BEBERAPA SIFAT DEGIL YAHUDI, BUNUH BEBERAPA ORANG NABI & NABI ISA TURUN DI AKHIR ZAMAN.
Full video : https://youtu.be/P4-f408w2Xg?si=y4FkfMJj2REZFi6h
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir ayat 153 sehingga 158 bagi Surah An-Nisa’ dalam juzu’ keenam.
- Perbincangan kita dalam siri ini ialah tentang beberapa sifat degil Yahudi, yang keras kepala tak dengar kata, mereka beriman hanya kerana terpaksa, iaitu apabila diugut dengan diangkat bukit letak atas kepala mereka.
- Antara kejahatan mereka juga, mereka telah membunuh beberapa orang nabi yang diutuskan Allah kepada mereka.
- Allah juga ceritakan tentang kedudukan Nabi Isa AS yang berada di atas langit sekarang & akan turun di akhir zaman.
Pengikutnya yang mendakwa ikut Nabi Isa iaitu puak nasrani akan beriman kepada Allah Azza wa Jalla.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang karenah dua ahli kitab yahudi & nasrani yang telah mengingkari risalah kerasulan Nabi Muhammad SAW.
ii- Maka dalam ayat ini mereka yahudi beri cadangan atau permintaan yang mengarut, dengan janji konon mereka akan beriman jika permintaan mereka itu berjaya dipenuhi!
Semua itu hanya permintaan nak tunjuk keras kepala, degil & babil!
Ya Allah jadikan kami dari golongan hamba-Mu yang bertaqwa, tawadhu’, bersyukur serta sabar & redha atas segala ketentuan-Mu!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
AYAT 153- {AHLI KITAB (KAUM YAHUDI) MEMINTA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) SUPAYA ENGKAU MENURUNKAN KEPADA MEREKA SEBUAH KITAB DARI LANGIT. (JANGANLAH ENGKAU MERASA PELIK), KERANA SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MEMINTA KEPADA NABI MUSA LEBIH BESAR DARI ITU. MEREKA BERKATA: “(WAHAI MUSA) PERLIHATKANLAH ALLAH KEPADA KAMI DENGAN NYATA (SUPAYA KAMI DAPAT MELIHATNYA DAN PERCAYA KEPADANYA)”. LALU MEREKA DISAMBAR OLEH PETIR DENGAN SEBAB KEZALIMAN MEREKA (MENDERHAKA KEPADA ALLAH); KEMUDIAN MEREKA PULA MENYEMBAH (PATUNG) ANAK LEMBU SESUDAH DATANG KEPADA MEREKA KETERANGAN-KETERANGAN (MUKJIZAT), LALU KAMI MAAFKAN MEREKA DARI PERBUATAN YANG SEDEMIKIAN ITU (KETIKA MEREKA BERTAUBAT). DAN KAMI TELAH MEMBERI KEPADA NABI MUSA KEKUASAAN YANG NYATA (UNTUK MENGALAHKAN KAUM YANG KAFIR ITU).} (AN-NISA’ 4:153)
- Allah ceritakan tentang ahli kitab yahudi yang keras kelapa datang meminta kepada Nabi Muhammad SAW agar menurunkan sebuah kitab yang bertulis (maktub) sempurna dari langit seperti Taurat.
Ini kerana al-Quran tidak turun dalam jumlah yang penuh sekaligus begitu.
- Allah tenangkan Rasulullah SAW agar tidak berasa pelik & sempit dengan permintaan puak yahudi itu, tidak perlu layan karenah mereka itu kerana mereka sebelum ini telah buat begitu juga kepada Nabi Musa AS!
- Mereka minta dari nabi Musa untuk diperlihatkanlah Allah kepada mereka dengan nyata untuk membuktikan kebenaran nabi Musa, supaya mereka dapat melihat-Nya dan percaya kepada-Nya, barulah mereka nak beriman kepadanya.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah SWT ini:
{Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.} (Al-Baqarah 2:55)
- Akibat permintaan mereka itu, Allah jadikan mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka menderhaka kepada Allah lalu mereka semua mati.
Kemudian Allah hidupkan mereka semula agar mereka insaf & bersyukur!
- Tetapi malangnya! Bukannya insaf dan beriman dengan kebenaran Nabi Musa AS yang sudah mereka lihat dengan jelas akan dalil kebenarannya tetapi makin jahat & sesat!
- Iaitu apabila mereka lihat satu kaum lain menyembah patung:
i- Mereka ingin juga Tuhan sebegitu dan meminta dari Nabi Musa untuk mengadakannya.
ii- Kemudian setelah Musa tak tunaikan permintaan mereka itu mereka reka & buat sendiri patung anak lembu dan menyembahnya apabila Nabi Musa pergi munajat di bukit Tursina.
Inilah sesat dalam terang. Tetap sesat & ingkar setelah tahu kebenaran.
- Setelah Nabi Musa buang & campakkan patung anak lembu yang mereka sembah itu & disuruh bertaubat, barulah mereka insaf & nak bertaubat!
- Tetapi syarat untuk bertaubat bagi umat dahulu amat berat iaitu mereka harus saling bunuh-membunuh antara satu sama lain, sesama sendiri mereka yang bersalah itu!
- Firman Allah SWT lagi:
{Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.} (Al-Baqarah 2:54)
- Sesungguhnya Allah telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata iaitu mukjizat yang dapat dilihat & dirasai untuk mengalahkan kaum yang kafir itu.
AYAT 154- {DAN KAMI TELAH MENGANGKAT “GUNUNG TURSINA” KE ATAS MEREKA DISEBABKAN (MEREKA INGKAR AKAN) PERJANJIAN SETIA MEREKA (MEMATUHI HUKUM-HUKUM TAURAT), DAN KAMI PERINTAHKAN MEREKA: “MASUKLAH KAMU MELALUI PINTU (NEGERI) ITU DENGAN MERENDAH DIRI” DAN KAMI JUGA PERINTAHKAN MEREKA: “JANGANLAH KAMU MELANGGAR PERINTAH LARANGAN YANG DITENTUKAN PADA HARI SABTU”, DAN KAMI TELAH MENGAMBIL DARIPADA MEREKA PERJANJIAN SETIA YANG TEGUH (YANG MEWAJIBKAN MEREKA MENGERJAKAN SURUHAN ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA).} (AN-NISA’ 4:154)
- Dalam ayat ini beberapa peristiwa yang menunjukkan betapa degil & keras kepalanya puak yahudi pada zaman Nabi Musa AS ini.
- Akibat kedegilan mereka yang ingkar akan perjanjian setia mereka untuk mematuhi hukum-hukum Taurat.
Allah telah perintah malaikat angkat Gunung Tursina atas kepala mereka dengan mengancam untuk menjatuhkannya atas kepala mereka jika masih tidak mahu patuh & taat.
Merekapun berpura sanggup untuk patuh & taat- semata-mata kerana ancaman itu.
- Kemudian Allah arahkan pula mereka untuk masuk kamu melalui pintu negeri itu iaitu Baitul Maqdis dengan merendah diri, tunduk sujud kepada Allah (iaitu solat tahiyyatul-masjid), kemudian berdoa bermunajat kepada Allah agar Allah hilang & hapuskan dosa-dosa mereka.
Ingat para muslim & muslimat untuk solat tahiyyatul-masjid bila masuk masjid, yang ramai orang hari ini lupa untuk amalkannya.
Kita jangan jadi macam yahudi.
- Allah juga pesan agar mereka tidak langgar perintah:
Jangan tangkap ikan pada hari sabtu, ini kerana pada hari tersebut ikan banyak naik ke tepian Pantai, ini untuk menguji mereka.
Tetapi mereka buat helah dengan korek lubang untuk perangkap ikan pada hari Sabtu & pada hari Ahad mereka menangkap ikan-ikan itu!
- Firman Allah SWT tentang kisah ini juga:
{Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.} (Al-A’raaf 7:163)
- Inilah permainan yahudi yang mencari helah untuk melanggar arahan Allah.
Kisah yang panjang tentang kisah ini terdapat dalam Surah Al-A’raf.
- Akibat kezaliman mereka melanggar perintah ini, firman Allah SWT:
{Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.} (Al-A’raaf 7:166)
Setelah menjadi kera yang hina buat beberapa hari, mereka kemudian dimatikan kesemuanya!
- Kemudian setelah semua perintah itu Allah mengambil daripada mereka perjanjian setia yang teguh, yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Tetapi apa yang terjadi, apakah mereka telah insaf?? Kita lihat ayat seterusnya!
AYAT 155- {MAKA (KAMI LAKNATKAN MEREKA) DENGAN SEBAB MEREKA MENCABULI PERJANJIAN SETIA MEREKA, DAN MEREKA KUFUR INGKAR AKAN AYAT-AYAT KETERANGAN ALLAH, DAN MEREKA PULA MEMBUNUH NABI-NABI DENGAN TIADA SESUATU ALASAN YANG BENAR, DAN MEREKA JUGA MENGATAKAN: “HATI KAMI TERTUTUP (TIDAK DAPAT MENERIMA AJARAN ISLAM YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD)”. (SEBENARNYA HATI MEREKA TIDAK TERTUTUP), BAHKAN ALLAH TELAH MEMETERAIKAN HATI MEREKA DISEBABKAN KEKUFURAN MEREKA. OLEH ITU MEREKA TIDAK BERIMAN KECUALI SEDIKIT SAHAJA (DI ANTARANYA).} (AN-NISA’ 4:155)
- Dalam ayat ini Allah ceritakan lagi perbuatan jahat puak yahudi ini:
i- Mereka mencabul & mengkhianati perjanjian setia mereka,
ii- Dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,
iii- Dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar,
iv- Dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup” yakni tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
- Sedangkan sebenarnya hati mereka tidak tertutup lagi tapi kerana perbuatan mereka itu Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka.
- Oleh itu mereka tidak beriman kepada Allah & Rasulullah SAW kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka kaum yahudi.
INI ADALAH FAKTA! Jika kita nak bandingkan antara yahudi & Nasrani, kaum yahudi lebih sedikit yang memeluk Islam berbanding dengan golongan nasrani.
Bersesuaian dengan firman Allah ini.
AYAT 156- {DEMIKIAN JUGA (KAMI LAKNATKAN MEREKA) DANGAN SEBAB KEKUFURAN MEREKA DAN TUDUHAN MEREKA TERHADAP MARYAM (DENGAN TUDUHAN YANG AMAT DUSTANYA.} (AN-NISA’ 4:156)
- Lalu kerana perbuatan kufur mereka itu Allah telah melaknat mereka.
- Allah juga laknat mereka kerana mereka telah menuduh Sayyidah Maryam telah berbuat perbuatan keji iaitu zina sehingga melahirkan seorang anak tak sah taraf, Isa al-Masih.
- Betapa sesatnya dua golongan ini, terlalu jauh:
i- Yahudi yang kata Isa anak zina. Wal-‘yazu billah. Lalu tidak mahu menerima kerasulannya.
ii- Manakala nasrani pula mendakwa Nabi Isa anak Tuhan lalu memuliakannya dengan cara yang tidak sepatutnya! Na’uzi billah juga!
- KITA ORANG ISLAM : Kita mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah manusia biasa, seorang hamba Allah yang terpilih & dilantik menjadi salah seorang rasul Allah.
AYAT 157 – {DAN JUGA (DISEBABKAN) DAKWAAN MEREKA DENGAN MENGATAKAN: “SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEMBUNUH AL-MASIH ISA IBNI MARYAM, RASUL ALLAH”. PADAHAL MEREKA TIDAK MEMBUNUHNYA DAN TIDAK MEMALANGNYA (DI KAYU PALANG – SALIB), TETAPI DISERUPAKAN BAGI MEREKA (ORANG YANG MEREKA BUNUH ITU SEPERTI NABI ISA). DAN SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG TELAH BERSELISIH FAHAM, MENGENAI NABI ISA, SEBENARNYA MEREKA BERADA DALAM KEADAAN SYAK (RAGU-RAGU) TENTANG MENENTUKAN (PEMBUNUHANNYA). TIADA SESUATU PENGETAHUAN PUN BAGI MEREKA MENGENAINYA SELAIN DARIPADA MENGIKUT SANGKAAN SEMATA-MATA; DAN MEREKA TIDAK MEMBUNUHNYA DENGAN YAKIN.} (AN-NISA’ 4:157)
- Kaum yahudi mengatakan Isa itu sebagai Rasulullah sebagai ejekan saja kerana mereka tidak beriman kepadanya bahkan telah merancang untuk membunuhnya!
- Mereka lalu membuat perancangan untuk membunuh Nabi Isa & menceroboh masuk ke dalam rumahnya serta menangkap seseorang dari kalangan mereka sendiri yang Allah telah tukar wajahnya menyerupai Nabi Isa AS.
- Lalu mereka membunuhnya dengan menyangka dia adalah Isa.
Pada sangkaan mereka, mereka telah berjaya membunuh Isa AS dengan menyalibnya!
Padahal ia adalah kawan dari kalangan mereka yang mahu membunuh Nabi Isa.
- Sedangkan tidak sesekali. Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah SWT manakala orang yang dibunuh & disalib itu adalah lelaki yang telah dijadikan menyerupai Nabi Isa AS.
- Sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka juga ragu-ragu, syak wasangka & tidak yakin tentang pembunuhan Nabi Isa.
Yakni puak yahudi tak yakin, puak nasrani pun tak yakin!
- Mereka tidak ada bukti yang kukuh, hanya syak wasangka & kedegilan sahaja sehingga membawa ketaksuban kepada salib yang tidak ada manfaat & kaitan lansung dengan Nabi Isa AS.
- Kita orang beriman yakin 100% Nabi Isa tidak dibunuh oleh yahudi!
Ini kerana Allah SWT dengan jelas mengatakan dalam ayat berikut ini.
AYAT 158- {BAHKAN ALLAH TELAH MENGANGKAT NABI ISA KEPADANYA; DAN ADALAH ALLAH MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (AN-NISA’ 4:158)
- Allah kata dengan jelas bahawa: {Allah telah mengangkat Nabi Isa kepada-Nya}- yakni ke langit, dan Rasulullah SAW telah berjumpa dengan Nabi Isa yang masih hidup semasa peristiwa Isra’ dan Mikrajnya ke langit.
Dalam al-Quran ini Allah hanya sebut Nabi Isa yang masih hidup maka tentang pendapat yang kata Nabi lain ada juga tidak mati- itu kita serahkan kepada Allah.
Dalam bab perkara ghaib yang Allah & Rasulullah SAW tidak nyatakan kita jangan pandai-pandai koreknya!
- Firman Allah SWT:
{(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisi-Ku, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Aku-lah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”.} (A-li’Imraan 3:55)
- Yakni Nabi Isa tidak mati dibunuh oleh mereka, bahkan:
i- Diangkat ke langit oleh Allah SWT ke sisi-Nya dalam keadaan aman damai.
ii- Allah bersihkannya daripada tuduhan-tuduhan jahat puak kafir yang mengatakan Isa anak, Tuhan atau Tuhan tiga (trinity) semua itu karut!
iii- Nabi Isa akan diturunkan ke dunia pada akhir zaman lagi untuk memperbetulkan beberapa keadaan.
- Perkara ini adalah amat mudah untuk Allah lakukan kerana sesungguhnya:
i- Allah Maha Kuasa, untuk angkat Nabi Isa ke langit apa yang sukarnya!
ii- Lagi Maha Bijaksana dalam pentadbiran & ketetapan-Nya. Nanti Nabi Isa akan turun semula ke langit untuk memperbetulkan beberapa perkara.
AYAT 159- {DAN TIDAK ADA SEORANG PUN DARI KALANGAN AHLI KITAB MELAINKAN IA AKAN BERIMAN KEPADA NABI ISA SEBELUM MATINYA DAN PADA HARI KIAMAT KELAK NABI ISA AKAN MENJADI SAKSI TERHADAP MEREKA.} (AN-NISA’ 4:159)
- Kemudian Allah nyatakan tidak ada seorang pun ahli kitab yang ada pada akhir zaman, yakni mereka yang sempat bertemu dengannya, sebelum kematian mereka akan beriman kepada Nabi Isa AS.
- Ada juga ulama’ yang kata maksud ayat ini : Iaitu setiap seorang ahli kitab yahudi & nasrani yang kufur dulu, apabila dekat nak mati- akan terdedah kepada mereka kebenaran nabi Isa AS lalu mereka percaya & mengakui beriman kepadanya!
Tetapi malangnya pada waktu itu apabila nyawa sudah dihalkum, iman mereka sudah tidak diterima lagi, pintu taubat sudah tertutup!
Sebagaimana Fir’aun yang apabila nak tenggelam dalam Laut Merah, mengaku beriman tetapi tiada guna lagi kerana nyawa sudah dihalkum lalu mati kafirlah dengan kelemasan!
- Hadis sabda Nabi SAW: وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، لَيُوْشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ عَليهِ السَّلام حَكَمًا عَدْلاً، فَيَكْسِرَ الصَّلِيْبَ، وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيْرَ، وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيْضَ الْمَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ.
“Dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sudah dekat saatnya di mana akan turun pada kalian (‘Isa) Ibnu Maryam Alaihissallam sebagai hakim yang adil. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapus jizyah (ufti/cukai), dan akan melimpah ruah harta benda, hingga tidak ada seorang pun yang mau menerimanya.” [HR Bukhari]
Kata Abu Hurairah RA yang meriwayatkan hadis ini: Jika kamu mahu nak tahu lanjut baca ayat 159 ini.
Kisah panjang tentang Nabi Isa AS, yahudi dan lain-lain alamat Kiamat boleh baca Kitab Berakhirnya Dunia Ini & dengar kuliahnya di sini: https://www.youtube.com/@halaqahabuanasmadani.2046/search?query=berakhirnya%20dunia%20ini
- Kemudian Nabi Isa AS akan mendakwa & menjadi saksi terhadap mereka semua mereka yang mendakwa dia Tuhan, anak Tuhan atau anak zina! Allahu al-Musta’an!
- Firman Allah SWT ini menceritakan tentang apa yang terjadi di akhir zaman apabila Nabi Isa AS diturunkan kelak dalam ayat-ayat ini:
{Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
“Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ‘ dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
“Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”] (Al-Maaidah 5: 116- 118)
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 153- {Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit.}-
Puak yahudi minta dari Rasulullah SAW supaya diturunkan sebuah kitab yang penuh & lengkap bertulis dari langit, seperti kitab Taurat.
Ayat ini Allah ceritakan dalil betapa perangai yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW sama saja seperti perangai tok nenek mereka pada zaman Nabi Musa AS.
Kemudian Allah nasihat Rasulullah SAW agar jangan terperangkap & usah layan karenah & provokasi yahudi ini!
Mereka telah buat perangai lebih teruk lagi & meminta yang lebih dahsyat lagi kepada Nabi Musa AS dulu seperti nak lihat Tuhan dengan jelas & nyata baru nak beriman.
- Ayat 153- {kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat),}-
Setelah selamat dari Firaun & terima Taurat, mereka buat & sembah patung lembu pula!
Yahudi ini buat perangai jahat & kufur selepas mereka tahu!
Kata ulama’ : Dosa orang yang ada ilmu & tahu lebih teruk daripada orang yang buat dosa tetapi yang jahil & tak tahu!
Allah telah beri kepada Nabi Muhammad SAW hujjah yang nyata & keterangan yang jelas, tetapi mereka tetap degil keras kepala tidak mahu beriman!
Kita minta berlindung dengan Allah daripada sifat yang keji & buruk yang boleh mencelakan di dunia & azab Akhirat. Akibat tak ikut arahan, kerana degil & keras kepala ini!
- Ayat 154- {Dan Kami telah mengangkat “Gunung Tursina” ke atas mereka disebabkan (mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka}-
Mereka ambil juga perjanjian dengan Tuhan walaupun mereka hanya pandang dengan sebelah mata apabila Allah angkat bukit letak atas kepala mereka!
Kata para ulama’ : Iman bani Israil adalah iman lemah kerana terpaksa (bukit atas kepala) bukan iman yang datang dari hati yang ikhlas!
Kerana ini bagi umat Nabi Muhammad SAW ini Allahkata tiada paksaan dalam agam.
Ini al-Quran ini Sunnah Nabi SAW, ini hujjah: Kamu nak ikut. Kamu tak mahu ikut atas pilihan kamu!
Maka kerana mereka beriman kerana dipaksa maka iman mereka itu lemah & tidak mantap!
Iman yang dipkasa atau dipujuk, adalah iman yang lemah, mudah goyah & senang lari berbanding dengan orang yang menerima Islam dengan ilmu & kefahaman!
Kebanyakan pendakwah yang berasal dari agama lain sebelumnya; mereka ini imannya mantap kerana mereka kaji dulu sebelum mengaji!
Mereka masuk Islam bukan ikut-ikut, bukan hanya kerana keturunan tetapi dengan kefahaman, kajian & penerimaan yang jelas!
- Ayat 155- {dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)”.}-
Mereka menggunakan alasan taqdir untuk tidak beriman kepada Nabi Muhammad SAW!
Ini adalah karut, tidak boleh menggunakan taqdir Allah sebagai hujjah untuk membatal atau menolak Syari’ah Allah SWT!
Contoh : Seperti pencuri yang mengatakan kepada polis. Maaf janganlah marah, ini taqdir Allah untuk saya mencuri, maka tidak boleh tangkap!
Mereka kata bukan mereka tak nak beriman, tak nak terima; tetapi hati mereka telah tertutup.
Lalu Allah membatalkan hujjah mereka itu & Allah cop/cetak atas hati mereka dengan sebab mereka kafir!
Jika mereka beriman hati mereka pasti akan terbuka. Bukan tidak boleh beriman kerana sudah tertutup!
- Ayat 157 – {Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”.}-
Yahudi mendakwa & mengaku bahawa mereka telah membunuh Nabi Isa AS.
Ingat: sesiapa yang mengaku buat sesuatu kejahatan walaupun dia tak buat sekalipun, mereka akan diambil tindakan ke atasnya, dosa dengan sebab pengakuannya!
Seperti dalam kes ini, yahudi sebenarnya tak bunuh Nabi Isa tetapi mereka telah bunuh Yahuza yang telah menyerupai Isa, tetapi kerana mereka sudah buat dakwaan mengaku mereka bunuh, maka pengakuan mereka itu akan diambil-kira & berdosa juga!
Betapa tak cerdiknya kaum Nasrani yang mengaku bahawa mereka mengiktiraf & mengagungkan nabi Isa AS, tetapi ambil palang (salib) itu untuk dijadikan satu lambang agama mereka, dimuliakan & disembah!
Sepatutnya mereka tidak begitu, sekiranya mereka berakal- sepatutnya mereka akan berasa marah, benci & fobia melihat salib yang digunakan oleh yahudi kononnya untuk membunuh nabi Isa AS.
Jika kita guna logik akal pun jelas, betapa tidak sesuai & logiknya perbuatan mereka itu!
Kerana itu jika tengok zahirnya mereka sebenarnya benci kepada Nabi Isa. Kerana tempat digantung & dibunuh nabi mereka; diambil & dimuliakan pula. Benda yang sepatutnya dibenci & dijauhi!
Kita kata itu benda yang ajaib dalam dunia!
Semoga Allah berikan kita kefahaman yang baik, mantapkan Aqidah, agar kita beriman dengan penuh ikhlas & keyakinan, kita beriman kerana kita yakin kepada Allah & beriman kepada Nabi SAW dengan ikut Sunnah Nabi SAW.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.