ALLAH MENOLONG HAMBA-NYA YANG BERIMAN, KEIZINAN BERJIHAD KEPADA UMAT ISLAM & SYARAT MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.
Full video: https://youtu.be/uvqKxNpQjxA
MUQADDIMAH :
- Keadaan sebelum ini, pihak kafir Quraisy cuba menyekat manusia daripada menerima agama Islam dan mengikut Rasulullah s.a.w dengan pelbagai cara.
- Mereka menjalankan dakyah dengan membuat tuduhan dan tohmahan jahat ke atas Baginda s.a.w kepada setiap orang yang masuk untuk mengerjakan haji di Makkah. Dikatakan gila, ahli sihir dan pelbagai fitnah lagi.
- Dalam siri ini, apabila kaum muslimin ditekan dan diserang dahulu, dibenarkan untuk membalas balik demi mempertahankan diri.
- Kemuncaknya selepas hijrah pada tahun ke-6 H., mereka menyekat rombongan Rasulullah s.a.w dari Madinah dari memasuki Makkah. Sehingga mereka tersekat di Hudaibiyah dan berlakulah Perjanjian Hudaibiyah yang masyhur itu.
- Dalam ayat lepas Allah s.w.t juga menerangkan tentang manfaat haji, dari sudut akhirat dan duniawi.
- Juga tentang ibadat korban sebagai salah-satu Syi\’ar dalam agama Allah. Sejarah korban yang teragung, kisah nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.
AYAT 38- {SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBELA ORANG-ORANG YANG BERIMAN; SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA TIAP-TIAP SEORANG YANG KHIANAT, LAGI TIDAK BERSYUKUR.} (AL-HAJJ 22:38)
- Lalu Allah s.w.t menerangkan dalam ayat ini dan ayat berikutnya bahawa Allah akan sentiasa memberi pertolongannya kepada orang-orang yang beriman
- Allah s.w.t akan jaga, beri pertolongan dan keselamatan kepada mereka dari kejahatan orang kafir.
- Allah s.w.t juga jaga mereka dari waswas syaitan, dari kejahatan nafsu mereka sendiri
- Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
- Khianat atau kezaliman itu ada dua:
i- Khianat terhadap Allah s.w.t apabila seseorang itu tidak menunaikan hak-hak Allah s.w.t terhadapnya maka itu adalah khianat. Contoh: tidak solat, tidak tutup aurat, tidak menunaikan zakat, tidak bayar nafkah dan lain-lain.
Begitu juga syirik itu adalah satu kezaliman yang besar terhadap aqidah.
ii- Khianat dan zalim sesama manusia. Banyak contoh dan kejadiannya.
AYAT 39- {DIIZINKAN BERPERANG BAGI ORANG-ORANG (ISLAM) YANG DIPERANGI (OLEH GOLONGAN PENCEROBOH), KERANA SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH DIANIAYA; DAN SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT BERKUASA UNTUK MENOLONG MEREKA (MENCAPAI KEMENANGAN). (AL-HAJJ 22:39)
- Surat kebenaran. Allah s.w.t memberi keizinan kepada kaum muslimin untuk melawan kembali orang kafir yang memerangi mereka iaitu golongan kafir penceroboh.
- Ini kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; bagaimana mereka dizalimi dan ditindas semasa lemah di Makkah, dizalimi dan disakit secara fizikal, harta-benda dirampas, dan pelbagai kejaatan lagi.
- Hadis Nabi s.a.w:
Kisah seorang sahabat Shuhaib bin Sinan RA yang keluar berhijrah ke Madinah dan selepas dihalang oleh musyrikin Quraisy, lalu dia menawarkan seluruh hartanya yang tertinggal di Makkah untuk orang-orang yang mengejarnya. Mudah saja ia melepaskan semua harta kekayaannya. Baginya, menyelamatkan iman jauh lebih penting dibandingkan menyelamatkan kekayaan.
setibanya di Madinah dan apabila Rasulullah SAW melihatnya, Baginda terus berseru dengan gembira. Rasulullah SAW pun bersabda, \”Beruntung perdaganganmu, hai Abu Yahya. Beruntung perdaganganmu, hai Abu Yahya!\” - Kata Ibnu al-A\’rabi: Ayat al-Quran ini telah memansukhkan ayat-ayat al-Quran sebelum ini yang menyuruh supaya kaum muslim jangan melawan dan biarakan saja perbuatan jahat kaum kafir.
- Ini adalah ayat al-Quran pertama yang memberi keizinan untuk berperang, lampu hijau, peringkat pertama diberi pillihan, nak lawan atau tidak terserah. Perang Badar terjadi selepas diberi keizinan ini, kerana itu hanya 313 orang sahaja yang ikut Rasulullah s.a.w.
- Kemudian turunlah ayat bagi peringkat kedua iaitu diwajibkan untuk lawan:
{ Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.} (Al-Baqarah 2:216) - Kemudian Allah s.w.t tegaskan bahawa sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka bagi mencapai kemenangan.
AYAT 40- {IAITU MEREKA YANG DIUSIR DARI KAMPUNG HALAMANNYA DENGAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG ALASAN YANG BENAR, (MEREKA DIUSIR) SEMATA-MATA KERANA MEREKA BERKATA: \”TUHAN KAMI IALAH ALLAH\”. DAN KALAULAH ALLAH TIDAK MENDORONG SETENGAH MANUSIA MENENTANG PENCEROBOHAN SETENGAHNYA YANG LAIN, NESCAYA RUNTUHLAH TEMPAT-TEMPAT PERTAPAAN SERTA GEREJA-GEREJA (KAUM NASRANI), DAN TEMPAT-TEMPAT SEMBAHYANG (KAUM YAHUDI), DAN JUGA MASJID-MASJID (ORANG ISLAM) YANG SENTIASA DISEBUT NAMA ALLAH BANYAK-BANYAK PADANYA DAN SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENOLONG SESIAPA YANG MENOLONG AGAMANYA (AGAMA ISLAM); SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KUAT, LAGI MAHA KUASA;} (AL-HAJJ 22:40)
- Allah s.w.t memberi keizinan ini kerana mereka sudah terlalu lama dizalimi.
- Mereka diusir keluar dari kampung halamannya, Makkah dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar dan besar.
- Itu semua semata-mata kerana mereka beriman dan berkata: \”Tuhan kami ialah Allah\”. Yakni bukan kesalahan yang menyakiti mereka kecuali kerana hasad dengki.
- Sunnah Pertembungan Antara Haq dan Batil- tidak boleh diam mesti lawan, walaupun terkorban, itulah pengorbanan. سنة التدافع
- Allah s.w.t kata jika tidak ada pertahanan ini maka pasti akan runtuh segala rumah ibadat yang ada sejak zaman dulu lagi. Iaitu agama mengikut ajaran nabi-nabi yang diutuskan dulu.
6, Tetapi pertolongan ini bersyarat, Yakni wajib mempertahankan agama, bangkit melawan penindasan. Firman Allah s.w.t:
{Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.} (Muhammad 47:7). - Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
AYAT 41- IAITU MEREKA (UMAT ISLAM) YANG JIKA KAMI BERIKAN MEREKA KEKUASAAN MEMERINTAH DI BUMI NESCAYA MEREKA MENDIRIKAN SEMBAHYANG SERTA MEMBERI ZAKAT, DAN MEREKA MENYURUH BERBUAT KEBAIKAN SERTA MELARANG DARI MELAKUKAN KEJAHATAN DAN PERKARA YANG MUNGKAR. DAN (INGATLAH) BAGI ALLAH JUALAH KESUDAHAN SEGALA URUSAN} (AL-HAJJ 22:41)
- Yakni jika Allah s.w.t memberi kekuasaan untuk umat Islam memerintah di bumi ini, mereka mestilah:
i- mendirikan solat serta,
ii- memberi zakat,
iii- dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta;
iv- melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. - Alhamdulillah hari ini di mana-mana negara saja, hatta negara kafir, kita dapat lihat masjid-masjid tumbuh megah di mana-mana. Cuma jemaahnya tidak ramai dan penuh serta tiada kekuatan. Di manakah silapnya?
- Kutipan zakat juga Alhamdulillah banyak dan menggalakkan tetapi kita masih ada ramai fakir miskin. Di manakah silapnya?
- Kita mampu menyuruh berbuat kebaikan, ini adalah satu yang agak mudah.
- Tetapi malangnya kita masih tidak mampu melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Kita ada banyak masjid, tetapi kita juga ada banyak kelab malam dan kilang-kilang arak serta pusat-pusat judi. Di manakah silapnya?
- Satu lagi kita juga wajib memperkasakan akhlak umat Islam. Jika tidak dikawal, akhlak rakyat dan masyarakat akan semakin runtuh dan rosak.
- Allah s.w.t menutup ayat ini dengan memberi peringatan: bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
- Janji Allah s.w.t, siapa yang membela agama-Nya, Allah akan memberi pertolongan kepadanya. Jika tidak berjaya di dunia ini tunggulah balasan pahalanya di akhirat kelak.
- Sesiapa yang menerima ujian kerana agama dan kerana Allah
- Syarat untuk mendapat kemenangan ialah:
i- mendirikan solat serta,
ii- memberi zakat,
iii- menyuruh berbuat kebaikan serta;
iv- melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. - Kisah wabak yang melanda hanya hilang apabila segala kemungkaran dan maksiat dihapuskn.
Wallahu a\’lam.