PERCUBAAN KAUM MUSYRIKIN NAK FITNAH NABI SAW DAN MENGELUARKAN BAGINDA DARI BUMI MAKKAH & BINASANYA KAUM YANG MENGHALAU NABI MEREKA.
Full video: https://youtu.be/QBdz6kpMYyk
MUQADDIMAH:
1. Allah s.w.t telah menyebut dan menghitung beberapa nikmat yang dianugerahkan kepada hamba-hamba-Nya samada di daratan, lautan dan daratan.
2. Beberapa darjat di akhirat. Ada yang bahagia ada yang sengsara.
3. Kedudukan orang-orang yang berbahagia.
4. Peringatan kepada orang-orang yang bahagia agar jangan terpengaruh dengan tipu-daya dan cubaan penyelewengan orang yang sesat.
5. Ayat-ayat hari ini tentang percubaan kaum kafir untuk memesongkan dakwah Rasulullah s.a.w dan mengeluarkannya dari Makkah.
AYAT 73- {DAN SESUNGGUHNYA NYARIS-NYARIS MEREKA DAPAT MEMESONGKANMU (WAHAI MUHAMMAD) DARI APA YANG KAMI TELAH WAHYUKAN KEPADAMU, SUPAYA ENGKAU ADA-ADAKAN ATAS NAMA KAMI PERKARA YANG LAINNYA; DAN (KALAU ENGKAU MELAKUKAN YANG DEMIKIAN) BAHARULAH MEREKA MENJADIKAN ENGKAU SAHABAT KARIBNYA.} (AL-ISRAA\’ 17:73).
1. Percubaan orang kafir untuk memesongkan Nabi s.a.w, daripada ajaran sebenar al-Quran yang Allah s.w.t telah wahyukan kepada Baginda. Iaitu kaum Quraisy berjanji nak masuk Islam dengan beberapa syarat yang terpesong dan menyalahi Islam.
2. Tetapi alhamdulillah dengan pertolongan Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w selamat daripada semua tipu-daya ini. Mereka tidak akan berjaya. Hampir-hampir itu hanya sangkaan mereka saja, mereka sangka mereka hampir berjaya , tetapi tidk sama-sekali.
2. Andainya mereka berjaya melakukn itu pastilah mereka akan berbaik-baik dengan Rasulullah s.a.w.
AYAT 74 – {DAN KALAULAH TIDAK KAMI MENETAPKAN ENGKAU (BERPEGANG TEGUH KEPADA KEBENARAN), TENTULAH ENGKAU SUDAH MENDEKATI DENGAN MENYETUJUI SEDIKIT KEPADA KEHENDAK MEREKA.} (AL-ISRAA\’ 17:74).
1. Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w itu penuh dengan bimbingan dan kawalan Allah s.w.t. Bukan Baginda berseorang dalam dakwah dan perjuangan itu.
2. Allah s.w.t telah pasakkan dalam hati nabi s.a.w dengan keteguhan iman dan kawalam.
3. Jika tidak kerana anugerah kefahaman untuk mengikut jalan yang benar ini mungkin aka nada perbincangan. Tetapi tidak sama sekali kerana anugerah ini.
AYAT 75 – {JIKA (ENGKAU MELAKUKAN YANG) DEMIKIAN, TENTULAH KAMI AKAN MERASAKANMU KESENGSARAAN YANG BERGANDA SEMASA HIDUP DAN KESENGSARAAN YANG BERGANDA JUGA SEMASA MATI; KEMUDIAN ENGKAU TIDAK BEROLEH SESEORANG PENOLONG PUN TERHADAP HUKUMAN KAMI.} (AL-ISRAA\’ 17:75)
1, Jikalah tiada perlindungan dari Allah s.w.t dan Nabi saw berbuat apa yang mereka inginkan itu, pasti Allah s.w.t akan kenakan azab sengsara yang berganda samada di dunia atau di akhirat.
2. Ini kerana apabila orang yang baik atau yang tinggi kedudukannya, melakukan kesalahan, pastilah kesalahan itu menjadi lebih besar dan berat hukumannya. Ini kerana dia pastilah ikutan dan role model kepada orang lain, jadi pasti perbuatan buruk itu akan tersebar dan menjadi lumrah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
\”Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun. Barang siapa mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dosa-dosa mereka yang mencontohinya itu sedikit pun.\” [HR Muslim].
3. Jika ini terjadi, tidak siapa lagi yang dapat menolong atau membela kamu daripada selamat daripada hukuman ini.
4. Peringatan ini juga untuk kita ummat Nabi Muhammad s.a.w agar berhati-hati dengan tipu-daya dan penyelewengan kafir dan musuh-musuh Islam.
AYAT 76 – {DAN SESUNGGUHNYA MEREKA HAMPIR-HAMPIR BERJAYA MENGGANGGUMU DARIPADA TINGGAL AMAN DI BUMI (MAKKAH) DENGAN TUJUAN MEREKA DAPAT MENGUSIRMU DARI NEGERI ITU; DAN JIKA BERLAKU DEMIKIAN, MAKA MEREKA TIDAK AKAN TINGGAL DI SITU SESUDAHMU MELAINKAN SEDIKIT MASA SAHAJA.} (AL-ISRAA\’ 17:76).
1. Kaum musyrikin Makkah membuat perancangan jahat, cuba untuk mengeluarkan Rasulullah s.a.w daripada bumi Makkah.
2. Yakni mereka cuba semua cara, jalan halus- tipu daya-daya, pujukan, hasutan dan akhirnya apabila tidak berjaya cuba pula cara gertakan, kekerasan, menzalimi, khianat dan pengusiran.
2. Allah s.w.t memberi amaran, andainya mereka berjaya menghalau Rasulullah s.a.w keluar dari Makkah, maka mereka juga tidak akan lama hidup di Makkah. Pastilah Allah s.w.t akan menghantar azabnya dan memusnahkan mereka seperti kaum nabi-nabi terdahulu.
AYAT 77 – {(DEMIKIANLAH) PERATURAN (KAMI YANG TETAP MENGENAI) ORANG-ORANG YANG TELAH KAMI UTUSKAN SEBELUMMU DARI RASUL-RASUL KAMI; DAN ENGKAU TIDAK AKAN DAPATI SEBARANG PERUBAHAN BAGI PERATURAN KAMI YANG TETAP ITU.} (AL-ISRAA\’ 17:77).
1. Ketetapan Allah s.w.t, Nabi s.a.w keluar berhijrah dengan arahan Allah s.w.t.
2. Peraturan yang Allah s.w.t telah tetapkan, sesuatu kaum itu akan binasa apabila nabinya keluar dari tempat mereka, dalam masa terdekat.
Janji Allah untuk membinasakan mereka pasti akan berlaku.
3. Tidak lama selepas itu, tidak sampai 2 tahun, berlaku peperangan Badar pada tahun kedua Hijrah, pertembungan pertama dalam sejarah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan tentera musyrikin Quraisy pimpinan Abu Jahal.
4. Inilah bala pertama sebagaimana yang dijanjikan Allah s.w.t. seramai 70 orang para pemuka Quraisy telah terbunuh lalu Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin campakkan mayat mereka ke dalam sebuah telaga buruk.
4. Kerana Rasulullah s.a.w sebagai rahmatan-lil-lamin, kaum musyrikin Makkah tidak dibinasakan dan musnah secara menyeluruh, tetapi mereka menderita kesengsaraan. Kekalahan teruk dan kematian ramai para ketua mereka dalam perang Badar adalah satu pukulan hebat, telah melemahkan semangat dan menjatuhkan maruah mereka.
5. Janji Allah s.w.t itu akan tertunai selepas manusia melaku
PENUTUP & KESIMPULAN:
1. Rasulullah s.a.w telah menghadapi banyak tipu daya, helah dan putar-belit dari kaum Quraisy, cuba menukar kefahaman tentang tentang wahyu dengan memujuk Rasulullah s.a.w untuk bertoleransi dalam agama atau aqidah. Tetapi dengan jagaan Allah s.w.t, ini tidak sekali-kali berlaku.
2. Fahaman ini kembali lagi hari ini dengan idea pluralisma dalam agama. Pluralisma agama adalah satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama. Ini adalah satu fahaman yang sesat dan salah, prinsip aqidah seorang muslim yang wajib difahami adalah bahawa:
i- Hanya Islam Agama Yang Haq.
Ii- Tiada Titik Pertemuan Antara Islam dan Agama Lain di Akhirat Kelak.
Iii- Islam Adalah Syarat Amal Kebaikan Diterima Allah S.W.T.
iv- Islam Bukan Kelangsungan Daripada Agama Lain.
V- Kewajipan Bara’ah (Berlepas diri) daripada Memperakui Kepercayaan dan Peribadatan Agama Lain
2. Selepas helah itu tidak berjaya, mereka buat pula perancangan jahat untuk mengusir Rasulullah dari Makkah. Ini juga tidak berjaya pada peringkat awalnya, cuma akhirnya dengan kehendak Allah s.w.t, Nabi s.a.w keluar berhijrah ke Madinah.
3. Tetapi Hijrah ini berpusing semula dengan Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin kembali merampas Makkah tidak lama selepas itu. Islam kembali menguasai bumi Makkah, para penduduknya memeluk Islam.
4. Catatan sejarah ringkas:
i- Tahun 1 Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah.
ii- Tahun ke2 H perang Badar, Islam menang dengan 70 orang kafir terbunuh.
iii- Tahun ke3 H perang Uhud, 70 orang sahabat mati syahid walaupun muslim menang.
iv- Tahun ke4 atau 5 H perang Ahzab, Quraisy Makkah bawa 10,000 tentera gabungan untuk serang Madinah. Islam tetap menang.
v- Tahun ke6 H, berlakunya perjanjian Hudaibiyah, perjanjian damai dan gencatan senjata dengan Quraisy Makkah.
vi- Tahun ke7 H, berlaku perang Tabuk.
vii- Akhirnya pada tahun ke8 H, Pembukaan Makkah, kembali kepada Rasulullah dan kaum muslimin, hancurlah kesyirikan dan penyembahan berhala dan di Makkah, baki penduduknya memeluk Islam.
4. Begitulah ketetapan hidup- sunnattul-hayat, setiap yang membawa kebenaran dan islah (pemulihan) akan ditentang dan dimusuhi. Mereka yang benar dan sabar akhirnya, dengan pertolongan Allah s.w.t pasti akan beroleh kemenangan.
Wallahu a’lam.