BANI ISRAEL BERPECAH SELEPAS MENDAPAT NIKMAT, BERPEGANGLAH DENGAN SYARIAT ALLAH & BIMBINGAN AL-QURAN.
Full video : https://youtu.be/o4B-fvQKt-0
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan kepada kita tentang kaum Bani Israel yang Berpecah Selepas Mendapat Nikmat.
Pada awalnya waktu mereka ditindas oleh Firaun mereka bersatu dan baik. Selepas dibebaskan dan selamat dari kezaliman Firaun, dibuka pintu kesenangnan dan mendapat nikmat, mereka mula berpecah dan tidak bersatu. - Allah s.w.t perintahkan kepada Rasulullah s.a.w dan umatnya agar berpegang dengan Syariat Allah yang benar ini agar kita selamat.
- Kemudian dinyatakan tentang fungsi dan sifat al-Quran sebagai Kitab hidayah dan pembimbing manusia yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Maka siapa nak selamat ikut panduan dan Bimbingan Al-Quran serta Sunnah Nabi s.a.w berdasarkan huraian dan tafsir para ulama\’ salafus-soleh dan yang mengikut jejak langkah mereka, serta ulama\’ yang muktabar dalam bidang ilmu masing-masing.
- Munasabah ayat: Allah jelaskan bahawa Dia telah memberi nikmat yang banyak kepada bani Israil, kemudian terjadi perselisihan antara mereka kerana sifat jahat dan hasad dengki.
Maka Allah mahu nyatakan kepada Rasulullah s.a.w bahawa sejak dari umat yang dahulu lagi mereka ini berperangai buruk begini.
Kemudian pada zaman Rasulullah s.a.w umat ini iaitu ahli Kitab yang datang ke Tanah Arab, Madinah untuk menunggu rasul akhir zaman, mereka mengenal dan cam Rasulullah sebagai rasul akhir zaman, tetapi akhirnya kerana Rasulullah s.a.w bukan dari bangsa yahudi mereka, mereka menolaknya kerana jahat perangai dan hasad dengki.
AYAT 16- {DAN DEMI SESUNGGUHNYA, KAMI TELAH MEMBERI KEPADA BANI ISRAIL KITAB TAURAT, DAN PANGKAT KEHAKIMAN SERTA PANGKAT KENABIAN; DAN KAMI TELAH KURNIAKAN MEREKA BENDA-BENDA YANG BAIK-BAIK, SERTA KAMI LEBIHKAN (NENEK MOYANG) MEREKA DI ATAS ORANG-ORANG YANG ADA PADA ZAMANNYA.} (AL-JAATHIYAH 45:16)
- Dalam ayat ini Allah ceritakan tentang kaum Bani Israil yang diberi Kitab Taurat serta beberapa nikmat kelebihan yang lain.
- Ramai dari kalangan mereka diberi tugasan; ada antara mereka yang mendapat pangkat kehakiman serta pangkat kenabian, pemerintah kerajaan juga kurniaan baik-baik.
- Allah juga lebihkan nenek moyang mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.
- Untuk lebih terperinci boleh lihat firman Allah s.w.t:
i- {Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).} (Al-Baqarah 2:47)
ii- {Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).} (Al-Baqarah 2:122)
iiI- {Nabi Musa berkata lagi: \”Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari Allah, padahal Ia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?\”} (Al-A\’raaf 7:140)
- Nikmat itu terbahagi kepada dua iaitu:
i- nikmat agama iaitu memilik ilmu agama. Jika kita kurang nikmat dunia tetapi lebih nikmat agama alhamdulillah.
ii- nikmat dunia iaitu kesenangan dan harta dunia. Tetapi jika lebih yang ini kurang nikmat agama, maka rugilah.
Kerana nikmat agama itu lebih afdhal maka Allah s.w.t mulakan dengan menyebut nikmat agama dulu yang diberikan kepada bani Israil.
- Nikmat agama mereka ialah:
i- Terdapat tiga Kitab yang diturunkan kepada rasul-rasul di kalangan mereka iaitu: Taurat, Injil dan Zabur. Yakni ada tiga rasul bani Israil yang diturunkan kitab kepada mereka; Iaitu Nabi Musa, Daud dan Isa a.s.
ii- Pangkat kehakiman (وَالْحُكْمَ)- maksudnya kata ulama\’ ialah:
a) kefahaman & ilmu tentang Kitab, iaitu mereka faham Kitab Taurat dan Injil.
b) Nabi yang mahir dalam bidang kehakiman dan memutuskan hukum di kalangan manusia.
c) Kata Ibnu Asyur ialah menjadi ketua di kalangan mereka, bersifat ketua (السيادة). Mereka menjadi ketua sesama mereka.
Ini kerana mereka dihantar kepada kaum mereka sahaja, bukan seperti Rasulullah s.a.w yang dibangkitkan kepada seluruh manusia sekelian alam.
iii- Kenabian (النبوة). Allah jadikan ramai di kalangan mereka yang menjadi NABI. Selepas Nabi Ibrahim a.s melalui keturunan Ishak, Ya\’kub, Yusuf dan seterusnya.
Ada nabi yang Allah sebut dalam al-Quran ada yang tidak disebut, kerana bilangannya terlalu ramai.
Ada hadis kata seramai 124,000 orang nabi.
- Manakala nikmat dari segi dunia pula:
iv- Allah juga kurniakan kepada mereka perkara & rezeki yang baik dan elok, makanan yang halalan toyyiban.
Firman Allah s.w.t:
{Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu \”Mann\” dan \”Salwa\”, (serta Kami berfirman): \”Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu\”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.} (Al-Baqarah 2:57)
v- Allah s.w.t lebihkan kedudukan nenek moyang mereka daripada orang lain pada zaman mereka, yakni sesama mereka dulu. Bukan ke atas orang lain pada zaman selepas mereka.
AYAT 17- {DAN LAGI KAMI TELAH BERIKAN MEREKA KETERANGAN-KETERANGAN YANG JELAS NYATA MENGENAI PERKARA AGAMA; MAKA MEREKA TIDAK BERSELISIHAN (DALAM PERKARA AGAMA ITU) MELAINKAN SETELAH SAMPAI KEPADA MEREKA AJARAN-AJARAN YANG MEMBERI MEREKA MENGETAHUI (APA YANG BAIK DAN YANG SEBALIKNYA; BERLAKUNYA YANG DEMIKIAN) KERANA HASAD DENGKI YANG ADA DALAM KALANGAN MEREKA. SESUNGGUHNYA TUHANMU AKAN MENGHUKUM DI ANTARA MEREKA PADA HARI KIAMAT TENTANG APA YANG MEREKA PERSELISIHKAN ITU.} (AL-JAATHIYAH 45:17)
- Nikmat yang diberikan kepada mereka juga ialah keterangan yang jelas dan nyata (بَيِّنَاتٍ) iaitu meliputi mukjizat yang diberikan kepada nabi Musa a.s seperti turunnya wahyu dari Allah, turunnya Kitab Taurat, menjelaskan perkara yang halal dan haram serta pelbagai penjelasan yang Allah berikan kepada mereka.
- Bani Israil sebelumnya tidak berpecah dan berselisih dalam agama & pegangan mereka sehinggalah mereka mendapat maklumat dan ilmu.
Yakni ketika jahil bersatu apabila mendapat ilmu berpecah, malang sekali!!! - Punca dan kunci perbalahan ini adalah kerana berlakunya kezaliman, pencabulan ke atas hak orang lain, hasad dengki dan berebut gila mahu menjadi ketua.
Kata ar-Razi dalam tafsirnya: ini kemungkinannya yang menjadi sebab perpecahan mereka, mereka mahu belajar tetapi bila dapat ilmu berbalah.
- Perselihan dan perbalahan antara umat Islam hari ini juga terjadi dengan sebab dua punca ini:
i- kerana ilmu iaitu sebab ilmiah.
ii- kerana hasad dengki. - Boleh baca buku susun DAAM hasil dari pemerhatiannya terhadap khilaf dan perselisihan yang berlaku di depan mata:
http://www.dartaibah.com/… - Kata orang: Hospital dok runsing akan penyakit kenc8ng manis, kita pula terlibat dengan penyakit kencing kawan!!! الله المستعان
- Pada hari Kiamat kelak, semua yang kita perselisih dan berkelahi atas dunia ini, Allah s.w.t akan menghukum dengan seadilnya! Jika tidak sempat selesai atas dunia jangan runsing akan diselesaikan di Akhirat kelak, tiada siapa lagi akan dizalimi.
AYAT 18- {KESUDAHANNYA KAMI JADIKAN ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD DAN UTUSKAN ENGKAU) MENJALANKAN SATU SYARIAT (YANG CUKUP LENGKAP) DARI HUKUM-HUKUM AGAMA; MAKA TURUTLAH SYARIAT ITU, DAN JANGANLAH ENGKAU MENURUT HAWA NAFSU ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGETAHUI (PERKARA YANG BENAR).} (AL-JAATHIYAH 45:18)
- Allah menghantar Rasulullah s.a.w itu yang Allah pilih untuk menjadi rasul, jadikan dia sebagai utusan untuk menjalankan Syari\’ah Allah dengan lengkap.
Allah Perintahkan Baginda dengan tegas untuk menjalankan hukum-hukum agama berdasarakn Syari\’ah a;h Azza wa Jalla. - Munasabah ayat: Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa puak musyrikin menolak kebenaran, berkelahi kerana jahat dan hasad.
Maka Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w agar tinggalkan semua itu, berpegang dengan kebenaran, tidak ada baginya selain menzahirkan yang benar dan menyatakan kebenaran. Tugas kita pula adalah menyambung tugas para nabi dan ulama\’ yang ikhlas ini dalam menyatakan kebenaran yang sampai kepada mereka.
Allah sebut pula dalam ayat yang lepas betapa banyak nikmat yang telah diberikan kepada bani Israil lalu mereka berkhilaf setelah mendapat ilmu kerana sifat buruk dan hasad.
Maka Allah nyatakan keadaan dan kedudukan Nabi-Nya yang Allah pilih untuk menjadi rasul kepada seluruh manusia sepanjang zaman.
Jadi kerja Rasulullah adalah fokus kepada mengikut dan menyampaikan Syari\’ah Allah yang lengkap, yang telah diberikan Allah kepada Baginda, jangan ikut hawa nafsu dan menjadi seperti Bani Israil.
- Firman Allah s.w.t:
{Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.} (Az-Zukhruf 43:43) - Allah juga berpesan kepada Rasulullah s.a.w juga kepada kita umat manusia agar jangan ikut hawa nafsu seperti orang-orang yang tidak mengetahui perkara yang benar.
AYAT 19- {SESUNGGUHNYA MEREKA TIDAK SEKALI-KALI AKAN DAPAT MENYELAMATKANMU SEDIKITPUN DARI (AZAB) ALLAH (KALAU ENGKAU MENURUT MEREKA); DAN SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU SETENGAHNYA MENJADI PENOLONG DAN PENYOKONG BAGI SETENGAHNYA YANG LAIN (DALAM PERKARA YANG SALAH); DAN (SEBALIKNYA) ALLAH MENJADI PENOLONG DAN PELINDUNG BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA (YANG ENGKAULAH PEMIMPINNYA).} (AL-JAATHIYAH 45:19)
- Jika kamu ikut jejak langkah dan ajakan puak jahil itu, mereka kelak tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan apa sekalipun kepada kamu, apatah lagi untuk menyelamatkan kamu dari azab Allah.
- Allah s.w.t ajar kita jangan ikut dan bela orang yang jelas salah walaupun mereka yang rapat dengan kita.
Ini kerana hanya orang-orang yang zalim yang akan menolong dan menyokong sesama mereka antara satu sama lain dalam perkara yang salah. Mencari hujjah untuk menegakkan benang basah, sesuatu yang jelas salah! - Jika nak selamat dan supaya Allah menjadi penolong dan pelindung kita, maka jadilah orang yang bertaqwa (الْمُتَّقِينَ) yang menjauhi perkara yang dimurkai Allah s.w.t dengan cara mengikut arahan dan menjauhi segala larangan!
- Dalam ayat ini orang yang zalim (الظَّالِمِينَ) lawannya ialah orang yang (الْمُتَّقِينَ).
Maka jelaslah makna zalim di sini ialah orang yang syirik kepada Allah s.w.t! Kezaliman ke ats diri sendiri yang paling besar ialah syirik kepada Allah! - Ayat berikutnya mengajar kita bagaimana untuk menjadi orang yang bertaqwa.
AYAT 20- {AL-QURAN INI MENJADI PANDUAN-PANDUAN YANG MEMBUKA MATAHATI MANUSIA, DAN MENJADI HIDAYAH PETUNJUK SERTA MEMBAWA RAHMAT BAGI KAUM YANG MEYAKINI (KEBENARANNYA).} (AL-JAATHIYAH 45:20)
- Al-Quran ini adalah kitab hidayah yang:
i- memberi bimbingan dan panduan yang membuka dan menyinari hati manusia (بَصَائِرُ لِلنَّاسِ) dengan dalil yang jelas. Iaitu menunjukkan mereka jalan yang benar dan menjauhkan mereka dari kesesatan, mengajar yang baik dan melarang yang buruk.
ii- al-Quran juga menjadi pemandu jalan yang benar (هُدًى) di dunia dan jalan yang benar untuk menuju ke syurga di Akhirat kelak.
iii- al-Quran juga membawa rahmat (وَرَحْمَةٌ) dan menjadi petunjuk bagi orang meyakini kebenarannya (يُوقِنُونَ).
- Kita berdoa agar Allah s.w.t anugerahkan kepada kita ilmu dan kefahaman yang baik agar kita dapat mengambil manfaat dan faedah dari al-Quran sepenuhnya insya\’ Allah!
Doa Penerang hati dari Perisai Muslim.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 16- {Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.}- ulama\’ tafsir berkata; Allah s.w.t menyebut beberapa kelebihan bani Israil berbanding dengan kaum lain pada zamannya.
Allah juga telah menyatakan bahawa umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat terbaik dari kalangan seluruh manusia.
Firman Allah s.w.t: {Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia.} (A-li\’Imraan 3:110)
Kalimah (خَيْرَ) iaitu kebaikan, maka nas ini adalah dalil yang jelas bahawa umat nabi Muhammad s.a.w adalah paling istimewa dan baik, benar berbanding daripada seluruh umat manusia yang lain termasuk Bani Israil dalam banyak perkara.
- Ayat 17- {Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara agama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.- Allah menyatakan bahawa Dia telah beri keterangan yang jelas dan nyata kepada Bani Israil tetapi kemudiannya mereka telah berkelahi sesama mereka kerana sifat buruk mereka dan hasad dengki.
Ini juga menunjukkan bahawa kaun Yahudi itu telah berpecah dan berselisih sebelum Kebangkitan Rasulullah s.a.w lagi.
Setelah rasul yang terakhir tiba, mereka bertambah kufur dan menolaknya dengan penuh kebencian dan hasad dengki!
Ini kerana mereka amat mengharapkan rasul terakhir itu dibangkitkan dari kalangan anak cucu mereka iaitu bani Israil juga.
Hadis riwayat UM Soffiyah r.a tentang kisah puak yahudi, perbuatan ayahnya Huyyai bin Akhtab dan adiknya yang telah cam dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu Rasul akhir zaman. Tetapi kerana sombong dan hasad dengki mereka tidak dapat menerima hakikat ini lalu bersumpah untuk terus memusuhi Rasulullah s.a.w dan Islam sehingga ke akhir hayatnya! [HR ].
Cerita penuh boleh baca buku Madinah susunan DDAAM:
http://www.dartaibah.com/…
Dan jangan lupa kembarnya:
http://www.dartaibah.com/…
Inilah yang dikatakan mereka berbalah selepas mendapat keterangan dan maklumat.
Juga jangan ingat apabila Allah s.w.t memberi kita banyak nikmat dunia kita sangka Allah suka dan redha. Janganlah kita menjadi seperti bani Israil yang mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
- Ayat 18- {Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu,}- Allah s.w.t perintahkan supaya mengikut Syari\’ah-Nya bukan ikut hawa nafsu. Yakni ikut al-Quran dan ikut Rasulullah s.a.w.
Ulama\’ kata sesiapa yang beriman dan ikut al-Quran sahaja tetapi menolak Rasulullah s.a.w maka ia adalah satu penyelewangan dan sesat! Inilah kumpulan anti hadis.
Manakala kumpulan kedua pula bahaya juga, mereka yang menerima apa saja asal dikatakan hadis!
Dalam mencari kebenaran, tengok apa isi percakapannya bukan kepada siapa yang bercakap.
Tidak kira jika ia adalah orang yang dilantik sendiri sebagai wali, TG, wali atau tok syeikh dan sebagainya.
Ayat 18- {dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).}- ayat ini juga mengajar kepada kita haram untuk mengeluarkan fatwa dan hukum agama dengan nafsu dan akal fikiran sendiri semata, tanpa ilmu dan mengikut hawa nafsu.
- Ayat 20- {Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).}- beginilah sifat al-Quran sebagai satu mukjizat dan Kalamullah- yang menjadi petunjuk bagi orang beriman.
Perbincangan dari segi bahasa Arab (لغة) kenapa digunakan kalimah mufrad/singular (هَذَا) yang bererti ini disandarkan kepada perkataan jamak/plural (بَصَائِرُ) sedangkan sepatutnya guna kaliamah (هذه)?
Jawapan: Kerana (هَذَا) ditujukan kepada al-Quran, iaitu Kitab yang satu, maka sah dan boleh guna mengikut asalnya (هَذَا – ini satu) boleh di gunakan untuk sebuah kitab (الْكِتَابَ) mufrad, bukan kepada (بَصَائِرُ) yang jamak.
- Ayat 17- {berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.}- yakni punca manusia itu berkelahi dan berikhtilaf adalah kerana:
i- kezaliman
ii- hasad dengki.
Manakala para ulama\’ berikhtilaf kerana ilmu seperti yang berlaku kepada para imam mazhab ahli sunnah.
Zahirnya ada empat mazhab dalam Islam, tetapi sebenarnya ada ramai lagi imam mujtahidun, ada 13 Imam seperti Hasan Basri, al-A\’uza\’i dan lain-lain ulama\’ yang berbeza pendapat.
Antara sebabnya kerana berbeza dalam memahami dan menafsirkan nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih.
Dalil dari nas yang sama seperti dalam bab batal atau tidak wuduk sentuh perempuan. Imam Syafei kar=ta batal, tiga lagi mazhab kata dk batal.
Kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz rhm; Aku lebih suka jika para sahabat r.a berikhtilaf dan berbeza pandangan dalam sesuatu masalah, kerana ia membuka peluang yang luas kepada umat ini.
Jika mereka semua bersetuju (ijma\’) dan hanya mengeluarkan satu hukum saja, maka sempitlah ruang bagi umat, hanya satu lorong sahaja, sesiapa yang menyalahi, dia dalam bahaya.
Tetapi jangan berikhtilaf dengan sebab hawa nafsu dan berlainan kumpulan, seperti keadaan kebanyakan kita hari ini.
Untuk memahami lebih mendalam tentang makna & punca Khilaf di kalangan umat Islam boleh baca buku susunan Dr Abu Anas Madani semoga mendapat manfaat:
http://www.dartaibah.com/…
WALLAHU A\’LAM.