KISAH NABI SYU\’AIB DENGAN PENDUDUK MADYAN, KISAH KAUM \’AD, THAMUD, QARUN, FIR\’AUN DAN HAMAN & CARA ALLAH BINASAKAN MEREKA.
Full video : https://youtu.be/K_FjBixM5y4
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t sebut secara ringkas cerita tentang tiga kategori kaum yang ada di atas dunia ini.
- Kita akan mulai kisah Nabi Syu\’aib a.s yang diutuskan kepada kaumnya di Madyan, Jordan.
- Diikuti dengan beberapa kisah kaum lain yang dibinasakan akibat mendustakan para nabi mereka juga.
- Kemudian disebut pula kisah Qarun, Firaun dan Haman, ini pula contoh individu yang jahat, binasa akibat keangkuhan dan sombong dek kerana kuasa & harta.
- Lalu Allah s.w.t sebutkan tentang kebinasaan mereka semua.
- Perhatian: Dalam episod ini disebut nama kaum dulu barulah datang cerita nabi iaitu kaum Madyan, Ad & Thamud, manakala nabi-nabi yang diutus disebut sebagai \”saudara mereka\” kerana dari kalangan kaum mereka sendiri.
- Manakala 3 orang ini, Qarun, Firaun dan Haman tadi Allah s.w.t sebut terus nama mereka sendiri untuk memberi amaran kepada manusia, menunjukkan pengajaran dan contoh iktibar yang besar. Ini contoh kengakuhan dan kesombongan.
- Manakala kaum nabi Nuh, Ibrahim dan Lut a.s dinisbah sebagai kaum nabi mereka secara umum: seperti kaum Lut a.s, kaum Ibrahim, kaum Nuh, tiada nama khas bagi mereka.
AYAT 36- {DAN (KAMI UTUSKAN) KEPADA PENDUDUK MADYAN SAUDARA MEREKA: NABI SYU\’AIB; LALU IA BERKATA: \”WAHAI KAUMKU, SEMBAHLAH KAMU AKAN ALLAH, DAN KERJAKANLAH AMAL SOLEH DENGAN MENGHARAPKAN PAHALA AKHIRAT, DAN JANGANLAH KAMU MELAKUKAN KEROSAKAN DI BUMI\”.} (AL-\’ANKABUUT 29:36)
- Kami telah mengutus kepada penduduk Madyan, saudara mereka iaitu nabi Syu\’aib.
- Mengenai Madyan, ada ulama\’ kata nama tempat atau nama kaum itu. Kata Ibnu Asyur: Madyan asalnya ialah nama salah seorang anak Ibrahim, yang menetap di Ai\’kah, dipinggir laut Merah. Akhirnya menjadi nama tempat itu.
- Syu\’aib a.s. memerintahkan kepada kaumnya untuk:
i- menyembah Allah semata Yang tiada sekutu bagi-Nya,
ii- melakukan ibadat, beramal soleh
iii- serta beriman kepada kebangkitan dan berharap pahala dan takutkan siksaan pada hari Akhirat. - Syu\’aib juga menasihati mereka agar jangan melakukan kerosakan dan kejahatan di atas muka bumi ini. Iaitu maksiat derhaka kepada Allah s.w.t.
- Serta perangai jahat yang menjadi tanda sifat kaum Madyan ini ialah:
i- mengurangkan sukatan dan timbangan,
ii- suka merompak manusia di jalanan. - Allah s.w.t bawa kisah ini dengan terperinci dalam firman-Nya:
{Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: \”Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.} (Al-A\’raaf 7:85)
{\”Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah, dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.} (Al-A\’raaf 7:86)
AYAT 37- {MAKA MEREKA MENDUSTAKANNYA, LALU MEREKA DIBINASAKAN OLEH GEMPA BUMI, SERTA MENJADILAH MEREKA MAYAT-MAYAT YANG TERSUNGKUR DI TEMPAT TINGGAL MASING-MASING.} (AL-\’ANKABUUT 29:37)
- Mereka mendustakan Syu\’aib a.s., lalu mereka ditimpa gempa yang dahsyat. Allah s.w.t. membinasakan mereka dengan gempa yang dahsyat yang menghancur-leburkan negeri mereka.
- Jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat-tempat tinggal mereka.
AYAT 38- {DAN (INGATKANLAH PERISTIWA KEBINASAAN) AAD (KAUM NABI HUD) DAN THAMUD (KAUM NABI SOLEH); DAN TELAHPUN TERNYATA KEPADA KAMU SEBAHAGIAN DARI BEKAS-BEKAS TEMPAT KEDIAMAN MEREKA; DAN (KEBINASAAN MEREKA YANG DEMIKIAN IALAH DISEBABKAN) SYAITAN MEMPERELOKKAN PADA PANDANGAN MEREKA: AMAL-AMAL MEREKA (YANG JAHAT ITU), LALU IA MENGHALANGI MEREKA DARI JALAN ALLAH; PADAHAL MEREKA ORANG-ORANG YANG BIJAK PANDAI DAN BERAKAL (YANG DAPAT MEMBEZAKAN YANG BENAR DAN YANG SALAH).} (AL-\’ANKABUUT 29:38)
- Ingatlah juga tentang kaum \’Ad dan Thamud, sungguh telah nyata bagi (kaum Quraisy) kehancuran mereka dari sisa-sisa tempat tinggal mereka di Hijr dan Yaman.
- \’Ad adalah kaum nabi Hud a.s. Mereka tinggal di daerah Ahqaf (bukit-bukit pasir) yang letaknya dekat dengan Hadramaut di negeri Yaman.
- Thamud adalah kaum nabi Saleh a.s., mereka tinggal di kota Al-Hijr yang letaknya dekat dengan Wadil Qura, Arab Saudi. 400km dari Madinah, dipanggil sekarang Madain Soleh, dalam daerah Al-Ula.
- Orang-orang Arab mengenal benar tempat-tempat tinggal mereka itu kerana mereka biasa melaluinya dalam perjalanan kafilah perniagaaan mereka. Rujuk surah Quraisy (106)
- Mereka (Ad & Thamud) melakukan kejahatan itu kerana syaitan telah menghiasi, menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka berupa kekafiran dan kemaksiatan, sehingga mereka menyangka bahawa perbuatan mereka itu lebih baik daripada apa yang dibawa para rasul. Inilah penangan kosmetik yang dicipta oleh syaitan.
- Lalu mereka pun semakin sesat dan jauh dari jalan Allah, padahal mereka adalah orang-orang yang berakal, yang dapat membezakan yang benar dan yang salah.
- Sebenarnya dengan menggunakan akal kita akan dapat membezakan semua ini dengan mengikut jalan yang benar, yang dibawa oleh para nabi.
AYAT 39- {DAN (INGATKANLAH JUGA PERISTIWA KEBINASAAN) QARUN DAN FIRAUN SERTA HAMAN. DAN DEMI SESUNGGUHNYA NABI MUSA TELAH DATANG KEPADA MEREKA MEMBAWA KETERANGAN-KETERANGAN (MUKJIZAT) YANG JELAS NYATA, LALU MEREKA BERLAKU SOMBONG TAKBUR DI BUMI (MENDUSTAKANNYA), PADAHAL MEREKA TIDAK DAPAT MELEPASKAN DIRI (DARI AZAB ALLAH).} (AL-\’ANKABUUT 29:39)
- Sekarang dibawa contoh tentang tiga ikon kezaliman dan keangkuhan atas muka bumi ini iaitu Qarun, Fir\’aun dan Haman
- Sesungguhnya Musa a.s. telah datang kepada dengan membawa bukti-bukti serta mukjizat yang nyata.
- Akan tetapi mereka berlaku angkuh dan sombong di muka bumi, tidak mahu mengikuti kebenaran yang dibawa Musa a.s. lalu mereka tidak akan dapat melepaskan diri dari azab Allah.
AYAT 40- {MAKA MASING-MASING KAMI BINASAKAN DENGAN SEBAB DOSANYA, IAITU DI ANTARANYA ADA YANG KAMI HANTARKAN ANGIN RIBUT MENGHUJANINYA DENGAN BATU; DAN ADA YANG DIBINASAKAN DENGAN LETUSAN SUARA YANG MENGGEMPAKAN BUMI; DAN ADA YANG KAMI TIMBUSKAN DIA DI BUMI; DAN ADA PULA YANG KAMI TENGGELAMKAN DI LAUT. DAN (INGATLAH) ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MENGANIAYA MEREKA, AKAN TETAPI MEREKALAH YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI.} (AL-\’ANKABUUT 29:40)
- Maka mereka semua ini Allah s.w.t binasakan dengan azab yang sesuai dengan sebab dosa masing-masing serta keadaan masing-masing.
i- Allah s.w.t hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; Kaum Ad- kerana mereka membina bangunan tinggi di atas bukit.
ii- dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; Kaum Thamud – ini mereka membina rumah daripada bukit yang dipahat/korek.
iii- dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; Qarun – yang angkuh dan sombong dengan kekayaannya atas muka bumi ini.
iv- dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut; Firaun dan Haman – - Allah sama sekali tidak hendak menzalimi mereka dalam perbuatan-Nya (turunkan azab) terhadap mereka. Dia tidak akan mengazab mereka, kecuali kerana mereka berdosa.
- Maksud mereka menganiaya diri sendiri ialah dengan membuat kejahatan dan maksiat lalu mengundang kemurkaan Allah s.w.t.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 36- {dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat}- jika takut akan mati dan akhirat maka buatlah amal soleh dan kebaikan.
- Ayat 36- { – ayat ini untuk menengkan para pendakwah agar sabar dan terus kuat dalam menyampaikan kebenaran dakwah Allah s.w.t dan mengajar sunnah Nabi s.a.w, walaupun mendapat tentangan dari masayarakat.
Sesiapa yang mengaku ahli Sunnah mesti berpegang dengan Sunnah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang sahih dan benar sebagaimana yang telah dibuat oleh para ulama\’ penilai hadis , bukan sekadar mengaku tetapi tidak beramal. - Ayat 37- {Maka mereka mendustakannya} – kaum Syu\’aib mendustakan apa yang diceritakan oleh nabi mereka. Pendustaan ini datang apabila dilaporkan maklumat. Bukan perintah atau suruhan, jika langar ini dipanggil ingkar/derhaka atau kufur. Ini gaya penggunaan bahasa al-Quran yang sangat teliti dan halus.
Kerana itu dalam al-Quran juga ada 2 cara gaya tegahan:
i- {Ini batasan Allah, jangan kamu hampirinya} – { تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا} [البقرة: 187]
ini biasanya larangan kepada benda haram dan keji seperti zina, liwat dan lain-lain. Jangan pergi dekat apatah lagi buatnya.
ii- {Ini batasan Allah, jangan kamu melepasinya} – { تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا} [البقرة: 229]
ini biasanya pesanan dalam undang-undang yang dibenarkan, jangan kamu berlebihan dan melampaui batas dalam mengamalkannya. Masya\’ Allah betapa indah dan berhalusnya ayat-ayat al-Quran. - Ayat 36- {Sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat} – Nabi Syu\’aib memberi penekanan tentang isu Hari akhirat, kerana mereka tidak beriman dan tidak percaya tentangnya.
- Ayat 36- {Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi\”.} – ini pula larangan, kena ada serentak suruh & larang.
- Ayat 38- {Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan)} – kita kena ambil pengajaran daripada kisah-kisah orang yang terdahulu. Kata Syeikh Jamil al-Misri rhm.: \”Orang yang berakal itu ialah orang yang meneliti (ambil pengajaran) dari peristiwa yang lepas, tetapi dalam masa yang sama buat perancangan untuk masa depan!\”
- Ayat 38- {Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka..} – syaitan menghiasi perbuatan jahat dan maksiat sebagai yang baik dan indah. Pertama sekali yang ditukarnya ialah nama sesuatu dosa itu kepada yang lunak dan baik. Seperti riba- bunga, rasuah-duit kopi, amalan yang tiada dalam sunnah dengan niat baik, rasuah-duit kopi dan lain-lain.
- Ayat 38- { padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal..} – Sesiapa yang kenal Allah s.w.t dengan hati saja tetapi tidak mengakuinya (ikrar) dengan hati, dia masih belum beriman. Seperti kaum Ad dalam ayat ini, mereka tahu Allah wujud tetapi tidak mengakuinya, begitu juga Firaun yang sombong.
- – orang yang tahu tetapi tidak buat adalah lebih dahsyat daripada orang yang memang jahil, tidak tahu.
- Ayat 40- {Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang…} – dalam ayat ini 4 cara Allah s.w.t menurunkan azab ke atas hamba-Nya yang zalim;
- ia boleh saja datang dari atas seperti hujan batu atau ribut taufan (kaum Lut a.s & Ad).
- atau dari bawah seperti ditelan bumi (Qarun).
- atau dari bumi seperti suara dan gempa (kaum Thamud).
- dan dari air seperti kaum Nuh dan Firaun & Haman.
Ya Allah selamatkan kami semua dari azab dan kemurkaan-Mu yang tiada pelindung dapat menolong darinya.