View Categories

SURAH ASY-SYU\’ARA\’ : AYAT 176-191

\"\"

KISAH NABI SYU\’AIB DAN PENDUDUK AIKAH, NASIHAT AGAR SEMPURNAKAN SUKATAN DAN TIMBANGAN & PENDUSTAAN DAN KEBINASAAN MEREKA.

Full video : https://youtu.be/tw-pNEvK8HI

MUQADDIMAH :

  1. Dalam siri yang lepas Allah s.w.t telah menceritakan tentang kisah Nabi Lut a.s dan kaumnya, penduduk Qura Sadum yang telah dibinasakan dengan diterbalikkan bumi akibat perbuatan keji mereka yang amat buruk.
  2. Melalui kisah kaum-kaum terdahulu ini kita dapat lihat beberapa penyakit umat yang sehingga ke hari ini masih wujud.
  3. Tujuan Allah s.w.t sebutkan penyakit-penyakit ummah ini agar kita menjauhkan diri dan menjadikannya peringatan.
  4. Juga untuk menenangkan hati dan menguatkan semangat Rasulullah s.a.w.

AYAT 176- {(DEMIKIAN JUGA) PENDUDUK \”AIKAH\” TELAH MENDUSTAKAN RASUL-RASUL (YANG DIUTUS KEPADA MEREKA).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:176)

  1. Kisah ini bermula dengan diceritakan tentang penduduk \”Aikah\” yang telah mendustakan rasul yang diutus kepada mereka.
  2. Seperti kaum terdahulu juga
  3. Aikah ini sebuah daerah yang terletaka dalam negeri Madyan (Jordan). Ada juga ulama\’ kata ia adalah dua tempat yang berbeza kerana:
    i- cara azab kematian yang berbeza.
    ii- cara sebutan yang berbeza. Kepada penduduk Aikah hanya إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ
    iaitu diputuskan nisbah persaudaraan, untuk penduduk Madyan Allah s.w.t sebut saudara mereka Syuaib-
  4. Allah s.w.t menceritakan tentang kaum ini yang hantar Nabi Syuaib kepada mereka, kemudian dibinasakan kerana kekufuran mereka.
  5. Aikah adalah nama sebuah pokok yang disembah oleh penduduk di situ. Lalu mereka dinisbahkan kepadanya.

AYAT 177- {KETIKA NABI SYUAIB BERKATA KEPADA MEREKA: \”HENDAKNYA KAMU MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI LARANGANNYA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:177)

  1. Kisahnya bermula apabila Nabi Syuaib berdakwah kepada mereka dengan berkata: \”Hendaklah kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.\”

AYAT 178- {\”SESUNGGUHNYA AKU INI RASUL YANG AMANAH, (YANG DIUTUS OLEH ALLAH) KEPADA KAMU.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:178)

  1. Nabi Syuaib memperkenalkan dirinya sebagai rasul yang amanah dan benar أَمِينٌ yang diutus oleh Allah s.w.t kepada mereka.
  2. Kita pun dalam urusan seharian atas dunia ini kena perkenalkan diri dan jawatan supaya tidak timbul kekeliruan dan salah-sangka orang ramai.

AYAT 179- {\”OLEH ITU, TAKUTILAH KAMU AKAN (KEMURKAAN) ALLAH, DAN TAATLAH KEPADAKU.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:179)

  1. Seruan pertama kepada kaumnya, untuk mengelakkan kemurkaan Allah s.w.t, takut dan bertaqwa kepada-Nya dengan taat kepada perintah dan tinggalkan apa yang dilarang.
  2. Inilah dakwah para nabi, seruannya sama, kepada agama tauhid yang suci dan mencari keredhaan Allah s.w.t.

AYAT 180- {\”DAN AKU TIDAK MEMINTA KEPADA KAMU SEBARANG UPAH MENGENAI APA YANG AKU SAMPAIKAN (DARI TUHANKU); BALASANKU HANYALAH TERSERAH KEPADA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:180)

  1. Nabi Syuaib juga menyatakan bahawa dia tidak meminta upah daripada mereka kaumnya atas usaha dakwahnya itu.
  2. Begitulah semua para nabi, mereka ikhlas menjalankan tugas yang diperintahkan Allah s.w.t. Balasannya hanya diserahkan di sisi Allah s.w.t.
  3. Bagi setiap benda yang jatuh akan ada pemungutnya. لكل ساقط لاقط

AYAT 181- {\”HENDAKLAH KAMU MENYEMPURNAKAN SUKATAN CUPAK-GANTANG, DAN JANGANLAH KAMU MENJADI GOLONGAN YANG MERUGIKAN ORANG LAIN.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:181)

  1. Maka Nabi Syuaib fokus kepada isu utama, masalah penyakit penduduk Aikah ini.
  2. Dia menasihati mereka agar meninggalkan sifat buruk mereka yang tidak amanah, agar menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
  3. Apakah cupak-gantang ini? Ukuran sukatan zaman dulu. 1 cupak ini bersamaan dengan 700g sistem metrik hari ini.
  4. Yakni jangan jadi orang yang tidak amanah, menipu dan merugikan orang lain dalam timbangan dan ukuran.
  5. Zaman kita ini sangat banyak sekali contoh perbuatan begini, seperti syarikat telekomunikasi, jika tidak guna pun kena bayar dan akan luput begitu sahaja. Syarikat penerbangan- jika lebih timbangan baggage kena bayar, jika kita kurang atau tiada barang lansung tidak diganti atau tolak pula. Serta banyak lagi, disebut ini sebagai muhasabah.

AYAT 182- {\”DAN TIMBANGLAH DENGAN NERACA YANG BETUL TIMBANGANNYA.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:182)

  1. Juga sekali diingatkan kepada mereka agar menimbang dengan timbangan yang betul, dengan apa alat sekalipun.
  2. Hak orang jangan dikurangkan dan diambil tanpa hak sekalipun.
  3. Firman Allah s.w.t: {Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan)}. (Al-Mutaffifiin 83:1).

AYAT 183- {\”DAN JANGANLAH KAMU MENGURANGI HAK-HAK ORANG RAMAI, DAN JANGANLAH KAMU BERMAHARAJALELA MELAKUKAN KEROSAKAN DI BUMI. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:183)

  1. Nasihat kedua lebih umum, yakni janganlah mengurangi hak-hak orang ramai. Maksud وَلَا تَبْخَسُوا ini kata ulama\’ samada:
    i- tipu orang dengan ambil haknya. Bukan hanya barang, termasuk ambil hak juga, laporan tidak amanah
    ii- buat tuduhan yang tiada (fitnah) kerana hasad dengki.
  2. Serta jangan bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi, مُفْسِدِينَ yakni melakukan maksiat dan kezaliman, menyebarkan ajaran sesat, bid\’ah dan lain-lain.
  3. Maksiat adalah punca kerosakan di atas dunia ini kerana kita telah mengundang kemurkaan dan azab Allah s.w.t.

AYAT 184- {\”DAN (SEBALIKNYA) BERBAKTILAH KEPADA ALLAH YANG TELAH MENCIPTAKAN KAMU DAN UMAT-UMAT YANG TELAH LALU\”. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:184)

  1. Nabi Suaib tutup nasihatnya dengan menyeru mereka agar berbakti kepada Allah yang telah mencipta mereka dan umat-umat yang telah lalu

AYAT 185- {MEREKA MENJAWAB: \”SESUNGGUHNYA ENGKAU INI (HAI SYUAIB) HANYALAH SALAH SEORANG DARI GOLONGAN YANG KENA SIHIR. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:185)

  1. Akhirnya mereka menjawab dan menolaknya dengan menyatakan Nabi Syuaib sebagai seorang yang tiada kredibiliti.
  2. Mereka mengatakan Nabi Syuaib hanyalah salah seorang yang kena sihir. Tidak perlu dilayan dan didengar nasihatnya.
  3. Firman Allah s.w.t: {Mereka berkata: \”Wahai Syuaib! kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!\”} (Hud 11:91)
  4. Inilah tuduhan jahat puak kafir terhadap para nabi dan rasul yang boleh kita dapati dalam al-Quran.

AYAT 186- {\”DAN ENGKAU HANYALAH SEORANG MANUSIA SEPERTI KAMI; DAN SESUNGGUHNYA KAMI FIKIR ENGKAU INI DARI ORANG-ORANG YANG DUSTA. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:186)

1.Inilah tuduhan dan sebab penolakan kedua, orang biasa seperti mereka dan tuduhan ketiga bahawa Nabi Syuaib berdusta.

AYAT 187- {OLEH ITU, GUGURKANLAH ATAS KAMI KETUL-KETUL (YANG MEMBINASAKAN) DARI LANGIT, JIKA BETUL ENGKAU DARI ORANG-ORANG YANG BENAR!\” (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:187)

  1. Bukan sekadar menolak dan mendustakan. Mereka mencabar dan mempermainkan Nabi Syuaib.
  2. Dengan meminta agar diturunkan azab dari langit ke atas mereka.

AYAT 188- {NABI SYUAIB BERKATA: \”TUHANKU LEBIH MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU LAKUKAN\”. (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:188)

  1. Nabi Syuaib menjawab cabaran ini dengan menyerahkannya kepada ilmu Allah s.w.t.

AYAT 189- {MAKA MEREKA TETAP JUGA MENDUSTAKANNYA, LALU MEREKA DITIMPA AZAB SEKSA HARI AWAN MENDUNG; SESUNGGUHNYA KEJADIAN ITU ADALAH MERUPAKAN AZAB SEKSA HARI YANG AMAT BESAR – (HURU-HARANYA).} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:189)

  1. Setelah mereka tetap mendustakannya, Allah s.w.t menghantar azab dengan awan mendung yang gelap ke atas mereka.
  2. Azab itu turun mengikut apa yang mereka minta dan cabar tadi.
  3. Ulama\’ kata kaum Aikah ini dikenakan azab dengan tiga cara:
    i- dimulai dengan gempa bumi: al-A\’raf ayat 88.
    ii- awan gelap yang turun. Syu\’araa\’ Ayat 189 ini.
    iii- Kemudian diikuti dengan suara tempikan yang kuat. Hud-67/

AYAT 190- {SESUNGGUHNYA PERISTIWA YANG DEMIKIAN, MENGANDUNGI SATU TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN ALLAH); DAN DALAM PADA ITU, KEBANYAKAN MEREKA TIDAK JUGA MAHU BERIMAN.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:190)

  1. Dalam peristiwa itu menunjukkan tanda kekuasaan Allah s.w.t, iaitu tandanya ialah azab yang membinasakan seluruh orang kafir itu.
  2. Tetapi seperti biasa, masih ramai manusia yang tidak mengambil pengajaran dan beriman kepada Allah s.w.t. samada dari kalangan Kaum Syuaib dulu yang tidak beriman, juga kaum Quraisy pada zaman Rasulullah yang juga tidak mahu beriman walaupun telah melihat banyak dalil-dalil dan ayat-ayat yang dibawa.

AYAT 191- {DAN SESUNGGUHNYA TUHANMU (WAHAI MUHAMMAD), DIA LAH SAHAJA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (ASY-SYU\’ARAA\’ 26:191)

  1. Allah s.w.t tutup kisah Nabi Syuaib ini sebagaimana ayat penutup kepada kisah para nabi lain juga sebelum ini.
  2. Untuk menyatakan bahawa Allah, Dia-lah sahaja Yang Maha Kuasa, yakni berkuasan dan mampu bila-bila masa saja untuk menurunkan tindakan dan hukuman azab yang segera ke atas mereka yang kufur dan ingkar.
  3. Tetapi Dia juga Yang Maha mengasihani; untuk menangguhkan azab itu kepada suatu tempoh yang dikehendaki-Nya, mudah-mudahan mereka bertaubat dan beriman, lalu selamatlah dunia dan akhirat.

PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :

  1. Semua Nabi yang diceritakan ini semuanya menjelaskan bahawa mereka tidak mengambil duit atau upah. Ini untuk mengelakkan dari awal lagi tohmahan bahawa mereka mencari makan atau harta dengan dakwah itu.
  2. Nabi Syuaib memberi nasihat kepada kaumnya sebanyak 4 peringkat. Inilah hikmah dakwah, mulakan dengan yang ringan dan mudah difahami dulu, barulah yang berat dan ancaman lalu hukuman.
  3. Allah s.w.t tidak sebut bahawa Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum atau saudaranya kerana:
    1- mereka itu syirik penyembah berhala maka dinisbahkan kepada pokok itu.
    ii- dia bukan kaum kerabat atau satu nasab dengan mereka.
  4. Nabi Syuaib menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk ambil upah dari kaumnya. Para pendakwah begitulah kena ikhlas berdakwah dan serahkan pahala dan balasan di sisi Allah s.w.t.
  5. Allah s.w.t perintahkan agar menyempurnakan sukatan. Dalam bab sukatan ada 3 kategori:
    i- yang sepatutnya, tunaikan hak orang dengan sukatan yang tepat.
    ii- yang celaka dan merugikan, dengan mengurangkan sukatan orang,
    iii- yang melebihkan timbangan, inilah ihsan yakni berbuat baik.
  6. Jangan sekali-kali mengurangkan hak orang.
  7. Menyempurnakan janji juga termasuk dalam Syariat semua nabi-nabi a.s.
  8. Apabila mereka ingkar, Allah s.w.t turunkan azab. Allah s.w.t sebut cara kebinasaan mereka 3 cara mengikut keadaan dan kesesuaian.
    i- gempakan bumi apabila mereka ugut nak halau Nabi Syuaib.
    ii- awan gelap bila mereka cabar dan mintanya sendiri.
    iii- suara tempikan bila mereka perli akan nasihat dan dakwah Nabi Syuaib.
  9. Bala itu datang kadang-kadang mengikut apa yang kita kata. Maka jangan celupar mulut, banyakkan doa. البلاء موكل بالمنطق
  10. {Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.} Allah s.w.t mengulang ayat ini setiap kali selesai kisah, menunjukkan rahmat Allah s.w.t itu mendahului kemurkaannya.
  11. Semua kisah nabi-nabi ini menenangkan hati dan menguatkan semangat Rasulullah s.a.w dalam menghadapi tentangan kaumnya. Setiap pendakwah itu ada uslub dakwahnya yang tersendiri, serta ujian yang berlainan.
    Wallahu a\’lam.

Powered by BetterDocs