KEWAJIPAN MENUNAIKAN AMANAH, BERLAKU ADIL, TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA & WALI PEMERINTAH.
Full video : https://youtu.be/NBb8rTYA_-U?si=9AiuNp-DJ5ce_wpr
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir ayat 58 sehingga 59 bagi Surah An-Nisa’.
- Perbincangan kita dalam siri ini ialah tentang kewajipan menunaikan amanah tanggungjawab sama ada dengan Allah atau sesama manusia.
- Juga kewajipan berlaku adil dalam segala tindakan, hukuman & segala perkara pembahagian!
- Ayat kedua perintah ketataatan kepada kepada Allah dan Rasul-nya adalah bersama dan tanpa pengecualian manakala taat kepada wali pemerintah adalah bersyarat iaitu selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT. Tiada ketaatan kepada sesama makhluk dalam maksiat kepada Allah.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
Munasabah pertama:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang sifat buruk ahli kitab yang menyembunyikan kebenaran (كتم الحق).
Mereka tahu Nabi SAW benar tetapi mereka selewang, sembunyikan dan tetap ingkar.
Mereka tukar makna ayat, tukar kenyataan, putar-belit lidah serta membuat tuduhan palsu terhadap Allah SWT & menyakiti orang mukmin.
ii- Maka datang ayat ini dengan perintah untuk tunaikan amanah.
Amanah ini ada dua dimensi iaitu sama ada:
a) Amanah dari maknawi. Seperti dari segi ilmu & maklumat keagamaan- wajib sampaikan kebenaran seperti Nabi itu benar, al-Quran itu benar, sampaikan ilmu jangan sembunyi & jangan putar belit makna ayat untuk kepentingan diri.
b) Amanah secara hissi (fizikal). Sama ada amanah dalam tugas, jaga barang orang dengan sempurna- hantar balik bila tuannya minta & semua perkara yang berkait dengan muamalat dengan manusia.
Allah suruh tunaikan kedua jenis amanah ini! Ahli kitab telah seleweng maka kamu jangan ikut perangai buruk mereka!
Munasabah kedua:
i- Dalam ayat 57 Allah telah nyatakan bahawa orang yang beriman ialah mereka yang beriman dan beramal soleh. Tak cukup beriman saja tanpa amal soleh begitu juga sebaliknya.
Allah janjikan kepada mereka ini balasan syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya!
ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan wahai orang mukmin antara amal soleh untuk dapatkan balasan yang Allah janjikan ialah tunaikan amanah antara kamu dan manusia lain.
Apabila ada hutang atau amanah orang dengan kita jangan lari jangan sembunyi, tunaikan semampu kamu!
Antara amal soleh juga ialah apabila kamu ada kuasa, jatuhkan hukuman dengan adil.
Kadang-kadang kita nisbahkan diri kita atau kumpulan kita kepada nama-nama baik seperti kepada Islam, kepada keadilan, amanah dan seumpamanya tetapi tidak tunaikannya- tindakan kita bercanggah dengan apa yang dicanang maka ia amat bertentangan dengan dakwaan, atau cakap tak serupa bikin!
Begitulah manusia biasanya sebelum berkuasa lain tetapi apabila dapat kuasa lain!
Ini adalah tidak menunaikan amanah dalam melaksanakan tuntutan!
Ya Allah jadikan kami dari golongan hamba-Mu yang bertaqwa, bersyukur serta sabar & redha atas segala ketentuan-Mu!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 58- {SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH KAMU SUPAYA MENYERAHKAN SEGALA JENIS AMANAH KEPADA AHLINYA (YANG BERHAK MENERIMANYA), DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUM DI ANTARA MANUSIA, (ALLAH MENYURUH) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH DENGAN (SURUHANNYA) ITU MEMBERI PENGAJARAN YANG SEBAIK-BAIKNYA KEPADA KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENDENGAR, LAGI SENTIASA MELIHAT.} (AN-NISA’ 4:58)
- Sesungguhnya Allah yang mempunyai kuasa, Tuhan yang bersifat ketuanan Rububiyyah & ketuhanan Uluhiyyah, semua dunia ini kepunyaan-Nya, telah memerintahkan kita untuk menunaikan segala amanah sama ada hak Allah ke atas kita seperti solat dan lain-lain ibadat, hak manusia- amanah ke atas anak-isteri, keluarga atau rakyat. Wajib tunaikan semuanya dengan penuh hak!
- Dalam kitab Sirah, satu riwayat diceritakan oleh Sayyidina Abdullah Ibnu Abbas RA tentang kisah bila berlakunya Pembukaan Kota Makkah oleh umat Islam pada tahun ke-8 Hijrah.
Rasulullah SAW menyuruh Saidina Ali untuk ambil kunci Ka’bah kerana Baginda nak solat dalam Kaabah.
Pemegang kunci Kaabah ketika itu ialah Usman bin Abi Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam.
Penjagaan kunci Ka’bah, yang telah diamanahkan kepada keluarganya; Bani Syaibah sejak turun-temurun.
Ali kemudiannya mencari Usman dan ambil kunci Kaabah darinya. Pada mulanya Usman enggan memeberikan kunci itu tetapi Ali bin Abi Talib mengambil kunci itu secara paksa daripada tangan Usman.
Ka’bah pun dibuka dan Rasulullah SAW pun masuk ke dalam Kaabah, tunaikan solat sunat 2 rakaat.
Selepas itu Jibril datang menurunkan ayat ini:
{Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)…} [An-Nisa: 58.]
Lalu Rasulullah SAW arahkan Saidina Ali untuk serahkan balik kunci Kaabah kepada Usman dan Saidina Ali pun mohon maaf kepada Usman sebab dah ambil kunci Kaabah tadi.
Ali juga terangkan ayat yang turun tu kepada Usman, tentang menyerahkan amanah kepada ahlinya.
Rasulullah SAW kemudian bersabda: “Peganglah kunci itu untuk selama-lamanya.” Tertarik dengan keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan mengakui bahawa apa yang didengar itu benar dari Allah SWT, Usman segera memeluk Islam dan menerima kembali kunci itu daripada tangan Rasulullah SAW. Turut menyertai Usman memeluk Islam ialah seluruh ahli keluarganya. Maka itu, kunci pintu Kaabah terus dipegang oleh keturunan Bani Syaibah sehingga sekarang.
Cerita penuh sila rujuk buku Makkah & Sejarah : https://dartaibah.com/…/Makkah-al-Mukarramah-Kelebihan…
- Pemegang kunci Kaabah yang terakhir adalah Dr. Soleh Bin Zainal Abidin asy-Syaibi yang juga Ketua Jabatan Dakwah dan Asas Agama Universiti Umm Al-Qura’, Arab Saudi, telah meninggal dunia pada musim haji 1445H baru ini.
Jenazahnya disolatkan di.Masjidil Haram, fajar 16 Zulhijjah 1445H.
Tugasnya diganti oleh keturunannya, ahli tertua keluarga Asy-Syaibi, Syeikh Abdul Wahhab bin Zainal Abidin Asy-Syaibi dilantik menjadi pemegang baharu kunci Kaabah, sebagai waris yang ke 78.
Walaupun ayat ini ada kaitan dengan cerita sirah itu, tapi yang kita nak ia juga adalah peringatan umum untuk kita semua menunaikan amanah.
- Di akhir ayat Allah menyatakan bahawa Dia maha Mendengar apa yang kamu perkatakan juga Allah Maha Melihat akan perbuatan kamu.
Allah tahu apakah kamu telah mejalankan tugas, menunaikan tanggungjawab & amanah yang diberikan sama ada dalam kehidupan dunia atau amalan untuk Akhirat.
- Allah SWT juga memerintahkan agar kamu menjalankan hukuman dengan penuh keadilan iaitu dengan menjalankan hukum ikut Syari’ah yang Allah Azza wa Jalla tetapkan!
Jika kita ambil undang-undang kafir atau buatan manusia sedangkan undang-undang Syari’ah ada, walaupun dikatakan adil setara mana pun ia tetap tidak sama dengan sedangkan Allah SWT.
- Maka kita umat Islam kena bertanggungjawab, lemahnya kita apabila kita tinggalkan Syari’ah Allah SWT.
Tetapi malangnya negara Islam telah dijajah, undang-undang penjajah dijunjung manakala undang-undang Syari’ah diketepikan atau cuba dihapuskan terus!
- Antara nikmat yang Allah berikan kepada kita ialah nasihat iaitu antaranya nasihat agar tunaikan amanah, jalankan tanggungjawab, berhukum dengan penuh keadilan dan jangan buat tak tentu hala.
- Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar apa yang kamu cakap, lagi sentiasa Melihat apa yang kamu buat; antara menjalankan tugas tanggungjawab, menunaikan amanah dalam kehidupan dunia sama ada bentuk agama atau amanah keagamaan.
- Ingatlah besar sekali tanggungjawab dan amanah orang yang diberi jawatan tugasan dalam bidang agama seperti hali panel Syari’ah, penasihat atau kajian dalam mengeluarkan fatwa dan seumpamanya!
Jika rasa tak mampu jangan ambil & terima.
- Ingatlah segala yang kita buat atau arahkan, zalim atau tidak adil ke atas manusia, akan dipertanggung-jawabkan di hadapan Allah Azza wa Jalla di Akhirat kelak!
AYAT 59- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN TAATLAH KAMU KEPADA RASULULLAH DAN KEPADA “ULIL-AMRI” (ORANG-ORANG YANG BERKUASA) DARI KALANGAN KAMU. KEMUDIAN JIKA KAMU BERBANTAH-BANTAH (BERSELISIHAN) DALAM SESUATU PERKARA, MAKA HENDAKLAH KAMU MENGEMBALIKANNYA KEPADA (KITAB) ALLAH (AL-QURAN) DAN (SUNNAH) RASULNYA – JIKA KAMU BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT. YANG DEMIKIAN ADALAH LEBIH BAIK (BAGI KAMU), DAN LEBIH ELOK PULA KESUDAHANNYA.} (AN-NISA’ 4:59)
- Kemudian Allah perintahkan agar taat kepada Allah & Rasul. Taat kepada Allah & Rasul Allah letakkan bersama & serentak kerana segala perintah & arahan atau larangan yang dibuat oleh Rasul adalah berasal dan bersumber dari perintah & larangan Allah SWT juga!
- Manakala perintah untuk taat kepada pemimpin atau pemerintah, hanya dalam skop selagi ia tidak menyalahi Syari’ah Allah SWT & Sunnah Nabi SAW. Taat kepada manusia tidak mutlak, hanya bersyarat selagi dia taat kepada Allah & rasul.
- Sabda Rasulullah SAW: لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ “Tiada ketaatan dalam (perkara) maksiat.” [HR Bukhari].
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat lepas Allah perintahkan orang beriman agar menunaikan amanah dan berlaku adil.
ii- Maka antara orang yang dipertanggung-jawab untuk berlaku adil & kena amanah dalam menunaikan tugas adalah para pemimpin, ulama’-ulama’ yang diberikan kuasa oleh Allah SWT dalam memutuskan dasar.
Pemimpin dalam dasar pemerintahan atau pentadbiran negara, manakala ulama’ dalam dasar agama.
- Sabab nuzul ayat ini:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ: نَزَلَتْ: (يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ) فِي عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حُذَافَةَ بْنِ قَيْسِ بْنِ عَدِيٍّ السَّهْمِيِّ إِذْ بَعَثَهُ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم فِي سَرِيَّةٍ. (1) عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: بَعَثَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سَرِيَّةً وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً مِنَ الأَنْصَارِ، وَأَمَرَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ، فَغَضِبَ عَلَيْهِمْ وَقَالَ: أَلَيْسَ قَدْ أَمَرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ تُطِيعُونِي؟ قَالُوا بَلَى. قَالَ: قد عزمت عليكم لما جمعتم حطبا و أوقدتم نارا ثم دخلتم فيها. فَجَمَعُوا حَطَبًا فَأَوْقَدُوا نَارًا. فلما هَمُّوا بِالدُّخُوْلِ فَقَامَ يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، قَالَ بَعْضُهُمْ: إِنَّمَا تَبِعْنَا النَّبِيَّ صَلَّى الله عليه وسَلَّمَ فِرَارًا مِنَ النَّارِ، أَفَنَدْخُلُهَا؟ فَبَيْنَمَاهُمْ كَذَلِكَ، إِذْ خَمَدَتِ النَّارُ، فَسَكَنَ غَضَبُهُ، فَذُكِرَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: لَوْ دَخَلُوهَا مَا خَرَجُوا مِنْهَا أَبَدًا، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ.
Ibnu ‘Abbas RA berkata: Firman Allah SWT: {(يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ) } Turun berkait dengan ‘Abdullah bin Huzafah bin Qais bin ‘Adiy as-Sahmiy ketika Rasulullah SAW melantiknya sebagai pemimpin pasukan dalam sebuah ekspedisi (سَرِيَّةٍ – pasukan kecil). Setelah itu, Rasul berpesan kepada pasukan tentera itu agar menaati pemimpin. Suatu ketika, Abdullah bin Huzafah dalam keadaan marah terhadap kumpulannya (kerana sesuatu hal) dan berkata: ‘Bukankah Rasulullah telah berpesan kepada kamu agar menatati perintahku?’ Pasukannya segera menjawab, ‘Benar.’ Kemudian dia (Abdullah) berkata, ‘Kumpulkan kayu bakar, nyalakan api, lalu masuklah kamu ke dalam api!’ Setelah itu, pasukan segera mengumpulkan kayu bakar untuk menyalakan api. Sebelum melaksanakan perintah masuk ke dalam api, mereka berdiri dan saling pandang- memandang. Beberapa orang berkata, ‘Kita mengikuti ajaran Nabi SAW agar terbebas dari api (neraka). Oleh kerana itu, haruskah kita masuk ke dalam api ini?’ Mereka berdebat beberapa lama hingga api tersebut padam dan kemarahan ketua pasukan tadi juga reda. Apabila kembali saja di Madinah, mereka menceritakan peristiwa tersebut pada Rasulullah SAW. Selepas itu Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya mereka menerjunkan diri ke dalam api, nescaya mereka tidak akan keluar darinya (neraka) sehingga bilapun. Sesungguhnya ketaatan kepada pemimpin itu hanya diwajibkan jika ia memerintahkan perkara yang baik.” [HR Bukhari & Muslim].
- Yakni jika manusia suruh buat sesuatu yang menyalahi Syari’ah (seperti dalam kes sahabat tadi bunuh atau membinasakan diri, tidak wajib kita ikut.
Tidak wajib ikut bukan bererti kita wajib memberontak dan lawan dengan bawa senjata. Lawan dengan makna kita tak buatnya serta jika berani menasihatinya atau buangnya daripada jawatan itu!
- Jika berselisihan dan ada percanggahan dalam masalah agama, sentiasalah berbalik rujuk kembali pada Quran dan hadis.
Berbalik pada ulama’-ulama’ tafsir & ulama’ hadis para salaful soleh.
Rujukan dalam apa-apa urusan agama kita tidak perlu lagi jauh rujuk kepada para sahabat, para tabien dan ulama’ Salafus-Soleh.
Tidak salah merujuk pada yang lain (bukan Islam) dalam bab keduniaan yang berkenaan teknologi contohnya.
- Kata ulama’ : Tidak elok dalam bab beragama bagi umat ini kecuali apa yang telah elok bagi umat terdahulu.
Jangan kita pandai-pandai nak tambah atau reka-reka apa yang digariskan oleh Syari’ah.
- Allah nyatakan di akhir ayat bahawa yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Iaitu jika nak elok dari segi agama, elok untuk dunia kamu juga untuk Akhirat kamu kelak maka kembalilah kepada perintah Allah SWT & beramal dengan Sunnah Nabi SAW!
- Sentiaslah kita kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah untuk mendapat ketenangan hidup di dunia dan akhirat.
Kerana kita akan dipersoal, di pertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 58- {Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),…}-
Dua ayat yang kita baca hari ini adalah asas atau tonggak utama, siyasah politik pentadbiran bagi sebuah kerajaan Islam iaitu pada tanggungjawab integriti amanah & keadilam. Dua asas ini, amanah integriti & keadilan jika manusia tidak jalankannya tidak akan tertegak perundangan atas dunia ini.
- Ayat 58- {Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),…}-
Interaksi/muamalah seorang manusia dalam menunaikan haknya ada tiga:
i- Sama ada interaksi dengan Allah melalui tauhid & ibadat, tidak syirik kepada-Nya, tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, itulah hak Allah.
ii- Amanah dengan diri kita sendiri, Kita wajib pilih yang terbaik untuk diri kita bagi kehidupan Akhirat kelak!
iii- Hak sesama insan, Jaga amanah dengan manusia lain- jaga amanah simpanan yang diberikan & serah balik apabila diminta, jangan buka rahsia orang, adil dalam timbangan, seperti jual-beli dan lain-lain muamalat.
Tanggungjawab & hak dalam keluarga, suami-isteri & anak-anak dan lain-lain.
Bukan hanya setakat nak hidup senang atas dunia sahaja.
Ibubapa mulakan pilihan terbaik untuk kemaslahatan anak-anak dunia akhirat bermula dari pilih sistem pengajian & pendidikan yang berasaskan agama.
Kemudian dalam bidang pekerjaan pilihlah bidang yang tidak berkait atau boleh buka lorong ke arah dengan riba, rasuah dan yang seumpama.
- Ayat 58- {Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),}-
Serahkan amanah itu kepada ahlinya, tuannya yang berhak jangan main-main.
Tanggungjawab & tugasan kenalah dijalankan dengan penuh amanah.
Seorang pemimpin mestilah diberikan tugas kepada yang berhak dan yang ahlinya.
CONTOH REALITI SEMASA
Penghantar barang pos. Serahkan dengan baik-baik, jangan pakai tinggal, campak atau letak barang orang di tempat yang tidak sepatutnya.
Atau malang lagi tertukar rumah, tidak pastikan dengan amanahnya bahawa itu alamat atau tuannya yang tepat!
- Ayat 58- {Sesungguhnya…. (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.}-
Allah perintahkan agar bertindak dengan adil (العدل)- bukan dengan persamaan (المساواة).
Manusia hari ini ramai yang tersilap- tidak bercakap tentang keadilan tetapi banyak menuntuk hak persamaan.
Sedangkan persamaan bukan satu keadilan; contoh antara lelaki & wanita, orang dewasa & kanak-kanak, tua & muda dan seumpamanya- tidak sama keperluan, tenaga, belanja dan perhatian dan jagaan semuanya berbeza.
Persamaan itu tidak bererti keadilan kerana keperluan & tuntutan mereka semua adalah tidak sama.
Keadilan yang paling adil sekali ialah apabila kita berhukum dengan Hukum Allah SWT! Allah telah katakan bahawa nikmat yang paling besar Allah berikan kepada manusia ialah nasihat & perundangan yang adil!
- Ayat 59- {Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.}-
Taat kepada Allah itu mutlak, taak kepada Rasul juga mutlak asalkan ia sahih daripada Nabi SAW.
Tetapi taat kepada para pemimpin atau ulama’ itu tidak mutlak & bersyarat, iaitu kita taat kepada pemimpin dan ulama’ selagi mereka berpaksikan kepada perintah al-Quran & Sunnah Nabi SAW. Kita ikut wklp terpaksa melalui jalan yang sukar dan menghadapi tentangan.
Sebagaimana kisah Sultan Ulama’ al-Izz Abdul Salam yang sangat memberi inspirasi. Kisahnya boleh dibaca di: https://abuanasmadani.com/sultan-ulama-al-izz-ibn-abdul…/
- Alhamdulillah tahniah bagi mereka yang telah berpuasa untuk hari ini 10 Muharram.
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.