View Categories

SURAH AN-NUR : AYAT 11-18

\"\"

KISAH AL-IFKI, TUDUHAN JAHAT TERHADAP UM AISHAH, HUKUMAN QAZAF DIKENAKAN KE ATAS PENUDUH & ADAB MENERIMA BERITA TENTANG ORANG MU\’MIN.

Full video : https://youtu.be/bYeO25W5xZw

MUQADDIMAH :

1. Dalam siri ini kita akan mendengat tentang Kisah Al-Ifki, Tuduhan Jahat Terhadap UM Aishah r.a.

2. Peristiwa Al-Ifki ini berlaku pada tahun ke-6 hijrah setelah tamatnya perang Bani Mustoliq. Ianya merupakan satu peristiwa di mana orang-orang munafik menuduh Aisyah R.Anha melakukan zina dengan seorang sahabat yang bernama Sofwan Bin Mu’attol R.A. Perkara ini pada asasnya menimbulkan kacau bilau dalam masyarakat di Madinah pada ketika itu.

3. Kisahnya secara ringkas; Pada kebiasaaannya, apabila Rasulullah S.A.W pergi keluar untuk berperang atau bermusafir, Baginda S.A.W akan membuat undian dalam kalangan isteri-isterinya bagi memilih siapa mereka yang akan menemani Baginda dalam permusafiran tersebut. Pada ketika musafir Baginda S.A.W ke peperangan Bani Mustaliq tersebut, undian tersebut memihak kepada UM Aisyah R.Anha dan beliau terpilih untuk menemani Baginda S.A.W.

Dalam perjalanan pulang daripada peperangan tersebut, Baginda S.A.W dan tentera Islam berhenti seketika di satu tempat yang tidak jauh daripada Madinah al-Munawwarah dan bermalam di situ. Apabila rombongan berhenti di situ, maka UM Aisyah R.Anha keluar bagi menunaikan hajatnya dengan memakai rantai di lehernya. Setelah dia pulang daripada menunaikan hajat, dia mendapati rantai di lehernya hilang tanpa disedari olehnya. Oleh itu, dia kembali ke tempat itu semula untuk mencari rantai yang hilang tersebut.

Dalam ketika dia mencari rantainya yang hilang, rombongan yang dipimpin oleh Rasulullah S.A.W tersebut telah bersiap untuk bertolak pulang ke Madinah al-Munawwarah. Haudaj iaitu yang dibina untuk membawa UM Aisyah di atas unta tersebut diangkat oleh para Sahabat tanpa menyedari bahawa UM Aisyah tiada di dalamnya. Ini kerana keadaan fizikal UM Aisyah yang kecil dan ringan menyebabkan para Sahabat tidak dapat membezakan bahawa UM Aisyah ada di dalamnya ataupun tidak. Lantas, apabila rombongan tersebut mendengar sahaja panggilan untuk bergerak, mereka terus berangkat tanpa memeriksa haudaj tersebut.

Apabila UM Aisyah kembali ke tempat rombongan tadi berada, dia mendapati bahawa rombongan tersebut telah pun beredar menuju ke Madinah. Lalu dia duduk dan terbaring di situ dengan membungkuskan dirinya dengan kain jilbabnya. Ini kerana apabila rombongan tersebut menyedari ketiadaan UM Aisyah R.Anha, mereka akan kembali mencarinya di tempat tersebut.

Dalam keadaan UM Aisyah seperti itu, maka selepas itu datang Saidina Safwan Ibn al-Mu’atthol al-Sulami RA yang ketinggalan di belakang kerana melaksanakan tugasannya mengutip barang-barang yang tercicir. Apabila beliau sampai di tempat rombongan Rasulullah S.A.W tadi berada, beliau mendapati ada sebuah benda yang disangkanya barang yang tertinggal daripada rombongan Rasulullah S.A.W. Lalu beliau datang mendekati benda tersebut dan mendapati bahawa itu ialah isteri Baginda S.A.W, UM Aisyah R.Anha. Beliau bertanya, apakah yang menyebabkan dia tertinggal, namun UM Aisyah tidak menjawabnya. Beliau pun mendekatkan kuda kepada UM Aisyah R.Anha untuk dia naik menunggangi kuda. Kemudian dia naik ke atas kuda tersebut dan Saidina Safwan menarik kepala kuda tersebut dan bertolak dengan segera menuju kepada rombongan yang telah beredar tersebut.

Fitnah ini merupakan satu peristiwa yang sangat pahit untuk dihadapi oleh Ummu al-Mukminin Aisyah R.Anha. Ia menimpa rumah tangga dan keluarga manusia yang paling mulia, iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga sahabat terdekat baginda S.A.W iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA. Fitnah ini berlarutan selama sebulan.

Kisah lanjut boleh lihat:

Nota Kuliah Tafsir – Subuh Pagi Jumaat – Ayat Peristiwa Al-Ifki, Tuduhan Jahat Terhadap Sayyidah Aishah Radhiyallahu anha:

https://www.abuanasmadani.com/hadis-al-ifki-tuduhan…/

AYAT 11- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MEMBAWA BERITA YANG AMAT DUSTA ITU IALAH SEGOLONGAN DARI KALANGAN KAMU; JANGANLAH KAMU MENYANGKA (BERITA YANG DUSTA) ITU BURUK BAGI KAMU, BAHKAN IA BAIK BAGI KAMU. TIAP-TIAP SEORANG DI ANTARA MEREKA AKAN BEROLEH HUKUMAN SEPADAN DENGAN KESALAHAN YANG DILAKUKANNYA ITU, DAN ORANG YANG MENGAMBIL BAHAGIAN BESAR DALAM MENYIARKANNYA DI ANTARA MEREKA, AKAN BEROLEH SEKSA YANG BESAR (DI DUNIA DAN DI AKHIRAT). (AN-NUUR 24:11)

1. Dalam ayat ini Allah s.w.t menerangkan tentang dustanya orang-orang yang menuduh UM Aisyah berbuat sumbanng dengan seorang sahabat bernama Safwan bin Mu’attal r.a.

2. Tuduhan ini Allah s.w.t katakan {datang dari segolongan dari kalangan kamu}- yakni dari kalangan kelompok mereka juga (yakni pendudukdn para sahabat dan ahli keluarga Abu Bakar r.anhu Madinah)

3. Ianya dimulai dan dimarakkan oleh ketua munafik di Madinah iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul.

4. Perkara ini pada asasnya menimbulkan kacau bilau dalam masyarakat di Madinah pada ketika itu. Tetapi Allah s.w.t berfirman: {..janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.}

Tetapi ini semua tidak berjaya memburukkan UM Aisyah dan menjatuhkan Rasulullah s.a.w. serta memporak perandakan keadaan orang Islam di Madinah.

5. Ini kerana Allah s.w.t sendiri menurunkan ayat-ayat al-Quran untuk membersihkan tuduhan jahat ke atas UM Aisyah r.anha.

6. Bahkan ini menaikan lagi darjat serta menambahkan kemuliaan UM Aisyah r.a, ibu bapa dan keluarganya serta suaminya yang mulia Rasulullah s.a.w.

7. Allah s.w.t juga mengatakan setiap orang yang membuat tuduhan kepada ini lagi akan dikenakan hukuman yang berat.

8. Tiada khilaf pelopornya adalah si munafik Ibnu Ubai yang akan akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat. Ini kerana dia mati di atas kemunafikannya, tidak insaf dan bertaubat.

9. Begitu juga orang Islam yang terpengaruh dan turut terlibat dalam menyebarkan fitnah ini, mereka akan dihukum di atas dunia ini serta selamat di akhirat kerana sudah bertaubat. Terdapat 3 orang yang disebat kerana jenayah qazaf terhadap UM Aisyah r.a.

AYAT 12- {SEPATUTNYA SEMASA KAMU MENDENGAR TUDUHAN ITU, ORANG-ORANG YANG BERIMAN – LELAKI DAN PEREMPUAN, MENARUH BAIK SANGKA KEPADA DIRI (ORANG-ORANG) MEREKA SENDIRI. DAN BERKATA: \”INI IALAH TUDUHAN DUSTA YANG NYATA\”. (AN-NUUR 24:12)

1. Sepatutnya orang beriman berbaik sangka sesama mukmin, bila mendengar tuduhan jahat memburukkan nama baik saudara sesama Islam, menaruh baik sangka sesama sendiri. Tabayyum dan siasat dulu, jangan terus percaya, share dan sebar!!!!

2. Sepatutnya bila dengar tuduhan jahat ke atas sesama mukmin terus berkata: \”Ini ialah tuduhan dusta yang nyata\”.

3. Apatah lagi jika tuduhan buruk ke atas orang yang kita tahu dan yakin selama ini, terus percaya juga.

AYAT 13- {SEPATUTNYA MEREKA (YANG MENUDUH) MEMBAWA EMPAT ORANG SAKSI MEMBUKTIKAN TUDUHAN ITU. OLEH KERANA MEREKA TIDAK MENDATANGKAN EMPAT ORANG SAKSI, MAKA MEREKA ITU PADA SISI HUKUM ALLAH, ADALAH ORANG-ORANG YANG DUSTA. (AN-NUUR 24:13)

1. Peristiwa ini berlaku selepas turun ayat Qazaf. Maka Allah s.w.t nyatakan: {Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.}

2. Jika tidak mereka akan dijatuhkan hukuman hudud Allah, serta mereka adalah orang-orang yang dusta.

3. Lalu hukuman ke atas Qazif (penuduh) itu adalah sebat dan hilang kepercayaan dari masyarakat.

AYAT 14- {DAN KALAULAH TIDAK KERANA ADANYA LIMPAH KURNIA ALLAH DAN RAHMATNYA KEPADA KAMU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, TENTULAH KAMU DIKENAKAN AZAB SEKSA YANG BESAR DISEBABKAN KAMU TURUT CAMPUR DALAM BERITA PALSU ITU; – (AN-NUUR 24:14)

1. Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, kaum mukmin yang yang terlibat dan turut campur dalam berita palsu itu.

2. Kalaulah tidak kerana adanya rahmat limpah kurnia Allah s.w.t, mereka pasti dikenakan azab seksa yang besar.

Yakni mereka diberi tangguh untuk bertaubat, dan tidak diseksa dengan rahmat Allah swt.

AYAT 15- {IAITU SEMASA KAMU BERTANYA ATAU MENCERITAKAN BERITA DUSTA ITU DENGAN LIDAH KAMU, DAN MEMPERKATAKAN DENGAN MULUT KAMU AKAN SESUATU YANG KAMU TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG SAH MENGENAINYA; DAN KAMU PULA MENYANGKANYA PERKARA KECIL, PADA HAL IA PADA SISI HUKUM ALLAH ADALAH PERKARA YANG BESAR DOSANYA. (AN-NUUR 24:15)

1. Apabila kamu menyebarkan berita dan fitnah palsu itu dengan lidah (atau tangan kamu) sedangkan kamu tidak pasti tentang kesahihannya, kamu merasa ia hanya satu perbuatan yang biasa dan kecil sahaja.

2. Sedangkan ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

AYAT 16- {DAN SEPATUTNYA SEMASA KAMU MENDENGARNYA, KAMU SEGERA BERKATA: \”TIDAKLAH LAYAK BAGI KAMI MEMPERKATAKAN HAL INI! MAHA SUCI ENGKAU (YA ALLAH DARI MENCEMARKAN NAMA BAIK AHLI RUMAH RASULULLAH)! INI ADALAH SATU DUSTA BESAR YANG MENGEJUTKAN\”. (AN-NUUR 24:16)

1. Allah s.w.t tegur lagi, sepatutnya orang mukmin apabila mendengar berita jahat begini mereka diam dan mengakui bahawa mereka tidaklah layak untuk memperkatakan hal ini.

2. Sepatutnya apabila orang beriman mendengarnya mereka berkata: Subhanallah (Maha Suci Engkau ya Allah) dari mencemarkan nama baik isteri dan ahli rumah Rasulullah! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.

3. Kata ulama\’: Apabila fitnah itu datang tidak ramai orang yang dapat mengesannya kecuali ahli ibadat dan orang soleh yang menjaga kesucian jiwa mereka.

AYAT 17- {ALLAH MEMBERI PENGAJARAN KEPADA KAMU, SUPAYA KAMU TIDAK MENGULANGI PERBUATAN YANG SEDEMIKIAN INI SELAMA-LAMANYA, JIKA BETUL KAMU ORANG-ORANG YANG BERIMAN. (AN-NUUR 24:17)

1. Allah s.w.t nasihat dan tegur lagi agar jangan sekali-kali mengulangi perbuatan begini selama-lamanya!

AYAT 18- {DAN ALLAH MENJELASKAN KEPADA KAMU AYAT-AYAT KETERANGAN (HUKUM-HUKUMNYA); KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA BIJAKSANA. (AN-NUUR 24:18)

1. Ayat-ayat keterangan yang Allah s.w.t bawa itu semuanya jelas hukum-hukm-Nya, ini kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

1. Firman Allah s.w.t: {..janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.}

Apakah maksudnya perkara baik disebaliknya itu? Kata ulama\’ ada beberapa kebaikan yang boleh disenaraikan:

i- Allah s.w.t sendiri yang membersihkan Aisyah r.a., semakin tinggi naik darjatnya.

ii- Karamah kemuliaan Allah kepada Aisyah r.a. sehingga turun wahyu membersihkan namanya daripada tuduhan jahat, dirakamkan dalam al-Quran sehingga kita boleh bacanya sehingga ke hari Kiamat.

iii- Allah s.w.t mahu memberikan pahala yang besar serta menaikkan darjat UM Aisyah r.a, ibu bapa dan keluarganya serta suami tercinta Rasulullah s.a.w.

iv- menjadi peringatan kepada kaum mukminin agar jangan mudah-mudah menerima dan mempercayai berita yang dibawa oleh golongan tertentu, siasat dulu.

v- Allah s.w.t ambil tindakan terhadap pencipta dan penyebar berita palsu itu.

vi- Allah s.w.t mengangkat darjat Rasulullah s.a.w, di mana Baginda tidak lansung membuka mulut mempertahankan UM Aisyah r.a. Yakni suasana amat gawat dan menyempitkan dada dan hati Baginda s.a.w, tetapi Baginda tetap menunggu wahyu Allah s.w.t.

vii- Mengajar adab kepada orang mukmin jangan mudah mengeluarkan tuduhan dan mencalar kehormatan diri seseorang.

Kadang-kadang sesuatu yang berlaku nampak buruk tetapi ada kebaikan disebaliknya. Firman Allah s.w.t: {Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).}

(An-Nisaa\’ 4:19)

viii- Allah s.w.t mahu membezakan orang mukmin yang betul-betul jitu dan mantap imannya dengan mereka yang mudah koyak, goyah dan terpengaruh dengan dakyah munafikin.

ix- Juga untuk mengenal pasti orang munafik dan yang bermuka-muka.

2. Pesanan DAAM: Pastikan sumber berita dari mana yang kita terima, jaga diri kita dari terjebak dengan penyebaran fitnah dan berita palsu, kita jaga kita, Allah akan jaga kita insya\’ Allah.

3. 9 Teguran keras dan Peringatan dari Allah s.w.t kepada orang yang beriman dalam ayat-ayat ini.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs