ANGAN SERU MAKHLUK TIADA KUASA, TUNAIKAN SOLAT & KIAMAT PASTI TERJADI.
Full video : https://youtu.be/AqdPo7qiQqQ?si=4Mgeh61GsQRkgDj2
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-An’am ini dengan ayat 71 sehingga 73 dalam juzu’ ketujuh.
- Dalam siri ini Allah SWT melarang agar jangan seru makhluk yang tiada kuasa, tidak boleh memberi manfaat & mudharat.
Jangan kembali semula ke belakang menjadi kafir selepas beriman!
- Kemudian Allah perintahkan kita supaya tunaikan solat dengan betul, dengan jaga waktunya, rukun dan syarat & khusyuknya!
- Allah juga nyatkan bahawa kiamat pasti terjadi, hanya dengan Allah berfirman: Jadilah! {كُن} maka jadilah {فَيَكُونُ} ia!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang ada golongan yang mempermain-mainkan agama atau kumpulan yang agamanya adalah bermain-main!
ii- Maka datang ayat ini sekali lagi Allah mahu menempelak puak penyembah berhala dengan ayat sentap; kamu sembah sesuatu yang tidak bergerak dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat & mudharat kepada kamu!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
AYAT 71- {KATAKANLAH: “PATUTKAH KITA MENYERU SERTA MENYEMBAH YANG LAIN DARI ALLAH, SESUATU YANG TIDAK DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA DAN TIDAK DAPAT MENDATANGKAN MUDARAT KEPADA KITA; DAN (PATUTKAH) KITA DIKEMBALIKAN UNDUR KE BELAKANG (MENJADI KAFIR MUSYRIK) SETELAH KITA DIBERI HIDAYAH PETUNJUK OLEH ALLAH (DENGAN AGAMA ISLAM), SEPERTI ORANG YANG TELAH DISESATKAN OLEH SYAITAN-SYAITAN DI BUMI (DI TEMPAT YANG LENGANG) DALAM KEADAAN BINGUNG, SEDANG IA PULA MEMPUNYAI SAHABAT-SAHABAT YANG MENGAJAKNYA KE JALAN YANG LURUS (DENGAN BERKATA KEPADANYA): “MARILAH BERSAMA-SAMA KAMI. “KATAKANLAH: “SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH ITULAH SEBENAR-BENAR PETUNJUK, DAN KITA DIPERINTAHKAN SUPAYA BERSERAH DIRI KEPADA TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM”.} (AL-AN’AM 6:71)
- Sekali Allah perintahkan kepada Rasulullah SAW untuk berkata kepada puak kafir itu:
Apakah patut kamu sembah dan minta pertolonan sesuatu selain daripada Allah!
Sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat & mudharat kepada kamu! Sedangkan Allah yang berkuasa untuk memberi semua itu!
- Kemudian tanya lagi agar mereka sentap & berfikir; Apakah kita mahu undur semula ke belakang iaitu dengan menjadi kafir seperti pada zaman jahiliyyah setelah Allah beri hidayah & petunjuk kepada kita?
- Kisahnya puak kafir datang nak attack Nabi SAW agar menyembah berhala seperti mereka pada hari tertentu dan sembah Allah pada hari lain.
Atas nama toleransilah konon!
- Kita hari ini pun berhati-hatilah. Tidak boleh sesekali berkompromi atau toleransi begitu, agama kita agama kita, agama mereka agama mereka : {لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ}!
Jangan pula kita pergi menumpang atau menunggang atas agama orang.
- Agama kita ada cara kita, agama dia ada caranya, itu baru nama toleransi.
Kita tidak berkelahi atau paksa orang masuk agama kita tetapi bertolak ansur setakat yang dibenarkan agama kita!
- Maka dalam ayat ini Allah SWT ajar kepada kita jangan undur balik ke belakang iaitu ke zaman jahiliyyah dulu, zaman sebelum beriman kepada Allah.
Allah buat bandingan agar kita boleh nampak!
- Iaitu menjadi kafir semula selepas diberi hidayah oleh Allah, jadilah mereka seperti orang yang disesatkan syaitan di tengah jalan, maka dia akan jadi kebingungan, tercengang-cengang tidak tahu nak ke mana, tidak akan sampai ke destinasinya.
- Sedangkan keluarga & sahabatnya yang beriman telah mengajak dia untuk ikut mereka, pilih jalan yang benar dengan beriman.
Tetapi dia yang kerasukan telah pilih ikut syaitan lalu terus berada di atas jalan kesesatan.
- Maka Allah ajar kepada Nabi SAW untuk mengatakan kepada golongan kafir itu bahawa hanya jalan yang Allah tunjukkan itulah yang sebenarya, jalan bagi orang yang mendapat petunjuk.
Kerana itulah Allah kata jalan hidayah itu hanya satu manakala jalan yang sesat itu amat banyak!
- Di akhir ayat Allah nyatakan bahawa kita semua manusia ini:
i- Diperintahkan supaya berserah diri, tauhid kepada Allah, tunduk & akur akan perintah-Nya, beribadat & menyembah Allah semata-mata.
ii- Ini kerana Allah-lah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
AYAT 72- {DAN (DIPERINTAHKAN): HENDAKLAH KAMU MENGERJAKAN SEMBAHYANG DAN BERTAQWA KEPADANYA, DAN DIA LAH TUHAN YANG KEPADANYA KAMU AKAN DIHIMPUNKAN (PADA HARI AKHIRAT KELAK).} (AL-AN’AM 6:72)
- Dalam ayat ini dinyatakan lagi kriteria orang yang beriman & bertaqwa iaitu mendirikan solat dengan sempurna dengan menjaga rukunnya & yang sunatnya.
- Kemudian menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah iaitu mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Inilah makna taqwa yang paling ringkas; Buat yang Tuhan suruh, tinggal yang Allah larang!
- Ingatlah kepada Allah jualah kita semua akan dikembalikan dan kepada-Nya kita akan dihimpunkan pada hari akhirat kelak serta dibalas segala amalan, yang baik ke syurga & yang jahatnya akan ke neraka!
Na’uzu billah!
AYAT 73- {DAN DIA LAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DENGAN (TUJUAN) YANG BENAR, DAN (DIA LAH JUGA) PADA MASA (HENDAK MENJADIKAN SESUATU) BERFIRMAN: “JADILAH”, LALU TERJADILAH IA. FIRMANNYA ITU ADALAH BENAR. DAN BAGINYALAH KUASA PEMERINTAHAN PADA HARI DITIUPKAN SANGKAKALA. IA YANG MENGETAHUI SEGALA YANG GHAIB DAN YANG NYATA, DAN DIA LAH YANG MAHA BIJAKSANA, LAGI MAHA MENDALAM PENGETAHUANNYA.} (AL-AN’AM 6:73)
- Allah SWT cipta langit dan bumi ini dengan benar iaitu ada tujuan, matlamat dan objektifnya.
Bukan hanya sekadar suka-suka begitu saja, ada hikmah yang besar.
- Antara hikmah kejadian itu ialah:
i- Allah nak menzahirkan penciptaan-Nya. Lengkap dan indah sekali ciptaan-Nya; langit di atas bumi di bawah.
Juga menunjukkan kuasa & kudrat-Nya serta keEsaan-Nya yang sempurna.
ii- Allah juga nak nyatakan taklif (beri tugasan) ke atas hamba-Nya, manusia & jin.
Allah suruh buat ini dan tinggalkan ini!
Tetapi semua hamba Allah yang kafir atau beriman atas dunia ini akan dapat rezekinya masing-masing.
iii- Kemudian keadilan Allah SWT akan terserlah apabila semuanya dibangkitkan di Akhirat kelak untuk menerima hisab perhitungan & pembalasan yang adil. Yang baik dapat baik yang jahat dapat buruk, inilah zahirnya keadilan Allah SWT!
- Firman Allah SWT tentang ini juga: Maksudnya:
{Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.} (Saad 38:27)
- Allah yang apabila Dia hendak menjadikan sesuatu, Dia berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia { كُن فَيَكُونُ ۚ}.
Ini tiada keraguan padanya dan apa yang Allah beritahu itu benar belaka & tiada firman-Nya yang sia-sia!
- Ulama’ berbincang tentang bilakah kejadian ini { وَيَوْمَ}:
i- Pada hari Kiamat. Allah berfirman ‘kun’ maka sekelip mata jadi belaka. Tiada keraguan akan tentang apa yang Allah firman semuanya benar & tidak sia-sia.
ii- Apa yang terjadi pada hari Kiamat, lebih kurang juga.
iii- Allah perintahkan kepada malaikat untuk tiup sangkakala maka semua makhluk bagkit hidup semula.
Asal Allah perintahkah; ia terjadi tak kira bila pun!
- Allah SWT yang Esa yang Tunggal, pada hari Kiamat hanya Kerajaan yang Allah ada tiada yang selain darinya!
Atas dunia ini adalah juga kerajaan dan pemerintah lain walaupun tidak kekal tetapi ada juga sedikit kuasa.
Mereka semua ini juga akan diadili di Akhirat kelak baik atau buruk pemerintahan mereka!
Hari ini dalam sejarah, semalam 8hb Disember 2024 jatuhnya Kerajaan Basysyar Asad di Syria.
Apa yang akan terjadi selepas itu wallahu a’lam! Kita doakan kebaikan untuk rakyat & negaranya.
- FirmanNya itu adalah benar, dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala.
Tiada siapa yang boleh lawan & tiada siapa yang mengaku mempunyai kekuasaan pada hari itu!
- Ayat ini ditafsir dengan firman Allah ini:
Maksudnya:
{Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): “Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): “Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!} (Ghaafir 40:16)
- Allah SWT juga yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata.
Allah tahu semua perbuatan yang kita buat secara senyap atau sembunyi:
i- Seperti sedekah atau kebaikan yang kita buat tetapi yang tiada siapa tahu jangan bimbang Allah tahu sagalanya dan akan membalasanya!
ii- Begitu juga sebaliknya, orang yang buat maksiat secara senyap & sembunyi, Allah juga maha mengetahui dan akan membalasnya juga!
- Allah SWT menyatakan dua sifat-Nya lagi diakahir ayat ini:
i- Dan Dia lah Yang Maha Bijaksana {ٱلْحَكِيمُ}, segalanya perbuatannya penuh hikmah dan kebijaksanaan.
Alam ini indah tersusun- aman damai sehingga manusia derhaka kepada Allah; maka keamanan akan bertukar menjadi bala!
ii- Lagi Maha mendalam pengetahuanNya {ٱلْخَبِيرُ}. Allah tahu semua apa yang kamu buat atas dunia ini baik atau buruk!
- Yakni apabila manusia buat banyak maksiat, Allah akan turunkan bala sebagai sebahagian ujian dari-Nya.
Yakni apabila Allah SWT murka maka Dia akan datangkan balanya!
Sama seperti keadaan banjir di negara kita hari ini yang tidak dijangka dan disangkakan, bukan seperti kebiasannya!
!الله المستعان
- Maka perbanyakkanlah doa kepada Allah SWT:
Ya Allah janganlah kamu ambil tindakan ke atas kami dengan sebab perbuatan segilintir manusia yang buat maksiat di kalangan kami!
Hanya inilah usaha kita berdoa kepada Allah, tetapi jika ujian datang juga kita bersabarlah!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 71- {Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita;…}-
Patutkah kita seru makhluk yang tidak dapat memebri manfaat dan mudarat kepada manusia!
Allah suruh Rasulullah SAW pergi berdialog dengan mereka yang sesat ini!
Ayat ini nak menolak kefahaman & pegangan puak penyambah berhala, jin syaitan, kubur dan sebagainya.
Kita nak minta bantuan pertolongan & bantuan mintalah dengan Allah yang di tangan & kuasa Allah segala perkara.
Apabila Allah nak beri tiada siapa yang boleh sekat & apabila Allah nak sekat tiada siapa boleh beri!
Kita juga tidak akan sesekali mundur ke belakang, menjadi kafir atau syirik selepas mendapat hidayah perintah dari Allah SWT!
- Ayat 71- {… seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung,…}-
Allah buat analogi orang yang sesat seperti orang yang dirasuk oleh syaitan di tengah padang luas, terumabang-ambing tak tahu nak pergi ke mana!
Kita ada al-Quran & Sunnah Nabi SAW, kita kembali kepada dua sumberi ini berdasarkan tafsiran yang ikut ulama’ Salafus-Soleh, tetapi jangan tafsirnya ikut kehendak nafsu- akan penah & sesat.
Satu lagi bandingan tentang syaitan ini yang mudah nampak yang Allah buat ialah seperti orang yang makan riba:
Maksudnya:
{Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu…} (Al-Baqarah 2:275)
Kita jangan hanyut, kerana kita ada Allah kita ada Rasulullah SAW dan kita ikut panduan dari para ulama’ Islam yang muktabar, maka jangan ikut syaitan!
- Ayat 71- {… “Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.}-
Allah kata petunjuk yang benar hanya petunjuk dari Allah, siapa yang cari selain dari itu akan sesat!
Petunjuk Allah itu ialah dalam al-Quran, syaitan cukup takut jika manusia ini belajar al-Quran, tadabbur al-Quran dan amal ikut ajarannya!
Al-Quran adalah kitab hidayah yang sebenarnya.
Bukan hanya sekadar majlis dan hormat saja.
Kita juga akur kepada Allah SWT kerana kita akan kembali kepada Allah akhirnya!
Maka jangan berani buat dosa maksiat jika tidak mahu kena azab & siksa.
- Ayat 71- {… dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.}-
Kita diperintahkan untuk akur & tunduk kepada perintah Allah.
Kerana Islam itu maknanya: agama, undang-undang, peraturan dan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.
Kita Islam kepada Allah, yakni kita terima apa yang Allah suruh kita buat, apa yang dilarang-Nya kita tak buat.
Terimanya pula dengan hati yang tenang & dada yang lapang!
Kenapa tak buat?
Kerana Allah suruh begitu juga sebaliknya!
Yakni kita berserah diri ikut segala perintah Allah, yang Allah larang kita tinggalkan!
Inlah orang yang tunduk akur taat setia kepada Allah. Inlah orang yang benar-benar ikhlas kepada Allah Azza wa Jalla.
- Ayat 73- {… Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala…}-
Kita yakin dan percaya bahawa kita semua akan mati & yang mati akan hidup semula apabila serunai sangkakala ditiup oleh malaikat dengan perintah Allah!
Kerana itu kita berusahan jadi manusia yang baik, yang taat kepada perintah Allah kerana di sana adanya hari Pembalasan.
Di akhir ayat Allah beri dua sifat-Nya:
i- Dan Dia lah Yang Maha Bijaksana {ٱلْحَكِيمُ},
ii- Lagi Maha mendalam pengetahuanNya {ٱلْخَبِيرُ}.
Maka kamu jangan pertikaikan apa yang Allah buat, jangan pertikai undang-undang Allah.
Kita orang yang beriman tahu bahawa segala hukum yang Allah adalah sesuai dan tepat, bukan zalim, kejam atau cuai.
Boleh baca Kitab ini untuk menambahkan kefahaman: Keindahan Islam. https://dartaibah.com/…/Keindahan-Islam-Cetakan-Baru…
Allah SWT juga Maha Mengetahui segalanya, kamu tidak boleh lari ke mana pun atau sembunyi di mana, hari didedahkan segala rahsia terbuka di depan mata!
Ya Allah kami memohon dengan nama-Mu yang indah dengan sifat-Mu yang maha tinggi; hidupkan kami sebagai orang yang beriman, yang yakin dengan undang-undang Islam, yang tunduk & akur kepada perintah Allah, orang yang berpegang dengan Sunnah Rasulullah SAW.
Orang yang mati dalam husnul-Khatimah lalu layak berada di bawah panji-panji Rasulullah, layak minum di kolam Nabi SAW dan layak menjadi ahli syurga-Mu!
Jadikan kami dan semua keluarga serta orang kami sayangi mendapat keredhaan-Mu dan layak masuk syurga-Mu!
Alhamdulillah, tamatlah kuliah tafsir ringkas kita untuk hari ini.
Semoga memberi manfaat & faedah dunia Akhirat.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.