PERBINCANGAN SESAMA PEMUDA AL-KAHFI TENTANG WAKTU TIDUR, BERHATI-HATI DENGAN SUASANA KUFUR & MENCARI MAKANAN HALAL
Full video: https://youtu.be/7OM0LGJpukM
MUQADDIMAH:
1. Sebelum ini kita bincangkan tentang kisah ajaib Ashaabul-Khafi yang ditidurkan Allah s.w.t dalam gua selama 300 tahun lebih.
2. Inilah kisah pertama dalam surah al-Kahfi ini tentang menjaga prinsip aqidah, lari untuk menyelamatkan agama, diri dan imannya.
3. Inilah yang dipanggil ber-‘uzlah, disyariatkan dalam agama apabila keadaan betul-betul terdesak, bukan hanya dalam keadaan biasa.
Konsep ‘uzlah ada 3 kategori:
i- ‘Uzlah hati/batin- untuk memelihara diri sendiri daripada melakukan kejahatan atau keburukan,kawal dan jaga hati dan nafsu kita sendiri.
ii- ‘Uzlah separuh- menjauhkan diri daripada orang dan keadaan yang boleh membawa kepada keburukan dan kerosakan agama kita.
iii- Total lockdown – ‘uzlah penuh seperti Ashaabul-Kahfi ini apabila keadaan memerlukan.
3. Kisah ketiga keadaan mereka di dalam gua tempat mereka berlindung.
4. Keberkatan apabila bersahabat dengan orang yang baik-baik dan soleh, seperti kisah anjing Ashaabul-Kahfi yang namanya disebut dalam al-Quran.
4. Siri hari inilah apabila mereka dibangkitkan Allah s.w.t dari tidurnya.
AYAT 19 – {DAN DEMIKIANLAH PULA KAMI BANGKITKAN MEREKA (DARI TIDURNYA), SUPAYA MEREKA BERTANYA-TANYAAN SESAMA SENDIRI. SALAH SEORANG DI ANTARANYA BERTANYA: \”BERAPA LAMA KAMU TIDUR?\” (SEBAHAGIAN DARI) MEREKA MENJAWAB: \”KITA TELAH TIDUR SELAMA SEHARI ATAU SEBAHAGIAN DARI SEHARI\”. (SEBAHAGIAN LAGI DARI) MEREKA BERKATA: \”TUHAN KAMU LEBIH MENENGETAHUI TENTANG LAMANYA KAMU TIDUR; SEKARANG UTUSLAH SALAH SEORANG DARI KAMU, MEMBAWA WANG PERAK KAMU INI KE BANDAR; KEMUDIAN BIARLAH DIA MENCARI DAN MEMILIH MANA-MANA JENIS MAKANAN YANG LEBIH BAIK LAGI HALAL (YANG DIJUAL DI SITU); KEMUDIAN HENDAKLAH IA MEMBAWA UNTUK KAMU SEDIKIT HABUAN DARIPADANYA; DAN HENDAKLAH IA BERLEMAH-LEMBUT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH (SEMASA DI BANDAR); DAN JANGANLAH DIA MELAKUKAN SESUATU YANG MENYEBABKAN SESIAPAPUN MENYEDARI AKAN HAL KAMU.} AL-KAHFI- AYAT 19:
1. Sebagaimana Allah s.w.t menjaga mereka semasa tidur dalam gua, Allah s.w.t membangkitkan mereka dalam keadaan sihat wal-afiat tidak terjejas sedikitpun walaupun hakikatnya sudah lebih 300 tahun. Sehinggakan sebahagian daripada mereka menyangka mereka hanya tidur sehari atau sebahagian harinya sahaja.
Menunjukkan bahawa mereka bangkit dalam keadaan yang sama seperti mereka tidur dulu, tiada apa-apa perubahan bukan sebagaimana setengan dakwaan bahawa kuku dan rambut mereka telah tumbuh Panjang.
2. Tujuan dibangkitkan supaya mereka berfikir dan bercakap sesama-sendiri tentang berapa lama mereka tidur. Lalu sebahagian/semua mereka berkata hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui tentang tempoh mereka tidur, tidak perlu diperbahaskan lagi.
3. Kemudian mereka berasa lapar dan menyuruh salah seorang dari mereka untuk keluar ke bandar membeli makanan dengan wang perak yang mereka ada. Ulama\’ kata ini menunjukkan gua tempat mereka berlindung itu tidak jauh dari bandar asal mereka.
3. Mereka (ketua) berpesan supaya dia (utusan itu):
i- memilih dan memastikan makanan yang baik dan halal untuk mereka makan.
Firman Allah s.w.t: {Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.}
(Al-Baqarah 2:172)
ii- supaya bersifat lemah-lembut dan berhati-hati.
iii- jangan bersikap pelik atau menonjol sehingga menarik perhatian orang ramai meragui dan mengesyaki keadaan mereka.
4. Kenapa dia berpesan begitu? Jawapan dalam ayat berikutnya.
AYAT 20- {\”SESUNGGUHNYA, KALAULAH MEREKA MENGETAHUI HAL KAMU, TENTULAH MEREKA AKAN MEREJAM DENGAN MEMBUNUH KAMU, ATAU MEREKA AKAN MENGEMBALIKAN KAMU KEPADA UGAMA MEREKA (SECARA PAKSA); DAN JIKA BERLAKU DEMIKIAN, KAMU TIDAK SEKALI-KALI AKAN BERJAYA SELAMA-LAMANYA\”.} AL-KAHFI- AYAT 20:
1. Ayat ini menceritakan sebab pesanan ketua tadi, kerana jika mereka menimbulkan keraguan dan menarik perhatian orang ramai. kaum mereka yang kafir itu mengetahui rahsia dan menjumpai mereka, pasti mereka akan ditangkap, disakiti bahkan akan dibunuh.
2. Maka jika itu berlaku, sia-sialah usaha mereka selama ini, keluar dari bandar, bersembunyi untuk menyelamatakn aqidah mereka.
PENGAJARAN & FAEDAH:
A. Firman Allah s.w.t: {..mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur;}.
1. Contoh keimanan yang mantap golongan pemuda ini yang berilmu, menyerhakn urusan mereka kepada Allah s.w.t sepenuhnya. Ayat ini menunjukkan kelebihan menuntut dan mengkaji ilmu.
2. Juga adab kita jika tidak pasti atau tiada ilmu tentang sesuatu perkara atau apatah lagi hukum, untuk mengakui dengan jujur bahawa kita tidak tahu, hanya Allah yang lebih mengetahuinya.
3. Hakikat bahawa mereka bawa/ada duit; ulama\’ kata menunjukkan perbuatan berusaha mengumpul dan menyimpan harta sebagai bekalan dan kegunaan ketika perlu adalah satu perkara penting yang disyariatkan dan tidak salah. Harus, sebagai satu usaha , mengambil sebab dan TIDAK menafikan tawakkal kepada Allah s.w.t.
B- Firman Allah s.w.t: { … berlembut dan berhati-hati dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.}
1- Ayat ini mengajar kepada kita supaya sentiasa berhati-hati, mengambil langkah berjaga-jaga, menyembunyikan strategi dakwah apabila perlu dan jangan membuat sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah ke atas kita.
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut.” [HR Muslim].
2- Sembunyikan sedikit apa nikmat dan kelebihan yang kita ada supaya tidak menimbulkan bahaya akibat daripada hasad dengki manusia lain.
3- Dalam strategi dakwah ada yang perlu dizahirkan, ada yang perlu disebunyikan, tetapi dalam Kuliah pengajian, ilmu yang disampaikan mesti dijelas dan dizahirkan. Orang yang sembunyikan kuliahnya pasti ada masalah tertentu.
C- Firman Allah s.w.t: {Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu.}
Perbincangan: Ayat ini seolah ada pertembungan dengan kaedah boleh menzahirkan kekufuran jika terpaksa atau terancam seperti kisah sahabat Ammar bin Yasir r.a.
1- Ulama\’ kata: Mereka mengambil langkah berhati-hati,, jika mereka kekal dalam menzahirkan kekufuran, terlalu terdedah atau mengikut kekafiran, takut akan memberi kesan kepada iman mereka, lama-lama akan terikut kafir terus.
*Kerana itu jaga dan awasilah anak-anak kita, jangan terdedah dan biasa sangat dengan doktrin-doktrin dan amalan bukan Islam sehingga mereka merasakannya biasa dan tidak salah untuk menjadi amalan.
3. Keuzuran kerana paksaan itu hanya ciri-ciri khas, keistimewaan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja. Tetapi bukan keuzuran bagi umat terdahulu, mereka kena kuat (‘Azimah) zahirkan dan bertegas dalam keimaman walaupun terancam demi pertahankan akidah.
3. Maka umat Nabi Muhammad s.a.w boleh mengakui kufur secara luaran ini jika nyawa terancam. Firman Allah s.w.t: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا
{Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.} [al Baqarah: 286], tetapi mungkin bukan begitu Syaraiat umat terdahulu.
4. Tetapi jika seseorang itu terus berpegang (‘azimah) dan bertahan juga dengan keimanan sehingga terkorban, maka itulah yang lebih mulia dan lebih besar pahalanya. Rasulullah s.a.w bersabda: \”Penghulu para syuhada\’ ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang-orang yang bangkit melawan pemerintah yang zalim, (mereka) menyuruhnya perkara yang ma\’ruf dan melarangnya dari perkara yang mungkar, namun akhirnya mereka mati dibunuh.\” [HR Al-Hakim].
Wallahu a’lam.