KAMU TINGGAL DI BUMI?\”} (AL-MU\’MINUUN 23:112)

  1. Dalam ayat ini Allah s.w.t lagi bertanya kepada mereka yang kafir dan celaka di dalam neraka itu, berapa lama sudah mereka hidup di atas dunia.
  2. Tujuan soalan ini untuk mencela dan mengungkit akan pendustaan mereka sebelum ini, yang tidak percaya akan bangkit semula dan hari Akhirat.
  3. Mereka sekarang sudah berada di dalam neraka, menyaksikan dengan mata kepala, yakin semuanya adalah benar dan mengalami segalanya.

AYAT 113- {MEREKA MENJAWAB: \”KAMI TINGGAL (DI DUNIA) SELAMA SEHARI ATAU SEBAHAGIAN DARI SEHARI; MAKA BERTANYALAH KEPADA GOLONGAN (MALAIKAT) YANG MENJAGA URUSAN MENGHITUNG.} (AL-MU\’MINUUN 23:113)

  1. Mereka menjawab bahawa hanya pendek saja kehidupan dunia seolah sehari atau setengah hari sahaja, yakni terasa amat singkat jika dibandingkan dengan masa yang dia lalui di akhirat itu.
  2. Lalu Allah stw menyuruh mereka bertanya kepada malaikat yang menjaga rekod urusan dan hitungan, segalanya direkod dan dicatat.

AYAT 114- {ALLAH BERFIRMAN: \”KAMU TIDAK TINGGAL (DI DUNIA) MELAINKAN SEDIKIT MASA SAHAJA, KALAU KAMU DAHULU MENGETAHUI HAL INI (TENTULAH KAMU BERSIAP SEDIA).} (AL-MU\’MINUUN 23:114)

  1. Lalu Allah s.w.t menyatakan jika kamu tahu tempoh kamu berada di dunia ini hanya sebentar sahaja, kalaulah kamu mengetahuinya dahulu pasti kamu akan bersiap sedia.
  2. Maka kita yang tahu dan yakin ini, yang beriman dengan Allah s.w.t dan hari akhirat, pastilah perlu melebikan lagi persiapan kita kepada akhirat, tumpukan kepada ibadat dan ketaatan kepada Allah s.w.t dan tidak berani melakuakn perkara yang tidak baik.

BEBERAPA PENGAJARAN RINGKAS DARI AYAT INI:

  1. Yakni jika kamu termasuk dalam golongan yang tahu bahawa hidup di dunia ini hanyalah pendek, pastilah kamu akan melakukan bersiapan untuk menghadapi hari yang panjang dan kekal nanti.
  2. Panjang di dunia ini hanyala pendek di akhirat kelak.

AYAT 115- {\”MAKA ADAKAH PATUT KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMI HANYA MENCIPTAKAN KAMU (DARI TIADA KEPADA ADA) SAHAJA DENGAN TIADA SEBARANG HIKMAT PADA CIPTAAN ITU? DAN KAMU (MENYANGKA PULA) TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA KAMI?\”} (AL-MU\’MINUUN 23:115)

  1. Allah s.w.t bertanya lagi adakah kamu menyangka bahawa manusia ini dicipta sia-sia sahaja tanpa ada apa-apa sebab dan tujuan?
  2. Hikmah dijadikan manusia ini untuk melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, satu ujian untuk melihat siapa yang taat dan ingkar.
  3. Allah s.w.t juga menegakkan dalil bahawa jika tiada hari Kiamat, maka tidak akan ada perbezaan antara orang kafir yang beriman, orang yang ingkar dan yang taat.
  4. Tetapi dengan ada kebangkitan semula, Hisab dan pengadilan maka segalanya akan diadili dan mendapat pembalasan yang setimpal.
  5. Maka selepas mati, kita akan masuk ke dalam kubur dan hidup di alam barzakh untuk beberapa lama yang ditetepkan. Alam barzakh atau alam kubur ini adalah pintu ke akhirat.
  6. Selepas itu pada hari Kiamat, kita akan dibangkitkan semula kembali kepada Allah s.w.t, untuk dihisab dan pengadilan, inilah yang diimani oleh para mukmin berbeza dengan orang kafir yang mendustakannya.
  7. Allah tegur dan mengingatkan di sini bahawa penciptaan manusia ada tujuan dan hikmahnya dan akan dikembalikan kepada semuanya.
  8. Kita hidup atas dunia ini untuk kita buat persiapan ke akhirat, tetapi jika dunia duduk di atas kita, ini akan rosak, dunia hanya di tangan jangan letakkanya di dalam hati.
  9. Ziarah kubur salah satu cara untuk melembutkan mati dengan mengingati kematian.
  10. Hadis Rasulullah s.a.w.

AYAT 116- {MAKA (DENGAN YANG DEMIKIAN) MAHA TINGGILAH ALLAH YANG MENGUASAI SELURUH ALAM, LAGI YANG TETAP BENAR; TIADA TUHAN MELAINKAN DIA, TUHAN YANG MEMPUNYAI ARASY YANG MULIA.} (AL-MU\’MINUUN 23:116)

  1. Orang yang beriman kena yakin bahawa semua apa yang berlaku itu dengan izin dan kehendak Allah s.w.t.
  2. Allah s.w.t sucikan dirinya dari segala tuduhan jahat dan sifat kekurangan yang tidak layak bagi-Nya yang dikatakan oleh orang kafir.
  3. Ditegakkan sekali lagi bahawa; Tiada Tuhan yang berhak disembah, dipuja dan dipuji melainkan Allah s.w.t, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
  4. Biasanya apabila disebut tentang Arasy dalam al-Quran disebut dua sifatnya:
    i- Arasy yang mulia الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
    ii- Arasy yang agung . الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

AYAT 117- {DAN SESIAPA YANG MENYEMBAH TUHAN YANG LAIN BERSAMA-SAMA ALLAH, DENGAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG KETERANGAN MENGENAINYA, MAKA SESUNGGUHNYA HITUNGANNYA (DAN BALASAN AMALNYA YANG JAHAT ITU) DISEDIAKAN DI SISI TUHANNYA. SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG KAFIR TIDAK AKAN BERJAYA.} (AL-MU\’MINUUN 23:117)

  1. Maka sesiapa yang kufur dan syirik kepada Allah s.w.t tanpa sebarang hak dan ilmu, maka dia akan mendapat pembalasan yang disediakan dengan sebab amalan jahatnya.
  2. Sesungguhnya orang-orang kafir tidak akan sekali-kali berjaya untuk selamat atau mendapat kebahagiaan.

AYAT 118- {DAN BERDOALAH (WAHAI MUHAMMAD DENGAN BERKATA): \”WAHAI TUHANKU, BERIKANLAH AMPUN DAN KURNIAKAN RAHMAT, DAN SEMEMANGNYA ENGKAULAH SAHAJA SEBAIK-BAIK PEMBERI RAHMAT!\”} (AL-MU\’MINUUN 23:118)

  1. Selepas Allah s.w.t ceritakan tentang keadaan orang kafir di dunia dan azab mereka di akhirat, Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w dan umatnya untuk berdoa memohon keampunan Allah s.w.t dan rahmat-Nya afgar kita selamat di dunia dan akhirat.
  2. Doa dari al-Quran. Allah s.w.t mengajar Rasulullah s.a.w sekali lagi untuk berdoa:
    رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
    \”Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!\”}
  3. Kita hendaklah berdoa dengan ikhlas dan khusyuk dari lubuk hati, bukan hanya membaca doa yang ditulis tanpa perasaan.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

  1. Firman Allah s.w.t: {Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.} (Az-Zaariyaat 51:56)
  2. Manusia dan seluruh maknanya wajib mengabdikan diri kepada Allah s.w.t 24 jam iaitu setiap waktu dan detik. Bukan hanya ketika di surau, masjid, majlis-majlis rasmi agama, dalam solat atau semasa membaca al-Quran sahaja.
  3. Inilah ajaran secular yang memisahkan agama dan kehidupan, lalu terpesonglah makna sebenar IBADAT.
  4. Semoga kita termasuk dalam golongan orang yang apabila mendengar perkara yang baik, dia terus beramal dengannya insya\’ Allah.
  5. Alhamdulillah tamatlah surah kita hari ini, semoga majlis ilmu kita ini diberkati, al-Quran menjadi penyuluh hidup dan penerang hati kami, menjadi orang yang menyintai al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, mejadi orang yang menyintai Rasulullah s.a.w dan mengamalkan sunnahnya yang sahih. Ya Allah sebagaimama kami berkumpul dalam majlis ilmu ini kumpulakan kami semua dan keluarga kami, ibu bapa anak isteri guru-guru kami dan semua yang kami sayangi- di dalam redha dan syurga-Mu nanti.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs