View Categories

SURAH AL-ISRA\’ : AYAT 78-81

\"\"

ARAHAN MENDIRIKAN SOLAT PADA WAKTUNYA, NABI S.A.W MINTA TEMPAT MASUK DAN KELUAR YANG BAIK & YANG HAK PASTI MENANG.

Full video: https://youtu.be/2PhohUQSjn0

MUQADDIMAH:

1- Allah s.w.t setelah menyebut ‘makar’ perancangan jahat dan konspirasi kaum musyrikin serta tuduhan sihir, ahli syair dan juga gila terhadap Rasulullah s.a.w.

2- Allah s.w.t telah selamatkan Baginda s.a.w. melalui semua perancangan dan tuduhan ini dengan tenang di bawah bimbingan Allah.

3- Kemudian Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w agar solat untuk menangkan hati dan meneruskan agendanya, jangan hiraukan mereka.

4- Maknanya kita kena ketepikan gangguan yang boleh dielakkan, untuk meneruskan agenda uluhiyyat dan ibadat serta kerja dakwah dan harian yang wajib. Teruskan kehidupan hatta tidak terganggu dan tertangguh kerja sebenar kita.

5- Allah s.w.t tegaskan Dia akan jaga Rasulullah s.a.w lalu perintakan ibadat yang besar juga iaitu solat malam (tahajjud).

AYAT 78 – {DIRIKANLAH OLEHMU SEMBAHYANG KETIKA GELINCIR MATAHARI HINGGA WAKTU GELAP MALAM, DAN (DIRIKANLAH) SEMBAHYANG SUBUH SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG SUBUH ITU ADALAH DISAKSIKAN (KEISTIMEWAANNYA).} (AL-ISRAA\’ 17:78).

1. Dirikanlah solat dengan sempurna dan pada waktunya. Di sini Allah sebut bermula dari waktu zohor (gelincir matahari) sehingga kepada waktu malam (qiyamullail).

2- Pandangan ulama\’ tentang duluk ini:

i- Ibnu Mas’ud kata dari maghrib sehingga maghrib.

ii- Ulama\’ lain ramai kata ia adalah waktu ‘zawal’ iaitu gelincir matahari waktu siang iaitu waktu zohor.

3. Waktu solat siang ada dua iaitu zohor dan asar, manakala solat malam juga ada dua iaitu maghrib dan isya’.

4. Kemudian solat yang jauh sedikit serta bersendirian, ia juga tidak boleh dijamak dengan solat lain iaitu solat fajar (subuh).

5. Apa maksud disebut Quran قرآن الفجر di sini? Solat itu semuanya Quran, yakni ada bacaan al-Quran. Tetapi disebut khas untuk solat subuh- kata ulama\’ kerana solat subuh bacaan al-Quran biasanya dipanjangkan sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda biasa membaca dari 60-100 ayat dalam satu qiyam.

6. Allah s.w.t menyuruh hamba-Nya solat 5 waktu untuk memenuhi tuntutan ibadat harian serta solat malam sebagai satu ibadat nafilah (sunat) untuk memyempurnakanya.

AYAT 79 – {DAN BANGUNLAH PADA SEBAHAGIAN DARI WAKTU MALAM SERTA KERJAKANLAH \”SEMBAHYANG TAHAJJUD\” PADANYA, SEBAGAI SEMBAHYANG TAMBAHAN BAGIMU; SEMOGA TUHANMU MEMBANGKIT DAN MENEMPATKANMU PADA HARI AKHIRAT DI TEMPAT YANG TERPUJI.} (AL-ISRAA\’ 17:79),

1. Allah s.w.t perintahkan juga kepada kita supaya solat tahajjud. Jika tidak sempat banyak pun sekurang-kurang witir 3 rakaat.

2. Jika yang 5 tadi fardhu (wajib), yang ia adalah sunat untuk kita,

3. Tetapi wajib bagi Rasulullah s.a.w, antara ciri-ciri keistimewaan Baginda, menunjukkah kelebihan Baginda dengan Allah s.w.t.

Hadis tentang Nabi s.a.w ditanya solat mana yang lebih afdhal selepas solat fardhu?

UM Aisyah r.a pun bertanya kepada Rasulullah S.A.W, mengapa Baginda solat malam hingga kakinya bengkak. Bukankah Allah S.W.T telah mengampuni dosa Rasulullah baik yang dulu mahupun yang akan datang? Rasulullah menjawab, \”Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?\” (HR Bukhari Muslim].

4. Sebab kenapa ia wajib ke atas Baginda s.a.w- Kerana Allah s.w.t akan membangkit dan menempatkannya pada hari akhirat di tempat yang terpuji. Baginda sebagai pemberi syafaat yang agung pada hari Kiamat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Maksudnya: Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

(Maksudnya) Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,)

akan mendapat baginya syafaatku pada hari kiamat. [HR al-Bukhari]

AYAT 80 – {DAN POHONKANLAH (WAHAI MUHAMMAD, DENGAN BERDOA): \”WAHAI TUHANKU! MASUKKANLAH DAKU KE DALAM URUSAN AGAMAKU DENGAN KEMASUKAN YANG BENAR LAGI MULIA, SERTA KELUARKANLAH DAKU DARIPADANYA DENGAN CARA KELUAR YANG BENAR LAGI MULIA; DAN BERIKANLAH KEPADAKU DARI SISIMU HUJAH KETERANGAN SERTA KEKUASAAN YANG MENOLONGKU\”.} (AL-ISRAA\’ 17:80).

1. Allah s.w.t membayangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk bersedia berhijrah dari Makkah ke Madinah. Lalu diperintah kepada Baginda supaya banyak beribadat dan berdoa. Antara doanya dalam ayat inilah.

2. Baginda berdoa kepada Allah semoga dapat keluar dari Makkah dengan baik dan dapat masuk ke Madinah dengan baik dan selamat juga.

3. Juga berdoa semoga Allah s.w.t memberinya kekuatan hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongnya.

4. Kekuatan Rasulullah saw terletak pada solat dan doannya yang tidak pernah putus.

AYAT 81 – {DAN KATAKANLAH:\” TELAH DATANG KEBENARAN (ISLAM), DAN HILANG LENYAPLAH PERKARA YANG SALAH (KUFUR DAN SYIRIK); SESUNGGUHNYA YANG SALAH ITU SEMEMANGNYA SATU PERKARA YANG TETAP LENYAP\”.} (AL-ISRAA\’ 17:81).

1. Allah s.w.t menjanjikan kepada Nabi s.a.w bahawa Islam dan kebenaran akan menang serta kekufuran dan syirik yang salah dan sesat akan terhapus. Hijrahnya keluar dari Makkah bukan bererti kekalahan, bahkan untuk mencari kekuatan dan kebenaran.

2. Janji ini terbukti dengan Pembukaan Kota Makkah pada tahun ke8 Hijrah. Di mana segala berhala disekitar Ka\’bah dimusnahkan (dianggarkan ada 360 buah).

3. Baginda s.a.w mencucuk sebuah berhala dengan tangannya yang mulia sendiri sambil membaca ayat ini.

Wallahu a’lam.

Powered by BetterDocs