View Categories

Surah Ali-‘Imran : Ayat 52-58

NABI ISA AS MENCARI HAWARI (PENOLONG), PENENTANGNYA MEMBUAT PERANCANGAN NAK BUNUH ISA & ALLAH SWT MENGANGKATNYA KE LANGIT.

Full video : https://youtu.be/7oPJOCbgOBo?si=kHmI-qs6SiOyEJSs

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 52 sehingga 58, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang ketiga. 
  1. Dalam siri ini Allah menceritakan tentang kisah Nabi Isa AS. mencari hawari (penolong) untuk menolongnya menghadapi tentangan & halangan dalam dakwahnya.
  1. Para penentangnya bertindak lebih jauh dengan membuat perancangan nak bunuh Isa tetapi Allah SWT juga buat perancangan untuk menolong Isa dari kejahatan mereka itu!
    Maka kita kena yakin & percaya bahawa semua kuasa itu ditangan Allah SWT tidak ada orang yang boleh mengalahkan & menentangnya!
  1. Maka Allah SWT mengangkatnya ke langit dan akan turun di akhir dunia nanti, dekat nak Kiamat untuk mengembalikan manusia kepada Islam, membunuh dajjal, mematahkan salib dan lain-lain tugas yang Allah berikan untuknya!
  1. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT menyebut tentang kisah Nabi Zakaria & anaknya Yahya (sepupu kepada Maryam), juga tentang kisah nabi Isa & ibunya Maryam serta kisah kelahiran nabi Isa AS.

    ii- Maka dalam ayat ini adalah tentang kisah Nabi Isa AS selepas dia diancam bunuh oleh kaumnyna atau yahudi yang kufur & menentangnya!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 52- {MAKA KETIKA NABI ISA MERASA (SERTA MENGETAHUI DENGAN YAKIN) AKAN KEKUFURAN DARI MEREKA (KAUM YAHUDI), BERKATALAH IA:” SIAPAKAH PENOLONG-PENOLONGKU (DALAM PERJALANANKU) KEPADA ALLAH (DENGAN MENEGAKKAN AGAMANYA)?”. ORANG-ORANG “HAWARIYYUUN” (PENYOKONG-PENYOKONG NABI ISA) BERKATA: “KAMILAH PENOLONG-PENOLONG (UTUSAN) ALLAH. KAMI TELAH BERIMAN KEPADA ALLAH, DAN SAKSIKANLAH (WAHAI NABI ALLAH) SESUNGGUHNYA KAMI IALAH ORANG-ORANG ISLAM (YANG BERSERAH BULAT-BULAT KEPADA ALLAH).} (ALI-‘IMRAN 3:52)

  1. Allah ceritakan tentang suasana gawat Nabi Isa AS apabila dia dapat mengesan para penentangnya dari kalangan yahudi bani Israil bertambah kufur & agresif. 
    Bahkan berniat mahu membunuhnya; maka Nabi Isa mencari penolong (hawari) yang dapat membantu dakwahnya, membela & menyokongnya!
  1. Maka puak “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) bangun menyahut seruan Nabi Isa itu. 
    Kemudian untuk meyakinkan Nabi Isa AS mereka mengaku bahawa mereka adalah penolong rasul Allah serta beriman dengan Allah sepenuhnya! 
  1. Mereka juga minta Nabi Isa bersaksi bahawa mereka adalah orang Islam yang berserah bertawakkal kepada Allah.
    Ini adalah pengakuan mereka yang ikhlas. 
    Kita pun begitulah jangan malu-malu untuk mengaku sebagai orang Islam!
  1. Ini menjadi dalil bahawa semua agama para nabi dulu adalah agama Islam semuanya. Semua agama yang datang dari Allah adalah Islam.

AYAT 53- {“WAHAI TUHAN KAMI! KAMI TELAH BERIMAN KEPADA APA YANG TELAH ENGKAU TURUNKAN, DAN KAMI MENGIKUT RASULMU; OLEH ITU SURATKANLAH KAMI BESERTA ORANG-ORANG YANG MENJADI SAKSI (YANG MENGAKUI KEESAANMU DAN KEBENARAN RASULMU)”.} (ALI-‘IMRAN 3:53)

  1. Mereka “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata dengan membuat pengakuan terbuka bahawa:
    i- Mereka telah beriman kepada apa yang telah Allah turunkan, membenarkan dan mengikut Rasul-Nya, Isa AS.

    ii- Mereka juga mengikut arahan & mematuhi larangan Allah.

    iii- Lalu mereka minta Allah tuliskan nama mereka sebagai golongan orang yang menjadi saksi yang mengakui keesaan Allah SWT dan kebenaran Rasul-Nya iaitu Isa AS.
  1. Inilah pentingnya bahawa pengikut setia dalam perjuangan kena beri pengakuan terbuka & nyatakan sokongan dengan jelas! 
  1. Begitulah sepatutnya jika nak berjuang dalam dakwah Islam kita kena buat pengakuan serta cari orang yang satu kepala & pendirian dalam perjuangan itu. 
    Jika tidak susah untuk bergerak & maju! 
  1. Seperti kita yang nak berdakwah dan ajak orang kepada Al-Quran & Sunnah serta jauh dari mungkar & bid’ah; tetapi jika ada di kalangan orang yang nak bersama kita tu pula suka kepada kumpulam yang percaya kepada mimpi-mimpi dan menggosok kubur- maka ia adalah sesuatu yang bertentangan!

AYAT 54- {DAN ORANG-ORANG (YAHUDI YANG KAFIR) ITUPUN MERANCANGKAN TIPU DAYA (HENDAK MEMBUNUH NABI ISA), DAN ALLAH PULA MEMBALAS TIPU DAYA (MEREKA); DAN (INGATLAH), ALLAH SEBIJAK-BIJAK YANG MEMBALAS (DAN MENGGAGALKAN SEGALA JENIS) TIPU DAYA.} (ALI’IMRAN 3:54)

  1. Golongan kafir yahudi buat perancangan untuk membunuh Nabi Isa AS. Mereka ingat dia keseorangan & lupa bahawa beliau adalah rasul yang diutus Allah & pastilah akan mendapat penjagaan & perlindungan dari Allah SWT!
  1. Mereka lupa bahawa Allah adalah sebijak-bijak yang membalas dan menggagalkan segala jenis tipu daya yang mereka orang kafir rancangkan.
  1. Allah Azza wa Jalla telah menyelamatkan nabi Isa dari angkara kejahatan kaum yahudi yang mehu membunuhnya, dengan mengangkatnya ke langit & akan menurunkannya semula di akhir zaman kelak untuk menegakkan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang tersebut dalam hadis-hadis yang sahih!
  1. Kisahnya puak bani Israil dari kalangan yahudi yang jahat telah mengepung rumah Nabi Isa untuk membunuhnya. 
    Mereka menghantar seorang lelaki masuk dulu ke dalam rumahnya untuk menangkap Nabi Isa.
    Allah yang Maha Berkuasa telah menyelamatkan Nabi Isa dengan mengangkatnya ke langit pada waktu itu juga dan menjadikan wajah lelaki itu seolah sama seperti Nabi Isa. 
    Lalu mereka si yahudi menyangka itu adalah Nabi Isa lalu menangkap & membunuhnya!
  1. Jadi lelaki yang digambarkan disalib oleh orang Kristian itu adalah bukan Nabi Isa tetapi orang lain, lelaki rakan mereka (yahudi) sendiri yang mahu menangkap nabi Isa dan menyerahkannya kepada kaum yahudi untuk dibunuh! 
    Lalu dia sendiri yang ditangkap, dibunuh & disalib!
    Ada yang kata namanya Yahuza- wallahu a’lam.
  1. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini :
    {Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.}
    {Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.} (An-Nisaa’ 4: 157-158)
  1. Di akhir ayat Allah kata Dia adalah sebaik-baik Perancang & yang akan menggagalkan perancangan jahat mereka! Rancangan jahat sesiapa saja pun terhadap Islam Allah akan gagalkan! 

AYAT 55- {(INGATLAH) KETIKA ALLAH BERFIRMAN: “WAHAI ISA! SESUNGGUHNYA AKU AKAN MENGAMBILMU DENGAN SEMPURNA, DAN AKAN MENGANGKATMU KE SISIKU, DAN AKAN MEMBERSIHKANMU DARI ORANG-ORANG KAFIR, DAN JUGA AKAN MENJADIKAN ORANG-ORANG YANG MENGIKUTMU MENGATASI ORANG-ORANG KAFIR (YANG TIDAK BERIMAN KEPADAMU), HINGGA KE HARI KIAMAT. KEMUDIAN KEPADA AKULAH TEMPAT KEMBALINYA KAMU, LALU AKU MENGHUKUM (MEMBERI KEPUTUSAN) TENTANG APA YANG KAMU PERSELISIHKAN”.} (ALI-‘IMRAN 3:55)

  1. Yakni Allah SWT nyatakan bahawa Dia telah mematikan Nabi Isa (mati kecil atau tidur) seperti mana yang kita baca dalam doa bangun tidur kita:
    اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ
    Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami akan dikembalikan. Seperti dalam doa ini mati bermaksud mati kecil iaitu tidur. Bukan mati sebenar!
  1. Lalu mengangkat Nabi Isa ke langit, ke sisi-Nya secara sempurna iaitu dengan roh & jasad bersama. Bukan roh saja tetapi kononya jasadnya ditinggalkan & dibunuh dan disalib oleh kaum yahudi! 
  1. Firman Allah SWT juga tentang ini :
    {Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.} (An-Nisaa’ 4: 158-159)
  1. Hadis- riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Demi Dia yang menggenggam diriku, sesungguhnya bahawa putera Maryam (Isa AS) akan turun di antara kalian (orang-orang Muslim). Dia akan menjadi hakim yang adil bagi manusia dengan berdasarkan Al-Quran dan akan mematahkan salib serta membunuh babi; ia akan menghapuskan jizyah (cukai yang diambil dari non-Muslim yang berada di dalam perlindungan pemerintahan Muslim) dan akan mendatangkan kemakmuran sedemikian rupa sehingga tidak akan ada orang yang mahu menerima sedekah (dan zakat).” [HR Imam Bukhari].

    Zaman Nabi Isa turun bumi berada di dalam pemerintahan yang adil & makmur, harta amat banyak, tumbuhan subur dan besar, haiwan menjadi jinak & harmoni.
  1. Alamat Kiamat ini sudah ada kuliah khas AAM daripada sebuah kitab bertajuk- “Berakhirnya Dunia Ini”.
    Link: https://www.youtube.com/watch?v=Qcuq_wu-kGw…
  1. Kemudian Allah bersihkan Nabi Isa AS daripada perancangan puak jahat orang kafir dengan selamatkannya & angkatnya ke langit.
  1. Firman Allah SWT juga:
    {(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis dan membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata”} (Al-Maaidah 5:110)  
  1. Allah juga beri jaminan bahawa para pengikut Nabi Isa adalah orang yang akan mendapat kemenangan & kedudukan tinggi di sisi Allah SWT kelak!
  1. Lalu Allah nyatakan bahawa kita semua akan kembali kepada Allah pada hari Kiamat nanti, lalu:
    i- Mereka yang kafir akan mendapat balasan azab dari Allah SWT; iaitu puak yahudi yang kata Nabi Isa adalah anak tak sah taraf & kaum nasrani yang mendakwa Isa adalah Tuhan atau anak Tuhan. 

    ii- Manakala kita orang Islam yakin dan percaya bahawa Nabi Isa AS adalah seorang hamba Allah yang istimewa penciptaannya & dia dilantik sebagai seorang rasul Allah. Kita akan mendapat pahala ganjaran yang besar!

AYAT 56- {ADAPUN ORANG-ORANG KAFIR, MAKA AKU (ALLAH) AKAN MENYEKSA MEREKA DENGAN AZAB YANG AMAT BERAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, DAN MEREKA PULA TIDAK AKAN BEROLEH SESIAPA PUN YANG DAPAT MENOLONG.} (ALI-‘IMRAN 3:56)

  1. Orang kafir akan mendapat azab siksa dari Allah, iaitu:
    i- Dengan azab yang hina di dunia, iaitu dengan ditawan, dihina & dibunuh. 
    Ini terbukti dengan entiti yahudi yang tidak pernah ada negara yang sah bagi mereka.
    Bahkan sentiasa berpindah-randah dari satu negara ke satu negara akibat dihalau & menjadi mangsa peperangan.
    Sehingga ke hari ini mereka mahu merampas Palestine pula! 
    Sama ada mereka akan keluar dari Palestine pula kerana takut untuk berlawan dengan orang Islam atau mereka akan dikumpulkan di situ untuk dibunuh oleh orang Islam! 

    ii- Di Akhirat kelak mereka juga akan mendapat azab siksa yang tidak terperi!
  1. Allah nyatakan juga bahawa mereka tidak akan ada penolong yang dapat menolong menyelamatkan mereka daripada kemurkaan Allah ini!

AYAT 57- {ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL-AMAL SOLEH, MAKA ALLAH AKAN MENYEMPURNAKAN PAHALA MEREKA; DAN (INGATLAH), ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM.} (ALI-‘IMRAN 3:57)

  1. Allah janjikan bagi orang yang beriman & beramal soleh; Mendapat ganjaran pahala yang sempurna dari Allah dengan kehidupan yang baik di dunia & aman di Akhirat serta mendapat keredhaan Allah & syurga-Nya yang kekal abadi!
  1. Allah juga memberi amaran bahawa Dia tidak suka kepada orang yang zalim & mereka juga akan mendapat hukumannya!

AYAT 58- {DEMIKIANLAH (PERIHAL NABI ISA), YANG KAMI MEMBACAKANNYA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD, ADALAH IA) SEBAHAGIAN DARI HUJAH-HUJAH KETERANGAN (YANG MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA), DAN DARI AL-QURAN YANG PENUH DENGAN HIKMAT-HIKMAT – (PENGETAHUAN YANG TEPAT, LAGI SENTIASA TERPELIHARA).} (ALI-‘IMRAN 3:58)

  1. Allah nyatakan lagi wahai nabi Muhammad SAW, yakinlah bahawa apa yang Kami bacakan & ceritakan kepada kamu tentang kisah Nabi Isa AS & ibunya Maryam ini adalah kisah yang benar, sahih & asli dari Allah SWT.
  1. Ini sebagai dalil yang membuktikan kebenaran Rasulullah SAW sebagai utusan Allah. Serta menjadi peringatan kepada orang yang bijaksana akan ayat-ayat Allah yang tepat dan penuh hikmah ini!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 52- {Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:..}-

    Allah ceritakan kepada kita apabila Nabi Isa AS dapat mengesan bahawa yahudi mula bertambah agresif sehingga mahu membunuhnya- dia pun mula mencari mereka yang dapat membelanya! 
    Kata ulama’ tadabbur: Tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang jelas & nyata dalam alam ini seperti pokok-pokok, hujan, banjir tsunami dan sebagainya; semua itu tidak akan membuatkan seseorang itu beriman jika mereka tengok saja dengan mata tetapi tidak berfikir tentangnya!
    Sama seperti golongan yahudi yang memang tahu dan sedar akan kebenaran nabi Isa AS serta mukjizatnya, tetapi mereka tetap terus mengingkari & kufur akannya serta menuduhnya anak zina.
    Kita pun begitulah dapat kesan musuh atau orang yang tidak suka kepada kita atau tidak sehala perjuanganya; sama ada melalui pergaulan, perbuatan, percakapan atau tulisannya.
  1. Ayat 52- {Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?”}-

    Nabi Isa mencari orang siapa yang boleh memberi pertolongan kepadanya dalam menyampaikan dakwah tentang agama Allah! Bukan untuk menolongnya secara pribadi.
    Ayat ini menunjukkan bahawa para pendakwah perlukan bantuan orang yang dapat menyokong & membelanya dalam berdakwah. 
    Jika mahu dakwahnya berkembang & dapat dijalankan dengan lancar, kena cari penyokong!
    Bukan hanya bertawakkal sahaja, Allah ajar kepada kita untuk bertawakkal dengan mengambil sebab & berusaha!
    Rasulullah SAW pakai baju besi untuk pergi berperang, Baginda juga tidak menghalang para sahabat dari berusaha.
    Nabi Isa mencari sebab dengan mencari siapa yang dapat menolong & membelanya daripada kejahatan yahudi, serta membantunya untuk menyampaikan dakwah kepada agama Allah!
  1. Ayat 52- {Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).}-

    Para pengikut Nabi Isa (hawariyyun) menyahut seruan ini dan mengaku untuk bersama Nabi Isa AS dalam perjuangan dakwahnya! 
    Yakni kami bersamamu- bukan kami di belakangmu. Jika bersama insya’ Allah tidak akan lari jika di belakang atau di sebalik tabir sahaja kena berhati-hati.
    Ayat ini membawa dalil bahawa seorang pejuang itu:
    i- Boleh mengaku agama kita, perjuangan kita & menyatakan prinsip kita. 

    ii- Serta kena nyatakan manhaj pendirian kita.
    Semua pengakuan ini perlu & bukan menunjukkan riak! Jika malu juga maka itu bukan pejuang Islam yang sebenar.
  1. Ayat 53- {“Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu;..}-

    sekali lagi Allah sebut tentang para hawariyyun yang juga telah membuat pengakuan tentang aqidah & keimanan mereka kepada Allah & Nabi Isa AS. 
    Ini juga menjadi dalill kita kena iklankan agama & aqidah kita, bahawa kita beriman dengan apa yang Allah turunkan. 
    Maka itulah iman yang syamil & yang sempurna dan jitu, iklankan bahawa kita bukan bersama dengan orang kafir!
    Kemudian apabila sudah iklan & mengaku; kita juga wajib beramal dengan ajarannya serta minta Allah sabatkan kita, tuliskan kita bersama dengan para pejuang Islam yang mantap dalam membela Al-Quran & Sunnah Nabi SAW.
  1. Ayat 55- {(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu,}-

    Nabi Isa AS tidak mati tetapi Allah angkatkannya ke langit, ke sisi-Nya.
    Bukan seperti dakwaan kafir nasrani & yahudi yang mengatakan Nabi Isa telah mati disalib!
    Inilah pegangan & keyakinan kita sebagai orang Islam yang beriman bahawa Nabi Isa tidak mati, bahkan dia diangkat ke langit oleh Allah SWT ke sisi-Nya hampir 2000 tahun yang lalu, dan dia akan diturunkan pula ke dunia pada akhir zaman nanti, pada waktu yang ditetapkan Allah swt.! {Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.}-
    Kita kena ingat sebijak mana rancangan jahat orang kafir, kita kena yakin bahawa perancangan yang disusun oleh Allah SWT lebih bijak dan lebih berkuasa!

    Sebuah buku yang menarik, pernah dibaca oleh AAM lebih kurang 40 tahun dulu, yang mengandungi perancangan rahsia oleh Zionis Yahudi untuk menguasai dunia secara global (a Jewish secret blueprint for global domination) yang bertajuk : 
    Protokol Impian Zionis- atau dalam bahasa Inggerisnya :
    The Protocols of the Learned Elders of Zion- diterjemahkan oleh Victor E. Marsden. https://www.bookurve.com/…/97896…/protokol-impian-zionis

    Tepat sekali pada hari ini melalui era globalisasi, mereka orang kafir & yahudi telah berjaya & ada yang tidak berjaya lagi, tetapi yang pasti mereka berjaya menelanjangkan aqidah & akhlaq orang Islam. Allahu al-Musta’an.

    Mengikut ulama’ Islam : Globalisasi ialah orang putih atau orang kafir mahu:
    Kita orang Islam makan, pakai & buat apa yang mereka orang kafir buat seperti pergaulan bebas & dedah aurat! Ini sudah terbukti; ada yang berjaya ada yang masih dalam proses kejayaan mereka! Sama ada kita berada di negara kafir atau negara yang dikatakan negara umat Islam- sama saja- semua anasir-anasir mereka ini telah menular masuk dan sebati dalam jiwa &masyarakat Islam kita!

Semoga Allah jaga aqidah kita dan anak cucu, zuriat keturunan kita selamanya!
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam

Powered by BetterDocs