16 MUKJIZAT ALLAH SWT BERIKAN KEPADA NABI MUSA AS DAN PENENTANGAN BERTERUSAN DARI KAUMNYA.
Full video: https://youtu.be/bLMJrUw3w40
MUQADDIMAH:
1- Dalam ayat-ayat hari ini, Allah s.w.t ceritakan kepada kita tentang kisah Nabi Musa a.s. Nabi Musa adalah seorang nabi yang banyak sekali kisahnya disebut dalam al-Quran. Jika dikumpul kisahnya adalah terperinci dan lengkap sekali.
2. Kisah ini datang selepas diceritakan dalam ayat terdahulu kaum Quraisy Makkah yang meminta dan mencabar Rasulullah s.a.w untuk mengadakan beberapa perkara pelik dan ajaib, yakni minta mukjizat.
3. Mukjizat ialah perkara luar-biasa, yang di luar pemikiran manusia, benda ajaib, di luar kebiasaan dan melemahkan fikiran dan hujjah manusia biasa serta tidak dapat ditiru atau dilawan.
4. Lalu Allah s.w.t ceritakan apa yang berlaku kepada kaum Firaun kisah sama, minta mukjizat, tetapi selepas dibawa mukjizat yang dipinta tetapi tetap tidak beriman.
5. Mereka memintanya sebagai dalih, bukan kerana benar-benar hendak beriman hanya sebagai alasan untuk melepaskan diri.
AYAT 101 – {DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBERI KEPADA NABI MUSA SEMBILAN MUKJIZAT YANG JELAS NYATA (MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA); MAKA BERTANYALAH (WAHAI MUHAMMAD) KEPADA BANI ISRAIL (TENTANG ITU): KETIKA NABI MUSA DATANG KEPADA FIRAUN DAN KAUMNYA (SERTA MENUNJUKKAN MUKJIZATNYA), LALU BERKATALAH FIRAUN KEPADANYA: \”SESUNGGUHNYA AKU FIKIR, ENGKAU INI WAHAI MUSA, SEORANG YANG TERKENA SIHIR.\”} (AL-ISRAA\’ 17:101)
1. Dalam ayat ini Allah s.w.t jelas menyebut tentang 9 mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Musa a.s. yang jelas nyata membuktikan kebenarannya.
2. Tetapi malangnya walaupun berapa banyak mukjizat yang jelas di datangkan kepada Firaun dan kaumnya, mereka tetap tidak beriman maka akhirnya dimusnahkan smeuanya. Inilah yang Rasulullah tidak mahu terjadi ke atas umatnya.
3. Allah s.w.t perintahkan supaya Rasulullah s.a.w bertanya kepada kaum yahudi yang telah beriman di Madinah (antaranya Abdullah bin Salam), tentang mukjizat-mukjizat Nabi Musa a.s, apabila ditunjukkan kepada Firaun, dia berkata Musa terkena sihir. Mereka pasti tahu dan dapat menceritakannya. Ini untuk mencari bukti kepada mereka.
4. Tentang mukjizat Nabi Musa, 5 tanda telah disebut dalam surah al-A’raf, iaitu 5 bala dan ujian yang dihantar kepada kaum Firauan, termaktub dalam satu firman Allah s.w.t:
{(Allah berfirman): {Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.} [Al-A\’raaf 7:133].
Seluruh negara diserang benda-benda seperti katak, darah dan lain-lain itu.
5. Tetapi selepas segala mukjizat yang besar dan banyak ini, Firaun tetap menolaknya dengan berkata: Aku rasa kamu Musa adalah seorang yang terkena sihir
6. Kisah ini datang untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, semua Nabi-nabi itu mendapat tentangan dan ujian dari kaumnya yang tidak beriman. Mereka akan membuat pelbagai helah dan janji untuk beriman tetapi tidak sebenarnya.
7. Dalam Tafsir Ar-Razi, ulama\’ kata ada 16 mukjizat yang Allah s.w.t berikan kepada Nabi Musa a.s. iaitu:
1) Hilang simpulan lidah, fasih berhujjah. Yakni tidak gagap dan lemah berkata-kata.
2) Tongkat yang berubah menjadi ular. Firman Allah s.w.t:
{Lalu (Musa) melemparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu menjadi ular besar yang sebenarnya.} [Al-A\’raf: 107].
3) Ular dari tongkatMusa a.s itu menelan segala ular palsu ahli sihir. Inilah yang menyebabkan semua ahli sihir tunduk beriman kepada Allah dan Musa a.s.
4) Tangan Musa a.s berubah menjadi putih bercahaya.
Firman Allah s.w.t: {Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.} [Al-A\’raaf: 108].
5) Banjir taufan. 6. Belalang. 7. Kutu. 8. Katak. 9. Darah.
5 mukjizat yang berupa bala ke atas kaum Firaun ini termaktub dalam satu firman Allah s.w.t: {(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.} [Al-A\’raaf 7:133].
10) Membelah lautan. Firman Allah s.w.t:
“Dan sungguh, telah Kami wahyukan kepada Musa, \’Pergilah bersama hamba-hamba-Ku (Bani Israil) pada malam hari, dan pukul-lah (buatlah) untuk mereka jalan yang kering di laut itu, (engkau) tidak perlu takut akan tersusul dan tidak perlu khawatir (akan tenggelam)” [Thaha: 77].
11) Mengeluarkan Air dari batu dengan pukulan Tongkat.
Firman Allah s.w.t: {Dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: \”Pukullah batu itu dengan tongkatmu!\”. Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami berfirman): \”Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepadamu\”. Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri”}. [Al-A’raf: ayat 160].
12) Gunung menjadi bayang, iaitu bukit Thur-Sina yang diangkat malaikat untuk dihempap atas bani Israil. Tapi tak jadi kerana mereka berjanji untuk beriman. [Al-A\’Raf-171.] Tetapi janji itu hanyalah palsu dan berlakon untuk menyelamatkan diri.
Firman Allah s.w.t: {Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): \”Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa\”.} [Al-A\’raaf:171]
13) Manna wa salwa turun dri langit. Iaitu ketika mereka sesat, Musa berdoa maka turun manna (getah seolah madu) dan salwa (burung) dari langit sebagai makanan mereka.
14) Kemarau Panjang yang memeritkan.
15) Berkurangan buah-buahan tanaman mereka pupus dan tidak bermutu.
16) Hilang harta-benda dari segi tanaman seperti tamar, gandum, makanan dan wang.
Tambahan:
17) Lidah lembu bani Israil yang digunakan untuk menyiasat kisah pembunuhan dalam surah al-Baqarah.
Mukjizat diatas adalah contoh beberapa kelebihan dan kehebatan Nabi Musa A.S dengan kurniaan Allah S.W.T. Semoga boleh memberik hikmah dan makin menguatkan keimanan kita semua. wallahu a\’lam.
5. Jangan jadi seperti Firaun dan kaumnya yang tetap tidak beriman bahkan mengatakan bahawa Nabi Musa kurang siuman dan kena sihir. Apabila melihat mereka tetap sombong takbur dan kufur, maka nabi Musa a.s pun berdoa:
وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ [Yunus: 88]
{Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: \”Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalan-Mu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.} [Yunus: 88].
AYAT 102 – {NABI MUSA MENJAWAB: \”SEBENARNYA ENGKAU (HAI FIRAUN) TELAH PUN MENGETAHUI: TIADALAH YANG MENURUNKAN MUKJIZAT-MUKJIZAT INI MELAINKAN TUHAN YANG MENCIPTA DAN MENTADBIRKAN LANGIT DAN BUMI, SEBAGAI BUKTI-BUKTI YANG MENERANGKAN KEBENARAN; DAN SEBENARNYA AKU FIKIR, ENGKAU WAHAI FIRAUN, AKAN BINASA\”.} (AL-ISRAA\’ 17:102).
1. Nabi Musa a.s membalas balik kata-kata Firaun dengan berkata bahawa sebenarnya Firaun sudah tahu bahawa apa yang Musa bawa itu betul dan semua mukjizat itu milik Allah s.w.t pencipta langit dan bumi. Lalu Firaun akan binasa tidak lama lagi akibat keingkaran dan kesombongannya itu.
2. Sebab apa akan binasa? Kerana apabila penentangan itu terlalu kuat, kemenangan akan datang. Jadi jika nabi Musa menang maka yang binasa pastilah Firaun.
3. Begitulah kita para pendakwah, jika orang sudah menghina dakwah dan agama ini dengan melampau, maka jangan skali-sekali berdiam. Sabar itu adahadnya juga, maka hendaklah jawab dengan kebenaran dan berikan hujjah yang mantap.
AYAT 103 – {MAKA FIRAUN PUN BERKIRA HENDAK MENGUSIR MEREKA DARI BUMI (MESIR) LALU KAMI TENGGELAMKAN DIA BERSAMA-SAMA PENGIKUT-PENGIKUTNYA SELURUHNYA.} (AL-ISRAA\’ 17:103).
1. Selepas melepasi semua ujian dan bala yang turun dengan hela dan tipu-daya, Firaun pun membuat keputusan untuk mengusir keluar Musa a.s dan pengikutnya dari bumi Mesir, samada dengan membunuh mereka atau memusnahkan mereka semuanya.
2. Tetapi terlebih dahulu Allah s.w.t memusnahkan Firaun dan seluruh kaumnya, tidak tinggal keturunan, dengan menenggelamkan mereka semua dalam Laut Merah. Iaitu dengan mukjizat Nabi Musa membelah Lautan tadi, apabila Firaun dan seluruh tenteranya masuk ke tengah laut, lalu Allah tutup kembali airnya.
4. Apabila Firaun merasa dirinya sudah akan mati, baru timbul kesedaran dan keinsafan dalam dirinya, dia lalu bertaubat dan menyatakan keimanannya kepada Allah s.w.t, namun ketika itu sudah tidak bermakna taubatnya, itulah yang dikatakan nyawa sudah dihalkum. Firman Allah s.w.t tentang kisah ini:
{…. sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): \”Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).} {(Allah berfirman): \”Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?} [Yunus: 90-91].
5. Mayat Firaun terdampar dipantai dam ditemui oleh orang Mesir yang mengawetnya sehingga utuh ke hari ini sebagai pengajaran dan bukti kepada manusia lain selepasnya. Firman Allah s.w.t:
{Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!} [Yunus: 92].
6. Laut Merah, nama asalnya dalam sastera lama ialah Laut Qulzum – بحر القُلْزُم .
AYAT 104 – {DAN KAMI KATAKAN KEPADA BANI ISRAIL, SESUDAH FIRAUN (DIBINASAKAN): \”TINGGALAH KAMU DI NEGERI ITU KEMUDIAN APABILA DATANG TEMPOH HARI AKHIRAT, KAMI DATANGKAN KAMU (KE PADANG MAHSYAR) DENGAN BERCAMPUR-ADUK.} (AL-ISRAA\’ 17:104).
1. Selepas Firaun dibinasakan, Allah s.w.t suruh nabi Musa dan bani Israil agar kembali ke Mesir dan tinggal di situ semula selama mana yang telah ditetapkan.
2. Beberapa ulama\’ semasa kata- maksud bumi itu maksudnya melata bertebaran di seluruh dunia kerana yahudi itu tiada tempat atau negara khas, cuma di akhir ini mereka kembali berkumpul di negara Palestin dan menubuhkan negara haram Israel, ibu negaranya Tel Aviv.
3. Ini menjadi hakikat hadis Nabi s.a.w bahawa pada akhir zaman kaum muslimin akan membunuh seluruh yahudi. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin berperang dengan Yahudi. Maka kaum Muslimin membunuh mereka sehingga ada seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohon, dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, ke mari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” [HR Muslim].
4. Kemudian apabila tiba hari Kiamat, kamu semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar bercampur dengan semua manusia lain dari seluruh zaman.
PENUTUP & KESIMPULAN:
1. Allah s.w.t telah menyebut banyak mukjizat nabi Musa a.s dalam al-Quran. Cuma dalam ayat ini sahaja disebut 9 tanda. Tetapi ia tidak menjadi dalil bahawa tiada tambahan, yakni bukan 9 ini saja, banyak lagi disebut dalam ayat-ayat al-Quran lain.
2. Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w untuk pergi bertanya kepada kaum yahudi itu, sebagai peringatan untuk menunjukkan kesesatan mereka. Sebagai hujjah untuk mengisbatkan bahawa Nabi Musa itu sebagai rasul yang diakui, juga untuk menunjukkan kepada mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu juga seorang nabi dan rasul yang benar.
3. Kisah tentang Firaun mahu menghalau Musa dan pengikutnya dari Mesir, sebagai teladan kepada Rasulullah s.a.w, sama dengan perbuatan Quraisy yang ingin halau Baginda dan muslimin dari Makkah juga. Juga tentang kembalinya bani Israil ke Mesir sebagai tanda berita gembira kepada Rasulullah s.a.w yang dia juga akan kembali memerintah Makkah selepas keluar darinya, insya’ Allah.
Wallahu a’lam.