KEWAJIPAN TAAT KEPADA RASULULLAH SAW, ALLAH SWT BERSUMPAH SEMUA MESTI IKUT NABI & AKUR MENERIMA HUKUM ISLAM.
Full video : https://youtu.be/Ey24D5LxyMM?si=0gveQk7MYclHOdtX
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah syukur kita kepada Allah Azza wa Jalla pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir ayat 64 sehingga 65 bagi Surah An-Nisa’ dalam juzu’ yang kelima.
- Perbincangan kita dalam siri ini ialah tentang kewajipan taat kepada Rasulullah SAW, arahan Allah SWT agar hamba-Nya taat kepada para rasul.
- Allah SWT bersumpah bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sehingga mereka ambil Sunnah Nabi SAW sebagai perundangan yang diterima pakai.
Yakni semua mesti ikut ajaran & dakwah Nabi SAW.
- Kemudian semua manusia wajib akur menerima hukum Islam itu, bukan terima saja tetapi mesti tunduk patuh akur serta dada lapang sepenuhnya.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT memperwajibkan semua mukallaf lelaki & perempuan supaya taat kepada Allah & taat kepada Rasulullah SAW.
Kemudian Allah nyatakan ada sekumpulan makhluk yang berpura beriman tetapi dalam hatinya tidak!
ii- Maka datang ayat ini Allah perintahkan supaya benar-benar taat kepada Allah & Rasulullah SAW sepenuhnya bukan hanya main-main seperti munafiq itu yang paginya akur dan taat tetapi petangnya mendusta & ingkar.
Maka Allah perintahkan agar taat kepada Allah dan akur akan segala perintah-Nya serta taat juga kepada Rasulullah SAW dan segala ajarannya.
- Munafiq pula ada dua jenis:
i- Munafiq I’tiqadi : Dari sudut aqidah- mengaku dengan mulut beriman tetapi dalam hatinya kufur.
Inilah yang paling bahaya kerana Allah SWT telah nyatakan mereka akan dicampak ke dasar neraka yang paling bawah sekali!
ii- Munafiq amali : Iaitu dari sudut amalannnya. Mereka ini apabila berkata-kata, dia berdusta. Kedua, apabila berjanji, dia ingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati.
Perbuatan ini termasuk dalam dosa besar tetapi tidak sampai kafir.
Kita jangan sesekali mudah mengkafirkan orang.
Ya Allah jadikan kami dari golongan hamba-Mu yang bertaqwa, bersyukur serta sabar & redha atas segala ketentuan-Mu!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 64- {DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SESEORANG RASUL PUN MELAINKAN SUPAYA IA DITAATI DENGAN IZIN ALLAH. DAN KALAULAH MEREKA KETIKA MENGANIAYA DIRI MEREKA SENDIRI DATANG KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) LALU MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH, DAN RASULULLAH JUGA MEMOHON AMPUN UNTUK MEREKA, TENTULAH MEREKA MENDAPATI ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AN-NISA’ 4:64)
- Allah SWT kata Dia tidak mengutus, menghantar rasul-rasul itu kepada kaum mereka kecuali untuk ditaati & dipatuhi.
- FAKTA :
Allah telah mengutuskan para rasul seramai 313 atau 315 orang manakala nabi sermai 124,000 orang.
Yang disebut dalam al-Quran 25 orang dengan 5 orang yang ulul-azminnya.
Manakala ketuanya yg paling mulia, Sayyidil-anbiya’ adalah Nabi kita, Muhammad Rasulullah SAW.
- Semua rasul yang diutus oleh Allah ini wajib dikuiti dan ditaati oleh kaum masing-masing; kecuali Nabi Muhammad SAW yang diutuskan kepada seluruh manusia pada zamannya serta berterusan sehingga ke hari Kiamat.
Yakni rasul lain bersifat local manakala Rasulullah SAW adalah bersifat universal- diutuskan untuk seluruh alam (al-alamin).
Inilah keistimewaan Rasulullah SAW berbanding dengan para rasul lain.
- Allah juga nyatakan jika semasa Rasulullah SAW hidup ini, ada mana-mana sahabat yang bersalah, tersilap melakukan dosa, lalu mereka pergi berjumpa Baginda SAW untuk meminta maaf & minta ampun akan dosa mereka.
Lalu Nabi SAW pun beristighfar memohon kepada Allah keampunan bagi mereka.
Maka Allah akan ampunkan dosa mereka dengan beri rahmat-nya kepada mereka dengan buka pintu hati mereka untuk bertaubat & tidak akan diambil tindakan ke atas mereka!
- Ayat ini khas semasa Baginda SAW masih hidup, para sahabat pergi berjumpa Rasulullah SAW semasa hayatnya untuk minta hukuman atau nasihat darinya secara fizikal.
Rasulullah SAW pun boleh mendoakan agar Allah menerima taubat mereka secara lansung.
Tetapi bukan selepas kewafatan Baginda SAW atau dari kuburnya.
- Antara peristiwa sebegini ialah kisah tentang Abu Lubabah yang mengikat dirinya pada sebatang tiang dalam masjid Nabi SAW sebagai hukuman selepas berasa dirinya bersalah.
Kisah tiang taubat Abu Lubabah RA boleh dibaca sepenuhnya dalam buku Madinah Munawwarah: https://dartaibah.com/…/Madinah-Munawwarah-Kelebihan…
- Serta banyak lagi kisah para sahabat yang apabila ada masalah dan kesilapan atau apabila mereka bersalah datang berjumpa Rasulullah SAW untuk menerima hukuman seperti Ka’ab bin Malik yang tak pergi perang Tabuk.
Ma’iz yang terjebak dengan gejala zina dan lain-lain.
AYAT 65- {MAKA DEMI TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD)! MEREKA TIDAK DISIFATKAN BERIMAN SEHINGGA MEREKA MENJADIKAN ENGKAU HAKIM DALAM MANA-MANA PERSELISIHAN YANG TIMBUL DI ANTARA MEREKA, KEMUDIAN MEREKA PULA TIDAK MERASA DI HATI MEREKA SESUATU KEBERATAN DARI APA YANG TELAH ENGKAU HUKUMKAN, DAN MEREKA MENERIMA KEPUTUSAN ITU DENGAN SEPENUHNYA.} (AN-NISA’ 4:65)
- Allah SWT bersumpah dengan Zat-Nya yang mulia bahawa seseorang itu tidak dianggap betul-betul beriman sehinggalah mereka mengambil Rasulullah SAW sebagai hakim di kalangan mereka.
- Ayat ini mempunyai dua kisah.
i- Ada ulama’ yang kata : Sabab nuzul ayat ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abdullah bin az-Zubair RAnhuma:
أَنَّ رَجُلًا مِنَ الأَنْصَارِ خَاصَمَ الزُّبَيْرَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شِرَاجِ الحَرَّةِ، الَّتِي يَسْقُونَ بِهَا النَّخْلَ، فَقَالَ الأَنْصَارِيُّ: سَرِّحِ المَاءَ يَمُرُّ، فَأَبَى عَلَيْهِ؟ فَاخْتَصَمَا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلزُّبَيْرِ: «أَسْقِ يَا زُبَيْرُ، ثُمَّ أَرْسِلِ المَاءَ إِلَى جَارِكَ»، فَغَضِبَ الأَنْصَارِيُّ، فَقَالَ: أَنْ كَانَ ابْنَ عَمَّتِكَ؟ فَتَلَوَّنَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَالَ: «اسْقِ يَا زُبَيْرُ، ثُمَّ احْبِسِ المَاءَ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَى الجَدْرِ»، فَقَالَ الزُّبَيْرُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأَحْسِبُ هَذِهِ الآيَةَ نَزَلَتْ فِي ذَلِكَ: (فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ) [النساء: 65]
Maksudnya: Bahawa seorang lelaki Ansar bertengkar dengan az-Zubair di hadapan Nabi SAW mengenai saluran air yang mereka gunakan untuk menyiram pokok kurma. Orang Ansar itu berkata: “Lepaskan air agar ia boleh mengalir.” Az-Zubair enggan melakukannya. Mereka mengadukan pertengkaran itu kepada Rasulullah SAW. (Kebun az-Zubair terletak di atas kebun lelaki Ansar itu, yakni air dari saliran akan melalui kebunnya terlebih dulu.) Rasulullah SAW bersabda kepada az-Zubair: “Siramlah wahai az-Zubair menggunakan air itu, kemudian salurkanlah kepada jiranmu.” Orang Ansar itu berang dan berkata: “Adakah kerana dia sepupumu (lalu kamu memihak kepadanya)?” Maka berubah (marah) wajah Baginda SAW, lantas bersabda: “Siramlah wahai az-Zubair, kemudian tahan air tersebut sehingga ia sampai ke dasar pokok kurma.” (Sebelumnya Nabi SAW buat perundingan tetapi kerana lelaki itu masih tak puas hati lalu Baginda ubah katanya). Az-Zubair berkata: “Demi Allah SWT, aku menyangka ayat ini diturunkan sempena kisah tersebut: “فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ” [HR al-Bukhari (2359)].
ii- Tetapi menurut analisa Ibnu Jarir & at-Tobari RHM :
a) Ayat ini terlalu berat untuk dikatakan menjadi sebab nuzul kepada kisah lelaki Ansar & az-Zubair ini kerana firman Allah {لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ…tidak beriman}- seolah nak kata bahawa Ansari itu tidak beriman atau tidak mantap imannya. Walaupun kisah ini sahih ada disebut dalam Sahih Bukhari- cuma mungkin bukan sebab nuzul bagi ayat ini.
b) Pada pandangan mereka- pendapat yang lebih relevannya untuk mengatakan ayat ini diturunkan untuk mencela mereka orang munafiq & kafir yang meninggalkan hukum & undang-undang Islam dan mencari, mahu beramal dengan undang-undang taghut. Bersumpah mengaku beriman tetapi tidak mahu ambil undang-undang Syari’ah Allah.
Yakni ayat ini masih bersambung dengan ayat yang lepas, iaitu ayat 60 yang Allah ceritakan tentang golongan munafiqin, golongan yahudi yang tidak mahu ambil undang-undang dari Nabi SAW dan mahu beramal dengan undang-undang taghut. Wallahu a’lam.
- Jelas di sini Allah nyatakan iman yang diterima, iman yang dituntut supaya diterima ialah seseorang itu kembali kepada Rasulullah SAW dalam semua perkara sama ada besar atau kecil dalam bab perundangan agama & hukum-hakam.
Tetapi bukan dalam bab keduniaan, masalah kehidupan harian seperti masakan, makan minum, pertanian dan lain-lain.
- Syarat untuk betul-betul beriman:
i- Pertamanya ialah menerima & melaksanakan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
ii- Keduanya mereka tidak berasa sempit dada dan susah untuk menerimanya!
Yakni terima dengan hati terbuka dan redha untuk mengamalkannya. Bukan terima tetapi dengan hati kusut, sempit dada dan dengan terpaksa mengamalkannya.
iii- Menerima, akur dengan taat patuh sepenuhnya. Contoh dapat kita lihat melalui perbezaan orang yang bayar zakat dengan redha dengan orang yang kena bayar saman kerana terpaksa.
Inilah bezanya antara undang-undang dunia & undang-undang Allah SWT, jiwa kena tenang & dada kena lapang. Undang-undang dunia tak apa tak redha, asal bayar agar tak kena denda lagi!
Kita doakan juga kepada Allah SWT agar Allah beri taufiq kepada pemimpin yang diberi amanah memegang kuasa untuk mengambil cakna akan bab aurat Muslimah dalam negara muslim ini.
PENUTUP & FAEDAH :
- AYAT 64- {DAN KAMI TIDAK MENGUTUS SESEORANG RASUL PUN MELAINKAN SUPAYA IA DITAATI DENGAN IZIN ALLAH.}-
Allah kata Dia tak hantar mana-mana rasul kecuali untuk ditaati!
Ayat ini mengisbatkan bahawa Allah SWT menjaga ismah (kesucian) para rasul itu daripada tersalah atau kesilapan dalam menyampaikan dakwahnya.
Jika mereka tidak maksum, terdedah kepada kesalahan macamana manusia nak ikut mereka dan taat patuh kepada ajaran mereka.
Persoalan : Kenapa Rasulullah SAW pernah lupa rakaat dalam solatnya?
Jawapan : Itu bukan hari-hari, hanya sekali itu saja Allah lupakan Baginda SAW untuk perundangan, untuk nak ajar kepada kita cara-cara nak sujud sahwi.
Juga untuk isbatkan bahawa semua rasul-rasul itu Allah yang pilih, Allah yang taqdirkan maka kamu wajib taat!
- Ayat 64- {Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah.}-
Dalam ayat ini Allah kata Dia tak utuskan seorang rasul melainkan…
Para ulama’ kata : Ayat ini juga mengisbatkan kedudukan para rasul yang lebih tinggi daripada para nabi dari segi jawatnnya.
Mereka adalah rasul yang terpilih daripada kalangan nabi yang begitu ramai 124K.
Kitab aqidah kata : Nabi adalah mereka yang menerima wahyu tetapi tiada kitab dan tiada perundangan Syari’ahnya yang khas dan tersendiri. Dia mesti ajar dan didik juga orang lain cuma tiada kitab khas hanya menyambung tugas rasulnya.
Ia juga menunjukkan ada perbezaan antara golongan nabi dan rasul kerana rasul juga boleh jadi dari kalangan malaikat seperti malaikat Jibril adalah utusan Allah juga.
Dalilnya dari hadis- Al-Bara’ bin ‘Azib RA berkata:
Nabi SAW bersabda: Apabila kamu pergi ke tempat tidur kamu, berwudhulah sebagaimana wudhu untuk solat. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan, kemudian bacalah:
للَّهُمَّ أَسْلَمْتُ إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِى إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرى إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلَا مَنْحَى مِنْكَ إِلا إِلَيْكَ، أَمَنْتُ بكتابكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ.
Ertinya: “Ya Allah, aku berserah diri kepada-Mu. Aku menghadapkan wajahku kepada-Mu. Aku menyerahkan segala urusanku kepada-Mu. Aku menyandarkan belakangku kepada-Mu lantaran mengharap dan takut kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari ancaman-Mu kecuali hanya kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang Kau turunkan juga (aku beriman) kepada nabi-Mu yang Kau utus.” Baginda bersabda lagi: Seandainya engkau mati pada waktu malam itu, sesungguhnya engkau mati dalam keadaan fitrah. Jadikanlah doa ini sebagai perkataan terakhir yang engkau sebut. Al-Bara’ berkata: Lalu aku mengulangi bacaan doa ini di hadapan Nabi SAW. Apabila aku sampai kepada bacaan: Ya Allah. Aku beriman dengan kitab Mu yang Engkau turunkan, Aku menyebut: Dan rasul-Mu (ورسولك). Lalu baginda menegur: Tidak. Sebaliknya Nabi-Mu (وَبِنَبِيِّكَ) yang Engkau utuskan. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu, hadis no: 241]
Boleh rujuk kepada Perisai Muslim untuk bacaan-bacaan &doa yang warid daripada Nabi SAW: https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
- Ayat 64- {Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah.}-
Supaya kamu taat dengan izin Allah SWT.
Ulama’ ahlu Sunnah wal Jama’ah kata : Ini menunjukkan bahawa hukum yang Allah bawa itu boleh dicari sebabnya.
Yakni Allah SWT hantar rasul dengan tujuan untuk diikuti dan ditaati.
Ada sebab dan hukumnya, Allah hantar rasul untuk manusia ikut bukan saja-saja.
Sama seperti hukum puasa- Allah suruh puasa untuk kita bertaqwa.
Boleh tengok lagi antara sebab hukum perintah & larangan yang Allah bawa
KEINDAHA NISLAM: https://dartaibah.com/…/Keindahan-Islam-Cetakan-Baru…
Dengan izin dan kebenaran Allah SWT kita kena ikut.
- Ayat 64- {Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka..}-
Orang yang berbuat dosa datang berjumpa Rasulullah SAW dan meminta ampun kepada Allah dan Rasulullah kerana rasa bersalah dan insaf.
Pada zaman itu mereka kena minta ampun dengan Allah serta dalam masa yang sama Rasulullah SAW juga kena maafkan dan minta ampun kepada Allah bagi pihak mereka kerana sebahagian daripada mereka juga telah menyakiti Rasulullah SAW.
Maka ulama’ Sunnah dan Salafus-Soleh mengatakan : Ayat ini adalah khas untuk ketika Rasulullah SAW masih hidup!
Selepas kewafatan Baginda SAW tidak lagi boleh meminta hukum atau meminta ampun kepada Baginda seperti pergi mengadu memohon di kubur Nabi SAW.
Jelas tidak ada satu riwayat pun yang menunjukkan para sahabat seperti Abu Bakar RA, Ali atau Sayyidah Aisyah RA sendiri yang pergi ke kubur Rasulullah, sama ada untuk mengadu, memohon ampun, meminta hukum, meminta nasihat dengan Baginda SAW yang telah wafat.
Kita nyata dan tekankan semua ini untuk menutup pintu-pintu fitnah kerana masyarakat hari ini masih ada lagi yang percaya kepada keramat-keramat wali dan memuja kubur-kubur yang dianggap sebagai tempat keramat dan mustajab doa. Na’uzubillah.
Ingatlah orang mati yang mengharapkan doa & istighfar dari orang hidup bukan sebaliknya!
- AYAT 65- {MAKA DEMI TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD)! MEREKA TIDAK DISIFATKAN BERIMAN SEHINGGA MEREKA MENJADIKAN ENGKAU HAKIM DALAM MANA-MANA PERSELISIHAN YANG TIMBUL DI ANTARA MEREKA,…}
Dalam ayat ini Allah nyatakan kepada kita dan Allah bersumpah dengan Zat-Nya yang mulia bahawa tidak beriman seseorang itu jika tidak:
i- Melaksanakan Syari’ah Allah.
ii- Jangan ada dalam hatinya benci tak suka kepada Syari’ah perundangan Islam serta menerimanya dengan akur.
Dalam ayat ini juga ada tiga maqam:
i- Melaksanakan undang-undang Islam. Itu dipanggil maqam Islam iaitu yang zahir. Islam laksanakan undang-undang.
ii- Kita rasa senang hati untuk menerima undang-undang Allah, itu iman. Iman menerimanya.
iii- Apabila kita akur patuh menerima (Taslim) undang-undang Islam itu sepenuhnya maka itu adalah maqam ihsan. Ihsan terima dengan akur patuh dan penuh ketaatan.
Ya Allah berikan kami taufiq supaya dapat mengamalkan undang-undang Islam dalam kehidupan dan negara kami, cerahkan dada kami agar dapat menerima undang-undang Islam dengan tenang sepenuhnnya serta akur patuh taat untuk mengamalkannya.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.