KAFIR MEMPERMAINKAN AL-QURAN, SEKSA UNTUK MEREKA & QURAN SEBAGAI PETUNJUK.
Full video : https://youtu.be/Cxn4_Syv1_Y
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menerangkan tentang kaum Kafir yang dengar al-Quran tetapi mempermainkan dan mempersedakannya, serta tuduhan jahat yang mereka buat terhadapanya.
- Allah bagi amaran azab seksa Untuk Mereka yang kafir, keras kepala degil tidak mahu beriman.
- Allah juga nyatakan bahawa Quran Sebagai Kitab Hidayah, Petunjuk bagi orang yang beriman.
- Munasabah ayat: Setelah Allah s.w.t nyatakan ayat-ayat tanda kekuasaan, keagungan dan keesaan-Nya kepada puak kafir, maka Allah tanya ucapan dan perkataan manakah yang lebih baik untuk mereka beriman, jika mereka tidak mahu beriman dan percaya serta tolak al-Quran yang sudah jelas nyata kebenaran dan ajarannya.
Maka dalam ayat ini Allah sebut janji siksa (الوعيد) yang cukup dahsyat bagi mereka yang ingkar dan menentang tidak mahu terima ini.
Begitulah al-Quran ia mulakan dengan penerangan dan penjelasan dulu, tidak dengar juga maka tunggulah balasannya.
AYAT 7- {KECELAKAANLAH BAGI TIAP-TIAP PENDUSTA YANG BERDOSA,} (AL-JAATHIYAH 45:7)
- Celakalah bagi setiap puak kafir yang pendusta, pembohong dan pereka cerita palsu (أَفَّاكٍ) serta mereka yang banyak melakukan dosa dan maksiat (أَثِيمٍ). Amaran ini juga untuk orang Islam yang suka berdusta dan mereka fitnah, cerita palsu atau melakukan banyak dosa.
- Kalimah wail (وَيْلٌ) ini membawa beberapa makna:
i- nama satu lembah/jurang dalam neraka.
ii- keburukan, kecelakaan dan azab.
iii- kata Ibnu Athiyah: kalimah \”wail\” dalam bahasa Arab menunjukkan kepada musibah, kecelakaan, kesusahan, juga untuk mendoakan keburukan kepada orang.
Yakni doa kecelakaan dan azab bagi pendusta, pembohong, pendosa dan pelaku maksiat.
AYAT 8- {YANG MENDENGAR AYAT-AYAT PENERANGAN ALLAH SENTIASA DIBACAKAN KEPADANYA, KEMUDIAN DIA TERUS BERLAGAK SOMBONG (ENGGAN MENERIMANYA), SEOLAH-OLAH IA TIDAK MENDENGARNYA; OLEH ITU GEMBIRAKANLAH DIA DENGAN AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (AL-JAATHIYAH 45:8)
- Kaum Quraisy ini sentiasa mendengar ayat-ayat al-Quran dan penerangan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w dan mereka memahami sebahagian besar isinya kerana ia adalah bahasa Arab, iaitu bahasa lidah mereka.
- Tetapi mereka dengan angkuh sombong menolak enggan menerima, seolah-olah mereka tidak pernah mendengar dan tahu tentangnya.
- Maka Allah menyuruh Rasulullah s.a.w menyampaikan kepada mereka khabar gembira (فَبَشِّرْهُ) dengan azab seksa yang tidak terperi dahsyatnya!
- Ini hanyalah sebagai satu ejekan dan perlian kepada mereka yang berterusan dalam kekufuran dan kebatilan itu.
- Firman Allah s.w.t juga: {Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.} (Luqman 31:7)
AYAT 9- {DAN APABILA SAMPAI KE PENGETAHUANNYA SESUATU DARI AYAT-AYAT PENERANGAN KAMI, IA MENJADIKANNYA EJEK-EJEKAN; MEREKA YANG DEMIKIAN KEADAANNYA, AKAN BEROLEH AZAB YANG MENGHINA.} (AL-JAATHIYAH 45:9)
- Setiap kali sampai kepada mereka ayat al-Quran walaupun sedikit mereka mempermain-mainkannya, perli dan ejek. Apabila ada seorang perli Rasulullah s.a.w yang lain ketawa bersorak.
- Munasabah ayat: Allah telah menyatakan kufurnya puak kafir musyrikin walaupun mereka dengar al-Quran.
Dalam ayat ini Allah jelaskan apakah perbuatan kufur mereka itu; iaitu mereka mempermainkan ayat-ayat al-Quran. - Maka tunggulah, bagi mereka azab yang cukup dahsyat, yang penuh penghinaan dan ejekan juga sebagai balasan kepada perbuatan mereka itu. Sebagaimana yang telah berlaku ke atas Firaun dan Qarun serta seumpamanya yang telah diazab sebagaimana keangkuhan mereka.
AYAT 10- {DI HADAPAN MEREKA (DI AKHIRAT KELAK) ADA NERAKA JAHANNAM (YANG DISEDIAKAN UNTUK MEREKA), DAN APA JUA YANG MEREKA USAHAKAN, TIDAK DAPAT MENYELEMATKAN MEREKA SEDIKIT PUN; DEMIKIAN JUGA YANG MEREKA SEMBAH ATAU PUJA SELAIN ALLAH, TIDAK DAPAT MEMBERIKAN SEBARANG PERLINDUNGAN; DAN (KESUDAHANNYA) MEREKA AKAN BEROLEH AZAB SEKSA YANG BESAR.} (AL-JAATHIYAH 45:10)
- Dihadapan mereka di Akhirat kelak ada neraka Jahannam yang disediakan khas untuk mereka.
- Kenapa Allah s.w.t gunakan perkataan (وَرَائِ) yang sebenarnya bermaksud belakang?? Bukan perkataan (أمام) yang memang jelas bermaksud depan?
i- beberapa ulama\’ tafsir seperti Ibnu Jarir, Samarqandi dan lain-lain mengatakan ia membawa makna di hadapan mereka. Yakni mereka mahu ke depan, dan di hadapan mereka itu ada neraka Jahannam.
ii- kata Abu as-Su\’ud rhm.:
a- di hadapan mereka kerana mereka sedang menuju ke arah neraka yang berada di hadapan mereka.
b- atau dengan makna belakang kerana mereka membelakangi al-Quran dan arahan Allah s.w.t. yakni benda yang ditinggalkan, mereka menghadap muka dan tujuan mereka hanya kepada dunia.
Panjanglah perbahasan ulama\’ tafsir & ulama\’ lughah tentang hal ini.
- Apa saja amal kebaikan yang mereka lakukan atas dunia dulu tidak akan dapat memberi apa-apa faedah kepada mereka. Ini kerana mereka tidak ada akaun yakni tidak beriman dan percaya kepada Allah s.w.t. Maka kerugianlah mereka.
- Firman Allah s.w.t: {Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka.} (A-li\’Imraan 3:10)
- Kisah manager Estate orang putih dengan Allahyarham TG Hj Abd Rahman pada awal dia mahu buka Pondok dulu. Lalu berjumpa manager itu untuk beli tanah estet yang ada. Bila dia tanya jika dia sedekahkan tanah adakah dia akan dapat pahala? TG kata dapat pahala tetapi tuan tak boleh ambil kerana tuan tiada akaun. Akaunnya ialah mengucap dua kalimah syahadah!
- Juga segala yang mereka sembah dan puja selain daripada Allah dulu tidak akan dapat memberi apa-apa faedah lansung!! Lalu kesudahannya mereka akan mendapat azab yang besar.
- Firman Allah s.w.t: {Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.} (Al-A\’raaf 7:197)
AYAT 11- {AL-QURAN INI IALAH HIDAYAH PETUNJUK YANG CUKUP LENGKAP; DAN ORANG-ORANG YANG KUFUR INGKAR AKAN AYAT-AYAT PENERANGAN TUHANNYA, MEREKA AKAN BEROLEH AZAB DARI JENIS AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA.} (AL-JAATHIYAH 45:11)
- Al-Quran ini fungsi utamanya ialah mengandungi petunjuk (هُدًى) untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
- Munasabah ayat: Setelah Allah s.w.t nyatakan ayata-ayatnya melalui al-Quran dan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan mata seperti kejadian langit dan bumi serta diri mereka sendiri, maka manusia ini terbahagi kepada dua bahagian.
- Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.} (Al-Israa\’ 17:9)
- Maka bagi orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
- Kata ulama\’ tafsir maksud (عَذَابٌ مِنْ رِجْزٍ أَلِيمٌ) azab dari pelbagai jenis azab itu:
i- tidak berulang kerana terdapat pelbagai jenis azab dalam neraka itu,
ii- ada ulama\’ kata azab dari jenis najis, yang menjijikkan dan kotor. - Kita berdoa mohon perlindungan dengan Allah s.w.t dari segala jenis azab dan neraka itu sendiri!اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنْ النَّارِ
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 7- {Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa,}- dari ayat ini kita tahu bahawa mereka suka mendustakan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w serta mereka-reka pelbagai tuduhan jahat adalah mereka yang akan disiksa dan mendapat kecelakaan azab.
Ayat ini juga mengajar kita agar jangan mudah-mudah buat tuduhan kepada orang.
- Ayat 9- {Bagi mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.}- ulama\’ tadabbur kata semua ayat yang menyebut tentang azab yang menghina (عَذَابٌ مُهِينٌ) biasanya digunakan kepada orang kafir. Ini kerana mereka angkuh sombong atas dunia dulu serta menghina dan mempermainkan agama dan Rasulullah s.a.w.
Ayat ini disebut beberapa tempat dalam al-Quran:
i- Ayat 9 ini- {Dan mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.}
ii- {Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;} (An-Nisaa\’ 4:37)
iii- {Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.} (An-Nisaa\’ 4:102)
iv- {Dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).} (Aal-Imraan 3:178)
v- {Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan kami, maka mereka beroleh azab seksa yang menghina.} (Al-Hajj 22:57)
- Ayat 9- {Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina.}- kerana mereka atas dunia dulu menghina dan mengejek Rasulullah s.a.w maka Allah sebut di akhir ayat ini, bagi mereka azab yang hina (عَذَابٌ مُهِينٌ). Ini kerana azab itu tidak akan habis berterusan sampai bila-bila.
Bagi orang mukmin yang berdosa, azab yang mereka terima adalah untuk pembersihan; manakala azab untuk orang kafir adalah pembalasan yang tidak ada kesudahan.
- Ayat 10- {Dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelematkan mereka sedikit pun;}- kunci untuk mendapat pahala dan keredhaan Allah s.w.t ialah beriman kepada-Nya kemudian ikut ajaran dan cara Nabi s.a.w! Dalam bab agama jangan kita pandai ubah atau reka yang baru.
- Ayat 11- {Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap;}- Allah nyatakan bahawa al-Quran ini turun dari Allah s.w.t sebagaimana dalam ayat 2 dulu, maka Allah serlahkan lagi sifat dan fungsi al-Quran dalam ayat ini, iaitu sebagai HIDAYAH PETUNJUK (هُدًى) kepada manusia.
Jika kamu masih ingkar tidak mahu menerima hidayah dari al-Quran maka terimalah azab yang menghinakan di Akhirat kelak!
Dengan ayat mana lagi kamu beriman dan percaya?
Semoga kita menjadi golongan yang mendapat hidayah petunjuk dari al-Quran dan mendapat manfaat darinya.