View Categories

Surah Ali-‘Imran : Ayat 110-112

CIRI UMAT TERBAIK, AHLI KITAB SENTIASA MENYAKITI KAMU & MEREKA DALAM KEHINAAN DAN DIMURKAI OLEH ALLAH.

Full video : https://youtu.be/BDUtyHEktRg?si=lF2qIWPR0Z1PZQDw

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 110 sehingga 112, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang keempat. 
  1. Dalam siri ini Allah SWT nyatakan ciri-ciri umat yang terbaik, yang teristimewa dalam kalangan manusia apabila mereka menjalankan tiga tugas yang besar! 
  1. Allah juga menyatakan tentang ahli kitab yang sentiasa menyakiti kamu. 
    Tetapi mereka tak berani nak khianat dengan tangan, mereka akan guna lidah & perkataan seperti buat fitnah, adu domba dan tohmahan. 
  1. Kerana karenah kejahatan mereka, mereka berada dalam kehinaan di dunia & Akhirat dan dimurkai oleh Allah.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT perintahkan agar ada di kalangan kamu orang yang menyeru ke arah kebaikan, tugas amar ma’ruf & nahi munkar.
    Maka ada orang yang menerima tugas ini, dan ada yang cuai, abai tidak menjalankannya.  

    ii- Maka dalam ayat ini pula Allah nyatakan bahawa umat Nabi Muhammad SAW menjalankan tugas ini dengan sempurna maka mereka berhak menerima anugerah yang besar iaitu menjadi umat yang terbaik, semulia-mulia umat yang pernah ada di kalangan manusia!
    Mereka memberi manfaat kepada orang lain serta mendapat nikmat Islam & iman.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 110- {KAMU (WAHAI UMAT MUHAMMAD) ADALAH SEBAIK-BAIK UMAT YANG DILAHIRKAN BAGI (FAEDAH) UMAT MANUSIA, (KERANA) KAMU MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (BURUK DAN KEJI), SERTA KAMU PULA BERIMAN KEPADA ALLAH (DENGAN SEBENAR-BENAR IMAN). DAN KALAULAH AHLI KITAB (YAHUDI DAN NASRANI) ITU BERIMAN (SEBAGAIMANA YANG SEMESTINYA), TENTULAH (IMAN) ITU MENJADI BAIK BAGI MEREKA. (TETAPI) DI ANTARA MEREKA ADA YANG BERIMAN DAN KEBANYAKAN MEREKA: ORANG-ORANG YANG FASIK.} (ALI-‘IMRAN 3:110)

  1. Allah nyatakan tiga sebab yang membolehkan kita menjadi umat yang terbaik ini:
    i- Kerana menjalankan tugas menyuruh manusia berbuat baik! 
    Iaitu amar ma’ruf (تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ).

    ii- Melarang sesama manusia dari segala perbuatan yang mungkar, buruk & keji! 
    Iaitu melarang daripada melakukan segala perkara yang dilarang oleh Allah & Rasul-Nya! Iaitu nahi munkar (وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ).

    iii- Mereka beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman! (وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ)
  1. Demikianlah keistimewaan yang Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang mulia selagi mereka mememenuhi tiga syarat ini dan menjalankan tugas itu.
  1. Mereka beriman kepada Allah SWT dengan mengakui Ketuhanan (توحيد الإلهية) & Ketuanan-Nya (وتوحيد الربوبية) serta beriman dengan nama-nama & sifat-Nya yang indah (وتوحيد الأسماء والصفات)!
  1. Dua perkara anugerah besar Allah kepada manusia:
    i- Allah ciptakan manusia ini dengan sebaik kejadian yang sempurna & indah. 

    ii- Dan diberikan mereka manfaat yang besar dengan sempurnakan jiwa dan keimanan serta melaksanakan hak-hak kepada Allah SWT.
  1. Hadis- Rasulullah SAW :
    i- Rasulullah ﷺ pernah bersabda: “Kamu adalah umat yang ketujuh puluh, kalianlah yang paling baik dan paling mulia menurut Allah ﷻ.” [HR Imam At-Tirmizi; hasan.].

    ii- Tafsir oleh Abu Hurairah RA tentang ayat ini: {Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia.} (Ali Imran: 110) Abu Hurairah RA mengatakan, makna yang dimaksudkan adalah: “Sebaik-baik manusia untuk umat manusia lain; ialah yang datang membawa mereka dalam keadaan terbelenggu pada lehernya dengan rantai (perangi & tawan mereka), sehinggalah mereka masuk Islam.” [Athar riwayat Bukhari].

    Yakni walaupun mereka pada asalnya masuk Islam kerana terpaksa; tetapi akhirnya mereka menerima Islam sehingga menjadi orang yang beruntung dunia & Akhirat.
  1. Allah katakan di akhir ayat: Sekiranya mereka ahli kitab yahudi & nasrani itu beriman sebagaimana yang sepatutnya; pastilah ia akan membawa kebaikan kepada mereka & mereka akan menjadi baik. 
  1. Ada beberapa orang ahli kitab yang beriman dan menjadi sahabat yang hebat Salman al-Farisi & Abdullah bin Salam RA asalnya pendeta yahudi, tetapi kebanyakan mereka yang lain tidak tidak beriman, orang fasiq & menetang Rasulullah SAW sepenuh hati & tenaga mereka!
  1. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat sebelum ini Allah SWT telah puji umat ini dengan sifat-sifat yang melayakkan mereka untuk menerima kebaikan itu beriman, amar ma’ruf & nahi munkar.

    ii- Maka dalam ayat ini Allah SWT mula mencela mereka sebagaimana Allah telah cela mereka dalam firman sebelum-nya:
    {Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.} (Al-Maaidah 5:79)
    Mereka tidak larang perkara munkar bahkan ikut sama buatnya.
  1. Yakni Allah tempelak ahli Kitab yang ada kitab di tangan mereka kitab tetapi tetap langgar & tak mahu ikut! 
    Begitu juga orang Islam kita hari ini yang ada Al-Quran di tangan mereka, halal haram sudah jelas; tetapi langgar juga hukumnya.
    Kita yang ada ilmu Al-Quran jangan ikut perangai orang jahil yang tidak ada ilmu Al-Quran!

AYAT 111- {MEREKA (KAUM YAHUDI DAN NASRANI) TIDAK SEKALI-KALI AKAN MEMBAHAYAKAN KAMU, KECUALI MENYAKITI (PERASAAN KAMU DENGAN EJEKAN DAN TUDUHAN YANG TIDAK BERASAS). DAN JIKA MEREKA MEMERANGI KAMU, MEREKA AKAN BERPALING LARI MEMBELAKANGKAN KAMU (KALAH DENGAN SEHINA-HINANYA); SESUDAH ITU MEREKA TIDAK AKAN MENCAPAI KEMENANGAN.} (ALI-‘IMRAN 3:111)

  1. Allah berikan jaminan bahawa mereka kaum yahudi & nasrani tidak akan dapat memberi mudharat kepada orang Islam kecuali melalui kisan iaitu dengan cara menyakiti perasaan dengan ejekan dan tuduhan jahat yang tidak berasas.
  1. Munasabah ayat dengan ayat sebelumnya:
    i- Ayat ini sambungan kepada ayat bahawa kebanyakan mereka fasiq (jahat). 
    Maka kita fikirkan bahawa mereka akan khianat & buat macam-macam kejahatan kepada kita umat Islam.

    ii- Maka dalam ayat ini Allah buang kebimbangnan itu; Allah jamin bahawa mereka tidak akan dapat menyakiti orang Islam kecuali sedikit sahaja iaitu dengan lidah, slogan, di’ayah, fitnah tuduhan & kata-kata buruk serta kufur mereka! 
  1. Sekirannya berlaku peperangan antara mereka & orang Islam; mereka membuat pelbagai perancangan tetapi akhirnya mereka sendiri akan lari berpaling kekalahan kerana pengecutnya mereka.
    Kita lihat di Palestin hari ini- jika ikut logik akal- dengan kekuatan, kecanggihan & kelengkapan senjata yang dimiliki yahudi zionis; sudah lama Palestin akan ke jatuh ke tangan mereka- tetapi umat Islam di Palestin masih bertahan sehingga ke hari ini!
  1. Pada zaman Rasulullah SAW, kaum yahudi di Madinah & Khaibar mengkhiati orang Islam dan menyokong musuh Islam tetapi akhirnya mereka sendiri yang kalah dan diusir keluar dari Madinah oleh Rasulullah SAW & umat Islam dengan penuh kehinaan!
    Yahudi antara bangsa yang tidak ada negara sejak dari dulu lagi!
  1. Hadis- Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi hinggalah kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin dapat membunuh mereka hinggakan orang Yahudi akan bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu atau pohon itu berkata: ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia,’ kecuali pohon gharqad (sejenis pokok renek) kerana ia adalah pohon Yahudi.'” [HR Muslim].

AYAT 112- {MEREKA DITIMPAKAN KEHINAAN (DARI SEGALA JURUSAN) DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA, KECUALI DENGAN ADANYA SEBAB DARI ALLAH DAN ADANYA SEBAB DARI MANUSIA. DAN SUDAH SEPATUTNYA MEREKA BEROLEH KEMURKAAN DARI ALLAH, DAN MEREKA DITIMPAKAN KEMISKINAN (DARI SEGALA JURUSAN). YANG DEMIKIAN ITU, DISEBABKAN MEREKA SENTIASA KUFUR INGKAR AKAN AYAT-AYAT ALLAH (PERINTAH-PERINTAHNYA), DAN MEREKA MEMBUNUH NABI-NABI DENGAN TIADA ALASAN YANG BENAR. SEMUANYA ITU DISEBABKAN MEREKA DERHAKA DAN MEREKA SENTIASA MENCEROBOHI (HUKUM-HUKUM ALLAH).} (ALI-‘IMRAN 3:112)

  1. Kaum yahudi ini akan dihina di mana saja mereka berada dari pelbagai sudut! 
    Kecuali dengan ada sebab dari Allah & sebab dari sesama manusia : Iaitu mereka bersifat aman sebagai kafir zimmi yang menerima perlindungan daripada pemerintah Islam & akur kepada perundangan Islam. Maka Allah akan beri keamanan.
  1. Munasabah ayat dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat lepas Allah memberi jaminan bahawa ahli kitab yang jahat ini tidak akan dapat memberi mudharat kepada orang Islam walaupun mereka mencubanya.

    ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa mereka yahudi akan tetap dihina atas dunia ini pada setiap zaman & tempat. 
    Allah tetap tetapkan bahawa bangsa yahudi adalah bangsa yang tidak akan terlepas daripada kehinaan!
  1. Mereka tidak akan aman kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia {إِلَّا بِحَبْلٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبْلٍۢ مِّنَ ٱلنَّاسِ} iaitu maksudnya:
    i- Dengan kehendak Allah yang beri mereka keamanan. (بِحَبْلٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ)

    ii- Iaitu jika mereka mahu tunduk kepada pemerintahan Islam dan tertakluk kepada perundangan dalam negara Islam itu! Maka ini dengan sebab dari manusia (وَحَبْلٍۢ مِّنَ ٱلنَّاسِ)
    Seperti yahudi di Madinah,mereka duduk di bawah pemerintahan Rasulullah SAW dengan aman tetapi mereka pula yang khianat!

    Boleh baca kisah lanjut tentang sejarah yahudi ini dalam buku Madinah Munawwarah:
    https://dartaibah.com/…/Madinah-Munawwarah-Kelebihan…
  1. Kerana perbuatan mereka yang jahat amat itu serta kerana sentiasa kufur; maka mereka akan mendapat kemurkaan dari Allah! 
    Mereka bukan setakat hina, tetapi papa kedana, menumpang negara orang kemudian mahu merampasnya mengaku hak mereka.
  1. Allah nyatakan sebab kehinaan & kepapaan mereka in ialah:
    i- Sentiasa kufur & ingar akan ayat-ayat Allah!

    ii- Mereka membunuh para nabi tanpa hak!

    ii- Derhaka & melampaui batas- menceroboh hukum-hukum Allah!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 110- {Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)…}-

    Dalam ayat ini Allah menyatakan hukum sekali sebab balasan itu.
    Hukum bersebab; jika sebab itu kuat maka kebaikan yang kamu dapat juga kuat, jika sebab itu lemah pula maka kebaikan itu akan lemah atau sedikit juga.

    Allah nyatakan tiga sebab di sini:
    i- Amar ma’ruf.

    ii- Nahi munkar.

    iii- Beriman kepada Allah.
    Yakni jika kita tunaikan amar ma’ruf & nahi munkar itu kuat maka makin tinggi darjat kita di sisi Allah SWT. Makin mantap & teguh keimanan maka tinggilah darjat kedudukan kita di sisi Allah SWT! 
    Maka umat Islam hari ini mesti kembali kepada tiga paksi yang digariskan oleh Allah SWT ini barulah kita akan jadi kuat, jadi umat yang bangkit & tinggi darjatnya di sisi Allah SWT. Bukan umat yang lemah, dhaif, tidak bermaya & umat yang layu! Islam & agama kita kuat maka makin makin tinggi darjat kita!
  1. Ayat 110- {Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) ..}-

    Ayat ini menunjukkan kelebihan dua tugas ini; amar ma’ruf & nahi munkar.
    Ia adalah asas & tonggak umat yang baik, umat yang afdhal berbanding dengan umat lain. Inilah mecu tanda kehebatan kita adalah duduk dengan tugas ini!
    Sesiapa yang menjalankan tugas ini dengan baik dia akan kuat & siapa yang tidak menjalankanya tugas dengan baiknya maka dia akan lemah dan diperkotak-katikkan. 
    Tugas ini akan ada sentiasa ada orang yang menegakkannya!

    Hadis Daripada Abi Umamah Al-Bahili RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda: “Akan sentiasa wujud daripada umatku, sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh.” [HR Bukhari].

    Ya Allah jadikan kami daripada golongan ini, yang menjalankan tugas amar ma’ruf & nahi munkar agar kita menjadi umat yang mulia! 
  1. Ayat 110- {Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)…}-

    Kenapa Allah SWT mulakan amar ma’ruf & nahi munkar sebelum beriman dengan Allah? 
    Jawapan:
    Tertib ayat ini bukan bermakna beriman kemudian- cuma disebut kerana:
    i- Untuk menyatakan kelebihan amar ma’ruf & nahi munkar. 

    ii- Kerana ayat ini menyebut kebaikan umat ini, maka semua orang yang beriman adalah umat ini! Semuanya beriman tetapi yang membezakan mereka, yang terbaiknya ialah yang menjalankan tugas amar ma’ruf & nahi munkar.

    iii- Kekuatan iman seseorang itu atau masyarakat bergantung akan kekuatan amar ma’ruf & nahi munkar mereka ini.

    iv- Ayat ini menempelak & memberi sindiran kepada ahli kitab yang mendakwa beriman tetapi tidak melarang perbuatan munkar bahkan ikut sama terjebak dengannya. 

    V- Sifat amar ma’ruf & nahi munkar inilah yang memberi kesan kepada kekuatan umat ini.
    Jadi bukan bermakna iman itu tidak penting; tetapi tugas amar ma’ruf & nahi munkar yang menonjolkan keistimewaan umat ini dari kalangan mereka yang beriman!
  1. Ayat 110- {Kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).}-

    Ayat ini adalah ayat tentang amar ma’ruf & nahi munkar tetapi Allah sebut kriterianya termasuk orang yang beriman.
    Allah sebut iman juga dalam ayat kerana itulah ukuran & parameter yang hakiki- orang yang nak buat amar ma’ruf & nahi munkar kita kena tengok imannya setara mana!

    Contoh : Kita boleh bercakap apa saja sebelum kita berkuasa; tetapi apabila kita berkuasa- apa yang kita bantah dululah yang kita jilat & telan balik! Yang dulu kita kata mungkar sudah tidak mungkar lagi!
    Kerana itu Allah mahu orang beriman kena mantapkan iman, jangan undur balik & tukar pegangan kerana kepentingan kedudukan dan seumpamanya supaya kita tetap berada di atas landasan yang benar!

    Kata ulama’ lagi : Ayat ini menjadi dalil bahawa ijmak umat ini kuat kerana itu Allah gunakan perkataan khas (makrifah- معرفة) untuk semua benda baik (ٱلْمَعْرُوفِ) dan semua perkara mungkar (ٱلْمُنكَرِ). 
    Tidak kira ianya kecil atau besar, kena atas kepala sendiri atau kepala orang!
  1. Ayat 112- {Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada,}-

    Allah beri kehinaan kepada ahli kitab kerana mereka kufur kepada Allah SWT, membunuh para Nabi AS & banyak lagi karenah jahat, perangai buruk yang mereka buat!
    Maka ayat ini memberi peringatan kepada kita umat Islam agar jangan ulang balik kejahatan & kebejatan seperti ahli kitab ini jika tidak kita akan hina juga seperti mereka kerana tidak menjalan kan tugas yang besar.

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs