SIFAT GOLONGAN KAFIR TERHADAP AL-QURAN, KEPENTINGAN TADABBUR QURAN & KEBENARAN JANGAN TUNDUK KEPADA KEBATILAN.
Full video : https://youtu.be/RUDgWKZ9YFo
MUQADDIMAH :
1. Dalam siri lepas Allah s.w.t mengingatkan kepada kita tentang kedudukan orang kafir yang menyangka kemewahan dan pangkat yang dimiliki menandakan benar ajaran dan kepercayaannya.
2. Kemudian Allah s.w.t sebutkan pula beberapa ciri orang beriman yang bersegera untuk melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah s.w.t.
3. Kemudian disebut pula keadaan golongan kafir itu yang walaupun mereka bertemu sendiri dengan Rasulullah s.a.w mereka tetap tidak mendapat hidayah dan beriman.
4. Punca mereka tidak mendapat hidayah dan menolak dakwah Nabi s.a.w ini kerana hati mereka keras, bukan mereka tidak dengar al-Quran bahkan ketika mendengar al-Quran mereka bukan sahaja mmenolaknya tetapi membuat kacau dan tuduhan.
5. Dalam ayat seterusnya Allah s.w.t gambarkan lagi kisah dan sifat mereka.
AYAT 63- { (SEKALIPUN DEMIKIAN, ORANG-ORANG YANG INGKAR TIDAK JUGA BERFIKIR) BAHKAN HATI MEREKA TENGGELAM DI DALAM KEJAHILAN, LALAI DARIPADA (MEMAHAMI AJARAN AL-QURAN) INI; DAN MEREKA PULA MEMPUNYAI LAGI AMAL-AMAL (YANG JAHAT) SELAIN DARI ITU, YANG MEREKA TERUS-MENERUS MENGERJAKANNYA;} (AL-MU\’MINUUN 23:63)
1. Allah s.w.t gambarkan keadaan orang kafir walaupun telah mendengar dakwah Nabi s.a.w dengan mata kepala mereka sendiri, mereka tetap tidak berfikir.
2. Mereka tetap tidak beriman dengan al-Quran dan tidak mahu bertadabbur dengannya lalu lalai daripada memahaminya.
3. Selain dari menolak al-Quran, mereka juga mempunyai pelbagai amalan jahat yang tidak baik, yang mereka terus mengerjakannya.
4. Ada ulama\’ yang menafsirkan amalan jahat ini sebagai:
i- yang selain syirik seperti zina riba penindasan dan lain-lain.
ii- segala keburukan yang mereka lakukan untuk menentang kebenaran.
iii- amalan yang becanggah dengan orang yang bertaqwa dan orang soleh.
Yakni mereka telah mengumpulkan antara syirik dan perbuatan yang tidak baik.
AYAT 64- {HINGGA APABILA KAMI TIMPAKAN AZAB KEPADA ORANG-ORANG YANG MEWAH DI ANTARA MEREKA MAKA DENGAN SERTA-MERTA MEREKA MENJERIT-JERIT MEMINTA TOLONG.} (AL-MU\’MINUUN 23:64)
1. Lalu apabila Allah s.w.t timpakan azab kepada ketua mereka yang kaya dan mewah, mereka menjerit-jerit meminta tolong.
2. Azab Allah s.w.t tidak memilih darjat, meliputi semua yang kafir, miskin atau kaya.
3. Tetapi pastilah golongan yang mewah akan lebih terasa dan terkesan dengan azab yang memusnahkan segala kedudukan dan harta-benda mereka yang banyak itu.
AYAT 65- { (LALU DIKATAKAN KEPADA MEREKA): \”JANGANLAH KAMU MENJERIT-JERIT MEMINTA TOLONG PADA HARI INI, SESUNGGUHNYA KAMU TIDAK AKAN BEROLEH SEBARANG PERTOLONGAN DARI KAMI.} (AL-MU\’MINUUN 23:65)
1. Lalu apabila mereka menjerit-jerit dikatakan kepada mereka diamlah, tiada gunanya mereka meminta tolong pada hari itu, kerana pasti tidak beroleh sebarang pertolongan.
AYAT 66- {\”(KERANA) SESUNGGUHNYA AYAT-AYATKU TELAH BERKALI-KALI DIBACAKAN KEPADA KAMU, DALAM PADA ITU KAMU BERPALING UNDUR KE BELAKANG -} (AL-MU\’MINUUN 23:66)
1. Tiada pertolongan kepada mereka kerana: apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka, mereka terus:
i- Pertama: apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran kepada mereka, mereka terus berpaling, berpusing dan undur ke belakang kerana mengingkarinya.
AYAT 67- {\”DENGAN KEADAAN SOMBONG ANGKUH MENDUSTAKANNYA, SERTA MENCACINYA DALAM PERBUALAN KAMU PADA MALAM HARI\”.}(AL-MU\’MINUUN 23:67)
1. Sifat mereka yang kedua ialah: Sombong dan angkuh, membesarkan diri kerana mereka (kaum Quraisy) penjaga Ka\’bah, Baitul-Haram. Begitu juga Firaun,kaum Ad, Thamud dan lain-lain, semuanya sombong dan angkuh mendustakan.
2. Sifat yang ketiga: Berbual-bual (merancang) sehingga larut malam untuk mengutuk, mencaci dan memperkecilkan al-Quran di kelab mereka.
BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
1. Ketua/pembesar yang bersifat sombong dan angkuh adalah punca kerosakan atas dunia ini. Merekalah yang menyekat dakwah Rasulullah s.a.w dan para anbiya’ sebelumnya, juga dengan menghalang dan mengancam orang bawahan dari beriman.
2. Kebiasaannya orang jahat, yang buat konspirasi ini suka berkumpul di kelab malam atau mana-mana tempat yang tidak elok, pada lewat malam.
3. Rasulullah s.a.w tidak suka tidur lewat dan berbual-bula pada waktu malam. Biasanya selepas isya Baginda s.a.w terus tidur jika tiada urusan penting.
4. Perbuatan tidur lewat ini tidak disukai Baginda kerana:
i- bimbang akan bangun lewat untuk beribadat jika tidur lewat.
ii- solat isya berjemaah dan solat subuh berjemaah ini pakej. Pahalanya seperti qiyamullalil sepanjang malam jika dilakukan keduanya. Jadi jangan kita selanginya dengan sesuatu yang tidak memberi manfaat apatah lagi jika membawa kepada dosa.
iii- perbuatan ini akan membawa kepada paling rendah sia-sia dan lagha dengan perbualan kosong, lalu akan membawa kepada dosa jika mengumpat dan mencerca orang lain. Apatah lagi puak kafir paling tinggi dosa kerana merancang penentangan Islam.
iv- ulama\’ kata jika untuk belajar, berbincang hal ilmiah dan lain-lain, yang memberi faedah kepada agama dibolehkan.
5. Kata DAAM: Jika tidak dapat buat ibadat; jangan buat maksiat. Yakni jika tidak mampu untuk bangun beribadat dan tahajud, lebih baik tidur daripada berjaga membuat maksiat pada waktu malam!!
AYAT 68- {MAKA ADAKAH MEREKA MELAKUKAN YANG DEMIKIAN KERANA MEREKA TIDAK DAPAT MEMAHAMI KATA-KATA AJARAN (YANG DISAMPAIKAN KEPADA MEREKA)? ATAU KERANA TELAH DATANG KEPADA MEREKA SESUATU YANG TIDAK PERNAH DATANG KEPADA DATUK NENEK MEREKA YANG TELAH LALU?} (AL-MU\’MINUUN 23:68)
1. Empat sebab dan punca mereka menentang dakwah Rasulullah s.a.w ini ialah kerana:
i- mereka tidak tadabbur, tidak menghayati ajaran al-Quran. Ada kuffar yang mengkaji al-Quran tetapi tetap tidak mendapat hidayat.
Contoh indah- Dr Gary Miller yang mengkaji al-Quran untuk mencari kelemahannya, akhirnya mendapat hidayat dan telah bertukar menjadi muslim bernama Abdul Ahad.
ii- sebab kedua mereka mengatakan ajaran ini tidak pernah dibawa atau diberitahu oleh datuk mereka yang lalu. Inilah alasan lapuk yang paling banyak digunakan oleh semua kaum nabi-nabi yang terdahulu.
2. Punca semua kerosakan di atas dunia ini adalah kerana tidak tadabbur dan tidak memahami al-Quran sebagaimana banyak firman Allah s.w.t:
3. {Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.} (An-Nisaa\’ 4:82)
AYAT 69- {ATAU KERANA MEREKA TIDAK KENAL RASUL MEREKA, LALU MEREKA MENGINGKARINYA?} (AL-MU\’MINUUN 23:69)
1. Sebab ketiga; Adakah kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?
2. Bahkan tidak sekali-kali, bukan kerana tidak kenal tetapi kerana keras kepala dan tutup hati;
i- bagi penduduk Makkah mereka mengenali kaum keluarga nabi s.a.w dan mengenal Baginda sendiri sejak dari kecil dan muda yang terkenal dengan gelaran al-Amindll sifat dan akhlak yang mulia.
ii- manakala kaum yahudi dan Nasrani, juga lebih mengenali Nabi s.a.w melalui kitab-kitab mereka yang jelas.
AYAT 70- {ATAU KERANA MEREKA MENGATAKAN: \”DIA KENA PENYAKIT GILA?\” (SEBENARNYA BUKAN KERANA SESUATU PUN DARI YANG TERSEBUT ITU) BAHKAN KERANA RASUL MEREKA DATANG KEPADA MEREKA MEMBAWA AGAMA YANG TETAP BENAR, DAN TABIAT KEBANYAKAN MEREKA TIDAK SUKA KEPADA SEBARANG KEBENARAN.} (AL-MU\’MINUUN 23:70)
1. Sebab keempat kerana mereka sudah menetapkan fikiran bahawa Rasulullah s.a.w itu seorang yang tidak betul dan sesat, bahkan ditudh gila.
2. Lalu Allah s.w.t menjawab dan memberitahu punca sebenar mereka menolaknya:
i- kerana mereka tidak mahu menerima kebenaran dan
ii- kerana ajaran yang dibawa oleh Rasulullah itu bertentangan dengan hawa nafsu mereka.
AYAT 71- {DAN KALAULAH KEBENARAN ITU TUNDUK MENURUT HAWA NAFSU MEREKA, NESCAYA ROSAK BINASALAH LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADANYA. (BUKAN SAHAJA KAMI MEMBERIKAN AGAMA YANG TETAP BENAR) BAHKAN KAMI MEMBERI KEPADA MEREKA AL-QURAN YANG MENJADI SEBUTAN BAIK DAN MENDATANGKAN KEMULIAAN KEPADA MEREKA; MAKA AL-QURAN YANG DEMIKIAN KEADAANNYA, MEREKA TIDAK JUGA MAHU MENERIMANYA;} (AL-MU\’MINUUN 23:71)
1. Allah s.w.t menegaskan jika kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya.
2. Sudah dibawa kepada mereka al-Quran yang jelas dan nyata, tetapi mereka tetap lari, enggan tidak mahu menerima.
3. Ayat ini mengajar agar kita jangan tunduk kepada kehendak orang, tetapi tunduklah kepada kebenaran.
4. Perjuangan dan dakwah hendaklah ada prinsip dan asas kekuatan walaupun bercanggah dengan kehendak nafsu d n org ramai.
AYAT 72- {ATAU ADAKAH (MEREKA MENOLAK SERUANMU ITU KERANA) ENGKAU MEMINTA KEPADA MEREKA SUATU PEMBERIAN (SEBAGAI HASIL PENDAPATAN SERUANMU)? (INI PUN TIDAK!) KERANA ENGKAU PERCAYA PEMBERIAN TUHANMU LEBIH BAIK, DAN DIA LAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI.} (AL-MU\’MINUUN 23:72)
1. Allah s.w.t juga menegaskan bahawa penolakan dakwah ini juga bukan kerana Rasulullah s.a.w meminta upah atau bayaran daripada mereka yang didakwanya.
2. Ini kerana Rasulullah percaya pemberian Allah adalah lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS:
1. Para pendakwah kena yakin akan rezeki pemberian dari Allah s.w.t, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki. Jangan terikat kepada manusia,jika tidak usaha dakwah akan menjadi mandul dan tersekat.
2. Untuk mendapat hidayah dan petujuk kepada kebenaran hendaklah kita sentiasa tadabbur al-Quran dan bertafakkur tentangnya.
3. Beza antara ilmu dan harta:
i- Ilmu makin banyak makin tenang, manakala harta pula, makin banyak akan makin sibuk dan risaukan keselamatannya.
ii- Ilmu akan jaga kita, akan hukum halal-haram tetapi harta kita yang kena jaganya.
iii- Ilmu makin diberi dan disebarkan semakin bertambah, tetapi harta jika diberikan akan makin susut jumlahnya (atas dunia secara zahirnya).
Wallahu a’lam.