CELAAN TERHADAP AHLI KITAB, MENYESATKAN ORANG BERIMAN & ALLAH TAHU SEMUANYA.
Full video : https://youtu.be/hj8w9-fq0j8?si=lHu_j74h_Y6htXed
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir bagi ayat 98 sehingga 99, surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang keempat.
- Dalam siri ini Allah SWT menyatakan celaan & kejian terhadap ahli kitab yahudi & nasrani.
- Iaitu mereka yang kerjanya mahu memurtadkan, menyesatkan orang beriman yang telah Islam.
Mereka juga cuba menyekat orang daripada menerima Islam daripada awal lagi, ini juga satu kejahatan.
- Di akhir ayat Allah katakan bahawa Dia tidak lalai, Allah tahu semuanya.
Kamu buatlah ikut pilihan kamu mahu; nak syurga yang penuh nikmat atau nak neraka yang penuh azab!
Menjadi kewajipan bagi kita orang yang beriman untuk memilih jalan yang selamat di dunia & aman di Akhirat kelak!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT arahkan nabi SAW mencela ahli kitab atas kekufuran mereka! Mereka mengaku ikut ajaran Nabi Ibrahim tetapi tidak ikut ajaran Syari’ahnya yang sebenar.
Begitu juga untuk kita orang Islam yang mengaku ahli Sunnah, mengaku cintakan Nabi SAW; tetapi amalan tidak ikut Sunnah & ajaran Baginda SAW yang sebenar!
ii- Maka dalam ayat ini pula Allah arahkan kepada Nabi SAW untuk mengatakan kepada ahli Taurat & Injil dan mencela sikap mereka.
Wahai kaum yahudi & nasrani- apa sebab yang menyebabkan kamu bersikap menentang, ingkar & lawan hujjah-hujjah yang telah dibawa oleh Allah SWT, sedangkan ia ada dalam kitab-kitab kamu itu!
Yakni mereka kufur akan maklumat yang ada dalam kitab mereka sendiri!
Yakni kita ambil hujjah/kitab yang mereka ada untuk letak atas kepala mereka sendiri.
iii- Ingatlah semua itu sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; semuanya Allah saksikan. semuanya ada & termasuk dalam ilmu Allah SWT!
Jangan ikut dakwaan ajaran sesat yang mengatakan Allah SWT hanya tahu perkara yang besar-besar saja.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 98- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “WAHAI AHLI KITAB! MENGAPA KAMU INGKARKAN KETERANGAN-KETERANGAN ALLAH, PADAHAL ALLAH SENTIASA MENYAKSIKAN APA YANG KAMU LAKUKAN?”} (ALI-‘IMRAN 3:98)
- Dalam ayat ini Allah suruh Rasulullah SAW nyatakan kepada ahli kitab yahudi & Nasrani yang ada pada zaman Baginda SAW.
Khususnya nasrani dari Najran yang suatu ketika datang mahu berdebat dengan Rasulullah SAW tentang agama.
- Mereka mengaku ahli kitab, mengaku umat nabi Ibrahim tetapi ajaran Ibrahim yang suci & tauhid tak ikut pula!
- Tanyakan kepada mereka; mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah yang sudah ada dalam kitab Taurat, kitab Injil tetapi kamu seleweng & putar belitnya.
- Allah SWT cela puak kafir di sini agar mereka sedar & ingat bahawa Allah SWT tahu & sentiasa lihat akan perbuatan buruk mereka itu!
- Maka apabila Allah tahu semua perkara, Dia akan balas ke atas kamu apa yang kamu lakukan- kamu buat baik alhamdulillah- kamu buat tak baik maka celakalah!!
- Lalu apabila kita yakin akan pengetahuan Allah ini; kita kena ambil sikap jangan melakukan perkara yang Allah murka & tidak suka untuk selamat dunia & Akhirat.
AYAT 99- {KATAKANLAH: “WAHAI AHLI KITAB! MENGAPA KAMU MENGHALANGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DARIPADA MENURUT JALAN JALAN (AGAMA ISLAM), KAMU HENDAK MENJADIKAN JALAN ALLAH ITU BENGKOK TERPESONG, PADAHAL KAMU MENYAKSIKAN (KEBENARANNYA)? “DAN (INGATLAH), ALLAH TIDAK SEKALI-KALI LALAI AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN.} (ALI-‘IMRAN 3:99)
- Sekali lagi Allah SWT beri arahan kepada Rasulullah SAW untuk menyeru mereka: {Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab!}.
Dua kali seruan untuk ahli kitab, masih lagi pertembungan dengan ahli kitab.
- Yakni Allah nyatakan kepada Rasulullah SAW untuk terus berlawan & berhujah dengan puak kafir!
Jangan mudah mengaku kalah & lemah kepada mereka.
Kena bertegas nyatakan pendirian kita & lawan mereka dengan sungguh-sungguh!
- Perangai mereka yang sangat buruk juga sudahlah mereka kafir mereka mahu melebarkan lagi kekufuran mereka itu:
i- Orang yang belum beriman mereka akan sekat daripada beriman dan ikut ajaran Rasulullah SAW.
ii- Orang yang sudah beriman mereka akan kacau pula supaya murtad & meninggalkan Islam.
Mereka nak sesat orang mukmin daripada baik untuk jadi jahat.
- Kejahatan mereka yang paling dahsyat ialah mereka sudah tahu, ada ilmu, ada maklumat; sudah menyaksikan kebenaran tetapi tetap buat tak tahu!
Mereka tahu apa yang Rasulullah SAW bawa itu ajaran yang benar, tahu apa yang ada dalam kitab mereka itu benar tetapi masih ingkar menolak & masih nak menyekat orang kepada kebenaran.
- Sebagaimana kisah puak yahudi dengan kebenaran Rasulullah SAW:
Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah mereka mari menyiasat menilik sifat Baginda SAW.
Ketua besar mereka pada ketika itu adalah Huyai bin Akhtab.
Kemudian mereka balik berbincang lalu adiknya Abu Yasir) bertanya kepada Huyai:
Betulkah dia itu dia? (أهو هو؟ ).
(yakni apakah dia Muhammad (SAW) adalah rasul yang kita tunggu, yang disebut kedatanganya dalam kitab kita?)
Jawab Huyai: Ya benar itulah dia.
Adiknya bertanya lagi: Maka apakah sikap (yang akan kita ambil) terhadap dia?
Jawab Huyai: Kita akan lawannya selagi kita hidup!
Inilah sikap orang yang malang, orang yang celaka, tiada nasib diri untuk beruntung, berjumpa dengan Rasulullah SAW & tahu kebenarannya tetapi tetap mendustakannya!
Kita kata Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un!
- Maka Allah kata dalam ayat ini Allah kata wahai ahli kitab : Kamu tahu aku benar, kamu tahu apa yang aku bawa ini benar tetapi kamu masih nak lawan & menyekat!
- Ayat ini walaupun diturunkan dalam konteks ahli kitab yahudi & nasrani: Ini juga peringatan & muhasabah kepada kita semua umat Islam hari ini yang ada kuasa & pengaruh!
Kita juga ahli kitab iaitu ahli Al-Quran.
- Terutama kepada para pendakwah asatizah kita, ahli Quran & agamawan pada zaman ini; kena bertegas nyatakan sikap dengan kebenaran!
Jangan sembunyikan apa yang kita tahu, kebenaran disimpan dalam hati atau dipijak dengan kaki; demi periuk nasi, demi pangkat atau kedudukan, demi follower atau pengikut.
Apa yang kita nak jawab di hadapan Allah SWT apabila dipersoalkan kelak!
- Jangan jadi ahli Al-Quran yang bersikap dengan tingkah laku bercanggah dengan Al-Quran.
Jangan juga mendedahkan perangai atau sikap yang tak sepatutnya bagi seorang pendakwah yang mengajak orang kepada Al-Quran.
i- Sebagaimana kata ulama’ : Berapa ramai orang yang baca Al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya!
Ini kerana perbuatannya tidak bertepatan dengan apa yang diajar oleh Al-Quran.
ii- Kata Imam Hasan al-Basri : Allah turunkan Al-Quran ini untuk diamalkan tetapi manusia hanya terhenti setakat baca Al-Quran.
Beringatlah jangan hanya sekadar taranum sana taranum sini- marilah kita jadi ahli Al-Quran yang beramal dengannya.
- Allah tutup ayat ini dengan menegaskan bahawa ingatlah bahawa Allah SWT sekali-kali tidak lalai.
Wahai yahudi, wahai nasrani wahai ahli Quran, Allah bukan tidak tahu jika kamu menyimpang daripada ajaran Al-Quran, atau cuba menyekatnya terus.
Ya Allah dengan nama-Mu yang indah & sifat-Mu yang Maha Tinggi, anugerahkanlah kepada kami kecintaan kepada Al-Quran, membaca & bertadabbur serta beramal dengan Al-Quran.
Bantulah kami untuk beriman & beramal dengan Al-Quran, bukan hanya sekadar membaca dan bercakap tentangnya!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 98- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?”}-
Allah mulakan ayat ini dengan: Katakan { قُلْ }- maka ia bermakna perintah & arahan.
Ulama’ kata ini adalah arahan & perintah dari Allah- menunjukkan betapa besarnya arahan ini maka kita kena buaka mata telinga dengan luas bukan sekadar bacanya saja!
Ayat ini nak berhujjah atas kepala ahli kitab yang baca kitab tetapi buat yang berlawan dengan kitab, baca kitab tetapi ingkarinya, tidak ikut apa yang Allah suruh!
Mereka kufur dengan sebahagian ayat & beriman dengan sebahagiannya.
Sedangkan matematik aqidah (rukun iman & rukun Islam juga) sesiapa yang kufur dengan sebahagian akan dikira seolah dia kufur dengan semuanya sekali.
Beriman dengan Allah tetapi tidak dengan malaikat, beriman dengan sebahagian kitab tetapi tidak dengan yang lainnya maka dikira tidak beriman dengan kesemuanya!
6-1 = 0, 6-2 atau 3 atau 4 = 0 juga!
Rukun Islam begitu juga- wajib beriman & beramal dengan kesemuaya, percaya wajib solat tetapi tidak mahu terima perintah zakat!
Jika tidak cukup satu atau dua akan dikira kosong semuanya!
Satu tidak percaya dikira kafir terus- 5-1 = 0, 5-2 atau 3 atau 4 = 0 juga!
Kerana itu ahli kitab dikira kafir kerana mereka hanya beriman dengan sebahagian perintah Allah sahaja!
Maka kita orang beriman juga hati-hati jangan dok main juzuk-juzuk juga!
Bab solat terima, zakat terima tetapi bab riba & rasuah slow-slow pula!
Apa yang tak patuh Syari’ah terus kita tinggalkannya!
- Ayat 99- {Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam),}-
Kenapa kamu sekat, kenapa kamu halang orang yang beriman kepada Allah dan orang yang nak beriman kepada Allah!
Inilah kerja puak kafir; mereka sendiri itu kafir tetapi cuba menyekat orang lain juga daripada beriman!
Kenapa Allah sebut: {menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam)}.
Jawapan:
Ini kerana menyekat, memusing atau memurtadkan orang yang sudah beriman lebih teruk & dahsyat daripada menghalang orang yang masih belum bukan Islam!
Hukuman murtad amat besar dalam Islam- sesiapa yang murtad, tinggalkan Islam selepas dia beriman; boleh dibunuh!
- Ayat 98- {padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?”}-
Dalam ayat ini Allah kata dia saksikan apa yang telah kamu lakukan.
Ia juga menunjukkan perbezaan antara apa yang kamu telah buat dengan apa yang baru kamu rancangkan untuk buat keburukan.
Ini adalah antara rahmat Allah SWT- dalam membalas perbuatan jahat hamba-Nya; Jika kamu betul-betul buat baru dikira dosa- jika masih belum buat tidak dikira.
Kecuali di Makkah- niat saja nak buat jahat sudah diambil kira!
Dalam ayat ini ada dua uslub ayat yang berbeza:
i- Allah saksikan apa yang kamu buat- {شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ}.
ii- Allah tidak lalai dengan apa yang akan kamu buat- {وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ}.
Yakni Allah tidak kira lagi apa yang terdetik dalam hati kamu sehinggalah kamu buatnya- alhamdulillah.
- Ayat 99- {Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam),}-
Ayat ini menggalakan agar kita tetap pendirian atas jalan yang diredhai Allah SWT.
Iaitu mengarahkan kita untuk tetap pendirian, istiqomah dengan cara atas ajaran Al-Quran, atas Sunnah Nabi SAW- jangan lari.
Ikut Syari’ah Allah SWT, jangan melampaui (ghuluw) dan juga jangan cuai terlalu bermudah.
Ayat ini sekaligus memberi amaran supaya kita istiqomah, jangan mudah terpengaruh dengan di’ayah-di’ayah yang dibuat oleh ahli Kitab, orang kafir terhadap kita orang Islam.
Seperti peristiwa yang viral sekarang ini stokin yang bertulis kalimah Allah dengan tulisan Arab & rumi!
Semoga ada kesedaran di kalangan umat Islam agar kedai-kedai yang jahat begini diboikot.
- Dua ayat ini berakhir di akhir ayatnya dengan uslub yang berbeza tetapi perkataan yang hampir sama:
i- Ayat 98- {padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?”} – { ٱللَّهِ وَٱللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ}
ii- Ayat 99- { “Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.}- { وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ}
Kenapa? Ini jawapannya:
i- kerana yang pertama mereka memang zahirkan kekufuran & perlawanan mereka sebagaimana kata Huyai bin Akhtab tadi: Aku akan lawan selagi aku hidup!
Kerana dia telah menzahirkan kekufurannya; maka Allah katakan Dia saksikan ke atas perbuatan mereka itu!
Yang pertama ini adalah yang zahir- maka Allah kata Dia saksi atas perbuatan mereka itu. { ٱللَّهِ وَٱللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ}
ii- Yang kedua kerana mereka sendiri tahu perbuatan mereka itu buruk tetapi masih nak buat juga; nak menyekat, nak khianat, nak murtadkan, nak pesongkan orang Islam dengan apa cara pun strategi mereka.
Maka Allah katakan Dia tidak lupa dengan apa yang mereka nak buat, apa yang mereka azamkan itu!
Yang kedua ini adalah yang batin- maka Allah tidak lupa!
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam.