MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, MUNASABAH DENGAN SURAH SEBELUMNYA & MENYATAKAN FADHILATNYA.
Full video : https://youtu.be/O2WFlzNIeRc
MUQADDIMAH SURAH :
- Alhamdulillah pada hari ini, Pagi Khamis 25 Syawwal 1443H bersamaan 26hb Mei 2022 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Ad-Dukhaan – سورة الدخان
- Surah Ad-Dukhaan adalah surah ke-44 dalam tertib susunan al-Quran, iaitu selepas surah Az-Zukhruf dalam juz ke 25, mengandungi 59 ayat.
- Para ulama\’ tafsir sepakat (ijma\’ ulama\’) mengatakan surah ini diturunkan di Makkah iaitu sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah maka ia adalah surah Makkiyyah.
Ada juga ulama\’ yang menyatakan kecuali ayat 15 yang turun di Madinah.
Tetapi sudah dinukilkan secara ijma\’ ulama\’ ia adalah surah Makkiyyah. - Dinamakan surah ini sebagai Surah Ad-Dukhaan (سورة الدخان)- yang bermakna (Asap) kerana Allah s.w.t menyebut perkataan Ad-Dukhaan pada ayat ke-10:
{ فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ}
Dalam ayat-ayat terdahulu dan selepas darinya Allah telah memberi amaran kepada kaum kafir supaya jangan melawan Rasulullah s.a.w. Jika mereka keras kepala, menentang juga mereka akan ditimpa azab sengsara, semasa langit membawa asap dan kemarau yang jelas nyata yang akan menyebabkan kebuluran yang dahsyat akibat kemarau.
- Ada juga yang menamakannya sebagai surah (حم الدخان).
Kata Ibnu Asyur: dua lafaz ini hanya seperti satu nama sahaja. Ia adalah nama yang sama kerana sudah banyak surah lain yang bermula dengan Ha-Mim dan dinamakan begitu. Maka ia tidak dikira sebagai simbol khas bagi surah ini.
Kerana itu pengarang Kitab al-Itqan tidak menyenaraikan surah ini sebagai surah yang mempunyai banyak nama. Demikianlah ditulis dalam kitab-kitab Mushaf al-Quran dan hadis ia dinamakan hanya dengan Surah Ad-Dukhaan (سورة الدخان). - Allah bagi amaran kepada puak kafir tentang asap yang akan menyebabkan kemarau dan kebuluran. Akan berlaku juga kemarau yang akan menimpa umat nabi Muhammad s.a.w ini yang tidak dengar kata dan dukhan akan keluar pada akhir zaman nanti!
- Hadis Rasulullah s.a.w yang memberitahu antara tanda Kiamat yang besar ialah keluarnya dajjal, yakjuj wa makjuj dan asap tebal.
- Tetapi kita jangan gopoh mengatakan sudah keluar asap ini apabila berlaku jerebu.
Masyarakat kita ini suka sangat mempercepatkan dan beri tarikh kepada Kiamat!
Jangan gopoh, beri dulu peluang untuk kita beribadat dan bertaubat!
INTISARI KANDUNGANNYA :
- Pda awal surah Allah s.w.t menegaskan bahawa al-Quran ini diturunkan pada malam yang diberkati. Iaitu malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan yang diberkati juga. Ayat-ayat ini tidak bercanggah antara satu sama lain.
- Pada malam ini Allah serahkan kepada malaikat laporan taqdir selama setahun seperti senarai orang yang akan mati dalam tahun tersebut.
OBJEKTIF/MAQASID SURAH PIMPINAN AR-RAHMAN :
- Antara objektif utamanya ialah Allah s.w.t turunkan al-Quran sebagai rahmat kepada manusia, untuk menjadi peringatan dan amaran. Panduan kepada manusia supaya sentiasa duduk di bawah naungan al-Quran, juga untuk diambil panduan dalam perjalanan hidup kita yang panjang, bermula dari di dunia ini sehingga ke syurga insya\’ Allah!
- Selepas diterangkan tujuan diutuskan rasul-Nya Muhammad s.a.w, untuk menyampaikan rahmat-Nya dan diperintahkan agar apa yang disampaikan kepada rasul itu agar diterima dengan sebaiknya.
- Allah terangkan sifat-Nya Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa, yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya.
Juga bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah, dipuja & dipuji selain dari-Nya. Dia-lah yang menghidup dan mematikan sekelian makhluk, Dialah yang layak disembah, Tuhan sekelian makhluk. - Golongan kafir musyrikin yang menyelewang daripada dasar Tauhid ini diberi amaran jika mereka masih berdegil dalam kekufuran maka mereka akan dibinasakan sebagaimaa kaum terdahulu yang lebih kuat daripada mereka, seperti kaum Ad dan Thamud yang sekarang hanya tinggal riwayat dan nama buruknya sahaja seperti Abu Jahal pada zaman Rasulullah s.a.w. Ada juga yang tinggal riwayat dan peninggalan sejarah seperti Firaun di Mesir.
- Kemudian Allah nyatakan bahawa tujuan dan hikmah Dia mencipta seluruh alam ini ialah untuk menzahirkan perkara-perkara yang benar. Sebagai bahan bukti yang nyata kepada kita manusia yang diberi akal untuk memikirkan tentang kebenaran, untuk kita ambil pengajaran dan iktibar dari apa yang telah terjadi dahulu untuk dijadikan pedoman dan garis panduan dalam hidup yang akan datang.
- Antara perkara yang benar itu ialah: kepercayaan seseorang, kepatuhannya kepada hukum dan peraturan yang Allah tetapkan untuk kebahagiaan seorang itu, suratan amalan yang ditulis malaikat, dan perbezaan antara yang berhak mendapat balasan nikmat yang berkekalan iaitu orang yang beriman, dan yang berhak dapat azab yang berterusan iaitu orang kafir dan ahli maksiat yang akan dihumban ke dalam neraka, dibakar dulu kemudian baru ditarik keluar.
Kita minta perlindungan dengan Allah s.w.t dari azab neraka.
اَللَّهُمَّ أَجِرْنا مِنَ النَّارِ - Sebagaimana surah ini:
i- dimulakan dengan menerangkan kebenaran al-Quran dan tujuan Allah s.w.t menurunkannya kepada nabi kita Muhammad s.a.w maka;
ii- ia diakhiri dengan menegaskan bahawa tujuan Allah s.w.t memudahkan al-Quran dengan bahasa Arab ialah supaya orang-orang yang memahaminya beringat dan insaf, untuk beriman dan mematuhinya. - Iaitu untuk memudahkan urusan dakwah Rasulullah s.a.w kepada kaumnya, Quraisy yang berbangsa dan berbahasa Arab, dengan lidah mereka supaya mereka faham. Jadi tidak akan menjadi hujjah lagi ke atas Baginda jika mereka masih tidak mahu beriman juga, maka tunggulah apakah akibat kesudahan masing-masing.
OBJEKTIF/MAQASID SURAH TAFSIR MUHARRAR :
- Untuk mengisbatkan keesaan Allah Azza wa Jalla dan menetapkan akan berlakunya kebangkitan (البعث) semula dan berkumpul (الحشر) di Akhirat.
- Untuk mengisbatkan bahawa al-Quran itu turun dari Allah s.w.t bukan dari orang lain.
TAJUK-TAJUK ATAU ISU DALAM SURAH :
- Allah s.w.t puji al-Quran dan penjelasan tentang turunya Allah iaitu malam yang diberkati. Iaitu malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan.
- Untuk memberi amaran kepada puak kafir dengan janji azab sebagai balasan dengan kedegilan dan keraguan yang ada dalam kepala mereka.
- Allah sebut sedikit tentang kisah Firaun dan nabi Musa a.s .
- Allah sebut beberapa pandangan puak kafir yang batil tentang Kiamat serta menolak hujjah mereka yang rapuh.
- Allah gambarkan tentang keadaan huru-hara pada hari Kiamat dan betapa buruk akibatnya bagi orang kafir. Serta eloknya akhir kesudahan perjalanan orang mukmin yang semuanya ke Syurga. Ya Allah jadikan kami semua ahli syurga-Mu.
- Allah s.w.t bawa beberapa cerita untuk menenangkan hati Rasulullah s.a.w yang dikacau oleh puak kafir serta janji Allah s.w.t untuk memberi pertolongan kepada Baginda bagi mengalahkan pihak musuhnya!
MUNASABAH (KAITAN) DENGAN SURAH SEBELUMNYA IAITU AZ-ZUKHRUF :
- Munasabah pertama- terserlah dari sudut keindahan susunan ayat-ayat dalam surah ini dengan surah sebelumnya yang bermula dengan (حم-ha-mim) ini dari 3 sudut:
i- Dimulakan iftitah/pembukaanya dengan Allah s.w.t bersumpah dengan al-Quran untuk menyatakan betapa tingginya kedudukan al-Quran.
ii- Dalam surah Az-Zukhruf Allah nyatakan al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.
iii- Dalam Surah Ad-Dukhaan Allah nyatakan al-Quran diturunkan pada malam yang berkat.
- Munasabah kedua- persamaan dari segi penutup keduanya:
i- Khatam surah az-Zukhruf dengan amaran kepada puak kafir (ayat 83) biarkan mereka tenggelam dalam kesesatan sehingga datang hari Kiamat.
ii- Dalam surah ad-Dukhan disebut hari yang akan yang akan datang itu dalam (ayat 10) iaitu; tunggulah apabila langit keluar asap yang akan bawa kepanasan yang jelas dan kemarau & kebuluran yang dahsyat.
- Allah nyatakan apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kaumnya serta apa yang yang diucapkan oleh Musa a.s kepada Firaun kaumnya:
i- dalam surah Az-Zukhruf ayat 88-89; kata-kata Rasulullah s.a.w kepada kaumnya.
ii- dalam Surah Ad-Dukhaan ayat 22; Allah s.w.t ceritakan pula tentang kata-kata nabi Musa a.s tentang kaumnya, jika kamu tidak mahu beriman pergilah jauh-jauh dariku!
KELEBIHAN SURAH :
- Ia merupakan surah kelima yang dimulai dengan (حم) Ha Mim daripada tujuh surah dalam al-Quran.
Dipanggil surah yang tujuh ini (حواميم السبع) iaitu 7 surah yang bermula dengan (حم), bermula dari surah Ghafir, Fussilat, Asy-Syura, Zukhruf, Ad-Dukhan, al-Jathiyah sehingga Surah al-Ahqaf. Kesemuanya adalah surah Makkiyyah. - Ulama\’ bawa banyak hadis tentang kelebihan Surah Ad-Dukhaan ini. Tetapi tiada ada satupun hadis yang sahih tentang fadhilat khasnya, ia samada lemah, dhaif jiddan atau hadis palsu, maka tidak boleh kita berpegang dengannya.
Ada sebahagian Maahad Tahfiz yang menjadikannya amalan untuk dibaca setiap kali selepas solat asar. Amalan ini tidak ada sandaran. - Maka ulama\’ seperti Ibnu Jauzi rhm. buat kesimpulan bahawa hadis-hadis yang menyebut kelebihan Surah Ad-Dukhaan yang banyak ini tidak sahih dan tiada sandarannya. Wallahu a\’lam.
- Ia termasuk dalam fadhilat kelebihan baca al-Quran secara keseluruhannya, iaitu satu huruf menyamai 10 kebaikan sebagai salah satu daripada surah-surah al-Quran. Perbanyakkanlah membaca al-Quran secara keseluruhannya.