ALLAH S.W.T JANJI NABI S.A.W AKAN KEMBALI MENGAMBIL MAKKAH, 5 TANGGUNGJAWAB NABI S.A.W & 3 SIFAT ULUHIYYAH ALLAH S.W.T.
Full video : https://youtu.be/vtXx6nuD7ik
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah hari ini kita telah tiba siri terakhir untuk surah al-Qasas ini, dari ayat 85 sehingga ayat 88.
- Setelah Allah s.w.t menceritakan tentang kisah nabi Musa a.s yang ditentang oleh Firaun, Haman dan Qarun serta akibat orang-orang yang zalim itu.
- Lalu Allah s.w.t sudahi kisah dalam surah ini tentang penentangan Quraisy terhadap Rasulullah s.a.w pula.
- Penentangan mereka sudah sampai ke kemuncaknya apabila mereka membuat keputusan muktamad selepas bermesyuarat di Dar an-Nadwah, bahawa Muhammad mesti ditangkap, dipenjara atau dibunuh!
- Maka Allah s.w.t pun memerintahkan agar Rasulullah s.a.w keluar dulu berhijrah meninggalkan Makkah buat sementara.
- Dalam keaadan genting dan sedih hati ketika keluar berhijrah menuju ke Taibah bersama sahabatnya yang mulia, Abu Bakar as-Siddiq, Allah s.w.t menurunkan ayat ini untuk menenangkan hari Rasulullah s.a.w. bahawa kemenangan akan berpihak kepada orang beriman dan Baginda akan kembali ke Makkah dengan kemenangan insya\’ Allah!
- Boleh baca kisah sejarah Rasulullah s.a.w dalam buku Makkah Kelebihan dan sejarah,
http://www.dartaibah.com/…
AYAT 85- {SESUNGGUHNYA ALLAH YANG MEWAJIBKAN KEPADAMU (BERAMAL DAN MENYAMPAIKAN) AL-QURAN (WAHAI MUHAMMAD) SUDAH TENTU AKAN MENYAMPAIKAN ENGKAU LAGI KEPADA APA YANG ENGKAU INGINI DAN CINTAI. KATAKANLAH (KEPADA KAUM YANG MENENTANGMU): \”TUHANKU AMAT MENGETAHUI AKAN SESIAPA YANG MEMBAWA HIDAYAH PETUNJUK DAN SESIAPA PULA YANG BERADA DALAM KESESATAN YANG NYATA \”. (AL-QASAS 28:85)
- Allah s.w.t. yang telah menurunkan al-Quran kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad s.a.w., lalu Dia berfirman memerintahkan Baginda untuk menyampaikan al-Quran kepada ummatnya dan dengan sebab itulah Baginda dihalau keluar dari Makkah.
- Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat ini menceritakan kepada Baginda s.a.w, bahawa Allah yang menurunkan al-Quran kepadanya, akan menghantarnya kembali balik ke Makkah. لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ
- Ulama\’ ada beberapa pendapat tentang maksud ayat ini:لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ
i- kembali ke Makkah
ii- bangkit semula di akhirat.
iii- mendapat maqam terpuji
iv- masuk ke syurga.
*Kita gabung semuanya, kerana ada yang telah terjadi dan akan terjadi semuanya insya\’ Allah. - Janji Allah s.w.t ini benar, pada bulan Ramadhan tahun ke 8H Rasulullah dan para mukmin telah dapat kembali dan membuka Kota Makkah tanpa pertempuran yang besar. Alhamdulillah Makkah telah menjadi kota Islam.
- Allah s.w.t juga memerintahkan Rasulullah agar berkata kepada kaumnya yang gembira menyangka bahawa mereka telah menang dengan pemergian Baginda bahawa: Sesungguhnya Allah s.w.t itu amat mengetahui siapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata!
AYAT 86- {DAN ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) TIDAK PERNAH BERHARAP SUPAYA KITAB AL-QURAN INI DITURUNKAN KEPADAMU, (TETAPI IA DITURUNKAN KEPADAMU) HANYALAH SEBAGAI RAHMAT DARI TUHANMU, OLEH ITU JANGANLAH ENGKAU MENJADI PENYOKONG BAGI ORANG-ORANG KAFIR. (AL-QASAS 28:86)
- Rasulullah s.a.w sentiasa memikirkan bagaimana Baginda akan kembali semula ke Makkah yang dikuasai oleh para musyrikin yang zalim itu.
- Maka Allah s.w.t bawa ayat ini, jangan pelik dan runsing, banyak perkara yang kamu tak sangka telah terjadi, seperti al-Quran yang diturunkan sebagai rahmat dari Allah s.w.t ke atas kamu.
- Allah s.w.t memberi arahan lagi kepada Rasulullah s.a.w agar:
i- Jangan menjadi penyokong kepada puak kafir. Iaitu kafir yang menentang dan jahat kepada Islam.
AYAT 87- {DAN JANGANLAH MEREKA (YANG INGKAR) DAPAT MENGHALANGMU (DARIPADA MENYAMPAIKAN DAN BERAMAL DENGAN) AYAT-AYAT ALLAH SESUDAH IA DITURUNKAN KEPADAMU; DAN SERULAH MANUSIA KEPADA (AGAMA) TUHANMU; DAN JANGANLAH ENGKAU MENJADI DARI GOLONGAN YANG MENYERTAI ORANG-ORANG MUSYRIK. (AL-QASAS 28:87)
- Allah s.w.t memberi arahan lagi kepada Rasulullah s.a.w -ini yang kedua- agar:
ii- jangan biarkan mereka menjadi penghalang kepada dakwah, jangan tunduk kepada tekanan mereka, teruskan berdakwah.
iii- serulah, dakwahlah, ajak manusia kepada Tuhanmu.
iv- janganlah menjadi dari golongan musyrikin.
Meskipun ayat ini difirmankan kepada Rasulullah s.a.w tetapi ia ditujukan kepada umatnya seluruhnya, pesanan kepada kita agar jangan menjadi atau menyokong golongan yang musyrik!
Bak kata pepatah kita: Pukul anak sindir menantu.
AYAT 88- {DAN JANGANLAH ENGKAU MENYEMBAH TUHAN YANG LAIN BERSAMA-SAMA ALLAH. TIADA TUHAN MELAINKAN DIA. TIAP-TIAP SESUATU AKAN BINASA MELAINKAN ZAT ALLAH. BAGI-NYALAH KUASA MEMUTUSKAN SEGALA HUKUM, DAN KEPADA-NYALAH KAMU SEMUA DIKEMBALIKAN (UNTUK DIHITUNG AMAL MASING-MASING DAN MENERIMA BALASAN). (AL-QASAS 28:88)
- Dan pesanan yang kelima ialah:
v- jangan syirik iaitu menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. - Sifat pertama: Allah s.w.t juga perkenalkan sifat uluhiyyah- sifat ketuhanan-Nya:
i- Yang Esa, Yang Tunggal.
ii- Yang Berkuasa.
iii- Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan-Nya. - Semua makhluk atas dunia ini akan binasa kecuali Zat Allah s.w.t. sebagai firman-Nya:
{ Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.} [Ar-Rahman: 26-27]. - Sabda Rasulullah: Kalimat paling benar yang diucapkan oleh Labid seorang penyair itu ialah:
أَصْدَقُ كَلِمَةٍ قالَها الشَّاعِرُ كَلِمَةُ لَبِيدٍ: أَلا كُلُّ شيءٍ ما خَلا اللَّهَ باطِلُ
\”Ingat, semua perkara yang dilakukan bukan kerana Allah adalah batil..\” [HR: Bukhari] - Syarat amalan itu diterima ialah:
i- ikhlas kepada Allah s.w.t .
ii- ikut sunnah Nabi s.a.w. - Hadis Qudsi- semua amalan habis- pergi minta dengan orang yang kamu sembah, syirikkan Allah s.w.t itu.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman bermaksud: \”Aku bebas daripada segala sekutu yang ada pada amalan yang dilakukan di mana dia mensyirikkan-Ku dengan yang lain. Maka aku akan tinggalkannya dan sekutunya itu.\” (Riwayat Muslim). - Sifat kedua: Hak Allah s.w.t yang paling besar juga ialah bagi-Nyalah kuasa memutuskan segala hukum. Halal-haram jangan berani rempuh dan tafsir sendiri.
- Sifat ketiga: Kepada-Nyalah kita semua dikembalikan untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 85- {sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.} لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ – ayat ini menjadi benarnya Nubuwwah (kenabian) Rasulullah s.a.w. Janji Allah ini adalah satu mukjizat untuk Baginda.
- Ayat 85- {\”Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata\”.} Ilmu yang mutlak itu milik Allah s.w.t. Sesiapa saja boleh mengaku bahawa dia mendapat petunjuk, tetapi kita kena ingat petunjuk itu berdasarkan kepada al-Quran dan hadis.
- Ayat 85- {dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata\”.} Neraca timbangan untuk mengetahui siapa yang salah dan sesat ini ialah berdasarkan al-Quran dan hadis.
- Ayat 86- {Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah berharap supaya Kitab Al-Quran ini diturunkan kepadamu}- Jika al-Quran itu diajar oleh orang lain kepada Rasulullah s.a.w, maka pasti dia tidak akan mencari petunjuk lain. Allah sudah katakan Baginda tidak berharapun mendapat al-Quran dan risalah ini, apatah lagi untuk mencari maklumat dan ajaran dari kitab lain pula.
- Ayat 86- {(tetapi ia diturunkan kepadamu) hanyalah sebagai rahmat dari Tuhanmu } – al-Quran ini adalah rahmat dari Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya melalui Nabi s.a.w, sesiapa yang mahu rahmat, maka baca dan amalkanlah al-Quran.
- Ayat 86- {dari Tuhanmu}- al-Quran itu datang dari Allah, TUHANMU! Ini mengisbatkan bahawa Tuhan itu adalah Tuhan Rasulullah s.a.w maka Allah adalah tuhan kita semua juga! Ini adalah Tauhid Rububiyyah.
- Ayat 87- {janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik.} َلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ – Haram memberi sokongan kepada orang kafir yang menentang Islam. Bahkan jangan sekali-kali- ta\’kid dalam perkataan dalam ayat ini.
- Ayat 87- {Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat menghalangmu (daripada menyampaikan dan beramal dengan) ayat-ayat Allah – jangan biarkan dakwah kita disekat oleh orang kafir. Teruskan berdakwa serta beramal dengannya, ini kerana al-Quran itu fungsinya dibaca, diamalkan dan disebarkan. Jangan mudah lemah dan putus-asa dengan tentangan dan halangan orang kafir.
- Ayat 87- {janganlah engkau menjadi dari golongan yang menyertai orang-orang musyrik.} – ayat ini Allah s.w.t pesan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pesanan dan peringatan untuk umatnya! Nabi s.a.w itu ma\’sum tetapi Baginda s.a.w tetap beristighfar dan beribadat sesungguh hatinya sebagai mendidik dan mengajar Allah s.w.t.
- Semua amalan hendaklah ikhlas kepada Allah s.w.t dan juga memenuhi ajaran Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah tamat sudah pengajian kita dalam surah ini- DOA agar istiqomah dan diberi kefahaman yang baik & bencikan kemungkaran, rajin beramal.
Wallahu a\’lam.