KISAH DOA NABI NUH A.S, 3 NIKMAT DITERIMA DOANYA & SALAM DAN BALASAN IHSAN NABI NUH S.A.W.
Full video : https://youtu.be/eN656KA5vRY
MUQADDIMAH :
- Dalam siri ini Allah s.w.t menceritakan tentang kisah nabi Nuh a.s, sebagai rasul yang pertama selepas Nabi Adam.
- Nabi Nuh berdoa kepada Allah s.w.t maka Allah anugerahkan kepadanya nikmat dengan perkenankan 3 perkara hasil doanya.
- Allah balas jasanya yang besar dengan memberi salam dan ihsan kepadanya.
- Munasabah kesinambungan dengan ayat yang sebelummya:
Dalam ayat 71 sebelum ini Allah sebut bahawa sudah ramai orang yang terdahulu yang sesat. Serta tengoklah bagaimana akibat kesan buruk ke atas orang telah diberi amaran tetapi tetap degil dan keras kepala. - Maka Allah s.w.t ceritakan tentang keadaan nabi-nabi terdahulu dengan kaum mereka yang sesat dan menentang kepada Rasulullah s.a.w. Ini untuk menenang dan menguatkan semangat dakwah Baginda s.a.w. Bukan Baginda seorang sahaja yang menghadapi semua ini, ramai sudah para nabi dahulu menghadapi cabaran, tentangan dan karenah manusia.
- Nabi Nuh disebut kerana dialah rasul pertama selepas Adam a.s.
AYAT 75-{DAN DEMI SESUNGGUHNYA, NABI NUH TELAH BERDOA MERAYU KEPADA KAMI (MEMOHON PERTOLONGAN), MAKA KAMI ADALAH SEBAIK-BAIK YANG KABULKAN DOA PERMOHONAN.} (AS-SAAFFAAT 37:75)
- Dalam ayat Allah s.w.t menceritakan bahawa Nabi Nuh telah berdoa kepada Allah selepas dia berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun.
- Kemudian Allah telah memaklumkan kepadanya bahawa tidak akan ada lagi orang yang akan beriman kepadanya.
- Antara doa Nabi Nuh a.s dalam al-Quran:
i- {Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada Kami) sebelum (Nabi-nabi yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.} (Al-Anbiyaa\’ 21:76)
ii- {Nabi Nuh berdoa dengan berkata: \”Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku\”.} (Al-Mu\’minuun 23:26)
iii- {Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)!} (Al-Qamar 54:10)
iv- Doa yang penuh dan terperinci dalam Surah Nuh dari ayat 26-28:
{Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: \”Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!} (Nuh 71:26)
{\”Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.} (Nuh 71:27)
{\”Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!\”} (Nuh 71:28)
- Doa Nabi Nuh ini setelah dia berdakwah selama 950 tahun, bukan hanya beberapa tahun! Lalu Allah s.w.t kabulkan doanya dengan 3 perkara, Allah s.w.t bahkan mengatakan: {Maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.}
AYAT 76-{DAN KAMI TELAH SELAMATKAN DIA BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGA DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA, DARI KESUSAHAN YANG BESAR.} (AS-SAAFFAAT 37:76)
- Inilah nikmat pertama kepada Nuh a.s. Allah s.w.t telah selamatkan Nabi Nuh, semua keluarganya yang beriman dan pengikutnya yang taat daripada kesusahan yang besar.
- Apakah kesusahan yang besar (الْكَرْبِ الْعَظِيمِ) itu?
Kata para ulama\’, maksudnya:
i- tenggelam dan mati lemas dalam air bah besar (الغرق).
ii- selamat dari pendustaan dan ganggu gugat kaumnya dengan memusnahkan mereka semua.
iii- Pandangan ketiga, dua-dua sekali. Selamat daripada disakiti kaumnya serta selama dari tenggelam.
AYAT 77-{DAN KAMI JADIKAN ZURIAT KETURUNANNYA SAHAJA ORANG-ORANG YANG TINGGAL HIDUP (SETELAH KAMI BINASAKAN KAUMNYA YANG INGKAR).} (AS-SAAFFAAT 37:77)
- Nikmat yang kedua, doanya yang dimakbulkan ialah Allah jadikan zuriat keturunannya sahaja yang tinggal hidup. Manakala yang kafir mati dimusnahkan semua.
- Yakni Allah jadikan zuriat Nabi Nuh sahaja yang tinggal di atas dunia ini. Selepas banjir taufan itu berlaku, apabila bahteranya mendarat, semua manusia daripada keturunan lain yang di atas bahtera itu semuanya telah mati (dalam kebaikan dan beriman).
- Manakala yang hidup dan tinggal hanya anak keturunan zuriat dari Nabi Nuh a.s. Dari mereka inilah manusia seterusnya yang berkembang biak menjadi penerus keturunan manusia atas dunia ini sehingga Kiamat!
- Ada juga ulama\’ kata bukan dari zuriat Nabi Nuh sahaja, ada juga dari zuriat orang lain sebagaiman dalam ayat al-Quran lain:
i- Firman Allah s.w.t: {(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.} (Al-Israa\’ 17:3) - Tetapi ramai ulama\’ kata ayat itu adalah tentang kemuliaan, bukan tentang keturunan.
Keturunan manusia yang kekal hanya dari zuriat Nuh. Kerana itu Nabi Nuh dikira bapa manusia yang kedua selepas Adam a.s.
AYAT 78-{DAN KAMI KEKALKAN BAGINYA (NAMA YANG HARUM) DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG DATANG KEMUDIAN:} (AS-SAAFFAAT 37:78)
- Ini adalah nikmat ketiga Allah s.w.t kepada Nabi Nuh a.s.
- Yakni Allah puji Nabi Nuh serta anugerahkannya sebutan dan ingatan nama yang baik! Semua orang selepas itu memuji dan menyebutnya sebagai orang yang baik.
- Dalam tafsir kata yang jelasnya semua nabi-nabi yang datang selepas Nabi Nuh akan memuji Nuh a.s kerana dia adalah rasul yang pertama selepas Adam a.s.
- Dalilnya hadis Rasulullah s.a.w tentang hari Kiamat, bila manusia berarak dan mencari siapa yang dapat menyelesaikan masalah dan memberi syafaat dari kegetiran hari kiamat, sebagaimana ringkasan hadis yang panjang ini:
((Mereka pun berbondong-bondong menuju Adam as. Kepadanya mereka memohon, \”Engkau adalah Abu al-Basyar. Diciptakan Allah langsung dengan tangan-Nya. Ruh-Nya ditiupkan kepadamu. Malaikat diperintah sujud kepadamu. Maka mintalah syafaat kepada Tuhan untuk kami. Apakah engkau tidak melihat keadaan kami? Apakah engkau tidak melihat apa yang tengah kami alami?\”
Adam menjawab, \”Hari ini, Tuhanku pun murka kepadaku, murka yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tak akan pernah murka setelahnya. Dia melarangku mendekati pohon tapi aku melanggarnya. Diriku, diriku, diriku, pergilah kalian kepada selainku. Cubalah temui Nuh \’alaihissalam.\”
Akhirnya, mereka berbondong-bondong menuju Nabi Nuh tapi beliau pun angkat tangan. Tidak boleh memintakan pertolongan kepada Allah. Demikian pula saat menemui Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa. Hingga terakhir mereka diarahkan kepada nabi terakhir, Rasulullah ﷺ.)) [HR al-Bukhari dan Muslim].
- Inilah dalilnya bahawa selepas nabi Adam a.s, Nabi Nuh adalah rasul dan bapa manusia yang kedua.
AYAT 79-{\”SALAM SEJAHTERA KEPADA NABI NUH DALAM KALANGAN PENDUDUK SELURUH ALAM!\”} (AS-SAAFFAAT 37:79)
- Diucapkan salam sejahtera dan pujian serta ingatan yang baik, terpahat di seluruh alam kepada Nabi Nuh a.s.
- Apakah maksudnya al-alamin ini (الْعَالَمِينَ) ini? Kata ulama\’:
i- semua makhluk yang hidup dari kalangan malaikat, jin dan manusia.
ii- umat dan generasi yang terkemudian selepas Nabi Nuh a.s, semuanya memuji nabi Nuh.
Ayat 80-{Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.} (As-Saaffaat 37:80)
- Allah akan membalas dengan kebaikan dan nikmat anugerah bagi orang yang berusaha untuk mengerjakan amalan yang baik (الْمُحْسِنِينَ).
- Munasabah ayat; Setelah Allah s.w.t jelaskan 3 anugerah nikmat yang diberikannya kepada Nabi Nuh dengan detail:
i- Selamat dari kesusahan.
ii- zuriat keturunannya yang kekal atas dunia ini.
iii- Allah puji-nya dengan pujian dan nama yang baik. - Lalu Allah s.w.t sebut dalam ayat ini satu ucapan khas kepada Nuh a.s dalam ayat sebelum ini iaitu: {Salam sejahtera kepada Nabi Nuh}
- Lalu diikuti dengan kenyataan dalam ayat ini pula iaitu bahawa demikianlah Allah s.w.t akan balas kepada orang-orang yang baik, orang yang muhsin (الْمُحْسِنِينَ) iaitu yang buat amal kebaikan.
- Balasannya bagi orang yang baik-baik itu ialah 3 anugerah nikmat di atas. Kerana dia orang baik maka itu menjadikan sebab dia mendapat balasan yang baik.
- Untuk menjadi orang baik kita kena jaga:
i- taat kepada Allah, lakukan ibadat dengan sempurana. Jaga hubungan dengan Allah s.w.t.
ii- apakah pula al-Ihsan (الإحسان)? Sebagaimana dalam hadis Nabi s.a.w:
\”Ihsan itu ialah bahawa \”Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu\”. [HR al-Bukhari & Muslim]. - Apakah pula ihsan Nabi Nuh a.s?
Hadis Rasulullah s.a.w:
\”Nabi Nuh sangat sabar dalam berdakwah, sangat mengajak manusia kepada tauhid & taqwa, sabar menghadapi cabaran dan gangguan kekacauan oleh kaumnya yang kafir.\” [HR Muslim].
AYAT 81-{SESUNGGUHNYA NABI NUH ITU DARI HAMBA-HAMBA KAMI YANG BERIMAN.} (AS-SAAFFAAT 37:81)
- Sesungguhnya Nabi Nuh adalah dari kalangan hamba Allah yang beriman. Dia juga telah mencapai sifat ihsan, yakin Allah s.w.t melihat semua perbuatannya dan buat semuanya kerana Allah.
AYAT 82-{KEMUDIAN KAMI TENGGELAMKAN GOLONGAN YANG LAIN (YANG MENDUSTAKANNYA).} (AS-SAAFFAAT 37:82)
- Untuk memenangkan hati nabi Nuh supaya meneruskan dakwahnya, Allah s.w.t jelaskan bahawa yang selamatnya adalah orang mukmin yang berada di atas bahtera nabi Nuh. Manakala golongan lain Allah s.w.t tenggelamkan mereka semua, musnah binasa tidak tinggal keturunan.
- Kerana itu kata Imam Malik rhm.: \”Sunnah Nabi s.a.w seperti bahtera Nabi Nuh s.a.w, siapa yang naik akan selamat, siapa tidak naik akan hanyut dan tenggelam.\”
- Kita ummat Nabi Muhammad s.a.w juga jangan hanya mendakwa sebagai ahli Sunnah tetapi tidak berpegang dan beramal dengannya. Jika tidak ikut Sunnahnya juga akan hanyut dan tenggelam dalam kesesatan, bid\’ah dan penyelewengan.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 80-{Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.} & Ayat 81-{Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.}- iaitu orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah s.w.t dengan nikmat yang mulia dan agung.
Ini kerana:
i- mereka beriman dengan Allah s.w.t. Inilah syarat utamanya. Jika baik setara manapun jika tidak beriman tidak akan dapat pahala.
ii- mereka hamba yang patuh, akur dan taat kepada Allah s.w.t. - Ayat 80-{Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.} & Ayat 81-{Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.}- Allah nyatakan sebab Nabi Nuh a.s mendapat balasan baik kerana dia dari kalangan hamba Allah yang yang mengerjakan amalan yang baik (الْمُحْسِنِينَ) dan hamba-Nya yang beriman (الْمُؤْمِنِينَ).
- Dari ayat yang kita baca hari ini, dari Ayat 75-{Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.} sehingga Ayat 82- adalah kisah Nabi Nuh a.s.
Antara faedah yang kita dapat ialah bahawa:
i- Allah s.w.t mendengar doa permohonan hamba-Nya sebagaimana Dia dengar doa Nabi Nuh a.s. Mustajabnya doa ini adalah satu nikmat yang besar.
ii- Cara untuk mustajab doa kena jaga SOP-nya:
a- iman yang mantap.
b- jaga rezeki halal-haram.
- Ayat 76-{Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.}- Allah sebut secara umum di sini bahawa Dia selamatkan keluarga Nabi Nuh (وَأَهْلَهُ) dan pengikutnya.
Ulama\’ kata lafaz umum ini untuk semua keluarga Nabi Nuh a.s yang beriman. Kebanyakan keluarga Nuh adalah beriman semuanya kecuali ada dua orang yang tidak naik bahtera itu sebagaimana ada firman Allah s.w.t dalam surah lain dijelaskan bahawa ada anak dan isterinya yang tidak beriman.
i- { (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: \”Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir\”.} (Hud 11:42)
ii- { Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): \”Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)\”.} (At-Tahriim 66:10)
Ini juga untuk mengajar kita agar bersifat insof dan adil, jangan mudah nak pukul rata satu keluarga atau individu yang memang dikenali sebagai orang baik-baik dan soleh. Jika ada salah seorang dari keluarganya atau dia sendiri yang tersalah buat satu kesalahan, sedangkan banyak lagi kebaikannya sebelum ini, jangan bantai atau pukul rata semuanya dengan keburukan.
- Ayat 79-{\”Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!\”} & Ayat 80-{Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.} – dalam ayat ini kita dapati beberapa pengajaran:
i- Allah s.w.t memuji Nabi Nuh a.s dan semua orang yang berbuat baik.
Nabi Nuh mendapat kemuliaan ini kerana dia adalah nabi dan rasul pertama yang yang dikeji, dicerca, dihina & dikhianati kaumnya.
ii- Nabi Nuh a.s mendapat pujian Allah s.w.t sehingga ke hari Kiamat.
iii- dari ayat ini juga menunjukkan kita bagi salam dengan ringkas, sebut salam \’alaikum (سَلَامٌ عَلَيکم) saja. Tetapi yang lebih afdhalnya pastilah Assalamualaikum (السَلَامٌ عَلَيکم).
Sebagaimana beberapa firman Allah s.w.t:
a) {(Memberi hormat dengan berkata): \”Selamat sejahteralah kamu (سَلَامٌ عَلَيْكُمْ) berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.} (Ar-Ra\’d 13:24)
b) {Maka katakanlah: \”Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! (سَلَامٌ عَلَيْكُمْ)\”}.(Al-An\’aam 6:54)
iv- Allah s.w.t juga sebut di sini bahawa semua orang yang berbuat baik (الْمُحْسِنِينَ) maka dia akan berhak mendapat anugerah dari Allah s.w.t, bukan hanya Nabi Nuh seorang saja.
Allah bagi balasan kepada semua hamba-Nya yang berbuat baik (الْمُحْسِنِينَ) – tidak kira siapa asalkan baik dan beriman.
**Ya Allah jadikanlah kami daripada golongan muhsinin (الْمُحْسِنِينَ) yang layak mendapat anugerah-Mu di dunia & Akhirat!