PERANCANGAN JAHAT AHLI KITAB, KUFUR WALAUPUN TAHU & MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN.
Full Video : https://youtu.be/XmCnqLp-tHk?si=qHLrwOmKHs4eZcdk
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 69 sehingga 71, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang ketiga.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan tentang perancangan jahat, niat buruk ahli kitab, yang Allah dedahkan kepada kita. Mereka tidak sedar bahawa perancangan mereka itu diketahui dan didedahkan oleh Allah.
- Allah tempelak perbuatan mereka yang tetap kufur walaupun tahu kebenaran. Inilah dahsyatnya apabila tahu tetapi tetap tidak mahu terima.
- Kritikan juga terhadap sifat mereka yang suka menyembunyikan kebenaran, putar belit fakta serta mencampur-adukkan yang benar dengan yang salah.
- Inilah yang kita perlu sedar kejahatan yahudi, nasrani dan kuncu-kuncunya yang tidak pernah diam merancang untuk mengkianati Islam. Tetapi Allah telah nyatakan dalam ayat yang lepas bahawa Allah adalah sebaik-baik Perancang!
- Munasabah ayat;
i- Dalam ayat-ayat yang lepas Allah sebut sikap ahli Kitab terhadap Islam & terhadap Rasulullah SAW, serta bagaimana mereka berpaling daripada menerima kebenaran.
ii- Dalam ayat ini Allah SWT menyebut satu lagi sikap lain mereka iaitu sangat tamak & loba untuk menyesatkan orang Islam!
Orang Islam menjadi sasaran mereka kerana apabila datang ajaran dari nabi-nabi AS :
– Orang Islam terus menerima arahan & perintah dari Allah dan mereka berkata: {kami dengar& kami taat- سمعنا وأطعنا}.
– Orang yahudi apabila menerima ajaran mereka putar-belit & seleweng ajaran itu.
Merekalah golongan yang dimurkai Allah { ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِم}.
– Orang nasrani pula mereka tambah dan mereka-reka ajaran & amalan baru. Itulah golongan yang sesat {ٱلضَّآلِّين}.
Inilah golongan yang Allah suruh kita minta berlindung setiap kali kita solat!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 69- {AYAT 69- {SEGOLONGAN DARI AHLI KITAB SUKA DAN BERANGAN-ANGAN KIRANYA MEREKA DAPAT MENYESATKAN KAMU; PADAHAL MEREKA TIDAK AKAN MENYESATKAN MELAINKAN DIRINYA SENDIRI, DAN MEREKA PULA TIDAK MENYEDARI (AKIBAT YANG BURUK ITU).} (ALI-‘IMRAN 3:69)
- Allah nyatakan dalam ayat ini betapa sebahagian daripada ahli kitab yang berangan-angan, suka sangat berharap {وَدَّت} untuk menyesatkan orang Islam.
Supaya mereka kembali murtad, keluar meninggalkan agama Islam.
- Firman Allah SWT:
{Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.} (Al-Baqarah 2:109)
- Punca utamanya manusia menolak kebenaran adalah kerana hasad dengki, dendam, cintakan dunia dan banyak lagi penyakit hati lain.
- Kata ulama’ tafsir : Telah dimaklumi bahawa sesiapa yang bercita-cita ingin mencapai dan berkehendakkan sesuatu perkara; mereka akan berusaha dan berikhtiar dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkannya.
Seperti orang mahukan harta, kedudukan dan seumpamanya- mereka akan lakukan semua cara & jalan untuk menggapainya!
Inilah ahli dunia- mereka berkerja keras mencari dunia yang diidamkan.
- Ada juga yang manusia mahu, bercita-cita nak tetapi lemah dalam berusaha mencapainya!
Iaitu manusia yang nak syurga tetapi ibadat malas!
Ahli Akhirat yang tidak cukup bateri, keadaan mereka sangat lemah, beribadat seolah tidak berdaya!
Muhasabahlah diri kita; apakah benar kita nak syurga dengan cara hidup kita sekarang ini????
- Malangnya perbuatan mereka itu (usaha nak menyesatkan orang Islam) malah menjadikan mereka sendiri yang bertambah sesat, celaru & makin jauh dari Allah!
- Tetapi mereka tidak sedar, (tidak kaba) akan akibat buruk itu ke atas mereka!
Mereka tidak akan mampu menyesatkan semua orang mukmin, tetapi akan ada sebahagian orang Islam ada yang terpengaruh & lari!
- Maka kita kena belajar, kena perkasakan ilmu, mantapkan iman & perbanyakkan amal soleh untuk mencapai keredhaan Allah Azza wa Jalla.
- Enakmen yang digubah adalah lemah, undang-undang yang ada tidak dapat menyekat manusia daripada berbuat kejahatan & dosa; hanya iamn di dada dapat menyekat semua itu!
AYAT 70- {AYAT 70- {WAHAI AHLI KITAB! MENGAPA KAMU KUFURKAN (INGKARKAN) AYAT-AYAT KETERANGAN ALLAH PADAHAL KAMU MENYAKSIKAN KEBENARANNYA?} (ALI-‘IMRAN 3:70)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat sebelumnya Allah akhiri ayat dengan menyatakan mereka tidak sedar apa yang mereka buat!
Tidak terasa bahawa apa yang mereka buat mendatangkan keburukan kepada mereka!
ii- Lalu dalam ayat ini Allah cela sifat mereka ahli kitab yang keras kepala, degil & babil; lansung tidak mahu buka hati & telinga untuk menerima kebenaran!
Cakaplah apapun tidak menberi kesan, bak anjing menyalak bukit!
- Allah SWT tegur mereka dengan kreas, dengan menyeru para ahli kitab ini; kenapa kamu masih lagi kufur akan ayat-ayat Allah?
Kamu tahu Al-Quran itu benar tak mahu ikut, kamu tahu apa yang Taurat & injil bawa itu benar tetapi kamu selewang & ubahnya!
Kamu tahu Rasulullah SAW itu benar tetapi kamu sembunyikan maklumat tentangnya!
- Yakni Allah mencela lagi menempelak perbuatan ahli kitab yang kufur & ingkar walaupun jelas kebenaran tentang ayat-ayat keterangan yang Allah bawa!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini:
i- {“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.} (Al-A’raaf 7:157)
ii- {Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).} (Al-Baqarah 2:146)
Sifat Rasulullah SAW dinyatakan dengan jelas & nyata dalam kitab Taurat & Injil tetapi apa boleh buat nasib malang mereka menolak kebenaran!
- Maka tak perlulah kita dok bernasyid menyanyi: “Lauka bainana al-habib- sekiranya kita berada bersama Rasulullah…”- kerana:
i- Syukurlah walaupun Rasulullah telah wafat sekarang ini tetapi Sunnah & ajaran Baginda yang sahih masih bersama kita! Al-Quran & Sunnah yang Baginda tinggalkan kita amalkan, alhamdulillah!
ii- Manakala yahudi & nasrani yang sempat bertemu Nabi SAW, Abu Jahal jiran & hidup bersama Nabi, Abu Lahab bapa saudara Nabi SAW- semuanya menentang Rasulullah & kufur sekufur-kufurnya! Wal-‘iyazubillah!
AYAT 71- {WAHAI AHLI KITAB! MENGAPA KAMU CAMPUR ADUKKAN YANG BENAR DENGAN YANG SALAH, DAN KAMU PULA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN PADAHAL KAMU MENGETAHUINYA?} (A-LI’IMRAAN 3:71)
- Allah SWT menyeru lagi para ahli kitab ini; kenapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah;
i- Begitulah ajaran Islam telah dicampur-adukkan dan dibawa masuk budaya-budaya asing yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar!
Seperti budaya dari parsi, majusi dan lain-lain bahkan budaya melayu juga banyak yang sudah bercampur dengan budaya agama lain!
Contoh seperti zikir menari, bergendang melimpat dalam masjid dan seumpamanya
ii- Jika budaya tidak bercanggah tidak mengapa, masalahnya ada budaya yang menyalahi Syari’ah maka kita kena hapuskan!
iii- Jika kita mengaku kita adalah ahli Sunnah maka buktikannya dalam segala pegangan & perbuatan kita mengikut sunnah Nabi SAW.
- Sifat jahat mereka juga ialah menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahuinya!
i- Yang utamanya ialah mereka sembunyikan sifat kebenaran Rasulullah SAW yang ada dalam kitab Taurat & Injil.
Bagi ahli kitab yang jujur seperti Abdullah bin Salam r.a dia pergi siasat dan cek satu persatu sifat Rasulullah SAW apakah sama seperti dalam kitab Taurat.
Setelah mendapatinya sama terus dia beriman!
ii- Inlah punca mereka yahudi & nasrani dilaknat Allah sehingga ke hari Kiamat- sembunyikan kebenaran yang jelas nyata.
Kita ummat Nabi Muhammad SAW juga jika ada sifat buruk yang begitu dahsyat ini;
Sembunyikan fakta & hukum yang ada, putar belit ayat Al-Quran sehingga tak tahu lagi mana yang benar & mana yang batil- pastilah akan dilaknat juga Allah SWT!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 69- {Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu;}-
Mereka nak sangat menyesatkan orang Islam; buat perancangan itu ini sehingga mereka tidak sedar kejahatan itu kembali kepada mereka!
Manusia itu apabila terlalu tamakkan sesuatu perkara, nakkan sangat sesuatu maka mereka akan terlupa yang benar, tidak sedar berada dalam kesesatan, sanggup buat apa saja kerana tujuan itu.
Sama juga orang Islam yang nakkan dunia, yang halal atau haram tidak akan dipedulikan lagi. Walaupun sudah tahu perkara itu syubhat tetap teruskan juga.
Orang begini tidak akan terasa, tidak kaba bahawa dia berada di atas landasan yang salah.
Orang yang sesat tidak sedar yang sesat sebagaimana orang gila tidak akan mengaku dirinya gila!
- Ayat 69- {padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri,}-
Mereka nak sesatkan umat Islam tetapi mereka sendiri yang akan bertambah sesat & makin tenggelam dalam kebatilan!
Kaedah: من حفر حفرة وقع فيها Siapa yang gali lubang untuk menjatuhkan orang; dia yang akan jatuh!
Dalam mana-mana zaman pasti ada penasihat kepada pemerintah yang buruk & jahat, yang akan menjatuhkan negara & pemerintahan itu dengan nasihatnya yang tidak membina!
Contoh dalam Kerajaan Iraq- Ibnu Tumart yang menjatuhkan pemerintah & kerjaannya sendiri demi kepentingan diri!
Mereka menggunakan kedudukan, menggunakan kuasa untuk mempengaruhi pemerintah untuk menyekat & menghalang orang yang tidak sehaluan dengan mereka, orang yang mereka tidak suka & benci!
Juga untuk menghalang dari pendedahan sikap sebenar mereka.
Ya Allah tetapkan hati kami atas agama & ketaatn kepada-Mu.
- Ayat 71- {Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah,}-
Allah tempelak lagi ahli kitab yang suka menimbulkan was-was & syuhbah, mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan.
Ini semua untuk jenis kumpulan apa saja yang cuba memutar-belitkan ajaran salah mereka ke dalam agama ini- kita katakan semua perbuatan itu adalah perbuatan yang yang dikutuk oleh Allah SWT!
Kita juga wajib nyatakan kebenaran setakat mana yang kita tahu & mampu!
- Ayat 71- {Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?}-
Kata para ulama’ orang yang berusaha untuk menyembunyikan kebenaran itu adalah melalui dua cara
i- Pertama dengan memcampakkan isu-isu yang boleh meragukan orang.
Membawa kesamaran seperti tiada dalam Al-Quran wanita kena tutup aurat, tiada pengharaman judi dalam Al-Quran dan lain-lain. Mereka putar-belitkan kenyataan!
Perbuatan mereka menjauhi amalan dari sunnah Nabi SAW seperti zikir tarian di kubur dan seumpamanya
ii- Kedua – mereka menyembunyikan kebenaran dan putar balik fakta. Ini adalah untuk orang yang mempunyai ilmu!
- Ayat 70- {Ayat 70- {Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?}-
Allah tempelak mereka dalam ayat ini; kamu sudah saksikan & tahu kebenaran tetapi kamu masih kafir?
Lahirnya benda yang kufur kerana mereka telah memutar-belitkan ayat-ayat Allah, juga punca lahirnya bid’ah dalam amalan yang menyesatkan.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam.