View Categories

SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 45-48

\"\"

Full video: https://youtu.be/RxuFKU42_0M

MUQADDIMAH:
1. Ayat-ayat sebelum ini Allah s.w.t menyebut tentang isu-isu Ketuhanan, manakala dalam ayat selepasnya yang berkait dengan Kenabian Nabi kita, Muhammad s.a.w.
2. Juga disebut fungsi al-Quran untuk membawa mnusia kepada jalan yang benar dan membawa kebaikan.
3. Semua makhluk bertasbih kpada Allah swt, tasbih pula ada dua:-
i- Secara semula jadi semua makhluk menerimanya, mengakui adanya Allah Azza wa Jalla.
ii- Manakala tasbih Syar\’i, hanya makhluk yang beriman sahaja yang melakukannya. Manakala jin dan manusia yang derhaka mereka tidak kenal Rasulullah s.a.w dan tidak bertasbih kepada Allah s.w.t.

AYAT 45- {DAN APABILA ENGKAU MEMBACA AL-QURAN (WAHAI MUHAMMAD), KAMI JADIKAN PERASAAN INGKAR DAN HASAD DENGKI ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT ITU SEBAGAI DINDING YANG TIDAK DAPAT DILIHAT, YANG MENYEKAT MEREKA DARIPADA MEMAHAMI BACAANMU}. (AL-ISRAA\’ 17:45)
1. Allah s.w.t ceritakan keadaan puak kafir apabila mendengar bacaan al-Quran. Apa karenah dan feel perangai buruk mereka.
2. Apabila Nabi saw mula membaca Quran, puak2 kafir Quraisy mendengarnya tetapi mereka tidak beriman dan tidak percaya,
2. Puak syaitan ada dua kumpulan manusia dan jin. Bila mereka ini datang untuk mengacau & mengganggu Baginda s.a.w, maka Allah swt jadikan hijab (dinding) antara mereka dan al-Quran.

AYAT 46- {DAN KAMI JADIKAN (PERASAAN ITU SEBAGAI) TUTUPAN YANG BERLAPIS-LAPIS ATAS HATI MEREKA, JUGA SEBAGAI PENYUMBAT PADA TELINGA MEREKA, YANG MENGHALANG MEREKA DARI MEMAHAMI DAN MENDENGAR KEBENARAN AL- QURAN; DAN SEBAB ITULAH APABILA ENGKAU MENYEBUT NAMA TUHANMU SAHAJA DI DALAM AL-QURAN, MEREKA BERPALING UNDUR MELARIKAN DIRI.} (AL-ISRAA\’ 17:46)
1. Terhijab yakni hati mereka itu terdinding daripada menerima atau melihat kebenaran tentang al-Quran. Yakni diri mereka itu sendiri ada masalah.
2. Telinga dapat mendengar bukan tuli pun, bahkan mereka juga memahami maknanya, tetapi terhijab daripada dengar yang dapat memberi manfaat dan hidayah.
3. Ada juga pendapat yang mengatakan Allah s.w.t melindungi Nabi s.a.w daripada pandangan mereka apabila membaca al-Quran, ini untuk mengelak dari gangguan dan kejahatan mereka.
4. Kesimpulannya; orang kafir bila Nabi s.a.w baca Quran:
i- mereka tidak nampak.
ii- terhijab daripada dapat faedah atau tidak dapat memahaminya.
5. Mereka juga berpaling, berundur lari daripada al-Quran kerana mereka takut jika mendengarnya, mereka akan tepegun, terpesona dan ter-beriman dengan al-Quran.

AYAT 47- {KAMI LEBIH MENGETAHUI AKAN TUJUAN MEREKA MENDENGAR AL-QURAN SEMASA MEREKA MENDENGAR BACAANMU (WAHAI MUHAMMAD), DAN SEMASA MEREKA BERBISIK-BISIK IAITU KETIKA ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU BERKATA (SESAMA SENDIRI): \”KAMU TIDAK MENURUT MELAINKAN SEORANG YANG KENA SIHIR\”.} (AL-ISRAA\’ 17:47).
1. Mereka juga ada datang mendengar al-Quran tetapi bertujuan untuk mempermain-mainkanya, mengejek2nya sambal mendustakannya.
2. Mereka berbisik-bisik sambal berkata sesama mereka, bahawa semua itu adalah perbuatan sihir, Nabi sa wkena sihir, cakap tak betul, bawa berita-berita yang dustakan.
3. Kerana itulah antara sebab Allah s.w.t hijabkan mereka daripada mendengar al-Quran. Maka mereka akan makin jauh dari al-Quran dan tidak mendapat hidayah dan petunjuk lagi.

AYAT 48- {LIHATLAH (WAHAI MUHAMMAD) BAGAIMANA MEREKA MENYIFATKAN ENGKAU DENGAN YANG BUKAN-BUKAN, MAKA DENGAN SEBAB ITU MEREKA SESAT, SEHINGGA MEREKA TIDAK DAPAT MENCARI JALAN KEBENARAN.} (AL-ISRAA\’ 17:48)
1. Lihatlah apa yang kaum musyrik kata dan tuduh terhadap Nabi s.a.w. Mereka mengatakan Baginda terkena sihir, seorang pawang, tukang syair, orang gila dan pelbagai tuduhan lagi yang menjadikan mereka bertambah sesat.
2. Mereka membuat pelbagai contoh dan bandingan jahat kepada Nabi s.a.w tetapi semuanya tidak menjadi.

PENUTUP & KESIMPULAN:
1. Ayat yang mengatakan: {Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka,} – sebagai satu peringatan kepada akan kewajipan membaca al-Quran serta untuk memahami dan mengetahui tujuan ayat al-Quran itu diturunkan.
Jika kita tidak faham, jangan salahkan al-Quran. Ke atas para ulama\’ yang berilmu untukmenafsirnya dan mengajarkannya kepada umum. Tiada sebab untuk mengatakan tidak pandai, tidak faham bahasa al-Quran.
Maka jelas kewajipan membaca al-Quran, memahami dan mengamalkannya.

2. Dalil kewajipan mendengar nasihat dan tumpukan perhatian kepada pemberi nasihat atau Kuliah. Sesiapa yang bercakap atau berbual ketika orang beri tazkirah atau ceramah maka dia dikira tidak beradab dalam majlis ilmu, memandang lekeh kepada nasihat itu dan lagha. Walaupun duduk satu jam dalam majlis ilmu pun, tiada faedah dan manfaat.

3. Makna HIJAB YANG TERTUTUP. Kata ulama\’, as-Sirri as-Saqati:
i- Dinding di sini maksudnya cemburu (al-ghirah). Tiada orang yang lebih cemburu daripada Allah s.w.t terhadap hamba-Nya yang melanggar peritah-Nya. Maka Allah s.w.t tidak beri mereka ini memahami al-Quran kerana mereka berniat tidak baik.
ii- Hijab juga bermaksud Allah s.w.t letaknya dihati orang kafir untuk menjaga al-Quran itu daripada dipermainkan oleh mereka. Contoh hari ini, para kafir orientalis yang mengkaji al-Quran kemudian menafsirkan ikut kepala otaknya, maka mereka makin terpesong dan sesat.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs