View Categories

Surah Al-Ma’idah : Ayat 69-71

4 KUMPULAN YANG BERIMAN, BANI ISRAEL MEMBUNUH NABI & TIDAK MENERIMA KEBENARAN.

Full video : https://youtu.be/gNqgGJHnUro?si=WIhNS3kMQ3ZhTlBq

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-Ma’idah ini dengan ayat 69 sehingga 71.
  1. Dalam siri ini Allah SWT menceritakan tentang 4 kumpulan yang asalnya beriman, kemudian ada antara mereka yang menyeleweng iaitu yahudi, nasrani & sabi-un.
  1. Kemudian Allah nyatakan kejahatan Bani Israil selain daripada menyeleweng kitab Allah, mereka juga membunuh nabi-nabi yang diutus kepada mereka antara ialah seperti Nabi Zakaria dan nabi Yahya.
  1. Antara sifat mereka juga tidak menerima kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
    Allah sifatkan mereka seolah buta & tuli, mata hati! 
    Buta kerana tidak nampak dalil & tuli kerana tidak dengar kebenaran lalu tidak terima hidayah.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan bahawa ahli kitab tiada nilai di sisi Allah SWT selagi mereka tidak beriman kepada Allah SWT & kepada Rasulullah SAW.

    ii- Maka datang ayat ini Allah nyatakan sesiapa saja, ahli kitab atau tidak, semua manusia atas dunia ini tidak akan dapat kebaikan & kemuliaan KECUALI apabila mereka beriman kepada Allah Azza wa Jalla.
  1. Munasabah ayat kedua:
    i- Setelah Allah nyatakan kejahatan yahudi dalam ayat sebelumnya;

    ii- Maka dalam ayat ini Allah SWT buka pintu, memberi peluang kepada mereka untuk beriman! 
    Jika beriman Allah akan terima taubat dan amalan kamu. 

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 

AYAT 69- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DAN ORANG-ORANG YAHUDI, DAN ORANG-ORANG SAABIEIN, DAN ORANG-ORANG NASRANI – SESIAPA SAHAJA DI ANTARA MEREKA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH (DAN SEGALA RASULNYA MELIPUTI NABI MUHAMMAD SAW) DAN (BERIMAN KEPADA) HARI AKHIRAT SERTA BERAMAL SOLEH, MAKA TIDAKLAH ADA KEBIMBANGAN (DARI BERLAKUNYA KEJADIAN YANG TIDAK BAIK) TERHADAP MEREKA, DAN MEREKA PULA TIDAK AKAN BERDUKACITA.} (AL-MA’IDAH 5:69)

  1. Dalam ayat ini Allah SWT nyatakan sesiapa saja mereka itu samada:
    i- Orang-orang yang beriman {ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟}, iaitu orang mukmin umat Nabi Muhammad SAW.

    ii- Dan orang-orang Yahudi {وَٱلَّذِينَ هَادُوا۟}, yang sebelum terbatalnya Syari’at mereka. Yahudi yang beriman & beramal dengan Taurat sebelum datangnya al-Quran.

    ii- Dan orang-orang Sabiein/Sabieun {وَٱلصَّـٰبِـُٔونَ}, iaitu satu kaum yang tiada agama tetapi berada atas landasan fitrah. 
    Beriman kepada Allah tetapi tiada agama & Syari’at. 

    Beberapa pandangan tentang mereka {وَٱلصَّـٰبِـُٔونَ} ini:
    a- Ada kata mereka yang sembah malaikat.

    b- Ada kata asalnya ahli kitab kemudian tinggalkannya, tanpa ajaran. 
    Keluar agama asal masuk agama lain. 

    c- Mereka ada dua kumpulan pula: 
    Seperti yang disebut dalam ayat ini, orang yang tiada agama tetapi jiwanya murni, kekal atas fitrah yang baik mengaku ada Allah tetapi mereka tiada agama! 
    Mereka mengharamkan kezaliman & benda keji dan lain-lain, tetapi tidak terikat dengan mana-mana agama! 

    d- Kata ulama’ tafsir seperti Ibnu Kathir RHM : Mereka ini yang bukan agama yahudi Nasrani, majusi atau musyirikin.

    iv- Dan orang-orang Nasrani {وَٱلنَّصَـٰرَىٰ}- iaitu mereka yang sebelum terbatalnya undang-undang Injil, sebelum mereka putar belit Injil & masih beriman dengan Allah SWT.
  1. Jika mereka ini beriman dengan Allah SWT dengan ikhlas, beriman dengan hari Akhirat dan pembalasannya, mengikut Syari’ah Allah dan hukum-hakamnya, beriman & ikut ajaran dakwah Rasulullah SAW.
  1. Allah beri jaminan mereka akan dapat kebaikan iaitu:
    i- Tidak akan ada kebimbangan dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap mereka atas dunia ini,

    ii- Dan mereka pula tidak akan berdukacita di Akhirat kelak kerana mendapat membalas syurga!
  1. Kata ulama’ : Kebaikan kepada umat terdahulu ini dikira sebelum diutuskan Rasulullah SAW, tetapi selepas Kebangkitan Nabi Muhammad SAW, tidak dikira beriman sesiapa yang tidak beriman dengan risalah & ajaran yang dibawa oleh Baginda SAW & tidak beramal dengan Syari’at Islam yang diajarnya; maka mereka bukan berada di atas jalan landasan yang benar!
  1. Tetapi tetap ada segelintir manusia yang mendakwa keluar dari Syari’at Allah ini atas dasar bahawa mereka ahli hakikat & makrifat.
    Keluar dari Syari’at, tak solat di sini tapi mengaku sudah solat di Makkah sedangkan jelas zahir badannya ada di sini! 
    Waktu pun berbeza jam, solat apa yang diakuinya itu! 
    Yang lebih malangnya ada manusia yang mempercayainya bahkan menjadi pengikut taksub memuja-muji wolo sebegini! 

    Begitulah benda pelik & karut mudah orang percaya dan amal sedangkan bila dibawa Sunnah Nabi SAW payah nak percaya & dianggap susah nak amal, takut sesat dan pelbagai alasan karut! 
    Hatta menakut-nakutkan orang dari ikut al-Quran, takut sesat juga!

AYAT 70- {DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH MENGAMBIL PERJANJIAN SETIA DARI BANI ISRAIL DAN KAMI TELAH UTUSKAN KEPADA MEREKA BEBERAPA ORANG RASUL. (TETAPI) TIAP-TIAP KALI DATANG – SEORANG RASUL KEPADA MEREKA DENGAN MEMBAWA APA YANG TIDAK DISUKAI OLEH HAWA NAFSU MEREKA, MEREKA DUSTAKAN SEBAHAGIAN DARI RASUL-RASUL ITU, DAN MEREKA BUNUH YANG SEBAHAGIAN LAGI.} (AL-MA’IDAH 5:70)

  1. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan tentang keadaan orang yang beriman tidak akan mendapat dukacita atas dunia & tidak akan takut mendapat azab di Akhirat kelak! 
    Tetapi malangnya ia tidak mendapat perhatian puak kafir & ahli kitab, tawaran besar dari Allah SWT! bahkan mereka lebih cepat menjadi kafir & buat jahat!

    ii- Maka datang ayat ini, Allah mengingatkan puak kafir & ahli kitab pada zaman Nabi ini bahawa tok nenek mereka dulu telah buat perjanjian dengan Allah SWT untuk beriman!
    Jadi kenapa kamu tetap tidak mahu beirman!!
  1. Allah SWT nyatakan bahawa Dia telah buat perjanjian yang besar & berat dengan puak yahudi ini untuk beriman sebagaimana dalam ayat yang lepas.  
  1. Firman Allah SWT:
    {Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): “Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul.”} (Al-Ma’idah 5:12)
  1. Allah SWT juga telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul untuk datang memberi petunjuk & ajaran kepada mereka.
    Betapa ramai rasul & nabi-nabi dari dari kalangan Bani Israil bermula dar Nabi Ya’kob bin Nabi Ishak AS dan anak-cucunya.
  1. Tetapi malangnya tiap-tiap kali datang, seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, yang bertentangan dengan apa yang mereka nak:
    i- Mereka akan memusuhi, medustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu,;

    ii- Dan tidak cukup dengan menyakiti dan menolak rasul, mereka bunuh yang sebahagian lagi, antaranya ialah Nabi Zakaria & anaknya Yahya!

AYAT 71- {DAN MEREKA JUGA MENYANGKA BAHAWA TIDAK AKAN BERLAKU SEBARANG BENCANA, LALU MEREKA MEMBUTAKAN MATA DAN MEMEKAKKAN TELINGA, KEMUDIAN ALLAH MENERIMA TAUBAT MEREKA, SETELAH ITU KEBANYAKAN DARI MEREKA MEMBUTAKAN MATA DAN MEMEKAKKAN TELINGA LAGI. PADAHAL ALLAH MAHA MELIHAT AKAN APA YANG MEREKA LAKUKAN.} (AL-MA’IDAH 5:71)

  1. Bani Israil menyangka mereka tidak akan ditimpa apa-apa bencana & balasan atas segala perbuatan jahat mereka itu lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga!
    Ini kerana Allah SWT masih memberi peluang kepada mereka pada awalnya! 
    Allah tidak akan ambil tindakan segera tetapi akan tunggu sehingga tiba masanya!
  1. Allah nyatakan apabila mereka menolak & ingkar, mendustakan buat kali pertamanya, Allah beri taufiq kepada mereka lalu mereka insaf & bertaubat; Allah menerima taubat mereka itu. Mereka pun ikut ajaran Allah SWT.
  1. Kemudian tidak lama selepas itu, mereka kembali membutakan mata dan memekakkan telinga lagi, selepas Allah selamatkan mereka dari kebinasaan & terima taubat mereka; tetapi tidak berkekalan taubat itu!
    Mereka kembali melakukan maksiat & penderhakaan kepada Allah SWT! 
    Mereka bertaubat separuh jalan, hanya sebentar insaf & baik!
    Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita sentiasa bertaubat & insaf sehingga ke hari Kiamat.
  1. Kata ulama’ : dalam ayat ini Allah menyebut dua kali keadaan puak yahudi yang {mereka membutakan mata dan memekakkan telinga}:
    i- Kali pertama : {lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka,}- mereka derhaka kemudian insaf lalu bertaubat dan Allah terima taubat mereka.

    ii- Kali kedua : {setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi.} 
    Dalam sebutan kedua ini Allah tidak sebut lagi tentang taubat mereka.
  1. Beberapa pandangan ulama’ tentang ayat ini:
    i- Mengikut analisa yang dibuat oleh Ibnu Asyur r.h.m: Ini kerana selepas derhaka bagi kali kedua mereka derhaka dengan sepenuhnya & tidak bertaubat lagi. 
    Sehinggalah mereka mati dalam keadaan kafir & derhaka begitu! 
    Allahu al-Musta’an!

    ii- Mengikut pandangan Syeikh Muhammad Amin asy-Sayanqiti RHM pula:
    Allah SWT menyebut bahawa dua kali puak bani Israil buat perangai; kali pertamam Allah terima taubat mereka, kali kedua Allah tidak terima lagi taubat mereka. Yakni sekarang sudah tiba masanya Allah SWT timpakan azab.
  1. Penjelasan detail ayat ini sebagaimana firman Allah SWT ini:
    {Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).} (Al-Isra’ 17: 4-8)
  1. Yakni Allah SWT telah beri amaran kepada mereka jika mereka kembali menjadi kafir, Allah akan kembalikan azab ke atas mereka. 
    Maka puak yahudi ini pada zaman Rasulullah SAW telah kembali kafir dengan menderhaka serta mengingkari Rasulullah SAW dengan menyembunyikan fakta & sifat Nabi SAW yang ada dalam Taurat. 
    Lalu Allah SWT kembalikan kehinaan & kekalahan ke atas mereka.
    Boleh lihat kisah terperinci tentang yahudi di Madinah ini dalam buku 
    Madinah: Kelebihan & Sejarah: https://dartaibah.com/…/Madinah-Munawwarah-Kelebihan…
  1. Mengikut Tafsir al-Munir : Mereka yahudi ini menyangka apabila mereka baik kemudian lawan balik dengan meninggalkan Taurat mereka akan selamat. 
    Tetapi tidak! Hasil dari kejahatan mereka itu. Allah SWT bawa beberapa tentera yang besar datang untuk menawan & menghinakan mereka:
    i- Tentera Babylon yang menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, membakarnya dan menawan anak-anak mereka.

    ii- Kemudian Allah terima taubat mereka dan kembalikan kekuasaan mereka di bawah Kerajaan Parsi yang menawan balik Baitul-Maqdis. 
    Orang yang ditawan oleh Bukhtanassar dulu dihantar balik ke Baitul- Maqdis.

    iii- Tidak beberapa lama selepas hidup dalam keadaan aman & nikmat yang besar- mereka yahudi buat perangai lagi, minta nak tengok Allah SWT, tidak cukup & tidak puas hati dengan membaca kitab Taurat saja. 
    Mereka juga membunuh para Nabi seperti Zakaria &Yahya. 
    Mereka juga cuba membunuh Nabi Isa AS.

    iv- Lalu Allah hantar tentera Parsi untuk menawan mereka kemudian datang tentera Rom memusnahkan kerajaan mereka hilang sehingga ke hari ini. 
    Sehingga ke hari ini Palestin bukan menjadi milik yahudi cuma mereka menjadi pendatang haram di situ.
  1. Begitulah kisah yahudi bani Israil dalam ayat ini, selepas kejahatan pertama mereka insaf & taubat, lalu Allah mengampunkan mereka.
    Tetapi apabila mereka kufur & derhaka lagi buat kali kedua, habislah mereka musnah & hilang negara mereka.
  1. Allah SWT tutup ayat ini dengan menyatakan bahawa: {Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan.} yakni tidak ada satu apa-pun perbuatan & kejadian yang terlepas daripada pengetahuan Allah SWT.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 69- {Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani}-

    Allah SWT sebut empat nama asal puak atau golongan ini, maka apabila kita nak sebut puak ini; kekalkan & sebutlah dengan nama asal yang Allah berikan kepada mereka ini! 
    Yang mana uslub al-Quran guna kita kekalkan jangan ditukarnya.

    Dalam firman Allah SWT ini:
    {Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien..} (Al-Baqarah 2:62) 

    Persoalan:
    Kenapa susunan sebutan nama-nama mereka ini berbeza dalam dua ayat ini? Kenapa dalam Surah Al-Baqarah Allah sebut nasrani dulu baru Saabiein sedangkan sedangkan dalam ayat kita ini disebut Saabieun dulu?
    Adapun bacaan Saabieun atau Saabiein, berubah kerana berdasarkan kepada nahu (grammar) dalam bahasa Arab, makna perkataan tetap sama.

    Jawapan:
    i- Allah sebut saabieun dulu dalam Surah Al-Ma’idah kerana mereka ini mendahului nasrani dari sudut zaman, lebih awal.

    ii- Dalam ayat Al-Baqarah pula nasrani disebut dulu kerana mereka lebih mulia dari Saabiein dari segi mempunyai kitab & agama. Wallahu a’lam.
  1. Ayat 69- {mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad SAW) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.}-

    Orang yang beriman & beramal soleh itulah yang akan selamat dunia dan Akhirat.
    Nilai kita di sisi Allah SWT berdasarkan iman & amal soleh! 
    Bukan kerana keturunan atau kedudukan pangkat atas dunia! 

    Allah SWT tegaskan juga dalam firman-Nya ini:
    Maksudnya: {Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).} (Al-Hujurat 49:13)
    Iaitu bukan orang kaya, orang pangkat besar atau dari keturunan tertentu. 
    Kita orang miskin jangan bimbang, kita ada bahagian di sisi Allah SWT dengan syarat kita beriman & bertaqwa.
  1. Ayat 70- {Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil}-

    Allah mengingatkan & memberi amaran kepada kaum yahudi & bani Israil bahawa mereka telah buat perjanjian yang tegas dengan Allah SWT untuk beriman!
    Ayat ini menunjukkan bahawa bani Israil telah menderhaka & melawan para nabinya. 
    Bila datang rasul membawa ajaran yang tidak kena dengan kehendak & nafsu mereka, mereka akan lawan dan mengingkarinya.
    Kata ulama’ tafsir : Allah SWT menceritakan kepada kita tentang kisah nabi-nabi & umat terdahulu dalam al-Quran, bukan hanya untuk kita tahu cerita & sejarah tetapi mengambil iktibar & pengajaran.
    Kerana itu berbeza antara sejarah & sirah, sejarah ambil pengajaran & iktibar manakala Sirah wajib kita ikut & ambil pengjaran juga.
    Duduklah dengan orang besar manapun, lahirlah dari keturunan mana sekalipun; jika tidak beriman tidak menjadi! 

    Sama seperti manusia hari ini yang menyerbu untuk mahu dekat dekat syeikh alim ulama’ sebab nak peluk cium & selfie, tetapi ilmu Syeikh tak mahu pakai pula.
    Syeikh mengajar pakat kecam!!
    Kita kena belajar sejarah untuk belajar & ambil iktibar & pengajaran.
    Apabila Nabi datang kepada mereka, apa yang mereka suka & setuju mereka ambil, apabila yang berlawan dengan nafsu mereka- mereka akan ingar & tolak!
  1. Ayat 70- {(Tetapi) tiap-tiap kali datang, seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu,}-

    Apabila apa yang rasul ajar berlawan dengan nafsu mereka terus mereka tolak & mendustakannya!
    Ayat ini mengajar kita agar jangan ikut nafsu tetapi kena ikut wahyu!
    Kerana jika ikut nafsu banyaklah yang berlawanan & tidak disukainya! 
    Berat undang-undang Islam ini, begitu begini!
    Tetapi kerana dia wahyu dari Allah SWT, kita kena tunduk, akur & patuh kepada perintah Allah SWT! 
    Maka sesiapa yang beragama ikut nafsu, tidak ikut wahyu maka telah ikut perangai yahudi!
    Sesiapa yang menyeleweng, mengubah makna kitab itu yahudi, siapa yang mereka ibadat itu ikut nasrani! 
    Dua kumpulan besar yang atas dunia ini yang dimurkai Allah; jangan kita ikut mereka.
  1. Ayat 71- {Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga,..}-

    Mereka membutakan mata & menulikan telinga, tidak tengok dalil & tidak terima nasihat, menyangka mereka akan selamat dari azab Allah walaupun ingkar & tidak beriman!
    Ayat ini memberi amaran kepada kita jangan buat sangkaan sendiri. 
    Yahudi buat sangkaan sendiri apabila dia buat maksiat & derhaka; tak mengapa, Tuhan tak marah!
    Kata ulama’ juga : Ayat ini juga memberi amaran kepada kita jangan kita rasa selamat daripada apa yang telah Allah rancangkan untuk beri azab kepada orang yang derhaka.
    Allah telah sebut dalam ayat ini jangan kamu berani menentang Allah & menentang Rasulullah SAW. 

    Kemudian Allah sebut dua kali keadaan ini: 
    i- {lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga,..}-
    Buta & tuli yang pertama yakni mereka tak dengar & tak tengok bukti lalu ingkar & kufur.

    ii- Kemudian Allah ulang balik ayat ini bahawa mereka telah buta & tuli. 
    Ayat ini mengajar kepada kita erti istiqomah!
    Yakni mereka tidak istiqomah atas kebenaran, taubat yang sementara tidak kekal! 
    Di sini menunjukkan mahalnya istiqomah, apabila Allah beri kepada kita hidayah & kebaikan, pegangnya dengan kuat, gigitlah dengan gigi geraham agar jangan lepas! 

    Contohnya hari ini alhamdulillah kita dapat hidayah; suka solat, tutup aurat, suka mengaji al-Quran, jaga keluarga, maka berdoalah kepada Allah agar kita istiqomah & beri kekuatan untuk terus atas kebaikan.
    Bila dapat hidayah peganglah sebaiknya!
    Antara tips untuk tetap atas istiqomah; Kena banyak belajar al-Quran & Sunnah, duduk bersama kawan-kawan yang baik, yang sama-sama mencari kebaikan & kebenaran.

    Risalah yang disusun oleh DDAAM tentang istiqomah:
    Risalah Istiqamah Selepas Ibadat Yang Besar; Ramadhan & Haji.
    Baca di: https://1drv.ms/b/s!AheLADLn4qVdgSizqaZhLzc3r_Rb
    Panduan Istiqamah Selepas Ramadhan.
    Link: https://www.facebook.com/photo/?fbid=922530928217803&set=a.652746818529550

Alhamdulillah tamatlah siri kuliah untuk hari ini semoga bermanfaat dunia dan Akhirat.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs