SIFAT ORANG MU\’MIN TAAT DAN AKUR, TEGURAN KERAS KEPADA MUNAFIQIN SUKA BERSUMPAH & ARAHAN AGAR DENGAR DAN TAAT.
Full video : https://youtu.be/AQH01RSpvuE
MUQADDIMAH :
- Dalam siri lepas diceritakan tentang sifat kaum munafiq yang berlakon sebagai orang muslim tetapi hatinya tetap kufur dan ingkar, serta penuh dendam kesumat terhadap Rasulullah s.a.w dan kaum mukmin.
- Dalam siri ini dinyatakan pula sifat orang yang mukmin, yang ikhlas beriman, sifat mereka sebaliknya, berbeza besar dengan sifat kaum munafiq itu.
- Beginilah mukjizat al-Quran kisahnya sentiasa datang sepasang dan seimbang, tidak hanya dibawa kisah negatif sebelah pihak tanpa mengajar menunjuk cara yang positif dan, yang pro dan yang kontranya.
- Allah s.w.t juga menegur sifat munafiq yang keras kepala dan suka bersumpah.
- Akhirnya arahan kepada semua agar mendengar dan taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
- Semoga kita akan mendapat peluang untuk mengamalkan semua arahan dan perintah Allah s.w.t dari segi hukum-hakam Syariah-Nya. Serta kita minta berlindung dari kemurkaan Allah s.w.t.
AYAT 51- {SESUNGGUHNYA PERKATAAN YANG DIUCAPKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERIMAN KETIKA MEREKA DIAJAK KEPADA KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASUL-NYA, SUPAYA MENJADI HAKIM MEMUTUSKAN SESUATU DI ANTARA MEREKA, HANYALAH MEREKA BERKATA: \”KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT\”: DAN MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BEROLEH KEJAYAAN.} (AN-NUUR 24:51)
- Dalam ayat ini diceritakan keadaan dan sifat orang mukmin apabila diajak untuk berhukum kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
- Dengan penuh keimanan mereka berkata: \”Kami dengar dan kami taat\”.
- Ayat ini datang selepas Allah s.w.t menceritakan sifat buruk dan putar belit kaum munafiq. Mereka enggan menerima hukum yang Rasulullah s.a.w bawa.
- Sifat mereka samada berpaling dari awal lagi tidak mahu mendengar ajaran Nabi s.a.w, atau dengar dulu tetapi tetap ingkar tidak mahu ikut! مُعْرِضُونَ و يَتَوَلَّى
- Lalu Allah s.w.t ajar pula sifat yang sepatutnya dibuat dan dilakukan oleh orang yang beriman selepas mengetahui sifat buruk.
- Inilah gaya uslub al-Quran, mengajar yang benar selepas menceritakan tentang yang batil dan salah. Juga memberi peringatan kepada perkara yang sepatutnya yang dilakukan selepas kita bongkar dan belajar perkara yang tidak sepatutnya.
- Selepas menerima maklumat yang benar dan mengetahui apa maklumat yang salah, maka atas kita untuk membuat penilaian yang sebaik-baiknya.
- Inilah hikmah belajar dan tadabbur al-Quran, kita kena belajar semua sudut ilmu, akidah, tauhid, ibadat dan muamalat serta akhlak sesama manusia.
- Inilah sifat yang mesti dipegang oleh orang mukmin, bukan setakat dengar dan taat, tetapi juga redha atas hukum dan ketetapan Allah dan Rasul-Nya.
- Maka mereka itulah orang-orang yang akan beroleh kejayaan. Allah s.w.t akan masukkan mereka ke dalam syurga dan itulah kejayaan abadi.
AYAT 52- {DAN SESIAPA YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA DAN TAKUT MELANGGAR PERINTAH ALLAH SERTA, MENJAGA DIRINYA JANGAN TERDEDAH KEPADA AZAB ALLAH, MAKA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG BEROLEH KEMENANGAN.} (AN-NUUR 24:52)
- Dalam ayat ini dijelaskan lagi sifat yang wajib ke atas seorang mukmin:
i- taat kepada Allah dan Rasul-Nya, يُطِعِ اللَّهَ
ii- takut untuk melanggar perintah Allah s.w.t, وَيَخْشَ اللَّهَ
iii- serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah. وَيَتَّقْهِ - Sekali lagi Allah mengatakan: {Maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.} Allahu Akbar, betapa satu jaminan yang amat besar!
AYAT 53- {DAN MEREKA (YANG MUNAFIK) BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH, DENGAN SEBEBAR-BENAR SUMPAHNYA: BAHAWA JIKA ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) PERINTAHKAN MEREKA (KELUAR BERJIHAD), TENTULAH MEREKA AKAN KELUAR. KATAKANLAH: \”JANGANLAH KAMU BERSUMPAH, (TAAT KAMU ITU) TAAT YANG TERKENAL (DUSTANYA). SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT MENDALAM PENGETAHUANNYA TENTANG APA YANG KAMU LAKUKAN\”.} (AN-NUUR 24:53)
- Dalam ayat ini Allah s.w.t ceritakan lagi sifat seorang munafiq:
i- bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya:
ii- bahawa jika Rasulullah s.a.w perintahkan mereka untuk keluar berjihad, mereka mengatakan tentulah mereka akan keluar dengan segera, sedangkan tidak sekali-kali! - Lalu Allah s.w.t perintahkan kepada Rasulullah s.a.w agar melarang mereka dengan berkata janganlah kamu bersumpah; sumpah setia dan taat kamu itu hanyalah dusta semata, bohong dan tidak ikhlas.
- Ini satu teguran keras agar jangan mempermainkan agama dan bersumpah ikut sedap mulut walaupun keadaan tidak memerlukan.
- Kata as-Sam\’ani; Adapun maksud perkataan: طَاعَةٌ مَعْرُوفَةٌ ada 3 pandangan ulama\’:
i- menegur agar jangan bersumpah, jika ikhlas tunjukkan ketaatan yang benar!
ii- ketaatan yang patuh itu lebih baik daripada bersumpah.
iii- ketaatan yang ditunjukkan munafiq itu ketaatan yang terbukti dusta dan palsu.
*Manakala bagi orang mukmin, dengar, taat dan terus melakukan tanpa perlu bersumpah adalah ketaatan yang dikenali. - Dari Abu Hurairah dari Nabi S.A.W, baginda bersabda: \”Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat\”. (HR Bukhari No: 32)
- Allah s.w.t tutup ayat untuk meningatkan golongan munafiqin dan kita orang mukmin juga dengan ayat: {Ingatlah Sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.}
- خَبِيرٌ yakni amat mendalam dan meliputi segalanya ilmu Allah s.w.t Bukan setakat mengetahui secara biasa, maka kita jangan berani main-main dan bersumpah dusta menyangka Allah s.w.t tidak tahu apa yang ada dalam hati manusia.
AYAT 54- {KATAKANLAH LAGI (KEPADA MEREKA): \” TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN TAATLAH KEPADA RASUL ALLAH. KEMUDIAN JIKA KAMU BERPALING INGKAR MAKA KETAHUILAH BAHAWA SESUNGGUHNYA RASUL ALLAH HANYA BERTANGGUNGJAWAB AKAN APA YANG DITUGASKAN KEPADANYA, DAN KAMU PULA BERTANGGUNGJAWAB AKAN APA YANG DITUGASKAN KEPADA KAMU. DAN JIKA KAMU TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU BEROLEH HIDAYAH PETUNJUK; DAN (SEBENARNYA) RASUL ALLAH HANYALAH BERTANGGUNGJAWAB MENYAMPAIKAN PERINTAH-PERINTAH ALLAH DENGAN PENJELASAN YANG TERANG NYATA\”.} (AN-NUUR 24:54)
- Allah s.w.t memerintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk berkata kepada golongan munafiqin ini sekali lagi agar taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah.
- Ini peringatan agar kita jangan sekali-kali terperangkap dengan manis mulut dan di\’ayah puak ini. Jangan terpedaya menjadi penyokong kepada mereka jika sudah jelas keingkaran dan kekufuran mereka, tidak selari perbuatan mereka dengan al-Quran dan sunnah walaupun nampak baik luarannya.
- Firman Allah s.w.t: { Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu redha akan mereka; oleh itu jika kamu redha akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak redha akan kaum yang fasik.} (At-Taubah 9:96). Yakni jangan sekali kita redha kepada mereka, kerana Allah s.w.t tidak redha akan kaum yang fasik.
- Tetapi dalam masa yang sama jangan kita mudah menjatuhkan hukum atau memberi gelaran dalam bab ghaib yang kita tidak tahu, seperti mengatakan seseorang itu ahli syurga atau neraka. Tidak semudah itu, buat ayat seumpama doa tidak mengapa, tetapi jangan sekali-kali memberi gelaran, anak syurga, ahli syurga, bidadari syurga dan seumpamanya.
- ini kerana jelas dalam sebuah hadis ada Rasulullah s.a.w menegur seorang sahabat yang berkata demikian.
Hadis Ummu Al \’Ala\’ Memuji Uthman bin Maz\’un selepas kewafatannya [Lihat Mukhtasar Bukhari, Hadis No. 636]
Dan Penjelasannya di:
Lihat di youtube: https://youtu.be/CoFQChTPfzc
Lihat rakaman penuh syarah hadis: https://youtu.be/huVHZfGUql0 - Kemudian Allah jelaskan jika kaum munafiq masih lari dan ingkar menerima dakwah Rasulullah s.a.w maka tugas dan tanggung-jawab Baginda sudah selesai, untuk menyampaikan yang hak dan benar. Begitu juga tugas para pendakwah.
- Manakala mereka yang berpaling itu juga akan bertanggung-jawab ke atas dirinya sendiri. Jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk.
- Hadis Rasulullah s.a.w berwasiat kepada para sahabat. Diriwayatkan daripada Al-\’Irbadh bin Sariyah: \”Bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w solat subuh bersama kami, kemudian Baginda berpaling melihat kami lalu memberi satu nasihat tazkirah yang sangat menyentuh hati, semua mata yang ada menangis , hati gementar takut kepada Allah s.w.t.
Pesanan utama Nabi s.a.w: \”Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, dengar dan taat kepada pemimpin walau yang memimpin adalah hamba Habsyah. Sesiapa yang hidup selepas kewafatanku akan melihat perselisihan yang banyak. Hendaklah kalian berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa\’ Al-Rasyidin yang diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham. Jauhilah yang baru (dalam agama) kerana setiap yang baru adalah bid\’ah dan setiap bid\’ah adalah kesesatan\” (Sahih, Abu Daud, At-Tirmizi dan lain-lain.) - Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w berwasiat yang cukup mantap dan mendalam. Sehingga para sahabat dapat merasakan seolah pesanan selamat tinggal:
i- agar bertaqwa kepada Allah s.w.t,
ii- taat kepada pemimpin walaupun seorang yang nampak lemah.
iii- selepas kewafatan Baginda akan berlaku perselisihan yang banyak maka;
iv- berpeganglah dengan Sunnah Nabi s.a.w dan Sunnah Khulafa\’ Al-Rasyidin yang diberi petunjuk.
v- Berpegang teguhlah dengan sunnah seolah jika gigit, gigitan dengan gigi geraham.
vi- Jauhilah yang baru (dalam agama) kerana setiap yang baru adalah bid\’ah.
v- dan setiap bid\’ah adalah kesesatan. - Allah s.w.t nyatakan sekali lagi bahawa hakikatnya Rasulullah s.a.w hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata.
- Kata seorang ulama, Abu Usman rhm.: \”Sesiapa yang meletakkan Sunnah untuk menguasainya (berpegang teguh), maka dia akan bercakap dengan penuh hikmah.
Manakala sesiapa yang meletakkan hawa nafsu menguasai ke atas dirinya maka dia akan hanya bercakap dengan perkara-perkara yang bid\’ah.\” - Taat kepada Allah s.w.t adalah taat kepada Rasul s.a.w. Maka perkara yang wajib dalam sunnah Rasulullah s.a.w adalah sama seperti apa yang wajib dalam al-Quran samada dalam perkara perintah dan larangan.
- Taat kepada pemerintah/ulama\’ selagi mereka taat kepada Allah s.w.t dan taat kepada Rasul. Jika mereka silap tegurlah dengan baik dan berhikmah.
Wallahu a\’lam.