3 KUMPULAN MANUSIA; KAFIR YANG MEMBANTAH TANPA DALIL, MUNAFIQ LEMAH PEGANGAN TIADA PENDIRIAN & MUKMIN YANG BAHAGIA DI AKHIRAT.
Full video: https://youtu.be/-Xq47wPFdgg
MUQADDIMAH :
1- Dalam ayat sebelumnya Allah s.w.t menyatakan bahawa manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah adalah tanpa hujjah dan mengikut syaitan.
- Allah s.w.t membawa 10 dalil untuk mereka fikirkan supaya mereka mendapat petunjuk dalam bab kebangkitan yang mereka dustakan..
3.Dalam ayat hari ini pula Allah s.w.t menerangkan lagi sifat dan sikap golongan yang suka membantah ini. - Kali ini mereka ingkar pula kerasulan Nabi s.a.w dan ingkar akan turunnya al-Quran dari Allah s.w.t.
- Lalu Allah s.w.t turunkan lagi beberapa ayat al-Quran untuk mematahkan hujjah mereka itu.
AYAT 8- {DAN ADA DI ANTARA MANUSIA YANG MEMBANTAH DALAM PERKARA-PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN ALLAH DENGAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG PENGETAHUAN, DAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG KETERANGAN, DAN TIDAK JUGA BERDASARKAN MANA-MANA KITAB ALLAH YANG MENERANGI KEBENARAN;} (AL-HAJJ 22:8)
- Allah s.w.t menegaskan bahawa terdapat manusia yang menentang dan membantah dalam perkara agama yang berhubung dengan Allah:
i- Tanpa ada ilmu yang sahih-
Ulama\’ berkata ilmu ini adalah agama yang asas sahaja, bukan yang mendalam dan susah-susah.
ii- Tidak berdasarkan keterangan dari nabi-nabi a.s.-
- Tidak ikut ajaran Nabi s.a.w tanpa dalil yang sahih yang dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.
iii- Juga tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran-
Yakni kitab al-Quran bagi kita ummat ini, ataupun kitab masing-masing bagi umat terdahulu.
- Ayat ini diturunkan kepada salah seorang yang pembantah musyrikin Quraisy yang kuat sekali iaitu an-Nadhar bin al-Harith.
AYAT 9- {IA MEMBANTAH SAMBIL MEMALINGKAN SEBELAH BADANNYA DENGAN SOMBONG ANGKUH SEHINGGA MENGHALANG DIRINYA DAN ORANG LAIN DARI JALAN AGAMA ALLAH; IA AKAN BEROLEH KEHINAAN DI DUNIA, DAN KAMI AKAN MERASAKANNYA AZAB YANG MEMBAKAR PADA HARI KIAMAT KELAK;} AYAT 8- {DAN ADA DI ANTARA MANUSIA YANG MEMBANTAH DALAM PERKARA-PERKARA YANG BERHUBUNG DENGAN ALLAH DENGAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG PENGETAHUAN, DAN TIDAK BERDASARKAN SEBARANG KETERANGAN, DAN TIDAK JUGA BERDASARKAN MANA-MANA KITAB ALLAH YANG MENERANGI KEBENARAN;} (AL-HAJJ 22:8)
- Al-Quran menggambarkan penentanga yang begitu tegar ini. Sifat dan sikap mereka yang membantah ini amat sombong dan penuh kedegilan.
- Secara fizikal memalingkan sebelah badannya dengan sombong dan angkuh.
- Sikap mereka ini bukan sahaja menghalang dirinya tetapi orang lain juga dari jalan agama Allah.
- Balasan bagi mereka yang melawan ini:
i- Kehinaan di dunia- hidup dalam kekufuran dan jahiliyyah. Abu Jahal dan beberapa pembesar mereka juga telah terbunuh dengan penuh kekalahan dalam peperangan Badar.Mayat mereka dicampakkan ke dalam sebuah telaga buruk.
ii- Dibakar oleh azab neraka di akhirat kelak.
AYAT 10- {(DENGAN DIKATAKAN KEPADANYA): \”AZAB YANG DEMIKIAN INI IALAH DISEBABKAN PERBUATAN TANGANMU SENDIRI, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SEKALI-KALI BERLAKU ZALIM KEPADA HAMBA-HAMBANYA\”.} (AL-HAJJ 22:10)
- Kenapa semua ini terjadi? Yakni balasan dan azab yang mereka dapat itu adalah disebabkan hasil perbuatan mereka sendiri.
- Dikatakan kepada mereka inilah balasan atas perbuatan kamu, dan Allah s.w.t tidak sekali-kali akan berbuat zalim kepada hamba-Nya.
- Allah tidak akan mengazab mereka yang beriman dan tidak bersalah.
- Maka kita jangan ulangi perbuatan mereka ini yang melawan tanpa ilmum tanpa hujjah dan dalil yang sahih.
- Inilah golongan pertama yang dibincangkan pada hari ini iaitu: Golongan Kafir Yang Membantah Tanpa Dalil.
AYAT 11- {DAN ADA DI ANTARA MANUSIA YANG MENYEMBAH ALLAH DENGAN SIKAP DAN PENDIRIAN YANG TIDAK TETAP, IAITU KALAU IA BEROLEH KEBAIKAN, SENANGLAH HATINYA DENGAN KEADAAN ITU; DAN KALAU PULA IA DITIMPA FITNAH KESUSAHAN, BERBALIKLAH IA SEMULA (KEPADA KEKUFURANNYA). (DENGAN SIKAPNYA ITU) RUGILAH IA AKAN DUNIA DAN AKHIRAT, ITULAH KERUGIAN YANG TERANG NYATA.} (AL-HAJJ 22:11)
- Golongan kedua yang digambarkan dalam surah ini: iaitu manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap.
- Jika ada peluang untuk mendapat pulangan dunia mereka akan mengikutnya, tetapi jika ada kesusahan, mereka akan terus berpaling kembali kufur semula.
- Sebab nuzul- turun ayat ini kata Ibnu Abbas r.a tentang orang yang bergoyah tidak tetap pendiriannya.
i- Kisah seorang lelaki yang datang ke Madinah dan mengatakan jika isterinya melahirkan anak lelaki dan kudanya melahirkan anak yang elok, maka agama nabi Muhammad itu adalah ajaran yang betul. Jika sebaliknya yang terjadi, maka agama itu tidak betul. Inilah satu pegangan yang silap dan ikut kepentingan diri. [HR Bukhari].
ii- Sebuah hadis lagi:
Jabir ibn `Abdullah meriwayatkan bahawa seorang Badwi datang ke Madinah dan berjanji setia (bai\’ah) kepada Rasulullah s.a.w untuk terima Islam. Tidak lama kemudian Badwi itu demam lalu dia meminta kepada Rasulullah untuk membatalkan janjinya (yakni keluar semula). Tapi Rasulullah menolak dan memujuknya untuk terus tinggal di Madinah. Badwi datang lagi kepadanya mengatakan, \”Batalkan bai\’ah saya.\” Tapi Rasulullah s.a.w tetap menolaknya. Sebanyak tiga kali dia datang berjumpa Rasulullah dan Baginda tetap menolaknya. (Ini kerana jika Baginda membenarkan dia menarik balik bai\’ahnya seolah membenarkan dia murtad dan keluar dari Islam.
Kemudian Badwi itu pergi keluar sendiri dari (Madinah).
Rasulullah s.a.w lalu bersabda: \”Madinah itu seperti sebuah tungku api penempa besi: ia mengeluarkan kekotoran dan karat yang tidak elok dari besi dan meninggalkan yang jernih dan baik.\”[HR Bukhari & Muslim] - Dengan sikap begini, adalah satu kerugian yang sangat jelas dan nyata. Jika kita mampu tinggallah di Madinah setakat ada kemampuan kerana Rasulullah s.a.w menggalakkan kita untuk tinggal di Madinah sebagaimana banyak yang dinyatakan dalam hadis-hadis yang sahih.
Dari Ibn \’Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
Maksudnya: Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana. [HR al-Tirmizi]
- Sesiapa yang bersikap begini, adalah satu kerugian yang sangat jelas dan nyata, dunia dan akhirat. Lihat apa lgi yang mereka buat dalam ayat seterusnya.
- Inilah golongan kedua yang dibincangkan pada hari ini iaitu: Golongan Munafiq Yang Lemah Pegangan &Tiada Pendirian
AYAT 12- {IA MENYERU DAN MENYEMBAH MAKHLUK-MAKHLUK YANG LAIN DARI ALLAH, YANG TIDAK DAPAT MEMBAHAYAKANNYA DAN TIDAK DAPAT MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADANYA; ITULAH KESESATAN YANG JAUH TERPESONG.} (AL-HAJJ 22:12)
- Mereka ini terlibat dalam syirik lalu menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah.
- Sedangkan sembahan itu tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya.
- Itulah kesesatan yang jauh terpesong. Setip orang mempunyai nasib masing-masing.
- Kita yang diberi hidayah oleh Allah s.w.t ini sentiasalah berdoa supaya tetap istiqomah, setiap ujian yang datang anggaplah sebagai satu proses yang mematangkan.
AYAT 13- {IA MENYERU DAN MENYEMBAH MAKHLUK YANG – DENGAN PERBUATAN DEMIKIAN – MUDARATNYA LEBIH DEKAT DARI MANFAAT YANG DIHARAPKANNYA; DEMI SESUNGGUHNYA SEBURUK-BURUK PENOLONG DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT KARIB IALAH MAKHLUK YANG DISERU DAN DISEMBAHNYA ITU.} (AL-HAJJ 22:13)
- Perbuatan syirik ini membawa kesan mudharatnya lebih besar dari manfaat yang diharapkan.
- Ini kerana seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang diseru dan disembah tanpa hak.
- Maka dalam masalah syirik yang merosakkan iman dan Islam; kita kena cakna, kena ambil berat tidak boleh pandang remeh dan ambil mudah.
- Ada 3 sebab yang membawa kepada syirik [Kitab Mustika Hadis- JAKIM]:
i- Dengan iktikad bahawa ada benda lain yang berkuasa dan berhak disembah selain daripada Allah s.w.t.
ii- Dengan perkataan seperti iktikad si atas. Yakni menyatakannya secara lisan.
iii- dengan perbuatan- yakni merealisasikan iktikad dan perkataan sesatnya itu.
AYAT 14- {SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MEMASUKKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH KE DALAM SYURGA YANG MENGALIR DI BAWAHNYA BEBERAPA SUNGAI; SESUNGGUHNYA ALLAH MELAKUKAN APA YANG DITENTUKAN-NYA.} (AL-HAJJ 22:14)
- Allah s.w.t menegaskan lagi bahawa DIA akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang penuh nikmat dan indah.
- Syarat Amalan soleh itu diterima ada 3:
i- Beriman kepada Allah s.w.t.
ii- Ikhlas melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t.
iii- Ikut ajaran Nabi s.a.w. - Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menghalang Allah s.w.t daripada melakukan apa yang ditentukan-Nya.
- Inilah golongan ketiga yang dibincangkan pada hari ini iaitu: Golongan Mukmin Yang Bahagia Di Akhirat.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
- Semoga kita temasuk dalam golongan yang beriman kepada Allah s.w.t., ikhlas melakukan ibadat semata-mata kerana Allah s.w.t., serta bertepatan dengan ajaran Rasulullah s.a.w.
- Pesanan sempena PKP dan lockdown ini, banyakkan munajat kepada Allah s.w.t, kembali kepada Allah s.w.t, tinggalkan segala perkara yang tidak berfaedah. Jauhi perkelahian, polemik, kontroversi dan lain-lain.
- Banyakkan berdoa agar Allah s.w.t segera mengangkat bala wabak yang sedang melanda kita dan seluruh dunia ini. Amankan negara kita dari sebarang persengketaan, sembuhkan yang sakit di kalangan kita.
Wallahu a\’lam.