MENOLAK HUJJAH QURAISH TAKUT KENA HALAU DARI MAKKAH, SEBAB KEBINASAAN SESUATU KAUM & BAHAYANYA MELAKUKAN KEZALIMAN.
Full video : https://youtu.be/ZSOQnz-LMzA
MUQADDIMAH :
- Dalam siri yang lepas Allah s.w.t ceritakan tentang sifat ahlul-Kitab yang beriman mendapat dua pahala kerana sempat beriman dengan dua Kitab yang diturunkan Allah s.w.t. al-Quran dan kitab Taurat atau Injil sebelum ini.
- Allah s.w.t juga ceritakan tentang kuasa hidayah, Rasulullah dan semua manusia itu tidak mampu untuk memberi hidayah kepada orang yang dia sayangi, hanya Allah s.w.t yang berkuasa memberikah hidayah taufiq.
- Hidayah Irsyad- tugas menyampaikan, membimbing dan mendidik ummah adalah tugas para rasul, nabi, pendakwah dan ustaz semua sehingga bila-bila pun.
- Usaha kita hendaklah sentiasa berusaha berdoa dan angkatkan permohonan kepada Allah s.w.t semoga kita dan semua orang yang kita sayangi dikurniakan hidayah taufiq dari Allah s.w.t.
- Dalam ayat seterusnya ini, Allah s.w.t sekali lagi menolak dan membatalkan hujjah rapuh dan alasan karut kaum musyrikin.
AYAT 57- {DAN MEREKA (YANG KAFIR) BERKATA: \”KALAU KAMI MENYERTAIMU MENURUT PETUNJUK YANG ENGKAU BAWA ITU, NESCAYA KAMI DENGAN SERTA MERTA DITANGKAP DAN DIUSIR DARI NEGERI KAMI (OLEH GOLONGAN YANG MENENTANG)\”. MENGAPA MEREKA (BERKATA DEMIKIAN)? BUKANKAH KAMI TELAH MELINDUNGI MEREKA DAN MENJADIKAN (NEGERI MAKKAH) TEMPAT TINGGAL MEREKA SEBAGAI TANAH SUCI YANG AMAN, YANG DIBAWA KEPADANYA HASIL TANAMAN DARI SEGALA JENIS, SEBAGAI REZEKI PEMBERIAN DARI SISI KAMI? (BENAR, KAMI TELAH MENJADIKAN SEMUANYA ITU), TETAPI KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MEMIKIRKAN PERKARA ITU UNTUK MENGETAHUINYA (SERTA BERSYUKUR). (AL-QASAS 28:57)
- Kaum musyrikin Quraisy sekali lagi memberi hujjah syubhat yang tidak mantap mereka, memberi alasan kenapa mereka tidak mahu beriman.
- Dalam ayat yang lepas, Allah s.w.t telah menolak dan membatalkan juga hujjah mereka yang membawa keraguan dan syubhat tentang al-Quran.
- Sekali ini mereka berkata jika mereka mengikut Rasulullah s.a.w dengan mengikut petunjuk الْهُدَى (Islam) mereka akan dihalau keluar dari bumi ini! Yakni akan ditolak dan diboikot oleh musuh-musuh yang menolak Islam.
- Inilah yang dikatakan takut kepada bayang-bayang sedangkan di Makkah mereka adalah kaum yang paling berkuasa dan yang menguasainya, siapakah yang akan berani menghalau dan memboikot mereka? Inilah kecelaruan fikiran dan hujjah rekaan.
- Lalu Allah s.w.t jawab ia adalah hujjah yang bohong dan tidak logik, ini kerana Allah s.w.t telah jadikan Makkah sebagai satu negeri yang aman, tiada musuh yang akan menyerang atau menguasainya selain daripada mereka kaum Quraisy. Yakni semasa mereka kafir pun Makkah sudah aman dan dalam lindungan Allah s.w.t, maka jika selepas mereka Islam pastilah akan lebih terjamin dan aman.
Inilah hikmah besar tentera Abrahah datang cuba menyerang Makkah sebelum Rasulullah s.a.w dibangkitkan. Untuk menunjukkan bahawa Allah s.w.t yang menjaga Makkah dan menghancurkan mereka. - Negeri Makkah juga mendapat nikmat dengan dibawa kepadanya {يُجْبَى إِلَيْهِ } pelbagai rezeki dari jenis buah-buahan dan makanan semuanya sebagai rezeki pemberian dari sisi Allah s.w.t.
- Tetapi walaupun begitu sekali nikmat Allah s.w.t kepada mereka dalam bab makanan dan rezeki juga, mereka tetap tidak berfikir untuk melihat kenyataan ini. Lalu terus kufur dan tidak bersyukur.
- Firman Allah s.w.t: {Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.} [Quraisy: 3-4]
AYAT 58- {DAN BERAPA BANYAK KAMI BINASAKAN NEGERI-NEGERI YANG PENDUDUKNYA TELAH BERLAKU SOMBONG DAN TIDAK BERSYUKUR DALAM KEHIDUPANNYA (YANG SERBA MEWAH DAN SENANG LENANG). MAKA ITULAH DIA TEMPAT-TEMPAT TINGGAL MEREKA TERBIAR TIDAK DIDIAMI ORANG SESUDAH MEREKA (DIBINASAKAN), KECUALI SEDIKIT SAHAJA DAN SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MEWARISI MEREKA. (AL-QASAS 28:58)
- Allah s.w.t juga ingatkan kaum Quraisy dengan kebinasaan ummat-ummat terdahulu. Allah s.w.t gambarkan betapa mereka dulu gagah perkasa, hidup dalam kemewahan dan kesenangan, tetapi dengan sebab kufur, angkuh dan tidak beriman, mereka dibinasakan.
- Maka itulah punca kebinasaaan yang sebenar. Bukannya binasa dan hilang nikmat dengan sebab beriman sebagaimana yang mereka buat alasan itu, bahkan binasa kerana mereka mendustakan Allah dan rasul-Nya.
- Kamu (kaum Quraisy) dapat melihat bagaimana kesan-kesan tempat tinggal mereka itu terbiar dan kosong dalam perjalanan mereka sebagaimana Allah s.w.t sebutkan dalam surah Quraisy kesan kebinasaan kaum \’Ad dan Thamud yang gagah perkasa.
- Kufur tidak dapat menghilangkan ketakutan dan tidak dapat menghalang bala, bahkan ia adalah punca kebinasaan yang sebenar, semua umat-umat yang terdahulu juga.
AYAT 59- {DAN TIDAKLAH MENJADI KEBIASAAN TUHANMU MEMBINASAKAN MANA-MANA NEGERI SEBELUM IA MENGUTUS KE IBU NEGERI ITU SEORANG RASUL YANG AKAN MEMBACAKAN KEPADA PENDUDUKNYA AYAT-AYAT KETERANGAN KAMI; DAN TIDAKLAH MENJADI KEBIASAAN KAMI MEMBINASAKAN MANA-MANA NEGERI MELAINKAN SETELAH PENDUDUKNYA BERLAKU ZALIM. (AL-QASAS 28:59)
- Allah s.w.t tekankan sekali lagi, Dia tidak akan membinasakan mana-mana kaum kecuali setelah dihantar kepada mereka seorang rasul untuk memberi ajaran, dakwah bimbingan, peringatan dan tunjuk-ajar.
- Allah s.w.t juga gambarkan bahawa seorang rasul itu biasanya dihantar ke bandar-bandar besar (ibu negara) kemudian turun ke kampung-kampung dan segenap pelusuk. Sebagaimana Rasulullah s.a.w di hantar ke Makkah yang menjadi ibu negara أم القرى pada zamannya.
- Makkah dipanggil Ummul-Qura juga kerana dia adalah bumi yang mula-mula dicipta oleh Allah s.w.t serta dapat dihadap dari seluruh pelusuk dunia. Boleh rujuk buku: http://www.dartaibah.com/…
- Ayat ini untuk memberi amaran dan peringatan sekali lagi kepada kaum Quraisy, bahawa Allah s.w.t tidak akan membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
- Kata ulama\’; zalim yang paling besar dalam hidup manusia ialah syirik kepada Allah s.w.t.
- Firman Allah s.w.t lagi: {Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai.} [Al-An\’aam 6:131].
- Kita kena takut dan gerun apabila berada di tempat-tempat maksiat dan mungkar, bukan turut berlibur dan bergembira di situ.
Kata penyair: \”Luka tidak akan menyakitkan orang mati\”. Maka begitu juga hati yang mati tidak terasa apa-apa lagi dengan maksiat. Bimbang takut Allah s.w.t turunkan azab sedangkan kita berada bersama mereka di situ.
Contoh: Ketika kita naik kapal-terbang yang ada jualan atau jamuan arak, Allahu al-Musta\’an, betapa gerun dan ngerinya jika maksiat itu mengundang bala Allah s.w.t ketika kita berada di atasnya. Sedangkan ia bukan mendatangkan keuntunganpun.
Pemerintah juga kena buka mata dan bertindak jangan sampai dengan sebab maksiat Allah s.w.t turunkan bala ke atas negara kita, sudah banyak contoh yang berlaku!!
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 57- {Dan mereka (yang kafir) berkata: \”Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu,} – hujjah orang kafir yang kata agama akan menyekat mereka adalah batil. Yakni jika mereka beriman, takut akan memberi kesan kepada ekonomi dan keamanan, sedangkan Allah s.w.t yang memberi rezeki dan menjaga keamanan ketika mereka kafir lagi.
- Ayat 57- {Sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami}- semua rezeki itu dari Allah s.w.t dan di bawah kuasa-Nya, kita hanya pengusahanya sahaja. Kita manusia buat tetapi yang menentukan hasilnya apa dan bagaimana adalah Allah s.w.t! Jadi kita kena berusahalah untuk mendapatkan sesuatu hasil.
- Ayat 59- {sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul} – maksud أم الْقُرَى di sini ialah ibu negeri iaitu Makkah yang mempunyia banyak pula bandar-bandar dan negeri-negeri lain di sekelilingnya. Jika Makkah itu binasa maka tiadalah lagi pusat atau kiblah kehidupan manusia, sekarang ini Makkah sebagai kiblat solat muslim tidak dipertikaikan, cuma kiblat dari kehidupan itu belum sempurna lagi.
- Ayat 59- {dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.} Zalim di sini maksudnya:
i- zalim pada diri sendiri dengan melakukan maksiat dan syirik.
ii- zalim sesama manusia. - Untuk menyelamatkan diri sendiri jangan kita menunjuk atau mengata kepada orang lain. Jika satu jari tunjuk kepada orang, 4 lagi tunjuk kepada diri kita sendiri. Bila ada berlaku kemungkaran, kepincangan atau keburukan janganlah masing-masing saling menyalahkan orang lain, kita hendaklah sama-sama bekerjasama berganding bahu. Ini kerana yang bersalah adalah semua kita umat Islam, yang bila tengok maksiat tidak berusaha untuk menghilangkannya. Sedangkan bila netizen bersatu untuk troll, Israel pun boleh koyak.
Jadi kenapa kita tidak gunakan kuasa ini untuk membantah maksiat dan kemungkaran yang berlaku di depan mata? Tugas kita sebagai orang beriman untuk menghentikan semua perkara yang tidak diizinkan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini supaya kita selamat dari kemurkaan-Nya!
Wallahu a\’lam.