ALLAH MENCIPTA MAKHLUK-NYA DENGAN TELITI, MENOLAK KEKELIRUAN YANG DIBUAT OLEH MUSYRIKIN & TUGAS MALAIKAT MEMATIKAN MANUSIA.
Full video : https://youtu.be/acJ1OqCksBM
MUQADDIMAH :
- Dalam siri yang lepas Allah s.w.t ceritakan tentang penciptaan-Nya yang amat indah dan sempurna, yang dalam enam masa bagi kejadian langit dan bumi.
- Allah s.w.t buat bandingan tentang masa di sisi Allah s.w.t dengan masa yang ada jika dihitung di sisi manusia:
i- masa penciptaan langit dan bumi yang seolah satu masa itu bersamaan 1000 tahun bagi manusia.
ii- jarak dan masa yang diperlukan untuk malaikat turun naik dari langit ke bumi seolah 1000 tahun juga bagi manusia, tetapi Allah s.w.t beri kuasa kepada malaikat untuk melaluinnya sekejap sahaja yang dikehendaki-Nya.
iii- tempoh masa sehari pada hari Kiamat nanti, seolah bersamaan dengan 500 ribu tahun dengan waktu dunia bagi manusia. - Allah s.w.t juga tidak menggunakan kuasa \’Kun fayakun\’-Nya untuk menngajar manusia agar tidak gopoh dan berhati-hati.
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan kepada kita bahawa Dia mencipta makhluk-Nya dengan seeloknya, penuh teliti dan penuh hikmah, samada kita tahu atau tidak.
- Malangnya orang kafir masih lagi kebingungan, tetap ingkar, tetap menolak kebangkitan hidup semula.
- Allah s.w.t tetap sayang kepada hamba-Nya, terus membawa dalil dan petunjuk tentang kekuasaan dan keesaan-Nya. Menolak hujjah dan dakwaan kaum musyrikin yang tidak boleh dipakai itu.
- Tugasan malaikat khasnya Malakul-Maut yang dilantik oleh Allah s.w.t dengan tugas tertentu di atas dunia ini .
AYAT 6- {YANG DEMIKIAN SIFATNYA IALAH TUHAN YANG MENGETAHUI PERKARA-PERKARA YANG GHAIB DAN YANG NYATA; YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA MENGASIHANI; (AS-SAJDAH 32:6)
- Allah s.w.t perkenalkan lagi sifat-Nya yang mengetahui semua perkara yang ghaib dan yang zahir.
- Benda ghaib itu pula ada 2 kategori:
i- ghaib mutlak – ghaib secara menyeluruh kepada semua. Allah s.w.t tidak tunjukkan.
ii- ghaib nisbi- ghaib kepada kita sahaja, hanya kita yang tak nampak. Contoh di belakang kita atau di sebalik dinding, kita tak nampak tapi mungkin orang lain nampak. Atau orang buat maksiat secara terembunyi, orang lain tidak nampak, ghaib baginya. - Kata Qurtubi: Maka jika kamu tahu bahawa Allah s.w.t tahu dan nampak semuanya, maka kita kena ikhlaskan amalan dan tidak berani untuk melakukan maksiat setiap masa.
- Allah s.w.t juga pastilah lebih mengetahui semua yang nyata dan zahir, samada dapat dilihat oleh manusia atau tidak.
- Allah s.w.t juga Yang Maha Kuasa, bagi orang buat maksiat kena ingat sifat ini, jangan berani melawan dan melanggar perintah-Nya. Dia juga lagi Maha Mengasihani, maka jangan putus asa dari rahmat-Nya dan untuk kembali bertaubat kepada-Nya jika kamu tersilap dan tersasar.
AYAT 7- {YANG MENCIPTAKAN TIAP-TIAP SESUATU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, DAN DIMULAKANNYA KEJADIAN MANUSIA BERASAL DARI TANAH; (AS-SAJDAH 32:7)
- Allah s.w.t mencipta segala makhluk-Nya dengan telitinya أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ, dan semuanya ada hikmah dan gunanya. Hanya kita yang tidak tahu.
- Manusia asalnya dicipta dari tanah – طِينٍ iaitu asal kejadian bapa manusia Nabi Adam a.s. Manakala kita semua manusia anak-cucunya ini terjadi dari unsur tanah juga. Proses air mani yang terjadi dari makanan manusia yang berasal dari tanah samada tumbuhan atau haiwan.
AYAT 8-{KEMUDIAN IA MENJADIKAN KETURUNAN MANUSIA ITU DARI SEJENIS PATI, IAITU DARI AIR (BENIH) YANG SEDIKIT DIPANDANG ORANG;} (AS-SAJDAH 32:8)
- Benih manusia itu berasal dari sejenis pati. Air mani yang hina, مَاءٍ مَهِينٍ yakni tiada nilai dan tidak dipandang bernilai oleh manusia.
- Kata ulama\’ ini untuk mengingatkan manusia agar jangan sombong!
- Dua kali manusia itu melaui lorong air kencing sebelum sempurna kejadiannya. Pertama lalui sebagai air mani, kedua sebagai bayi yang dilahirkan oleh ibunya.
AYAT 9- {KEMUDIAN IA MENYEMPURNAKAN KEJADIANNYA, SERTA MENIUPKAN PADANYA: ROH CIPTAANNYA. DAN IA MENGURNIAKAN KEPADA KAMU PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN SERTA HATI (AKAL FIKIRAN), (SUPAYA KAMU BERSYUKUR, TETAPI) AMATLAH SEDIKIT KAMU BERSYUKUR. (AS-SAJDAH 32:9)
- Kemudian Allah s.w.t sempurnakan kejadian manusia sebagai janin yang berjasad di dalam rahim. Kemudian Allah s.w.t tiupkan roh kepadanya, menjadi manusia yang bernyawa.
- Apakah roh itu? Firman Allah s.w.t: {Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: \”Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja\”.} (Al-Israa\’ 17:85)
- Kemudian sebagai kurniaan kepada kamu, Dia memberikan pendengaran, penglihatan dan hati (akal).
- Mukjizat al-Quran- kenapa Allah s.w.t sebut pendengaran dulu sebelum penglihatan? Ini kerana:
i- janin di dalam perut dicipta telinga dan pendengaran dulu. Ini penemuan sains perubatan.
ii- manusia lebih cepat dan mudah mendapat ilmu dan pendedahan awal melalui pemdengaran dulu sebelum penglihatan. - Kenapa pula Allah s.w.t sebut untuk pendengaran telinga secara mufrad السَّمْعَ (single) tetapi untuk penglihatan dan hati jamak (plural) وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ?
Ini kerana hakikat yang tidak dapat dinafikan, telinga itu kena fokus dalam mendengar, tidak boleh dengar banyak perkara tidak akan faham.
Manakala mata dan hati boleh melilau melihat dan memikirkan kepada banyak perkara dalam waktu yang sama.
Dalam surah an-Nahli: 78, kita sudah bincangkan ayat ini dengan lanjut. - Perbincangan; mana lebih hebat antara telinga dan mata?
i- ahli falsafah kata mata lebih hebat.
ii- ulama\’ Feqah kata telinga lebih hebat, ia boleh dengar dalam gelap atau cerah, mata tak nampak dalam gelap.
Kita boleh lihat betapa ramai ulama\’-ulama\’ hebat dalam Islam yang buta matanya tetapi dengan mata hatinya celik dan hebat! Tetapi hampir tiada ulama\’ atau ilmuwan yang pekak telinga. - Kenapa telinga ada dua, tetapi mulut/lidah satu sahaja?
Untuk menyuruh kita lebih banyak mendengar daripada bercakap! - Apa yang masuk melalui telinga lebih bahaya daripada apa yang masuk melalui mulut! Masuk melalui mulut boleh dimuntahkan keluar semuala dari atas atau bawah, tetapi yang masuk melalui telinga akan lekat di hati, sukar untuk dibuang.
- Hati juga disebut secara jamak (plural) kerana hati boleh terlintas dan memikirkan tentang pelbagai perkara dalam satu masa.
- Tetapi walaupun begitu teliti dan teratur, sempurna ciptaan Allah s.w.t ini, masih ramai manusia yang tidak bersyukur, bahkan amat sedikit sekali manusia yang bersyukur.
Ya Allah jadikanlah kami dari golongan yang sedikit ini!
AYAT 10- {DAN MEREKA (YANG KAFIR) ITU BERKATA: \”ADAKAH APABILA KAMI TELAH HILANG LENYAP DALAM TANAH, KAMI PULA AKAN HIDUP SEMULA DALAM BENTUK KEJADIAN YANG BAHARU? BETULKAH DEMIKIAN? \” (MEREKA BUKAN SAHAJA TIDAK PERCAYA TENTANG HIDUP SEMULA) BAHKAN MEREKA TIDAK PERCAYA TENTANG PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA.} (AS-SAJDAH 32:10)
- Setelah diterangkan kejadian manusia dengan pelbagai peringkatnya yang sempurna, orang kafir itu masih keras kepala, tidak mahu percaya dan ingkar akan kekuasaan Allah s.w.t, masih kufur.
- Orang Islam yang tidak bersyukur ialah yang kufur nikmat, bukan kufur seperti yang kafir tidak beriman itu.
- Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula, bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya, yakni tiada Hisab dan Pengadilan nanti.
- Maka mereka akan lupa akan aku-janji bersama Allah s.w.t.
- Rahsia kenapa Rasulullah s.a.w anjurkan baca surah ini di pagi Jumaat, kerana Hari Jumaat adalah hari akan berlakunya Kiamat. Maka untuk mengingatkan kita kepada Kiamat setiap kali datangnya hari Jumaat.
AYAT 11- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD); \”NYAWA KAMU AKAN DIAMBIL OLEH MALAKUL MAUT YANG DITUGASKAN BERBUAT DEMIKIAN KETIKA HABIS AJAL KAMU, KEMUDIAN KAMU AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA TUHAN KAMU (UNTUK MENERIMA BALASAN)\”. (AS-SAJDAH 32:11)
- Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk mengingatkan semua manusia yang mukmin atau kufur, bila tiba tempohnya, apabila sampai ajalnya, semua kamu akan mati, dicabut nyawanya oleh malaikat yang diperintah oleh Allah s.w.t.
- Malaikat yang diberi tugas mencabut nyawa ini namanya disebut oleh Allah s.w.t sebagai Malakul-Maut. Manakala nama Izrail itu tiada riwayat sahih dari Rasulullah s.a.w.
Tidak boleh isbat atau nafi, wallahu a\’lam. - Kemudian Allah s.w.t menolak dakwaan para kafir dalam ayat sebelumnya dengan menegaskan: {Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan).}
- Munasabah kenapa dua surah al-Mulk dan as-Sajadah ini dibaca oleh Rasulullah s.a.w sebelum tidur; kerana keduanya ada persamaan untuk mengingati kematian, maka buatlah persediaan yang sepatutnya sebagai bekalan!
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 9- {Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran),} – ini supaya kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah s.w.t berikan ini. Syukur dengan nikmat semua ini dengan melakukan kebaikan dan ketaatan menggunakan mata, telinga dan hati dengan cara yang sepatutnnya!
- Ayat 9- {(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.} – Allah s.w.t mencela orang yang tidak bersyukur. Syukur itu mengikut setiap kategori dan kemampuannya.
Orang berharta dengan bersedekah, orang yang berilmu dengan amalkan dan ajar sebarkan kepada orang; ini juga tips supaya ilmu tidak hilang.
Begitulah setiap yang menerima nikmat dan kelebihan, maka tunjukkan kesyukuran itu dengan cara yang sesuai dan sepatutnya. - Ayat 6- {Yang demikian sifatnya ialah Tuhan …..Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;} – kita isbatkan dua ini الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ sebagai nama Allah s.w.t yang juga mengandungi sifat-Nya. Iaitu Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Kita hidup berdasarkan dengan dua sifat inilah, maka bila nak buat maksiat dan dosa, ingat Allah s.w.t yang Maha Kuasa, jika kita sudah tersilap ingatlah Allah s.w.t itu Maha Mengasihani untuk menerima taubat dan menngampunkan dosa. - Ayat 7- {Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya} – Allah s.w.t mencipta sesuatu itu mengikut kesesuaian dan tempatnya berada, ikut kegunaanya.
Ada binatang terbang, ada berjalan, ada duduk dalam air, dalam hutan, ada kaki 4 ada kaki dua dan lain-lain.
Seperti kenapa air dan oksigen itu lembut? Kenapa tanah itu keras? Kenapa api bila dinyalakan ia naik ke atas? Kenapa hidung dekat mulut? Jika kita fikir dan kajilah,
Masya Allah kita akan dapati semuanya ada hikmah, kerana itu kita kena bersyukur. - Ayat 7- {Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya} – maka sepatutnya semua manusia itu sama semuanya, sama cantik dan sempurna seperti bidadari itu, tetapi kenapa berbeza? Kenapa tidak sama tahap pemikiran dan kecerdikannya? Ini adalah ujian kepada manusia di atas dunia ini, di akhirat esok yang serba sempurna dan kekal.
- Ayat 7- {Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;} – asal kejadian manusia itu berunsur dari tanah, ini sesuatu yang baik dan sederhana, yang tidak terlalu panas atau sejuk, lembik dan sebagainya.
- Ayat 7- {Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal dari tanah;} – ayat ini juga membatalkana Teori Darwin bahawa manusia itu berasal dari monyet dan lain-lain teori rekaan manusia.
FAKTA: Nabi kita Rasulullah s.a.w juga berasal dari unsur tanah seperti manusia lain juga, bukan dari NUR (cahaya) cuma kelebihannya yang besar terpilih sebagai Nabi dan Rasul, Sayyidil Anbiya\’. - Ayat 9- {serta meniupkan padanya: roh-Nya- – مِنْ رُوحِه.} – idafat atau sandaran kepada Allah, kaedah sifat itu disandarkan kepada yang menyifatkannya. Maksudnya ROH yang Allah ciptakan.
- Ayat 9- {Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran),} – Allah s.w.t sebut mata, telinga dan hati sebagai peringatan bahawa 3 perkara ini adalah alat pendidikan yang utama. Pancaindera sebagai jalan untuk mendapat ilmu dan maklumat.
- Ayat 11- {Katakanlah (wahai Muhammad); \”Nyawa kamu akan diambil oleh Malakul Maut} – Allah sebut di sini bahawa nyawa manusia itu akan dicabut oleh Malakul-Maut مَلَكُ الْمَوْتِ.
Tetapi terdapat beberapa ayat lagi yang seolah bercanggah iaitu, firman Allah s.w.t ini:
i- {Maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?}
(Muhammad 47:27) di sini disebut malaikat – الْمَلَائِكَةُ
ii- {Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya;} (Az-Zumar 39:42).
Di sini disebut Allah- اللَّهُ
iii- ayat ini – Malakul-Maut – مَلَكُ الْمَوْتِ
Kesimpulannya Malakul-Maut itu petugas utama atau bossnya untuk mencabut nyawa, malaikat-malaikat lain sebagai pengiring atau pembantunya, semua ini pula adalah dengan perintah dan kuasa Allah s.w.t!
Insya\’ Allah tidak bercanggah antara 3 ayat ini.
Yang penting kita semua kena bersedia untuk melalui ajal maut yang pasti tiba ini.
Buatlah persiapan dan banyakkan berdoa agar Husnul-Khatimah menjadi milik kita.