View Categories

Surah Al-Ma’idah : Ayat 7-8

INGATLAH NIKMAT ALLAH SWT, TUNAIKAN HAK ALLAH & SENTIASA BERLAKU ADIL.

Full video : https://youtu.be/-PosSdLuJac?si=FRjGOsGVwQrGhHHi

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-Ma’idah ini dengan ayat 7 dan 8.
  1. Dalam siri ini Allah SWT mengingatkan manusia akan nikmat Allah SWT yang Allah anugerahkan, Allah beri agama, beri hidayah, kemenangan dengan Pembukaan Kota Makkah dan lain-lain.
  1. Serta perjanjian yang teguh iaitu kamu mesti tunaikan hak Allah SWT dengan wajib menyembah Allah yang Esa, taat & bertaqwa kepada-Nya.
  1. Kemudian seruan kepada orang yang beriman agar menjadi saksi kepada Allah SWT & sentiasa berlaku adil walaupun terhadap musuh-musuh mereka. 
    Kita boleh berlawan dengan mereka secara berdepan dalam peperangan, tetapi bila tiada peperangan kena berlaku adil & saksama.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat sebelum, disebutkan kewajipan Syara’ kepada kamu, dari awal surah lagi, ditekankan agar tunaikan perjanjian. Bila buat janji kena tunaikan. Kemudian Allah nyatakan beberapa perkara yang halal & haram.

    ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan pula syarat-syarat SOP untuk qabul amal & tunduk akur akan perintah Allah SWT dari dua dimensi:
    a) Allah telah beri nikmat-nikmat yang amat banyak kepada kamu, Allah yang mencipta, beri rezeki, semua nikmat yang kita guna ini dari Allah- maka kenapa tiba-tiba nak sembah pada yang lain? 
    Ini satu kepincangan & kebingungan yang lain! Maka Allah suruh ingat nikmat-Nya serta taat & akurlah pada perintah Allah.

    b) Allah nyatakan sebab kamu kena sembah & taat kepada Allah ini kerana sudah ada perjanjian antara nanusia dengan Allah sejak dari alam roh lagi.
    Tetapi setelah kamu lahir & hidup senang- mengapa mencari yang lain & sembah selain Allah?? 
    Sembah tokong-tokong berhala yang tidak dapat memberi apa-apa manfaat & mudharat kepada kamu!

    Sekarang ini kita bimbang apabila batu nisan & kuburan dihias dengan melampau sehingga boleh berlaku pemujaan padanya! 
    Kita kena belajar punca pemyembahan berhala atas dunia ini ialah kerana ketaksuban yang melampau terhadap alim ulama’ & hasutan syaitan! 
    Semoga para penguasa & pendakwah yang cintakan agama ambil cakna & perhatian berat akan isu ini sebelum ia merebak & membarah dalam negara kita!
    i- dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

AYAT 7- {DAN KENANGLAH NIKMAT ALLAH (YANG TELAH DIKURNIAKANNYA) KEPADA KAMU SERTA INGATLAH PERJANJIANNYA YANG TELAH DIIKATNYA DENGAN KAMU, KETIKA KAMU BERKATA: “KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT (AKAN PERINTAH-PERINTAH ALLAH DAN RASULNYA)” DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA (ISI HATI) YANG ADA DI DALAM DADA.} (AL-MAAIDAH 5:7)

  1. Allah SWT memerintahkan kita untuk mengingati nikmat Allah yang banyak sekali ke atas kita iaitu yang terbesarnya ialah:
    i- Allah pilih kita untuk hidup atas dunia ini.

    ii- Mendapat hidayah & nikmat menjadi Islam. 
  1. Apabila kita ingat akan Pemberi nikmat, akan mudah untuk kita akur & bersyukur nikmat itu.
    Kenapa banyak ibadat ni?
    Ingat hadis Nabi SAW yang solat sehingga bengkak kaki sebagai tanda syukur.
  1. Daripada Al-Mughirah bin Syu’bah RA : Sesungguhnya Nabi SAW solat hingga kedua kaki Baginda bengkak. Lalu dikatakan kepadanya: 
    Apakah tuan memaksakan hal ini sedangkan Allah telah mengampuni dosa tuan yang telah lalu dan yang kemudian. Baginda menjawab: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang bersyukur?”
     [HR Muslim].
  1. Nikmat itu kita syukurinya kerana siapa yang tahu akan kelebihan seseorang itu- maka akan mudah untuk dia tunduk, akur dengar kata kerana dia tahu & kenal siapa yang memberi rezeki & nikmat kepadanya selama ini. 
  1. Kata pujangga Arab : Buat baik kepada orang; kamu akan menawan hati mereka! 
    Jika tawan dengan kebendaan & kekuasaan mereka akan takut didepan saja. 
    Tetapi jika sudah dibeli jiwanya mereka akan setia & taat sungguh.
  1. Kemudian Allah manusia: {ingatlah perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu?}. 
    Apakah perjanjian itu?
  1. Antara perjanjian yang Allah buat dengan ahli kitab & para sahabat Rasulullah SAW pada waktu itu:
    i- Hendaklah ikut dengan penuh ketaatan.

    ii- Bantu dalam menegakkan Agama Islam.

    iii- Menyampaikan dakwah ini bukan hanya untuk dirinya saja!
  1. Lalu para sahabat telah mengiklankan bahawa mereka akan dengar & taat {سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا}. 
    Sama ada melalui ayat al-Quran atau ayat-ayat al-Kauniyyah (alam semesta) semuanya menunjukkan akan kekuasaan Allah WT! 
    Maka kita jangan buat tak dengar kata & ingkar- wajib taat & menjauhi segala larangan-Nya.
  1. Hadis : Riwayat dari Ubadah bin As-Somit RA yang berkata:
    بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِى الْعُسْرِ وَالْيُسْر،ِ وَالْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ، وَعَلَى أَثَرَةٍ عَلَيْنَا، وَعَلَى أَنْ لاَ نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ، وَعَلَى أَنْ نَقُولَ بِالْحَقِّ أَيْنَمَا كُنَّا، لاَ نَخَافُ فِى اللَّهِ لَوْمَةَ لاَئِمٍ.
    Maksudnya: “Kami mengikat janji taat setia kepada Rasulullah SAW untuk mendengar dan patuh ketika susah dan senang, ketika suka dan tidak suka, mengutamakan orang lain, tidak akan merampas kuasa daripada orang yang layak dan mengatakan yang benar walau di mana kami berada. Kami tidak akan rasa takut kepada celaan manusia dalam melaksanakan perintah Allah.” [HR al-Bukhari (6774), Muslim (1709), Malik (2/445-446)].
  1. Allah tutup ayat ini dengan perintah untuk bertaqwa kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala isi hati yang ada di dalam dada.
    Kerana itu kita jangan buat kecuali apa yang Allah redha & jangan sesekali fikir untuk buat apa yang Allah murka!

AYAT 8- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, HENDAKLAH KAMU SEMUA SENTIASA MENJADI ORANG-ORANG YANG MENEGAKKAN KEADILAN KERANA ALLAH, LAGI MENERANGKAN KEBENARAN; DAN JANGAN SEKALI-KALI KEBENCIAN KAMU TERHADAP SESUATU KAUM ITU MENDORONG KAMU KEPADA TIDAK MELAKUKAN KEADILAN. HENDAKLAH KAMU BERLAKU ADIL (KEPADA SESIAPA JUA) KERANA SIKAP ADIL ITU LEBIH HAMPIR KEPADA TAQWA. DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH, SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI DENGAN MENDALAM AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.} (AL-MAAIDAH 5:8)

  1. Dalam ayat ini Allah sekali lagi menyeru orang yang beriman untuk menjadi orang sentiasa berlaku adil, menegakkan kebenaran & jangan berdendam! 
  1. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat yang lepas kewajipan supaya akur kepada undang-undang Allah SWT.
    Taat kepada perintah-Nya & meninggalkan larangan-Nya

    ii- Lalu ayat ini menyatakan walaupun banyaknya undang-undang Allah SWT ia kembali kepada dua perkara:
    a) Untuk mengagung & membesarkan arahan Allah SWT, iaitu dengan menjadi saksi kepada Allah, tunaikan tanggungjawab.

    b) Kamu jangan bias! Berat sebelah dalam berhukum. Hendaklah berlaku adil walaupun kepada orang kafir atau orang yang kamu tidak suka. 
    Jangan biarkan kebencian & dendam kamu terhadap sorang menjadikan kamu zalim & tidak adil dalam pengadilan.
  1. Wahai orang yang beriman! Dengan keimanan kamu kepada Allah tunaikanlah hak Allah iaitu dengan buat ibadat dengan ikhlas tanpa riya’, menunjukkan kepada manusia & hendak mencari mata dunia! 
    Inilah yang kita bimbangkan apakah ibadat kita ikhlas semata-mata kerana Allah atau masih lagi nak cari like, pujian, glamour atau pengikut!
  1. Kamu juga hendaklah menjadi saksi atau hakim dengan adil, tidak kira terhadap siapa saja, kawan atau lawan, musuh atau keluarga!
    Jangan sebab si tertuduh kroni & keluarga kamu, kamu tidak berlaku adil & memihak kepadanya walaupun dia jahat! 
    Inilah keadilan dalam Islam. Islam tidak ajar kita zalim & khianat terhadap sesama manusia!
  1. Juga jangan sebab kebencian & permusuhan yang pernah berlaku kita berlaku tidak adil!
    Berlaku adillah jika kamu nak jadi orang bertaqwa, hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa saja kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.!
  1. Kata Ulama’ tafsir : Makin kuat keinginan & kehendak hati kamu untuk berlaku adil, telus & jujur bererti semakin hampir & dekat hati kamu kepada taqwa Allah SWT! 
  1. Orang yang bertaqwa kena kekang nafsu & tidak mengikut nafsu tetapi ikut hukum Allah SWT penuh dengan keadilan & berlaku jujur dalam setiap keadaan.
  1. Allah tutup ayat menyuruh kamu bertaqwa kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam segala apa yang kamu lakukan: {خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ}- Tuhan tahu apa yang kamu lakukan. Buat baik Allah tahu, buat jahat Allah tahu & akan membalas semuanya!

    Ayat ini berkembar dengan ayat sebelum ini iaitu Allah tahu apa yang ada dalam hati kamu- yakni Allah tahu semua yang zahir atau batin maka jangan kamu berani melanggar perintah Allah SWT!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 7- {Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu}- sentiasa ingatlahakan segala nikmat Allah SWT.

    Dalam ayat ini Allah tekankan kepada orang beriman supaya sentiasa mengingati kepada nikmat Allah; ini kerana bila ingat nikmat-Nya kita akan bersyukurlah kepada Allah sebagai Pemberi Nikmat!
    Maka apabila kita syukur pada Pemberi Nikmat iaitu Allah; kita akan sentiasa ingat kepada Allah, kita tidak akan lalai serta akan taat, patuh dan tinggalkan larangan-Nya.

    TADABBUR: 
    Mengapa Allah kata ingatlah nikmat Allah { نِعْمَةَ ٱللَّهِ} disebut nikmat (singular) bukan nikmat-nikmat (plural)?
    Jawapan: 
    Ini kerana bukan Allah nak suruh kamu bilang nikmat itu nikmat ini satu persatu; tetapi yang hendak ditekankan adalah pemberi nikmat. 
    Kerana jika nak hitung- kamu tidak akan terhitung nikmat Allah, tiada siapa boleh hitung kecuali Allah SWT sendiri!
    Maka tidak perlu hitunglah cuma sentiasa ingat akan Allah Pemberi nikmat itu insya’ Allah kita akan selamat!
  1. Ayat 7- {serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)”-

    Kena ingat akan perjanjian kita dengan Allah, janji untuk taat, akur, tunduk dan syukur.
    Jika perjanjian itu hanya dengan mulut pasti semua manusia yang ada mulut akan menjawab ya kami akan dengar & taatnya!
    Jika dakwa taat dan patuh kita kepada Allah SWT & cintakan Nabi SAW wajib tunjukkan buktinya! 

    Kata ulama’ : Tidak cukup dengan mengaku dengan mulut saja, kita wajib tunjuk dengan anggota (buat amal ibadat), akur dengan hati & kita kena buat apa yang diperintahkan oleh Allah SWT & apa yang diajar oleh Rasulullah SAW; jangan dok reka sendiri. 
    Reka ibadat tidak sekali bukan seperti reka fesyen, makanan, minuman atau apa saja!
    Ingat bukan sekadar dakwa & mengaku, kena beramal dengan perintah Allah SWT, tinggalkan segala larangan-Nya. 
    Cintakan Allah dan Nabi SAW, ikut ajaran Quran, beramal ikut Sunnah, baru terbukti kecintaan kita.
  1. Ayat 7- {Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.}-

    Bertaqwalah kepada Allah kerana Allah tahu segala apa yang ada dalam hati kamu! 
    Ulama’ tadabbur kata : Amaran kepada orang yang tidak taqwa kepada Allah SWT. 
    Apa yang ada dalam hati kamu pun iaitu yang batin Allah tahu, niat kamu, apa yang ada dalam dada & kepala kamu segalanya, apatah lagi yang zahir yang jelas bertulis atas kertas.
    Maka jangan berani-berani buat apa yang tidak sepatutnya kepada Allah SWT!
  1. Ayat 8- {Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah}-

    Yakni wahai orang yang beriman hendaklan kamu menjadi saksi kerana Allah!
    Ayat ini mengajar kita wajib ikhlas kepada Allah SWT dalam menjadi saksi.
    Sebagaimana firman Allah SWT:
    {Dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.} (At-Talaaq 65:2)
    Jangan kerana nak jaga member, nak jaga keluarga & kroni kita gugurkan segala pertuduhan, menjatuhkan hukuman dengan zalim! 
    Wajib nyatakan kebenaran walaupun pahit.
    Kena berlaku adillah kerana ia akan mendekatkan kamu kepada taqwa!
    Kata ulama’ : Ingatlah berbeza antara persamaan & keadilan:
    i- Persamaan : Ini tidak banyak. 
    Dalam al-Quran perjuangan hak persamaan tidak akan sama, orang kafir & orang beriman tidak sama, lelaki & perempuan tidak akan sama, orang berilmu & orang jahil tidak sama begitulah seterusnya.
    Firman Allah SWT:
    {“Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”} (Az-Zumar 39:9) 

    ii- Adil & insaf : Banyak dalam al-Quran kerana Islam memperjuangkan keadilan untuk semua, perjuangan untuk persamaan tidak.
    Dalam Islam ada hak masing-masing jangan dok rempuh tak tentu hala.
    Firman Allah SWT:
    {Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?} (Al-Qalam 68:35)
  1. Ayat 8- {dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.}-

    Allah ajar kepada kita ada seorang mukmin bersifat telus kepada sesiapa. 
    Berlaku adil pada diri, keluarga dan masyarakat.
    Allah ajar kita agar orang mukmin bersikap telus dan menahan diri dari mengikut nafsu dengan berlaku adil kepada sesiapa saja:

    i- Jika orang itu tidak betul katakan tidak walaupun ia keluarga atau orang yang paling rapat dengan kamu! 
    Jangan memihak kepadanya demi kasih sayang.

    ii- Jika orang itu benar & tidak salah- katakan juga kebenarannya walaupun dia adalah musuh kamu atau orang yang kamu tidak suka!
    Ini kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa kepada Allah, dan kita nak jadi orang yang bertaqwa kepada Allah pada setiap peluang yang ada.
  • Alhamdulillah tamatlah siri ini secara ringkasnya dan kita sambung lagi dalam ayat-ayat yang akan datang insya’ Allah.
    Jangan lupa dapatkan Kitab untuk dibaca sempena bulan maulidur-Rasul ini di: Tahzib Sirah https://dartaibah.com/…/Cetakan-Baru-2024-Edisi…

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs