JANGAN HARAMKAN PERKARA HALAL, MAKANAN HALAL TOYYIBAN & JENIS SUMPAH DAN KAFFARAHNYA.
Full video : https://youtu.be/nRi4_LahxaA?si=CvHYIfNGWVDmJ0yL
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-Ma’idah ini dengan ayat 87 sehingga 89, dalam juzu’ ketujuh.
- Dalam siri ini Allah SWT menyatakan agar jangan haramkan perkara yang Allah telah halalkan dari perkara yang baik.
Jika kita suka & tak sesuai selera dengan individu kamu yang tinggalkannya bukan haramkan.
- Allah juga menyatakan yang baik ialah makanan yang halal lagi toyyiban, baik.
- Dinyatakan juga beberapa jenis sumpah dan kaffarahnya (dendanya) jika langar sumpah.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT puji ahli ibadat & ahli agama nasrani {الرهبان} yang antara gaya hidup mereka ialah melampaui dalam sudut zuhud.
Antaranya; paderi mereka tidak boleh berkahwin, tidak makan daging serta beberapa lagi perkara baik yang Allah halalkan tetapi mereka tinggalkan.
ii- Maka datang ayat ini sebagai satu peringatan kepada orang Islam, walaupun Allah puji sifat mereka yang baik & zuhud; tetapi apa yang mereka reka & tambah dari segi ibadat, haramkan yang halal, tingalkan yang baik itu tidak Allah puji kerana ia menyalahi fitrah manusia yang normal.
Alhamdulillah Allah beri kita nikmat Islam, mencintai al-Quran & mengamalkannya serta mencintai Sunnah Nabi SAW serta mengamalkannya juga bukan mereka-reka mencari yang lain.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 87- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JANGANLAH KAMU HARAMKAN BENDA-BENDA YANG BAIK-BAIK YANG TELAH DIHALALKAN OLEH ALLAH BAGI KAMU, DAN JANGANLAH KAMU MELAMPAUI BATAS (PADA APA YANG TELAH DITETAPKAN HALALNYA ITU); KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS.} (AL-MA’IDAH 5:87)
- Allah bawa peringatan kepada orang yang beriman janganlah kamu haramkan ke atas diri kamu apa yang Allah telah halalkan kepada kamu dari perkara yang baik seperti perkahwinan, makanan, minuman dan seumpamanya.
- Jangan kamu tolak nikmat yang Allah telah beri kepada kamu dengan mengatakan yang halal itu haram kerana ia akan menjadikan kufur nikmat.
Jika tidak dapat makan atau guna kerana ada sebab seperti kesihatan dan lain-lain tidak apa tinggalkan tetapi jangan kata haram!
- Firman Allah SWT:
Maksudnya: {Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.} (Al-Nahl 16:116)
Sama juga yang Allah haramkan kamu halalkan pun adalah satu pendustaan terhadap Allah SWT! Seperti arak & judi yang haram, kamu halalkan dan lain-lain.
- Hadis- Anas RA menceritakan ada tiga sahabat yang mendatangi rumah isteri Rasulullah SAW untuk menanyakan bagaimana Baginda SAW dalam beribadah. Setelah mereka bertiga diberitahu perihal perbuatan Baginda SAW, mereka berasa ibadat mereka selama ini sangat sedikit, lalu berkatalah ketiga-tiganya: “Kita ini siapa dibandingkan dengan Rasulullah! Padahal Baginda seorang yang telah diampuni dosa-dosanya baik yang lalu mahu pun yang akan datang.” Kemudian seorang daripada mereka bertiga berkata: “Kalau begitu aku akan solat malam terus menerus (dan tidak tidur).” Seorang lagi berkata: “Adapun aku, aku akan berpuasa seharian penuh dan tidak berbuka.” Seorang lagi berkata: “Kalau aku, aku akan memisahkan diri daripada wanita dan tidak akan menikah selamanya.” Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah SAW mendatangi mereka seraya bertanya: “Apakah kamu yang tadi berkata demikian dan demikian? Adapun aku, demi ALLAH, sungguh aku adalah orang yang paling takut dan bertakwa kepada ALLAH di antara kamu. Akan tetapi bersamaan dengan itu, aku berpuasa dan aku pun berbuka. Aku solat dan aku pun tidur. Aku pun menikah dengan wanita. Dan siapa saja yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan daripada golonganku.” [HR Bukari & Muslim].
- Hadis- Usman bin Maz’un RA yang minta izin kepada Rasulullah SAW untuk tidak berkahwin semasa tiba di Madinah, tetapi Rasulullah SAW tidak izinkan. [HR Bukhari].
Serta banyak hadis-hadis lain yang menunjukkan Rasulullah SAW melarang & tidak membenarkan para sahabat buat perbuatan yang menyalahi fitrah semulajadi manusia yang telah Allah halalkannya!
- Allah SWT akhiri ayat ini dengan mengingatkan janganlah kamu melampaui batas pula dalam apa yang telah ditetapkan halalnya itu; makan banyak melampaui batas atau gaya hidup membazir.
- Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas!
Segala perkara hendaklan sekadar kemaampuan & keperluan yang ada.
- Bak kata pepatah Arab : Hulurkan kaki kamu setakat panjang selimut kamu! Jangan selimut pendek kamu hulurkan sehingga terjulur keluar kaki.
AYAT 88- {DAN MAKANLAH DARI REZEKI YANG TELAH DIBERIKAN ALLAH KEPADA KAMU, IAITU YANG HALAL LAGI BAIK, DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH YANG KEPADANYA SAHAJA KAMU BERIMAN.} (AL-MA’IDAH 5:88)
- Wahai orang yang beriman, makanlah segala rezeki yang halal lagi baik yang Allah telah permudahkan untuk kami.
- Maksud halal & baik-
i- Baik dari segi kesihatan, contoh gula yang halal, tetapi bagi orang yang ada penyakit kencing manis (diabetes) ia tidak baik untuk mereka mengambilnya dengan kuantiti yang banyak.
Begitu juga seperti dengan garam, daging & segala makanan & minuman lain yang halal! Kerana itu berpadalah jangan melampau dalam segenap perkara!
ii- Baik dari kebersihan, contoh air yang memang halal dan bersih, tetapi kena periksa pula tengok keadaan kilangnya, alat-alatnya, bekas, pekerjanya dan sebagainya.
Jika kotor dan tidak ikut piawai kebersihan yang sepatutnya maka pastilah ia tidak baik walaupun halal!
- Hadis – sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW agar kita baca setiap pagi; Doa Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” [HR Ibn Majah (925)].
Nabi SAW ajar kita minta rezeki yang baik bukan hanya yang banyak, kerana rezeki bagi setiap orang itu berbeza keperluannya.
Maka rezeki yang baik adalah yang sesuai dengannya serta yang boleh membawa kebaikan baginya bukan yang makin menjauhkannya dari Tuhan.
- Ayat ini ditafsir dengan firman Allah SWT ini:
{…dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.} (Al-A’raf 7:31)
Allah tidak suka kepada orang yang melampau kerana membawa kepada membazir & boros. Harta itu untuk kita kongsi-kongsikan nikmatnya.
AYAT 89- {KAMU TIDAK DIKIRA SALAH OLEH ALLAH TENTANG SUMPAH-SUMPAH KAMU YANG TIDAK DISENGAJAKAN (UNTUK BERSUMPAH), AKAN TETAPI KAMU DIKIRA SALAH OLEHNYA DENGAN SEBAB SUMPAH YANG SENGAJA KAMU BUAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH. MAKA BAYARAN DENDANYA IALAH MEMBERI MAKAN SEPULUH ORANG MISKIN DARI JENIS MAKANAN YANG SEDERHANA YANG KAMU (BIASA) BERIKAN KEPADA KELUARGA KAMU, ATAU MEMBERI PAKAIAN UNTUK MEREKA, ATAU MEMERDEKAKAN SEORANG HAMBA. KEMUDIAN SESIAPA YANG TIDAK DAPAT (MENUNAIKAN DENDA YANG TERSEBUT), MAKA HENDAKLAH IA BERPUASA TIGA HARI. YANG DEMIKIAN ITU IALAH DENDA PENEBUS SUMPAH KAMU APABILA KAMU BERSUMPAH. DAN JAGALAH – PELIHARALAH SUMPAH KAMU. DEMIKIANLAH ALLAH MENERANGKAN KEPADA KAMU AYAT-AYATNYA (HUKUM-HUKUM AGAMANYA) SUPAYA KAMU BERSYUKUR.} (AL-MA’IDAH 5:89)
- Kemudian dalam ayat ini Allah nyatakan tentang hukum beberapa jenis sumpah yang biasa yang diucapkan oleh manusia.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat sebelum ini Allah kata kamu jangan haramkan apa yang Allah halalkan.
Mengikut budaya Arab biasanya apabila mereka nak haramkan sesuatu perkara mereka akan bersumpah dengan (wallahi aku tak akan makan benda ni…) atau sumpah yang biasa keluar dari mulut bukan niat untuk bersumpahpun.
Ataupun bersumpah dalam keadaan marah, saja mulut celupar & cepat.
ii- Kemudian datang ayat ini Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan ambil kira sumpah-sumpah yang keluar secara spontan yang bermain dilidah tanpa qasad (niat) untuk bersumpah atau sumpah yang tidak betul jalan. {بِٱللَّغْوِ فِىٓ أَيْمَـٰنِكُمْ}- iaitu sumpah yang bukan niat bersumpah dengan sebenarnya.
- Tetapi Allah akan ambil kira sumpah yang memang apabila seseorang itu berniat dengan sesungguhnya atau yang diperwajibkan ke atas dirinya sendiri seperti nazar yang tidak menyalahi Syara’. {بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلْأَيْمَـٰنَ ۖ}- yang kamu kuatkan dengan sebut nama Allah.
- Maka sesiapa yang melanggar sumpah yang dibuat dengan nama Allah ini dikira dia telah melanggar sumpah & bermain-main dengan nama Allah!
Apatah lagi yang bersumpah kemudian lari dari tanggungjawab.
- Maka bagi mereka yang langar sumpah ini wajib ini maka baginya kaffarah denda yang boleh dipilih antara tiga ini:
i- Beri makan 10 orang miskin dengan makanan ruji dan sederhana yang kamu biasa makan. atau;
ii- Atau memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau;
iii- Membebaskan seorang hamba!
Kaffarah ini adalah dengan cara tertib pilihan bukan wajib ikut turutan!
- Tetapi bagi sesiapa yang tidak mampu untuk melakukan salah satu daripada tiga denda pilihan yang telah disebut ini apabila telah langar sumpah maka: dia hendaklah berpuasa selama tiga hari.
Jangan puasa dulu, pilih dulu salah-satu dari 3 pilihan itu, jika tak mampu baru puasa!
Ini ialah sebagai denda penebus sumpah yang dilanggar itu!
- Allah berpesan mengingatkan di akhir ayat ini: Jagalah, peliharalah sumpah kamu apabila kamu bersumpah tunaikannya!
Jangan main-main dan bersumpah dengan mudah-mudah tanpa keperluan!
Orang yang suka bersumpah ialah munafiqin yang tiada hujjah!
Orang beriman jangan begitu, apatah lagi sumpah palsu!
- Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya hukum-hukum agama-Nya dengan jelas supaya kamu bersyukur.
- Antara hukumnya:
i- Jika nak bersumpah, wajib dengan nama Allah bukan dengan makhluk-Nya. (والله, وبالله) jangan bersumpah tak tentu kalu!
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RAnhuma, Nabi SAW bersabda: مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ باللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, atau lebih baik diam.” [HR al-Bukhari (3836) dan Muslim (1646)]
ii- Siapa batalkan sumpah kena kaffarah (denda) kecuali sumpah yang tiada faedah.
iii- Sumpah palsu atau dusta nerakalah tempatnya!
Untuk mendengar kuliah yang detail tentang sumpah boleh dengar Kuliah Kitab Fiqh Manhaji oleh DAAM:
Link: https://youtu.be/WE5dcD-DXiY?si=aRlLOvKkzozufhDQ
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 87- {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu,…}-
Allah SWT menyeru kepada orang yang beriman supaya dengar kerana Allah nak bagi hukum kepada kamu!
Iaitu makanlah apa yang Allah halalkan, jangan haramkan perkara yang Allah halalkan kepada kamu.
Seruan ini juga membawa galakan supaya taat, kitalah orang beriman yang diseru itu; maka kita kena dengar & taaatlah!
Allah mengingatkan jangan sekali-kali kamu mengharamkan secara total benda yang baik-baik yang Allah telah halalkan!
Jika kamu tak suka atau ada masalah dengannya tidak mengapa seperti pantang orang sakit, diet atau seumpamanya.
Jangan ghuluw sangat tapi.
Ayat ini juga memberi peringatan kepada para ulama’ & ahli Feqah umat ini agar jangan gopoh dalam membuat hukum-hakam, berhati-hati nak kata ini harus, itu halal, ini haram dan seumpamanya kecuali setelah diistibatkannya.
Lontaran perbincangan: Isu hibah yang terlalu banyak pulangannya berbanding dengan jumlah yang dicarum oleh peserta, dari manakah datangnya lipat-ganda pulangan duit itu yang amat banyak???
Bagaimana prosesnya dan atas dasar apa jumlah itu?
Nak kata halal kita kena tengok kepada hujjahnya & nak kata haram kita kena lihat kepada sebabnya!
Maka fuqaha’ ummah seperti ahli majis fatwa kena berhati-hatilah sebelum mengeluartkan sesuatu fatwa.
- Ayat 88- {Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu…}-
Makanlah sebahagian daripada apa yang Allah rezekikan kepada kamu.
Bukan makan kesemuanya, setakat keperluan jangan melampau!
Yang bakinya kamu sedekah & infaqkanlah sebagai satu kebajikan & amalan yang baik.
Ayat ini juga menunjukkan Allah yang beri rezeki bagi setiap manusia atas dunia ini.
Maka kita pun gunakanlah rezeki itu dengan baik, jangan melampau, jangan sombong!
Jangan membazir sedangkan di sekeliling kita masih ramai insan yang memerlukan.
{Dan makanlah dari rezeki …}-
Kenapa Allah sebut makan selepas Allah kata jangan haramkan apa yang Allah telah halalkan kepada kamu?
Jawapan:
Ini kerana banyak manusia yang tidak guna & haramkan ke atas diri mereka ialah makanan, maka Allah kata gunakanlah ia, jangan haramkan pula!
- Ayat 88- {Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik,…}-
Makanlah apa yang halal & baik. Inilah jenis yang terbaik!
Ini menunjukkan makanan kita wajib ada dua syaratnya iaitu halal ikut hukum dan baik dari segi zatnya pula!
Rezeki yang Allah beri ini ada tiga kategori:
i- Wajib makan & haram tak makan.
Contoh- seperti ubat yang doktor suruh- jika tak makan sakit atau boleh bawa mati. Maka wajib ambilnya kerana manusia kena jaga nyawanya.
ii- Sunat makan- seperti makanan untuk mengguatkan tubuh badan & memperbaiki kekuaatan,
iii- Tak elok jika tak makan- jika saja tak makan walaupun benda halal sehingga beri mudharat seperti kurus dan lemah. Tidak makan sebab saja suka-suka, lebih baik makan jangan sampai membazir.
- Ayat 89- {Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah),…}-
Allah kata Dia tidak ambil tindakan ke atas sumpah yang tidak diniatkan untuk bersumpah, hanya ucapan lidah.
Ayat ini menunjukkan rahmat Allah itu luas. Jika tidak ramailah orang yang berdosa!
Allah tidak ambil tindakan ke atas semua sumpah seperti “Sumpah yang ‘lagha’ ini adalah kebiasaan kita.
Ia sebagaimana kebiasaan dalam kalangan orang Arab yang selalu menyebut lafaz sumpah seperti ‘La Wallah’, ‘Bala Wallah’ atau seumpamana.
Mereka menggunakan perkataan itu untuk menekankan suatu perkara, bukannya bersumpah.
Allah maha kaya luas rahmatnya, Allah hanya ambil kira sumpah yang memang tuannya berniat untuk bersumpah!
Ayat ini juga dalil bahawa sesuatu perbuatan itu bergantung kepada niat!
Jika sesuatu perkara itu tidak sorih (tidak jelas) kita kena lihat & pastikan niatnya dulu, seperti bab cerai talaq & masalah sumpah ini!
Maka jagalah lidah kamu jangan dok bersumpah tak tentu hala & jika dah bersumpah jagalah sumpah itu & tunaikannya!
Hadis- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membuat sesuatu sumpah, kemudian dia melihat sesuatu yang lain lebih baik daripada sumpah itu, maka hendaklah dia melakukannya (melanggar sumpah) dan hendaklah membayar kaffarah sumpahnya.” [HR Muslim].
Jika sumpah palsu (الْيَمِينُ الْغَمُوسُ) maka berdosa & neraka tempatnya. Seperti sumpah mengaku barang orang, untuk menipu dan seumpamanya.
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr RAnhuma, katanya:جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْكَبَائِرُ؟ قَالَ: الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ عُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ الْيَمِينُ الْغَمُوسُ قُلْتُ وَمَا الْيَمِينُ الْغَمُوسُ؟ قَالَ: الَّذِي يَقْتَطِعُ مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ هُوَ فِيهَا كَاذِبٌ”.
Maksudnya: Seorang Arab Badwi datang kepada Nabi SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah dosa-dosa besar itu?” Baginda SAW menjawab, “Menyekutukan sesuatu dengan Allah.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda SAW menjawab, “Kemudian derhaka kepada kedua ibubapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda SAW menjawab, “al-Yamin al-Ghamus (sumpah dusta secara sengaja).” Aku bertanya, “Apakah al-Yamin al-Ghamus itu?” Baginda SAW menjawab, “(Sumpah palsu) yang menjadikan dia mengambil harta seorang Muslim”. [HR al-Bukhari (6255)].
- Ayat 89- {…Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.}-
Allah nyatakan hukumnya kepada kita supaya kita bersyukur.
Ilmu ini adalah nikmat yang Allah berikan kepada kita, maka kita gunakanlah ianya untuk mengenalpastikan halalnya atau haramnya, bergantung pada kepada Syariat, berpaksikan apa yang Allah yang tentukan.
Jangan ikut kepala otak sendiri!
Sebagaimana yang telah disebutkan tadi untuk kita kata halal atau haram sesuatu itu kena ada bukti, dalil, sebab dan hujjahnya.
Kemudian dalam ayat ini juga Allah nyatakan tentang kaffarah denda sumpah!
Kenapa Allah mulakan kaffarah itu dengan memberi makan dulu baru pakaian dan akhirnya yang ketiga merdekakan hamba; sedangkan yang kemudian itu lebih mahal dan besar pahalanya?
Patutnya yang besar pahala dululah!
Ini kerana Allah SWT tidak mahu menyusahkan hamba-Nya dalam menunaikan kaffarah ini.
Memerdekan seorang hamba itu amat mahal & tinggi harganya berbanding dengan memberi makan.
Jadi dalam syari’at sesuatu hukum; Allah juga tidak akan membebankan hamba-Nya yang miskin & tidak mampu!
Jika seseorang itu mampu dan kaya, silakan pilih yang terbaik. Wallahu a’lam.
Alhamdulillah tamatlah kuliah untuk hari ini semoga mendapat ilmu & manfaatnya.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.