View Categories

Surah Al-Nahl : Ayat 70-72

\"\"

BEBERAPA NIKMAT DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.
Live Pagi Isnin 03 Rajab 1442H = 15/02/2021 Selepas Subuh Dr. Abu Anas Madani – Tafsir Surah An-Nahli (12) Ayat [70-72]; 4 Peringkat Umur Insan, Minta Berlindung Dari Nyanyuk, Perbezaan Rezeki Bani Adam, Nikmat Beroleh Anak dan Cucu.

https://fb.watch/3Ixp99Godb/

Kuliah lepas tentang nikmat makan dan minum untuk manusia:
1. Tentang keajaiban lebah- keluar madu yang menjadi penawar.
2. Tentang susu haiwan – yang menjadi minuman yang lazat dan berkhasiat.
3. Sebelum ini tentang nikmat binatang ternakan.
4. Juga tentang nikmat buah-buahan.
* Semua ini datang dari sumber nikmat AIR yang diturunkan dari langit.
5. Isu tadarruj- yakni peringkat demi peringkat- dalam hukum-hakam juga dalam berdakwah. Seperti pengharaman arak pada awal peringkat awal Islam.
6, Timbul perbincangan milik siapa lebah?
Dari sudut Feqah, 1. Lebah yang berada dalam tanah milik seseorang akan menjadi miliknya.
2, Di tanah yang tiada pemilik, maka sesiapa yang dulu mengambilnya menjadi pemilik madu itu.
MUQADDIMAH: Nikmat umur, peringkat umur, berbeza rezeki seseorang, ada yang luas, ada yang kurang, nikmat berkeluarga, adanya zuriat keturunan anak-cucu.

*Ayat 70: {Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya), dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.}
Peringkat kejadian manusia:
1. Dari tiada kepada ada. Sebelum dilahirkan, di alam Rahim, kemudian tercipta.
2. Maka setelah dilahirkan, ada yang panjang umur ada yang pendek umurnya.
3. Umur yang lanjut, yakni tua dan myanyuk. Tidak ingat dan sudah lupa ingatan. Tapi kena ingat kebiasaan manusia itu akan menjadi kebiasaanya juga apabila nyanyuk. Maka perelokkanlah amalan kita, ditakuti tabiat buruk akan menjadi amalan kita sebelum mati.
4. Berapakah umur nyanyuk? Macam-macam pendapat, ada yang katabermula dari 75 tahun, ada yang kata 90tahun. Tetapi yang sahihnya serta hakikatnya tiada had umur, bergantung atas kesihatan dan keadaan setiap individu itu.

Doa di akhir solat (selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam) semoga Allah s.w.t selamatkan kita dari penyakit nyanyuk ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ البُخْلِ، وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ،
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا، وَأعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada sifat bakhil, aku berlindung denganMu daripada menjadi pengecut, aku berlindung denganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), aku berlindung denganMu daripada fitnah dunia dan aku berlindung denganMu daripada azab kubur. [Al-Bukhari [2822] (6/35).]

*Ayat 71: { Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?}
Setelah terangkan nikmat-nikmat kepada manusia dari segi madu dan susu, Allah s.w.t terangkan pula tentang rezeki manusia:-
1. Bahawa manusia itu mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Samada dari sudut sumber rezeki juga kadar rezeki, tidak sama, ada yang lebih ada yang kurang.
3. Ada yang mendapat rezeki yang lebih daripada orang lain, tetapi masih bakhil dan kedekut, tidak mahu berkongsi rezeki yang lebih dengan orang-orang bawahannya yang miskin.
4. Allah s.w.t juga mengingatkan tentang kuasa mutlak dan keEsaan-Nya di atas dunia ini, supaya manusia sedar diri jgn buat syirik kepada Allah.
*Yakni kaum musyrikin ini harta mahu bolot sorang, tetapi kuasa ketuhanan mahu kongsikan dengan berhala-berhala dan pelbagai sembahan lain.
Ayat 72: { Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?}
Tentang nikmat pasangan dan zuriat manusia:
1. Pasangan dari jenis dan keturunan yang sama, manusia sama manusia, jin sama jin. Maka kata ulama\’ tidak boleh dan tidak mungkin manusia kahwin dengan jin
2. Kemudian dapat anak-cucu, keturunan zuriat. Allah s.w.t sebut cucu juga sebagai lambang kebahagian seorang manusia sebagai datuk dan nenek, bermain dengan cucu.
3. Allah s.w.t beri kepada kita benda yang baik lagi halal. Maka kita Kena pastikan rezeki yang halal dan suci untuk diberi kepada keluarga.
4. Allah s.w.t tutup ayat ini dengan mengingatkan manusia agar jangan ingkar, percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan kufur pula akan nikmat Allah.
Alhamdulillah.
#UAM Catatan Kuliah Subuh. Isnin, 15 Feb 2021.

Powered by BetterDocs