MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, SEJARAH KEBINASAAN TENTERA BERGAJAH NAK SERANG KAABAH & PENGAJARANNYA.
Full video : https://youtu.be/5qiSKnJRlnA?si=0fxUxOFul_1L8FTd
MUQADDIMAH SURAH :
- Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada pagi ini, Selasa 28 Muharram 1445H bersamaan 15hb Ogos 2023 kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Al-Fil – سورة الفيل.
- Semoga Allah s.w.t qabulkan amalan kita, buka dan cerahkan hati kita untuk menerima panduan & hidayat dari al-Quran ini yang dapat membawa kita syurga-Nya.
- Surah Al-Fil – سورة الفيل adalah surah ke-105 dalam tertib susunan al-Quran, surah yang kedua-puluh lapan dalam juz ke 30, iaitu selepas Surah Al-Humazah – سورة الهمزة .
Mengandungi 5 ayat yang pendek. - Ulama\’ tafsir ijma\’ mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Makkah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah.
- Surah ini menceritakan tentera bergajah pimpinan Abrahah yang mahu datang menyerang Ka\’bah lalu mereka dimusnahkan oleh Allah s.w.t.
Boleh baca kisah penuhnya dalam buku Makkah Mukarramah- Kelebihan & Sejarah:
https://dartaibah.com/?page_id=179…
NAMA SURAH :
- Dinamakan surah ini sebagai:
i- Surah Al-Fil – سورة الفيل yang bermakna {Gajah} kerana pada keseluruhan surah ini Allah s.w.t menceritakan kepada Baginda Nabi s.a.w perihal tentang satu angkatan tentera yang dipimpin ketuanya yang naik gajah.
Mereka datang merempuh Makkah dengan tujuan mahu meruntuhkan Ka\’bah tetapi akhirnya mereka telah dibinasakan oleh Allah s.w.t sebelum mencapai maksudnya.
- Surah ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti:
i- diambil dari ayat pertamanya { أَلَمْ تَرَ}.
INTISARI KANDUNGANNYA :
- Menyatakan akibat buruk orang yang hendak merosakkan sesuatu yang mulia di sisi Allah, dan juga menjadi pengajaran kepada sesiapa yang menaruh ingatan buruk terhadap makhluk yang dipelihara kehormatannya dan keselamatannya.
- Kesudahannya, tentera musuh Islam yang menceroboh Tanah Suci Makkah punah ranah diserang oleh \”Burung Ababil\” {أَبَابِيلَ} (burung yang berpasuk-pasukan), yang melontar mereka dengan sejenis batu kecil {سِجِّيلٍ} yang membunuh, dan \”menjadikan mereka hancur seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.\”
Ababil bukan nama burung itu.
MAQASID/OBJEKTIF SURAH :
- Antara objektifnya ialah untuk menjelaskan apa yang Allah s.w.t perlakukan kepada tentera bergajah.
- Untuk meneguhkan keimanan orang mukmin supaya sentiasa berada di atas jalan kebenaran kerana mereka orang yang benar yang akan diberi hidayah petunjuk oleh Allah s.w.t!
ISU PENTING DALAM SURAH :
- Allah s.w.t mahu menyatakan balasan terhadap tentera bergajah, bagaimana tipu daya mereka dipatahkan – bahkan perancangan jahat mereka kembali ke atas kepala mereka & mereka telah menerima hukumannya.
Menjadi pengajaran kepada orang yang datang kemudian agar jangan sekali-kali melakukan kejahatan di bumi Makkah!
MUNASABAH SURAH AL-FIL – سورة الفيل DENGAN SURAH AL-HUMAZAH – سورة الهمزة SEBELUMNYA :
Hubung-kait surah ini dengan Surah Al-Humazah – سورة الهمزة :
- Allah s.w.t menyebut dalam surah al-Humazah keadaan { هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ} orang yang jahat yang memerli dan mengata buruk kepada orang serta mereka yang mengumpul harta lalu sombong bangga dengan harta & pangkatnya lalu menghina orang juga.
Lalu Allah s.w.t nyatakan bahawa harta benda & kedudukan tidak dapat memberi apa-apa pertolongan apabila Allah s.w.t ambil tindakan ke atas mereka!
ii- Datang surah ini untuk memberi peringatan kepada kaum musyrikin Makkah- mereka ini sudah kaya tetapi kurang mempunyai kuasa- lihatlah kepada tentera Abrahah yang begitu besar kuasanya & kuat tenteranya- telah hancur dibinasakan oleh Allah s.w.t dengan burung yang kecil atas kejahatan mereka!
Kamu Quraisy lebih lemah & kecil daripada mereka, jika mereka telah binasa maka apatah lagi kamu!
- Boleh baca buku ini menambah maklumat tentang Makkah & Madinah:
https://dartaibah.com/?page_id=179…
Ilmu munasabah ini menarik kerana ia menunjukkan bahawa al-Quran itu dari sumber & dalil yang sama iaitu dari Allah Azza wa Jalla.
Ya Allah jadikan kami & semua orang kami sayangi dari golongan {المتقين}, orang yang layak menerima nikmat-Mu pada hari Kiamat nanti.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
AYAT 1- {TIDAKKAH ENGKAU MENGETAHUI BAGAIMANA TUHANMU TELAH MELAKUKAN KEPADA ANGKATAN TENTERA (YANG DIPIMPIN OLEH PEMBAWA) GAJAH, (YANG HENDAK MERUNTUHKAN KAABAH)?} (AL-FIIL 105:1)
- Tidakkan kamu (wahai Muhammad s.a.w) lihat atau tahu { تَرَ} apa yang telah Allah lakukan terhadap tentera bergajah Abrahah yang mahu meruntuhkan Ka\’bah?
- Maksudnya tidak kamu lihat ini {أَلَمْ تَرَ} adalah maksudnya:
i- tengok dengan mata sendiri (رأي العين) bagi yang sempat melaluinnya, yang hidup pada zaman pemerintahan Abdul Mutalib mungkin sempat.
ii- atau tahu dengan ilmu (رأي العلم), kerana cerita ini sangat masyhur di kalangan penduduk Makkah dan sekitarnya.
Atau dapat tengok kesannya.
- Dalam ayat ini & ayat berikutnya Allah s.w.t menceritakan kepada Rasulullah s.a.w satu kisah yang mengembirakan Baginda iaitu dengan menyatakan akibat buruk orang yang mahu memusnahkan sesuatu yang mulia di sisi Allah s.w.t. juga menjadi pengajaran kepada sesiapa yang ada niat jahat terhadap makhluk yang dipelihara kehormatan & keselamatannya oleh Allah s.w.t!
- Ramai ulama\’ tafsir kata ayat ini adalah khitab (percakapan) kepada Rasulullah s.a.w. Kerana Rasulullah s.a.w tidak tengok dengan matanya kerana Baginda lahir pada tahun itulah (570/571M), tahun sempena satu peristiwa besar!
Tetapi Baginda tahu cerita itu dengan khabar mutawatir dari penduduk Makkah. - Kata ulama\’ tafsir seperti Abu As-Su\’ud: Tengok secara ilmu- dengan maklumat yang lengkap, dengan cerita yang mutawatir dari orang terdahulu, dengan maklumat yang lengkap & fakta yang mantap maka Rasulullah s.a.w tengok dengan cara ilmiah ini!
- Hadis- riwayat Abu Hurairah r.a apabila Rasulullah s.a.w mahu ambil balik Makkah (pada bulan Ramadhan Tahun ke-8H).
Rasulullah s.a.w masuk ke Makkah dalam keadaan penuh tawadhuk, tunduk kepala bukan dengan sombong & angkuh.
Dikumpulkan semua penduduk Makkah, memulakan ucapan dengan memuji Allah s.w.t & selawat. Sabdanya:
\”Allah s.w.t menjaga Makkah dari diserang oleh tentera bergajah.
Kemudian pada hari ini Allah beri kepada rasul-Nya & orang-orang mukmin untuk menguasai Makkah.
Kota Makkah telah diharamkan oleh Allah, dan ia tidak diharamkan oleh manusia.
Tidaklah dihalalkan bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir menumpahkan darah di Makkah, juga tidak boleh menebang pohon di dalamnya.
Jika ada orang yang menyatakan ia diperbolehkan berperang di Makkah, katakanlah, \’Allah telah mengizinkan Rasul-Nya, tetapi tidak mengizinkan kalian. Dan, izin yang diberikan Allah pada Rasulullah S.A.W itu hanya satu saat di siang hari, tetapi sesudah itu ia kembali diharamkan, seperti hari-hari sebelumnya.\”
Apabila ada sahabat yang bersemangat mengatakan hari ini kita dapat menyerang Ka\’bah!
Baginda s.a.w bersabda: Tidak! Hari ini bukan hari serangan atas Ka\’bah tetapi hari untuk memuliakan Ka\’bah, hari mengagung & membersihkan Ka\’bah dari segala kekotoran syirik & berhala.\” [HR Bukari & Muslim].
- Kisah tentera bergajah:
Raja Habsyah telah menghantar tentera ke Yaman dan menaklukinya. Seorang raja yang beragama Kristian telah dilantik tapi selepas itu telah berlaku perebutan kuasa.
Abrahah al-Asyram telah merampas kuasa dari Raja itu tapi beliau bijak kerana terus mengadakan hubungan rapat dengan Habsyah. Beliau mengatakan bahawa tujuan beliau merampas kuasa adalah untuk kebaikan penduduk Yaman.
Maka kedudukannya selamat dan diktiraf oleh pemerintah Habsyah.
Setelah mengambilalih kuasa, Abrahah mahu menguatkan semula kedudukan Yaman di mata dunia dan mengembalikan kekuatan dan kekayaan yang mereka pernah miliki sebelum kejadian banjir itu.
Beliau mengingatkan bagaimana mereka dulu hebat, tapi kerana banjir, mereka telah jadi lemah dan kekuatan ekonomi telah diambilalih oleh Quraisy Makkah.
Antara usaha yang cuba dilakukan oleh Abrahah adalah membina satu bangunan hebat yang dinamakan al Qullays (قليس) – dengan tujuan sebagai Pusat Agama Kristian. Ia adalah satu gereja yang hebat. Ianya dibina dengan cantik dan Abrahah berharap supaya ianya lebih hebat lagi dari Ka\’bah.
Tapi tentulah dia tidak berjaya. Kerana manusia bukan mudah untuk meninggalkan pegangan agama mereka. Abrahah berharap orang akan tinggalkan Ka\’bah dan datang melawat Qullays, tapi tidak ada orang datang kerana orang masih lagi memandang Ka\’bah sebagai suci.
Oleh kerana tidak puas hati, Abrahah telah menghantar surat ke Habsyah mencadangkan supaya Kaabah dihancurkan.
Bangsa Arab telah mengetahui niat Abrahah itu dan mereka telah pergi ke Qullays, bukan untuk melawat tapi nak menghina Qullays itu. Sampaikan ada orang Makkah yang telah buang air di Qullays untuk menghinanya.
Ini telah menyebabkan Abrahah sangat marah dan ini telah memberi peluang kepadanya untuk betul-betul menyerang Ka\’bah.
Sekarang dia sudah ada alasan kukuh. Jadi kita kena faham sejarah ini kerana kalau kita tidak faham perkara ini, kita sangka yang dia serang sebab agama, tapi sebenarnya sebab ekonomi asalnya.
Dia telah bertolak ke Makkah dengan tenteranya yang seramai antara 12,000 – 60,000 (tidak ada riwayat sahih dengan tepat berapakah bilangan tenteranya).
Beliau pergi dengan tentera dari Yaman dan dari Habsyah. Dan mereka pergi untuk menyerang Tanah Arab yang tidak mempunyai kekuatan tentera.
Di dalam tenteranya itu adalah antara 9 – 13 ekor gajah. Gajah yang paling besar bernama Mahmood.
Abrahah berangkat bersama pasukan tenteranya dan dibawa bersama gajah-gajah yang telah dilatih untuk bertempur. Bagi Abrahah, gajah itu lebih besar dan lebih digeruni berbanding haiwan lain seperti kuda.
Tentera Abrahah sampai ke Makkah dalam bulan Muharram Tahun Gajah itu.
Apabila Abrahah sampai berdekatan Makkah, dia telah berjumpa dengan Abdul Muttalib (datuk Rasulullah) sebagai pemimpin Makkah pada waktu itu.
Tentera Abrahah ini zalim, mereka merampas banyak harta yang mereka jumpa sepanjang perjalan mereka!
Mereka juga telah merampas unta kepunyaan kaum Quraisy.
Lalu Abdul Muttalib cuma minta dikembalikan untanya sahaja kerana Abrahah telah merampas untanya yang berada di Makkah.
Abdul Muttalib hanya minta, agar semua untanya yang telah dirampasnya dikembalikan kepadanya.
Mendengar permintaan itu, Abrahah menjadi hairan dan berkata: \”Kami datang untuk meruntuhkan Ka\’bah, kenapa engkau hanya membicarakan tentang dua ratus ekor unta saja, sedangkan agama dan Ka\’bah yang engkau puja itu engkau lupakan?\”
Abdul Muttalib menjawab: \”Saya ini hanya tuannya unta-unta itu, adapun Ka\’bah itu ada tuannya sendiri yang akan memeliharanya.\”
\”Kalau begitu engkau tidak akan menghalang saya?\” tanya Abrahah pula. \”Itu adalah urusan tuan dengan tuan Ka\’bah itu sendiri,\” jawab Abdul Muttalib pula.
Setelah mendapatkan kembali untanya mereka berundur kembali.
Abdul Muttalib pergi ke Ka\’bah & berdoa kepada Allah untuk menjaga dm selamatkan Rumahnya! Lalu mengarahkan agar semua penduduk Makkah lari bersembunyi di atas bukit & lihat apa yang akan terjadi.
Mereka tidak berani untuk berdepan dengan tentera Abrahah.
Sebaik mereka ingin memasuki Kota Makkah, gajah-gajah besar kebanggan Abrahah itu menjadi cemas dan tidak mahu memasuki Kota Makkah.
Abrahah berkeras dan memaksa tenteranya untuk membawa gajah-gajah itu masuk dan memusnahkan Kaabah seperti yang diinginkannya.
Keadaan menjadi kelam kabut dan mencemaskan.
Tidak lama, dengan kekuasaan Allah, kumpulan burung yang sangat banyak tiba-tiba datang memenuhi langit kota Makkah.
Burung Ababil yang dihantar oleh Allah membawa batu yang dibakar keras dan melontarkan kepada Abrahah dan tentera bergajahnya.
Batu yang sangat keras dan panas itu menghancurkan apa sahaja yang mengenainya. Tiada satupun yang terlepas dari sasaran burung Ababil ini.
Gajah-gajah yang besar itu menggelupur mati dan ramai dari kalangan tentera Abrahah juga mati menjadi sasaran batu panas lontaran Ababil.
Keadaan pada waktu itu Allah gambarkan seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. Berlubang-lubang menjadi rosak dan akhirnya rosak seluruh daun tersebut.
Abrahah turut menjadi sasaran batu panas. Saat Abrahah dibawa keluar dari kota Makkah, jari-jarinya gugur satu persatu ibarat dimakan api dari dalam.
Abrahah akhirnya mati ketika dalam perjalanan pulang ke negaranya.
Kematiannya penuh dengan murka Allah.
Kaabah milik Allah yang cuba dimusnahkan oleh Abrahah akhirnya dijaga dan dipelihara sendiri oleh Allah dan tentera Allah.
Kisah penuh & lengkap tentang Tentera Bergajah ini banyak dalam buku-buku Sirah yang muktabar.
- Seorang lelaki yang bernama Abu Righal (رغال) dari Taif itu telah membantu menjadi penunjuk arah kepada tentera Abrahah untuk sampai ke Makkah.
Mereka perlukan penunjuk arah kerana jalan ke Makkah payah untuk dilalui oleh mereka yang tidak biasa. Akan tetapi, Abu Righal telah mati di tengah perjalanan. Kuburnya menjadi tempat yang dikutuk kerana mereka melihat beliau sebagai pembelot dan orang Arab meludah & kencing dikuburnya itu.
Jangan cuba cari kuburnya pula!
- Peristiwa ini untuk menunjukkan bahawa Tanah Haram Makkah ada Tuannya, Ka\’bah juga ada Tuannya!
Semua ini sebagai persiapan untuk menandakan tahun yang akan berlaku satu peristiwa bersejarah yang amat besra iaitu kelahiran Rasulullah s.a.w!
AYAT 2- {BUKANKAH TUHANMU TELAH MENJADIKAN RANCANGAN JAHAT MEREKA DALAM KEADAAN YANG RUGI DAN MEMUSNAHKAN MEREKA?} (AL-FIIL 105:2)
- Tujuan mereka membina gereja di Yaman itu adalah untuk menarik perhatian orang ramai untuk pergi ke Yaman- tujuan utama sebenar bukan kerana agama tetapi demi kepentingan ekonomi. Itulah tipu-daya yang dimaksudkan.
- Tetapi Allah s.w.t telah mematahkan tipu-daya mereka & menggagalkan rancangan jahat mereka!
AYAT 3- {DAN IA TELAH MENGHANTARKAN KEPADA MEREKA (ROMBONGAN) BURUNG BERPASUK-PASUKAN,} (AL-FIIL 105:3)
- Iaitu dengan menghantar satu pasukan burung yang berbondong-bondong { أَبَابِيلَ}.
- Burung ini datang secara berpuak-puak bukan sekaligus- sekumpulan demi kumpulan.
AYAT 4- {YANG MELONTAR MEREKA DENGAN BATU-BATU DARI SEJENIS TANAH YANG DIBAKAR KERAS,} (AL-FIIL 105:4)
- Burung-burung ini telah melontar ke atas tentera bergajah itu dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras { سِجِّيلٍۢ}.
- Dari mana datangnya batu itu wallahu a\’lam.
- Walaupun ada yang kata dari neraka Sijjin- kurang tepat kerana Allah nyatakan sijjil (batu keras yang dibakar)- bukan sijjin.
AYAT 5- {LALU IA MENJADIKAN MEREKA HANCUR BERKECAI SEPERTI DAUN-DAUN KAYU YANG DIMAKAN ULAT.} (AL-FIIL 105:5)
- Lalu tentera & gajah yang terkena batu ini menjadi hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Yakni batu itu seolah bom hari ini, yang boleh menghancurkan sesiapa yang terkenanya! - Maka jangan sesiapa berani untuk datang ke Makkah dengan niat berbuat jahat, atau merosakkan Ka\’bah; Allah akan binasakannya sebagaimana contoh tentera bergajah ini!
- Kesimpulan dari surah yang besar ini walaupun ia pendek;
i- bahawa sesiapa yang cuba mengkhianti rumah Allah atau agama Allah mereka akan hancur. Ini kisah Makkah.
Begitu juga Madinah sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Sa\’ad R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
\”Barangsiapa yang hendak berbuat khianat terhadap penduduk Madinah, dia akan hancur sebagaimana garam larut di dalam air.\” (Muttafaq \’alaih).
ii- surah ini juga memberi pringatan jangan sesiapa berani cuba mencabar keagungan Allah s.w.t!
- Trivia suka-suka: Surah yang paling besar dalam al-Quran ialah Surah al-Fil (gajah) manakala yang paling kecil adalah surah an-Naml (semut). Iaitu berdasarkan nama.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 1- {Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?}
Dalam ayat ini Allah s.w.t peringatkan bahawa Ka\’bah ini adalah rumah Allah & sekitarnya adalah Tanah Haram yang Allah cipta sejak awal kejadian diciptanya langit & bumi!
Luasnya lebih-kurang 530km persegi, sempadannya tidak sama & tidak sekata dan bersegi-segi.
Manakala Madinah agak bulat 15km panjang & 15km lebarnya!
Sebab tak samanya panjang ceritanya boleh baca dalam buku Makkah- sebab yang paling tepatnya adalah wallahu a\’lam kerana tiada juga dalam hadis.
Dalam al-Quran Allah sebut:
Sesiapa yang berniat & cuba nak buat jahat di Tanah Haram Makkah walaupun tak buat lagi- akan dikira berdosa.
Tiada tempat lain yang begitu!
- Allah izinkan Rasulullah s.a.w masuk ke Makkah untuk ambilnya kembali dari Quraisy; menunjukkan benarnya dakwah & kenabian Rasulullah s.a.w!
Ini kerana mana-mana tentera yang mahu menyerang Makkah akan akan dibinasakan tetapi tidak tentera muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w!
Baginda dibenarkan untuk masuk Makkah & berperang buat seketika pada saat itu sahaja!
Ini kerana Baginda s.a.w adalah seorang rasul & nabi utusan Allah s.w.t!
Makkah diambil untuk disucikannya daripada najis kesyirikan dan musyrikin, serta berhala-berhala sembahan mereka!
Boleh dengar kuliah AAM tentang tanda akhir zaman yang berkait dengan Makkah & Madinah, Ka\’bah akan diruntuhkan pada akhir zaman dan lain-lain kisah di bawah tajuk Berakhirnya Dunia Ini:
https://www.youtube.com/playlist…
- Ayat 1- {Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?} –
Allah s.w.t tanya kepada Rasulullah s.a.w
{ أَلَمْ تَر}
sedangkan peristiwa ini berlaku Baginda belum lahir lagi ketika itu?
Jawapan:
Kata ulama\’ tengok di sini bermakna tengok dengan ilmu tengok dengan maklumat akan apa yang berlaku!
Kerana peristiwa tentera bergajah itu adalah satu perkara yang asas, semua orang Makkah tahu tentang peristiwa itu, ia adalah satu khabar yang mutawatir.
Tiada siapa yang boleh ingkarnya, jika ada penduduk Makkah yang tidak tahu samada dia gila atau bodoh!
Betapa banyak Allah s.w.t tanya dalam al-Quran dengan guna uslub tidak kamu lihat ini { أَلَمْ تَر}- ia bukan bermakna tengok dengan mata tetapi tengok dengan ilmu tengok ainul-bashirah dengan dengan makrifat & maklumat.
Kita sendiri pun hari ini, bila kita baca ayat ini, kita jawab ya!
Kita tahu & tengoknya dengan ayat al-Quran iaitu Allah hancurkan Ashabul-Fil di Makkah. Tiada siapa yang boleh ingkar perkara ini kecuali orang yang mutakabbir!
- Ayat 1- {Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?}
Cerita Tentera Bergajah ini tidak berulang dalam al-Quran- hanya disebut dalam surah ini sahaja. Kenapa? Sedangkan kisah-kisah nabi lain& umat lain seperti nabi Nuh, nabi Ibrahim & nabi Musa a.s dengan Firaun banyak sekali diulang-ulang dalam al-Quran?
JAWAPAN :
i- binasanya tentera bergajah ini bukan kerana mereka mendustakan rasul yang diutuskan Allah seperti kaum lain yang dibinasakan itu!
Abrahah bukan lawan nabi bahkan ia mahu lawan Tuhan Ka\’bah, ia datang kerana siasah politik & dendam. Terus lawan dengan Allah Azza wa Jalla maka Allah s.w.t kata padan sekali ini sahaja disebut!
ii- supaya orang kafir jangan besar kepala dengan merasakan bahawa mereka adalah penjaga Ka\’bah- mereka beri makan minum orang haji, bina Ka\’bah, masjidil-Haram dan lain-lain.
Lalu peristiwa ini berlaku- maka cukuplah kisah ini disebut sekali sahaja sebagai pengajaran diabadikan dalam satu surah sahaja!
Seperti kisah Nabi Yusuf a.s juga hanya disebut sekali dengan terperinci & penuh dalam Surah Yusuf. Ini kerana ia adalah isu kekeluargaan, bab kemaafan- untuk tenang hati & lapang dada.
- Ayat 1- {Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?}
Persoalan:
Tentera Abrahah adalah orang Nasrani yang ada agama, ada Kitab Injil. Manakala ahli Makkah adalah penyembah berhala yang tiada kitab & agama khas. Di sekeliling Ka\’bah penuh dengan berhala!
Musyrikin Makkah itu telah mengamalkan syirik yang jauh dari Islam. Mereka itu dari segi akidah lebih teruk dari Abrahah yang datang menyerang mereka. Kenapa Allah s.w.t binasakan Nasrani yang ada Kitab & diberikan kemenangan kepada ahli Makkah yang sembah berhala????
JAWAPAN :
i- ini kerana mereka walaupun ahli Kitab tetapi adalah tentera yang zalim- datang hendak serang negeri orang lebih-lebih lagi hendak memusnahkan Ka\’bah.
Ka\’bah itu sebagai syiar agama Islam dan Tauhid adalah hak Allah, maka Allah musnahkan mereka semasa dia dan tenteranya di dunia lagi.
ii- tentera Abarahah juga merampas hak manusia dalam perjalanan mereka.
Tetapi Musyrikin Makkah yang syirik kepada Allah itu berbalah dengan Allah.
Jika selamat di dunia pun, pasti Allah akan musnahkan mereka di akhirat kelak.
ii- kedatangan tentera Abarahah ini adalah pada satu tahun yang Allah mahu orang ingat & kenang sampai bila-bila, iaitu tahun kelahiran Rasulullah s.a.w.
Tanyalah siapapun bilakah Nabi Muhammad s.a.w lahir mereka akan dapat jawabnya iaitu: pada Tahun Gajah!
Ia juga sebagai pengajaran bahawa setiap orang yang zalim akan diambil tindakan oleh Allah s.w.t- tidak kira dia Islam atau kafir!
Maka jika kita mengaku sayangkan Ka\’bah- sentiasalah hadapkan muka kita kepadanya dalam solat kita- ini tidak mengaku sayangkan Ka\’bah tetapi tidak solat!
PENAMBAHBAIKAN :
Dalam buku Makkah ssunan AAM dikatakan tentera bergajah di binasakan di Wadi Muhassir.
- tetapi dalam kajian terkini ulama\’ Sirah dikatakan mereka tidak masuk pun ke Tanah Haram tetapi mereka dibinasakn di satu tempat yang bernama Mughammas- iaitu di luar Tanah Haram Makkah.
Insya\’Allah akan dibaiki jika ada cetakan terbaru nanti.