View Categories

SURAH AL-HAJJ : AYAT 1-4

\"\"

MUQADDIMAH DAN INTISARI SURAH, SUASANA HURU-HARA HARI KIAMAT & MANUSIA SUKA MENENTANG KEBENARAN.

Full video: https://youtu.be/DUAnyBTYuo8

MUQADDIMAH SURAH :

  1. Surah al-Hajj, surah ke 22 dalam tertib susunan al-Quran, dalam juz ke 17 dan nengandungi 78 ayat.
  2. Ijma\’ ulama\’ mengatakan ia adalah surah Madaniyyah yang diturunkan di Madinah.
    i- Ada juga yang menyatakan Madaniyyah kecuali beberapa ayat yang diturunkan di Makkah.
    ii-Ada juga yang menyatakan Makkiyyah kecuali beberapa ayat yang diturunkan di Madinah.
  3. Sebab dinamakan surah al-Hajj, yang bererti perihal berkait dengan ibadat haji kerana perintah Allah s.w.t tentang ibadat haji disebut mulai ayat 26 surah ini.
  4. Mengajar kepada kita untuk mengagung dan membesarkan Syiar agama Allah.
  5. Tentang seruan Nabi Ibrahim a.s yang menyeru orang ramai untuk datang mengerjakan ibadat haji selepas selesai membina Ka\’bah.
  6. Surah ni diturunkan sebelum wajibnnya fardhu haji ke atas muslim dengan ittifaq ulama\’.
  7. Dalil penamaan surah dengan al-Hajj:
    i- Athar dari Ibnu Abbas r.a yang mengatakan: \”Dalam surah al-Hajj terdapat dua tempat sujud tilawah, pada awal dan akhirnya.\” [al-Baihaqi].
    ii- Atahr dari Abdullah bin Tha\’labah: \”Apabila Khalifah Umar r.a menjadi Imam di Jabiyah, Syamm dia membaca surah al-Hajj dan sujud dua kali untuk sujud tilawah.\” [hakim & Baihaqi].
  8. Ijma\’ ulama\’ mengatakan sujud pertama pada ayat yang ke 18.
    Manakala pada ayat yang ke 77 ada khilaf ulama\’, ada kata sujud ada kata tidak.

INTISARI :

  1. Menerangkan tentang akhirat dan menarik hati manusia jika ada ssy yang syak dan keraguan tentang hari Kiamat, untuk memerhatikan akan kejadian mereka sendiri. Dimana Allah s.w.t yang mencipat mereka pada walnya pasti akan dapyt juga membangkitkan mereka kembali di akhirat.
  2. Ditegaskan bahawa Allah s.w.t akan tetap menolong Nabi Muhammad s.a.w di atas dunia ini untuk mencapai kemenangan, serta akan mendapat kemuliaan yang besar di di akhirat kelak. Sesiapa yang melawannya kerana hasad dengki biarlah mereka membunuh dirinya.
  3. Kemudian Allah s.w.t memberi amaran kepada kaum musyrikin yang menguasai Makkah pada masa itu, yang menyekat kaum muslimin daripada menunaikan ibadat, bahawa mereka akan menerima akibat yang seburuknya.
  4. Rasulullah s.a.w dan rombongannya dari Madinah telah berhenti di Hudaibiyah, walaupun telah memakai ihram. Ini berlaku pada tahun ke 6H. Hudaibiyah terletak lebih kurang 25km dari Masjidil Haram. Ia terletak di luar Tanah Haram Makkah, menjadi tempat berniat umrah.
  5. Diterangkan pula bagaiman Nabi Ibrahim a.s diperintahkan untuk membina Ka\’bah dan manusia diseru untuk melakukan haji, serta sesiapa yang menunaikan haji akan mendapat manfaatnya.
  6. Kisah tentang Rasulullah dan kaum muslimin yang ditindas dan dizalimi di Makkah sehinggakan mereka terpaksa keluar berhijrah ke Makkah.
  7. Ditutup dengan seruan agar umat Islam berjuang dan beribadat ikhlas kepada Allah semata-mata.

MAQASID KANDUNGAN SURAH :

  1. Objektif besar surah ini ialah penjelasan tentang tauhid dan menegakkan dalil untuk tauhid dan tentang kebangkitan semula pada hari Kiamat.
  2. Manakala antara point-point utamanya pula ialah:
    i- Arahan untuk bertaqwa dan tentang huru hara Kiamat serta keadaan manusia.
    ii- Dalil tentang kebangkitan semula.
    iii- Jidal kaum musyrikin, iaitu orang kafir berbantah-bantah. Bagaimana sikap kaum musyrikin.
    iv- Menjelaskan hukum Allah s.w.t ke atas hamba-Nya, setiap orang akan mendapat pembalasan berdasarkan akidah dan amalannya.
    v- Allah buat perbandingan dua kumpulan yang berbantah, satu beriman dan satu lagi tidak.
    vi- Kefardhuan haji dan manfaatnya serta bagaimana orang kafir mahu menyekat kaum muslimin daripada memasuki Masjidill Haram.
    vii- Amaran keras daripada terjebak ke dalam syirik.
    viii- Allah s.w.t izinkan orang Islam berperang lalu terjadilah perang pertama dalam Islam pada tahun ke2 H iaitu perang Badar al-Kubra,
    ix- Untuk menenangkan hati Rasulullah tentang pendustaan orang kafir kepadanya.
    x- Beberapa contoh tentang umat terdahulu yang menentang nabi mereka dan bagaimana mereka akhirnya dibinasakan.
    xi- Perancangan dan konspirasi jahat syaitan terhadap para anbiya\’ dan rasul dan bagaiman akhirnya Allah s.w.t selamatkan mereka dan menangkan dakwah mereka.
    xii- Beberapa kategori nikmat Allah s.w.t kepada makhluknya dan dipilih malaikat d sebagai utusan wahyu-Nya.
    xiii- Allah s.w.t bagi bimbingan, tunjuk-ajar kepada hamba-Nya yang beriman cara untuk melakukan ibadat, kebajikan, jihad dan cara menunaikan solat, berzakat dan berpegang kepada ajaran Allah s.w.t.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

AYAT 1- {WAHAI UMAT MANUSIA, BERTAQWALAH KEPADA TUHAN KAMU! SESUNGGUHNYA GEMPA HARI KIAMAT ITU SUATU PERKARA YANG AMAT BESAR.} (AL-HAJJ 22:1)

  1. Dimulai surah ini dengan arahan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
  2. Dengan membersihkan (tanzih) Allah s.w.t dari segala kekurangan dan jauhi syirik dengan tauhid kepada-Nya. Inilah Batasan iman dan kufur. Wajib para pendakwah menjelaskannya.
  3. Taqwa dengan mengikut segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
  4. Juga menceritakan tentang bahayanya hari Kiamat yang akan datang.

AYAT 2- {PADA HARI KAMU MELIHAT (PERISTIWA-PERISTIWA YANG MENGERIKAN) ITU, TIAP-TIAP IBU PENYUSU AKAN MELUPAKAN ANAK YANG DISUSUKANNYA, DAN TIAP-TIAP PEREMPUAN YANG MENGANDUNG AKAN GUGURKAN ANAK YANG DIKANDUNGNYA; DAN ENGKAU AKAN MELIHAT MANUSIA MABUK, PADAHAL MEREKA SEBENARNYA TIDAK MABUK, TETAPI AZAB ALLAH AMATLAH BERAT, MENGERIKAN.} (AL-HAJJ 22:2)

  1. Sesungguhnya hari Kiamat adalah sesuatu yang amat mengerikan huru-haranya. Gempa bumi akan berlaku dan cukup dahsyat, orang menyusu dan mengandung jatuh anaknya, manusia terhuyung-hayang seolah mabuk, amat mengerikan.
  2. Maka selamatkanlah diri kamu pada hari tiada yang selamat kecuali manusia yang bertaqwa. Hadis Qudsi Fasal; Dalam 1000 orang 999 akan memasuki neraka:
    Daripada Abu Sa\’id katanya; Rasulullah saw bersabda; \”Allah berfirman; \”Wahai Adam!\” Adam menjawab; \”Aku sambut seruan-Mu, Ya Allah… aku sambut seruan-Mu dan Engkau telah membahagiankan daku dengan kebahagiaan justeru kemuliaan dan ketinggian-Mu.\”
    Allah berfirman; \”Pisahkanlah ahli neraka (dari zuriatmu).\” Adam bertanya: \”Bagaimanakah pemisahan itu.\” Allah berfirman; \”Dari setiap 1000 orang, 999 orang (memasuki neraka).\” maka itu terjadi di waktu kanak2 berubah menjadi tua dan wanita yg mengandung anaknya melahirkan anaknya dan kamu lihat manusia seperti orang2 gila sedangkan mereka tidak gila akan tetapi azab Allah amat dahsyat sekali.\”
    Lalu para sahabat merasa amat terkesan dengan apa yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w itu. Mereka pun berkata; \”Ya Rasulullah, siapakah di kalangan kami si lelaki itu (yang memasuki syurga dari setiap 1000 org).?
    Rasulullah saw bersabda; \”Gembiralah kamu bahawa nisbah bilangan Ya\’juj dan Ma\’juj berbanding dengan orang-orang beriman ialah 1:1000 (1000 Ya\’juj dan Ma\’juj dan seorang mukmin, iaitu nisbah yang hadir pada hari kiamat).\”
    Kemudian Baginda s.a.w bersabda; \” Demi Dia Yang memegang jiwaku di dalam tanganNya, sesungguhnya daku ingin sekali agar bilangan kamu menjadi 1/3 ahli syurga.\”
    Kata Abu Sa\’id; \”Maka kamipun memuji Allah serta bertakbir.\” Kemudian Baginda s.a.w bersabda; \”Dan demi Dia Yang memegang jiwaku di dalam tangan-Nya, sesungguhnya daku amat ingin sekali agar bilangan kamu menjadi separuh dari ahli syurga. Sesungguhnya perumpamaan kamu di kalangan umat-umat lain ialah seperti sehelai bulu putih pada kulit seekor lembu jantan yang berwarna hitam atau kesan yang ada pada kaki keldai.\” [Hadis sahih. Dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim.]

PERBINCANGAN ULAMA\’ DALAM DUA AYAT INI:

1- Allah s.w.t memerintahkan kita supaya bertaqwa; kerana segala kebaikan itu ada pada sifat taqwa.

  1. Allah s.w.t mulakan dua surah dalam al-Quran dengan arahan bertaqwa ini:
    i- Surah an-Nisa\’, surah yang ke-4. Menunjukkan untuk kita memulakan perjalanan hidup atas dunia ini dengan taqwa. Menunjukkan kesempurnaan Allah s.w.t.
    ii- Surah al-Haj ini, surah yang ke-22 ini. Menunjukkan kita untuk bertaqwa bagi menghadapi hari Kiamat, iaitu pengakhiran hidup. Masya Allah.

AYAT 3- {DAN ADA DI ANTARA MANUSIA YANG MEMBANTAH PERKARA-PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN ALLAH DENGAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG PENGETAHUAN, DAN IA MENURUT TIAP-TIAP SYAITAN YANG TELAH SEBATI DENGAN KEJAHATAN.} (AL-HAJJ 22:3)

  1. Malangnya walaupun sudah ada segala bukti dan tanda semua ini, manusia masih berbantah-bantah tanpa ilmu lalu mengingkari perkara yang benar ini.
  2. Maka manusia yang tidak mahu beriman dan bertaqwa kepada Allah ini adalah mengikut ketua yang kufur dan ingkar iaitu syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.

AYAT 4- {YANG TELAH DITETAPKAN KEPADA (TIAP-TIAP) SYAITAN ITU, BAHAWA SESIAPA YANG BERKETUAKAN DIA, MAKA SESUNGGUHNYA IA AKAN MENYESATKANNYA DAN MEMIMPINNYA KEPADA AZAB NERAKA.} (AL-HAJJ 22:4)

  1. Maka sesiapa yang mengikut syaitan (dari kalangan manusia atau jin), maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:

  1. Allah s.w.t mencela orang yang berbantah dan berhujjah tanpa ilmu dan maklumat yang mencukupi.
  2. Maka orang Islam hendaklah menuntut ilmu agar dapat berhujjah untuk menyampaikan dan mempertahankan agama ini.
    Contoh Nabi Ibrahim a.s yang berhujjah dengan kaumnya dengan penuh ilmu dan hikmah.
  3. Ilmu yang paling mantap ialah ilmu tentang al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. lalu lahirlah dari keduanya ilmu feqah dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Dalam Islam juga ada ilmu yang fardhu kifayah, seperti sains, perubatan, pembinaan dan lain-lain. Semua ini harus dipelajari selagi mana ia tidak bercanggah dengan Syariat agama seperti ilmu sihir.
  5. Sesiapa yang bercakap dalam bidang agama tanpa ilmu amat bahaya kerana terkumpul dua bahaya: sesat diri sendiri serta menyesatkan orang lain pula.
  6. Seorang ulama\’ yang Bernama Mudhari\’ bin Ibrahim مضارع berkata: Aku bertanya kepada al-Husain bin al-Fadhl yang telah mengkaji tentang bandingan antara Arab da A\’jam (non-Arab) dalam ayat-ayat Quran. Adakah tuan dapati kisah orang yang membantu orang zalim, kemudian penzalim itu akan menguasainya??? Jawabnya ada, lalu dibacanya ayat yang ke-4 surah al-Anbiya\’ ini. Firman Allah s.w.t:
    {Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.}
  7. Semoga Allah melantik ke atas kita orang yang baik-baik sebagai pemimpin. Tetapi jika rakyatnya tidak baik bagaimana akan lahir pemipin yang baik, maka sama-samalah kita perbaiki diri kepada kebaikan, insya\’ Allah.

Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs